بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 12 Januari 2012

Ahli baru


Inilah dia ahli baru yang ke-16, bakal menyerikan lagi keluarga kami. Makin bertambah anak saudara. Kalau raya semuanya ada memang gamatlah rumah nenek nanti. Baby boy ni zuriat kedua daripada adik perempuan saya yang bernama Ain. Kali ni melalui pembedahan sebab baby songsang. Bila mak telefon beritahu semalam, rasa tak sabar sangat nak tengok ahli baru ni. Kalau ada ahli baru je memang sayalah orang terawal pergi tengok. Melainkan mereka yang duduk jauh..

Namanya belum difikirkan lagi oleh ibunya. Tapi kakak dia ni yang sibuk-sibuk nak bagi nama. Biasalah bagi cadangan je terpulanglah ibunya nak pilih ke tak. Disebabkan anak adik saya yang pertama bernama Nur Najihah Batrisya (NNB) maka yang ni pun ibunya nak letak initial yang sama. Jadi sepantas kilat nama ni yang saya pilih. Naim Nuqman Badlishah. Ok tak nama ni?

nilah kakak dia yang sangat pandai berceloteh, kalah orang dewasa.
Tahun ni masuk 3 tahun. Suka sangat dapat adik lelaki. Dia selalu cakap pada ibu dia yang dia nak adik macam Iman. Haha sekarang dah dapat, tak bolehlah buli Iman lagi ;)

5 ulasan:

  1. wah...dah bertambah anak sedare ye? tahniah.....

    BalasPadam
  2. tahniah!!.. kakak baby tu cantik.. bulu mata lntik ek.. :-)

    BalasPadam
  3. comelnya baby...tahniah :)

    BalasPadam
  4. Tahniah.. doa anak kakak termakbul jua

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...