بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 11 Januari 2012

Awas untuk yang ada business online


Terlihat post di page Raudhah Shawl Store mengenai resit di atas. Kenapa pula dengan resit tersebut. Untuk lihat dengan lebih jelas klik sahaja image di atas tu. Perhatikan betul-betul.. agak-agaknya apa yang tak kena dengan resit tersebut?

Siapa dapat teka? Kalau dapat anda memang seorang yang bijak dan teliti. Kalau yang tak dapat teka atau malas nak pening-peningkan kepala. Resit tersebut telah diubahsuai oleh mereka yang tidak bertanggungjawab untuk mendapatkan barang secara online. Tak pasti pula siapa yang kena tipu dengan resit ni. Saya cuma ingin berpesan-pesan kepada peniaga online supaya berhati-hati. Jangan bergantung kepada image resit sahaja tapi lebih baik check dalam akaun sama ada duit tu masuk ke tidak.

Ada juga manusia yang sebegini.. tapi apa nak dihairankan, manusia zaman sekarang semakin canggih dalam bab penipuan. Cukup-cukuplah tipu orang tu.. tak berkat. Takkan ke mana pun.. lambat laun ketahuan juga. Yang kelakarnya ada typo error dalam resit tersebut. Nampak sangat penipu amatur hehe.

Menipu dan mencuri perkataan yang berbeza tapi membawa maksud yang sama. Renung-renungkan..

4 ulasan:

  1. Aduhai.. kdg2 terfikir dlm hati betapa 'tak takut'nya mereka yg selalu menipu ni..

    BalasPadam
  2. apalah nak jadi sekrang ni kan..selalu juga typing error ejaan akaun tu..

    BalasPadam
  3. Betul...manusia skrg boleh buat ape sahaja utk menipu & hidup senang..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...