بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 14 Januari 2012

Ada basikal pula..

Tengoklah gelagatnya yang suka dapat basikal. Masa ayah Iman beli basikal ni, saya tak ikut. Macam biasa hari minggu mesti hero berdua ni "dating" bersama sementara tunggu saya bersiap dan buat apa yang patut di rumah. Tapi kesian, kaki belum cukup panjang lagi nak kayuh. Macam biasa kenalah guna kaki untuk tolak.

"Iman pandang sini, ummi nak ambil gambar"... inilah hasilnya. Sekarang dah pandai terima arahan hehe. Memang dia cukup pandai bila bergambar. Dari kecil asyik beraksi depan lensa kamera je oleh ummi dia. Bukan apa esok-esok bila besar dia sendiri akan teruja melihat gambar-gambar dia masa kecil. Mesti dia seronokkan... banyak kenangan zaman kanak-kanak. Tak macam ummi dia tak banyak gambar kenangan zaman kanak-kanak.

4 ulasan:

  1. nanti dah lama2 tu pandai la kayuh...:)

    BalasPadam
  2. alah, comelnya imna, pandai posing..

    BalasPadam
  3. a'aa betoi tu.. nanti dah besar mesti anak2 teruja kan.. cam saya lah.. dr kecik asyik ambik gambo alisha.. hihii

    btw,seronok tgk iman dgn basikal dia.. eppy je.. :-)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...