بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 5 Januari 2012

Aktiviti di Kelantan penutup 2011 dan pembuka 2012


29.12.2011 - Sampai Gua Musang 9.30 malam. Tidur di Hotel Gua Idaman. Gara-gara Iman yang dah boring duduk dalam kereta. Tidur pun tak mahu. Baru pertama kali tidur sini. Rm60 semalam. Nampak je terus singgah, takde survey-survey lagipun masa tu dah malam. Biliknya agak sempit tapi kemudahan semua cukup. Tuala, Sabun, Shampoo, Pemanas air untuk minum dan untuk mandi, Cawan + Teh, TV (siap ada Astro lagi) dan free WiFi.   Dekat dengan jalan agak bising sikitlah, dah penat tak sedar pun. Cuma AI je tak lena sebab telinga dia lebih peka ;)

30.12.2011 - sejuk betul tidur malam tu, mana taknya tengoklah kabusnya (banyaknya nya). Waktu ni dah pukul 8 pagi tapi kabus masih tebal lagi. Tidur malam tu temperature aircond buka 26 pun sejuk. Check out pukul 9 lebih, sarapan nasi pagi berlaukkan ayam dengan air teh, AI air kopi yang kosnya Rm12.00 (agak mahal jugalah sarapan pagi, lebih mahal dari Port Klang) Lepas tu kami terus jumpa ayah AI yang baru habis buat rawatan cara kampung di Chiku 3 kemudian pergi pula ke rumahnya di Kuala Krai. Petang baru bertolak ke rumah mak AI pula di Wakaf Bharu. (mereka dah lama berpisah, sama dengan usia AI)

31.12.2011 - Keesokkannya pergi lagi ke Kuala Krai dari petang sampai malam. Sebelum tu tengahari singgah pasaraya Salamku beli kuali. Jauhnya beli hehe... sebab kat Selangor susah nak cari yang macam ni. Murah lepas tu tebal.

1.1.2012 singgah pasar baru (Kota Bharu) cari barang yang adik dan mak saya kirim. Kami sendiri tak beli apa pun, tak sempat. Lepas je dapat barang yang dicari kami meneruskan perjalanan nak balik ke rumah kami. Tapi malangnya aircond tak sejuk terpaksa cari kedai aircond. Setelah di teliti (lama juga nak pastikan apa masalahnya) lagipun temperature naik sampai paras merah jadi kenalah tunggu radiator sejuk dulu. Check-check takde masalah dengan radiator, besi water pump dah bocor. Terpaksa cari kedai lain sebab kedai tu tak buat. Akhirnya kami tukar di kedai KIA (walaupun kereta kami bukan KIA), itupun nasib baiklah dia nak buat sebab tinggal 1 jam je lagi kedai nak tutup. AI siap bagi hadiah baju lagi tanda terima kasih. Kalau dia taknak buat memang susahlah sebab dah bocor teruk, sah-sah tak boleh jalan.

Lepas baiki kereta sempat lagi singgah di kedai mainan ni. Ayah Iman memang suka beli mainan untuk Iman. Katanya kesian sebab takde kawan. Beli game je kat sini untuk hilangkan boring Iman dalam kereta tapi nampaknya tak berkesan. Dia lebih suka tengok video di camera, dengan erti kata lain dia suka tengok gambar yang real. Lepas tu singgah Parkson (tak ingat nama bangunan baru ni). AI tumpang solat. Ingat nak pergi tengok-tengok pasar malam area situ tapi hujan pula.. makanya balik tidur rumah mak mertua.

2.1.2012 - keesokkannya bersamaan tarikh lahir AI (masa untuk qada' perjalanan yang terbatal semalam), cuma ucap selamat je pada suami tapi hari ni Iman yang dapat hadiah dari ayah ;) apa dia hadiahnya..  klik sini untuk lihat .. oh ya gambar ni saya ambil dalam kedai gambar. Sempat lagi singgah sini untuk print gambar lama (arwah atuk AI masa muda) yang baru diberi oleh pakcik AI untuk diberikan kepada anak murid beliau.

singgah pasar Siti Khadijah pula beli keropok, ikan budu, budu, cili padi, cili hijau, petai.. Bunyi macam pelik je kan, macam kedai kat rumah takde. Tapi siapa yang biasa dengan Kelantan akan tau apa perbezaannya bahan mentah kat sana dengan di sini. Kat sana rasanya lebih sedap kalau makan. Kalau mak mertua saya dan adik beradiknya datang rumah anak masing-masing mesti bawa semuanya dari sana ;)

Lepas beli barang terus bergerak balik, sebelum tu sempat lagi singgah Kuala Krai jumpa bapa mertua. Masa ni sebak sedikit, nak berpisah dengan abah AI yang nampak dah uzur.

Lewat juga kami bergerak dari sini.. sampai Gua Musang pukul 7 malam, temperature kereta naik sikit. Telefon adik saya dan pergi workshop berdepan Petronas Gua Musang, memang betullah apa yang adik saya bagitau, gasket bengkok. Dia pesan suruh bawa slow-slow. Nak repair pun kena ambil masa 1/2 hari. AI pun bawa tak lebih dari 80. Tu yang kami sampai rumah pukul 3 pagi. Apa pun syukur alhamdulillah, dalam suspen kami tu dan berdoa tak berhenti akhirnya selamat sampai rumah tanpa ada masalah. Kereta dah tua sama baya dengan usia perkahwinan kami. Nak tukar baru belum mampu.. doa-doakanlah ada rezeki AI dapat "kerja luar" tahun ni.

3 ulasan:

  1. bila la saya nk sampai ke sana..

    BalasPadam
  2. balik kelantan...akan nampak signboard hotel ni...tp tak pernah pun bermalam..hhuhuhu

    BalasPadam
  3. oo hari lahir AI ye baru ni.. Selamat hari lahir moga dimurahkan rezeki :-)

    btw pasal laptop tu.. a'aa sy ada beli untuk alisha laptop mainan tp dia xguna pun.. bg komputer yg betoi pun di xnak jugak sbb dia nampak sy guna laptop so, cpt2 dia g dkt laptop... kesimpulannya alisha suka apa yg ibu dia tgh guna... hihii

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...