بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 31 Disember 2012

Iman pertama kali 'terbang'

Assalamualaikum

Alhamdulillah. Kini saya, Iman dan ma tok Iman berada di Kelantan. Hari ni hujan turun tanpa henti. Sejuk kaki tangan. Jimat elektrik tak perlu buka kipas ;) Saya ajak mak mertua balik sementara tunggu AI pulang dari Abu Dhabi. Tukar angin pantai timur pula. Saya suka juga duduk Kelantan. Rasa tak serabut sangat. Makan pun sedap ;)

Semalam merupakan pengalaman pertama Iman menaiki kapal terbang. Terujalah dapat melihat kenderaan pujaan depan mata :) takut pun ada. Terpaksa dukung naik tangga. Di bawah gambar yang sempat dirakam.


Tunggu ma tok masuk bilik air sebelum berlepas. Dah teruja nampak kapal terbang masa ni. Tak sabar nak naik.


Mulanya takut nak duduk kerusi sendiri, terpaksa pangku.


Baru nak take off. Berangan bawa kapal terbang lah Iman ni. Panjang muncung buat bunyi kapal terbang.


Disebabkan mata dah mengantuk, lepas sahaja take off Iman terus terlelap ;) terpaksalah pangku. Nyenyak tidur.. bila sampai airport Pengkalan Chepa, terjaga sekejap dan sambung lagi tidur dalam teksi pula. Kebetulan jalan sesak orang balik kerja.


Ma tok yang suka tengok gelagat Iman. Lawa tak mak mertua saya ;) kalah menantu yang super simple ni :) untuk pengetahuan MIL tiada kening.. jadi bila keluar dia suka lukis.


Lihat sahajalah saya yang 'natural' ni :)

Ahad, 30 Disember 2012

Air Zafaran rawatan alternatif buat 'gangguan'

Assalamualaikum

Nak cerita tentang air Zafaran. Sebelum ni entri tanda-tanda ada gangguan. Lepas ada gangguan kenalah ikhtiar apa yang patut. Mungkin ada yang tak percaya. Tapi bila gangguan benar-benar mengganggu kenalah ikhtiarkan sesuatu. Mulanya tak tahu juga. Tapi lepas di bacakan ayat-ayat al-Quran ternyata ada yang mengganggu.

Takpelah fikir positif. Mungkin dengan ini kita lebih dekat dengan Allah. Mulut tak berhenti berzikir dan membaca ayat-ayat al-Quran. Usaha sendiri adakala tidak cukup. Perlu juga jumpa ustaz atau ustazah. Bila orang lain bacakan pada kita kesannya berbeza. Itu pesan ustazah yang saya jumpa. Sambil pasang ayat ruqyah untuk di dengar.

Saya baru kenal dengan ustazah ni. Dia belajar di Mesir dan merupakan ustazah di sekolah. Baru sekali buat rawatan dan terpaksa tunggu bulan 4 untuk sambung kembali. Ustazah ni tunggu hari untuk bersalin. Dan dijangka bulan 4 habis tempoh berpantang. Kagum juga dengan kebolehan ustazah ni. Nantilah saya cerita.. Insyaallah.


Macam-macam air yang dibacakan ayat al-Quran saya minum. Terbaru saya cuba air zafaran ni. Mulanya nak beli air musoffa. Tapi masa tu ada kakak ni dan maknya beriya suruh saya cuba air ni. Saya pun beli. Ada kesan? Ada jugalah.. tempat ada gangguan rasa sakit sikit. Apa pun hanya Allah yang tahu.

Saya selalu berdoa agar Allah kuatkan keimanan dan berikan kesabaran yang tinggi untuk saya melawannya. Saya pun tak mahu fikirkan sangat. Takut jadi lain. Yang penting ikhtiar. Insyaallah dijauhkan. Maaf lah tak boleh nak cerita secara terperinci apa jenis gangguannya. Doakan semoga Allah membantu saya.

Khamis, 27 Disember 2012

Tanda-tanda ada gangguan makhluk halus atau jin

Assalamualaikum

Kadang-kadang kita tak tahu yang diri kita ni di 'ganggu'. Jadi jika ada tanda-tanda di bawah bolehlah berjumpa ustaz atau ustazah ataupun pengamal perubatan Islam yang bertauliah.

  1. Terlalu susah untuk tidur malam dan sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas, takut serta runsing.
  2. Seringkali mimpi yang menakutkan.
  3. Merintih dan menangis ketika tidur.
  4. Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, tikus, serigala, ular dan sebagainya.
  5. Jika mimpi dipatuk ular berkemungkinan petanda sihir / santau telah pun masuk ke dalam tubuh seseorang.
  6. Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  7. Mimpi jatuh dari tempat yang tinggi.
  8. Mimpi berada ditempat yang sunyi atau berada di perkuburan.
  9. Mimpi bayi atau kanak-kanak kecil dan menyusukan bayi tadi.
  10. Terdengar suara menyergah ketika tidur.
  11. Sakit kepala yang luar biasa dan berterusan tanpa sebab klinikal.
  12. Sakit pada tulang rusuk kiri dan kanan.
  13. Sakit pada tulang punggung tanpa sebab.
  14. Terasa ada sesuatu yang menyentap kaki.
  15. Sakit pada bahagian perut tanpa sebab.
  16. Terasa ada kelibat yang mengekori atau melintas di belakang.
  17. Timbul rasa takut tanpa sebab.
  18. Takut untuk menziarahi jenazah.
  19. Terasa nampak bayangan yang menakutkan.
  20. Nampak makhluk aneh dan menakutkan.
  21. Ada perasaan seperti hampir menemui ajal.
  22. Sering berkeadaan amat lesu dan sangat malas.
  23. Selalu berkeadaan lenguh disendi-sendi dan tulang belakang.
  24. Terasa seperti terpijak batu atau telur di tapak kaki.
  25. Merasa ragu-ragu tentang keimanan dan lain-lain.

Maklumat ini saya ambil dari nota dalam kotak Minyak Penawar Munajat yang saya beli di Darus Syifa, Sejangkang. Jika ingin membeli minyak ini yang digunakan sebagai pendinding boleh layari www.munajatoil.com



Selasa, 25 Disember 2012

AI jumpa Fahrin Ahmad di Abu Dhabi

Assalamualaikum


Petang tadi dapat SMS dari AI. Dia kata jumpa Fahrin Ahmad dan makan sekali. Sebenarnya AI tak kenal siapa Fahrin :) bila Fahrin beritahu dia artis di Malaysia. Dia tahu pasti saya kenal ;) siapalah tak kenal Fahrin Ahmad kan? AI siap Email ke saya gambar mereka berdua.

AI memang jarang sangat tengok cerita Melayu sebab tu dia tak kenal :) Saya cari aktiviti terbaru Fahrin Ahmad melalui google. Rupanya FA ke sana untuk penggambaran drama Rindu Bertamu di Abu Dhabi. Siapa yang like Facebook FA pasti dah tahu. Dia sentiasa update perkembangan terbaru.


Ini antara gambar yang terdapat di Facebook FA.fanpage dengan status "An Evening In Abu Dhabi.... with LOVE & FAITH, F.A

Tiba-tiba buat entri tentang artis pula ;) alang-alang AI dah jumpa kenalah review sikit kenapa FA ada di sana.


Iman kunci diri dalam bilik

Assalamualaikum


Selamat bercuti semua.... Ini cerita minggu lepas sedang ummi sibuk mengemas, nenek pula tengok TV, Iman hilang entah ke mana. Tiba-tiba dengar pintu di tutup dan dengar suara dia menangis dalam bilik. Saya pun cuba buka pintu tapi tak boleh. Saya suruh dia buka. Dengar bunyi dia pusing kunci tapi masih tak boleh buka. Ma tok pun dah mula risau. Suruh cari kunci. Saya ingat-ingat lupa kunci kat mana.

Iman pula dengar kami kat luar kelam kabut lagilah dia kuat menangis. "ummmmiiii" panjang betul sebut ummi dia. Saya pun lari naik atas. Tengah saya cari kunci tingkat atas. Mak mertua saya pun naik. Dia takut sangat Iman lemas dalam bilik. Bilik bawah ni kecil, aircond pula tak buka. Mesti dia kepanasan. Saya ni tenang lagi. Sebab dapat rasa boleh cari kunci ;)

Mujur cepat jumpa kunci. Tempoh kejadian tak sampai 5 minit. Bila saya buka pintu, nampak Iman menangis sambil sujud atas lantai. Saya ambil terus peluk dia. Ha tu lah. Lepas ni mesti serik nak kunci pintu lagi. Pintu rumah saya ni dah tukar pada jenis pemegang. Kuncinya jenis pusing. Jadi susah sikit nak buka. Saya pun kadang tak ingat pusing ke mana. Macam-macam kan? Siapa-siapa ada anak kecil kenalah beringat. Yang penting kunci senang nak cari ;)

Kita pun tak boleh panik juga.. ma tok Iman cepat panik. Lepas je pintu terbuka... terus mandi. Sebab badan panas risau takut Iman lemas. Atau dengan kata lain berdebar sangat-sangat ;) kesian ma tok. Sampai sekarang lupa nak cerita pada AI. Kalau AI dengar cerita ni, mesti dia pun risau.

Lepas kejadian tu, terus ambil kunci pintu bilik letak sekali dengan kunci rumah. Sebelum ni tak ingat nak letak. Bertambah beratlah kunci rumah yang sememangnya dah berat ;)

Ahad, 23 Disember 2012

Kena tulis ROTI atas jalan macam iklan agaknya

Assalamualaikum

Sebelum cerita lebih lanjut. Sebelum ni rasa tak kena je iklan budak perempuan tulis perkataan roti atas jalan. Nampak bijak. Tapi bahaya tu tulis ROTI atas jalan. Kalaulah ada yang tiru, haru juga ibubapa.  Banyak negatif dari positif.

Tutup cerita mengenai iklan tersebut. Alkisahnya sudah dua hari nak beli roti tapi tak dapat. Asyik terlepas je. Lepas tu saya senyum sorang-sorang. Teringatlah iklan yang diceritakan tadi. Mulanya macam tak setuju bila tengok iklan yang asyik terlepas ROTI tu. Sekali dah kena baru tau. Nak jual roti tapi bawa habis laju. Kita ni nak pakai tudung, ambil duit, belum anak sibuk nak ikut lagi.

Nak tergelak pun ada. Macamanalah orang nak beli kalau dah bawa laju macam tu. Agak-agaknya uncle roti baca tak? Rasanya kalau dia tengok iklan tu baru dia perasan agaknya ;) lepas ni kalau berjaya 'tangkap' dia. Nak bagitau kat dia "lainkali jangan laju sangat".


Jumaat, 21 Disember 2012

Renew insurans & road tax kereta berusia 13 tahun

Assalamualaikum

Semalam renew insurans dan road tax kereta kami yang sudah pun berusia 13 tahun ;) alkisahnya mula-mula pergi AmAssurance untuk renew macam biasa. Setelah menunggu agak lama, sampai giliran saya.. malang sekali kereta berusia 13 tahun tak diterima oleh AmAssurance. Saya diberitahu supaya ke Pejabat Pos untuk renew. Malangnya hari tersebut sistem pula ada masalah.

Saya cerita untuk berkongsi pengalaman. Semalam saya tanya pejabat pos, katanya di situ boleh terima setakat usia kereta 15 tahun. Jadi saya tertanya-tanya juga.. habis kereta-kereta lama yang lebih 15 tahun renew di mana? Kalau ada sesiapa yang tahu boleh kongsi di sini. Sayang sebenarnya nak jual kereta ni. Ianya merupakan kereta kedua kami dan kekal hingga kini. Kereta pertama, ketiga dan keempat hanya sementara sahaja. Jodoh tak panjang ;) Umur kereta ni sebaya usia perkahwinan kami. Banyak kenangan manis bersamanya.

Kami jaga macam menatang minyak yang penuh ;) kereta ni tak pernah buat masalah besar pada kami. Adalah sekali dua masa balik Kelantan dia buat hal, tapi belum tahap kena towing. Masalahnya berpunca dari kesilapan sendiri. Raya tahun ni balik Kelantan tiada masalah pun setelah di tukar apa yang patut ditukar. Terasa macam naik kereta baru ;) Enjin memang tiada masalah setakat ni.

Biarlah ada yang kata kereta 'lama' tak patut guna. Tapi kami tahu kemampuan kereta kami ;) memang ada perancangan ingin beli yang lain. Tunggu masa yang sesuai dahulu. Apa pun yang ni tetap kami simpan selagi boleh.



Lepas renew dapat borang Senang Menang ni di pejabat pos. Hadiah-hadiahnya menarik juga. Teringin nak dapat. Insyaallah kalau ada rezeki. Tolong doakan ya :) kalau dapat Proton Preve alhamdulillah.. bertuahnya... tak perlu keluar duit beli kereta ;)

Isnin, 17 Disember 2012

Peluang AI melihat bangunan tertinggi di dunia

Assalamualaikum

Jumaat baru ni AI berpeluang melihat mercu tanda Dubai yang bergelar Burj Khalifa dan juga merupakan bangunan tertinggi di dunia pada masa ini. Dahulu bangunan ini bergelar Burj Dubai. Kenapa bertukar kepada Burj Khalifa? Boleh baca DI SINI.

Perjalanan dari Abu Dhabi ke Dubai mengambil masa 1:30 jam. AI ke sana atas urusan kerja. Adakala tuntutan kerja membolehkan kita melawat tempat-tempat menarik di negara orang. Dengan kata lain, menyelam sambil minum air ;)


Burj Khalifa atau nama lamanya Burj Dubai

Saya ada terbaca membina bangunan yang tinggi-tinggi juga merupakan salah satu tanda-tanda hampirnya kiamat. Pendapat saya ianya hanyalah satu pembaziran serta menampakkan sifat riak di kalangan pemimpin negara. Sedangkan rumah Allah (Kaabah) tidaklah setinggi mana dan binaannya biasa-biasa sahaja. Ianya di bina oleh Nabi Ibrahim atas perintah Allah. Berbeza dengan piramid yang pernah bergelar bangunan atau binaan tertinggi serta dikagumi dunia yang di bina oleh kaum firaun atas perintah rajanya untuk melihat tuhan Nabi Musa. Jadi contoh binaan mana yang harus diikuti? Tepuk dada tanya iman.

FIRMAN Allah SWT yang bermaksud: Dan berkatalah Firaun: "Wahai kaumku, aku tidak mengetahui Tuhan bagimu selain aku. Maka bakarlah wahai Haman untukku tanah liat kemudian buatkanlah untukku bangunan yang tinggi agar aku dapat naik melihat Tuhan Musa, dan sesungguhnya aku benar-benar yakin bahawa dia (Musa) orang-orang pendusta". (al-Qasas: 38).


Bangunan tertinggi di Dubai sebelum ini yang juga antara bangunan tertinggi di dunia. Bernama Burj Al Arab


p.s: Gambar-gambar di atas dikirimkan oleh AI melalui Email.



Sabtu, 15 Disember 2012

Periksa HATI

Assalamualaikum

Belajar mengenal HATI... Tertarik bila melihat ayat Ustaz Azhar Idrus ini di FB. Sama-sama kita menjaganya dan berubah menjadi yang lebih baik. 


Rasulullah s.a.w bersabda:

"Sebesar-besar kebajikan itu ialah berakhlak dengan akhlak yang baik, dan dosa itu ialah perasaan bimbang dalam jiwa dan engkau tidak suka keadaan itu diketahui oleh orang lain".

Riwayat Muslim

Seseorang yang berakhlak mulia akan mendapat pahala dan boleh mendatangkan kebaikan untuk diri sendiri dan kebajikan kepada orang lain. Orang yang melakukan dosa tidak akan mendapat ketenangan jiwa didalam hidupnya. Berakhlaklah dengan akhlak yang mulia kerana ia sebesar besar kebajikan dan janganlah melakukan dosa kerana dosa itu ialah azab seksa, yang dirasai baik didunia mahupun diakhirat.

Rasulullah s.a.w bersabda: 

"Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian, maka hendaklah ia berkata perkara yang baik atau diam. Dan sesiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Sesiapa yang beriman kepada Allah dan hari kemudian maka hendaklah ia memuliakan tetamunya."

Sumber: FB Tanyalah Ustaz


Jumaat, 14 Disember 2012

Singgah tapi tak komen..

Assalamualaikum

Dah lama tak buat entri macam ni. Orang macam saya memang suka sikap terus terang. Saya juga belajar dari pengalaman dan kesilapan.

Balik pada tajuk... singgah tapi tak komen tu sebenarnya banyak sebab. Bergantung pada individu masing-masing. Ini pula alasan saya kenapa tak berbuat demikian. Sekarang aktiviti berblog agak terhad. Mata saya alah pada cahaya. Itu antara salah satu sebabnya. Kebanyakannya alasan susah nak curi masa.

Antara alasan saya:
  1. Blog heavy / lambat nak buka. Untuk pengguna komputer mungkin tiada masalah. Tapi bagi pengguna IOS / Android / Smartphone mungkin bermasalah. Alasan ni lebih kepada kenalan blogger saya. Bagi yang ingin tingkat trafik blog atau memudahkan pembaca blog, kenalah ringankan blog. Mungkin ada yang tak kisah semua tu... it's ok.
  2. Bila jumpa blog melalui carian google. Sekadar baca dan tutup. Mungkin sebab tak kenal. Tapi ada masa tinggal juga komen. Itupun kalau rasa teringin nak share pengalaman atau berterima kasih.
Cukup rasanya dua ni sahaja... jadi tak banyaklah alasan saya ;) Sebenarnya banyak kebaikan jika kita meninggalkan komen. Jika komen menarik pasti ada orang tertarik ingin mengenali kita. Kadang orang lupa kita. Bila kita singgah dan komen orang akan ingat kita kembali ;)

Jadi jangan malu-malu tinggal komen. Sebolehnya baca dahulu baru komen. Maaf lah ada masa saya tersenyum juga bila baca komen orang sebab nampak sangat tak baca apa yang di tulis. Mungkin sebab tu saya lihat ada yang tulis baca dulu baru komen ;) biarlah apa yang kita lakukan itu ikhlas. Jangan fikir sekadar ingin meninggalkan jejak.

Dulu saya sedaya upaya membalas jejak. Tapi disebabkan kekangan masa saya tak boleh nak buat macam tu. Jadi mana yang sempat saya akan tinggalkan komen ikhlas saya ;) jadi jangan ada yang berkecil hati. Sentiasa fikir positif. Pengakuan ikhlas... kalau tajuk entri menarik. Terus nak singgah ;)


P.s: masing-masing ada tujuan sendiri... jadi sendiri tahu apa yang patut dilakukan mengikut kehendak. Yang penting tiada paksaan dalam diri ;) ini sekadar pendapat peribadi. Maaf sangat-sangat jika tersalah kata.

Khamis, 13 Disember 2012

Minat Iman

Assalamualaikum

Walaupun sebelum ni ada sebut apa yang Iman minat, tapi kali ni saya buat entri khas mengenai minat Iman. Untuk pengetahuan Iman bila besar nanti.


Iman suka sangat dengan kapal terbang sejak Iman kenal apa itu kapal terbang. Ayah kata bolehlah jadi pilot. Tapi ummi tak berapa setuju. Sebab tak mahu Iman selalu tinggalkan ummi nanti, cukuplah sekadar jadi engineer kapal terbang ;). Ummi mahu Iman cenderung pada aktiviti keagamaan juga. Mainan kapal terbang banyak jadi koleksi. Banyak juga dah rosak. Seronok bila saya tengok Iman kumpulkan mainan kapal terbang dan susun elok-elok atas meja.

Setakat ni Iman belum rasa macamana naik kapal terbang. Setiap kali tanya nak naik kapal terbang tak? Pasti Iman cakap nak. Insyaallah hujung bulan ni hajat Iman akan ummi tunaikan. Walaupun kita tak terbang ke Abu Dhabi ;) teruja sangat Iman bila bagitau nak naik kapal terbang. "jom ikut" :) Ikut tu maksudnya "pergi". Sebab bila saya ajak Iman keluar. Saya selalu tanya "nak ikut tak?" jadi Iman tak tahulah sebut perkataan pergi lagi.

Ini adalah video dalam YouTube yang Iman selalu nak tengok tiap-tiap hari. "The making of boeing aeroplane". Selain tu Iman juga selalu tengok DVD dokumentari mengenai kapal terbang yang AI belikan untuk Iman.




Bola pula... biarlah ianya sekadar jadi sukan yang Iman minat bila di sekolah nanti. Ramai orang kalau tengok Iman sepak bola pasti terkejut. Mereka cakap boleh jadi pemain bola sepak bila besar nanti. Ummi senyum je. Tak mahulah ianya jadi kerjaya. Cukuplah sekadar hobi. Tak tahulah kenapa Iman suka sangat dengan bola. Mana-mana pergi kalau nampak bola mesti Iman nak beli. Sedangkan di rumah banyak dah bola. Sampai ummi sorok tinggalkan 2 biji je sebab tak larat nak kemas :). Bagi orang pun ada.

Ahad, 9 Disember 2012

From Abu Dhabi with love ;)

Assalamualaikum

Lama rasanya menyepi.. tak berkesempatan nak online. Alasan sama macam sebelum-sebelum ni, siapa yang biasa singgah pasti faham ;) Hari ni sudah 22 hari kami di rumah tanpa AI. Bila berjauhan Email dan telefon sebagai penghubung. Iman masih lagi mood 'mogok' tak mahu bercakap. Tengok gambar ayah pun nak marah. Tak puashati kena tinggal ;)

Ada masa bila Iman buka iPad dia akan tengok juga... muka sedih je.. ada sekali tu siap cium gambar ayah. Tapi tak lama... rindu dipendam dalam hati ;) suka je ummi dia nak menyakatkan. Bukan Iman je sedih AI pun sedih juga rindu pada Iman.

Ini antara gambar-gambar yang AI hantar melalui Email. Kita tengok je lah ya... Insyaallah ada rezeki kita pula bergambar di sana ;)

Harap tuan dalam gambar tak marah ;)

Kawasan penginapan AI. Nama hotel dirahsiakan buat sementara atas sebab-sebab keselamatan ;)

Bangunan depan office AI

Waktu malam di Abu Dhabi

Gambar ni dan seterusnya trip AI ke tempat yang bernama Al-Ain dan sempadan Oman.






Selasa, 27 November 2012

Iman berteman... terima kasih ma tok

Assalamualaikum

Hari Ahad baru ni mak mertua saya datang dari Kelantan untuk teman kan saya dan Iman di rumah. AI yang minta tolong. Saya cuma risau kalau MIL saya tak happy je.. Sebelum ni MIL pernah duduk 4 hari di rumah saya. Alhamdulillah ok. Biasalah kan ada orang tak selesa bila berada di rumah bersama menantu atau MIL. Orang lelaki biasanya tiada masalah, selalunya orang perempuan yang risau ;)

Macam saya dan MIL ok tiada masalah. Sebab MIL saya memang suka masak. Jadi memang MIL sahaja yang masak. Saya pula menantu yang tak cerewet soal makan. Apa yang dimasak semuanya sedap bagi saya :) seronok kan ada orang masak. Tak perlu fikir nak masak. Cuma tolong belikan bahan untuk masak sahaja. Lagi pun saya tak pandai sangat masak. Boleh masak tapi kurang mantap ;)

Iman pun seronok... bertambah lagi orang untuk dibuli ;) ma tok pening-pening pun layan juga Iman main. Kalau ada orang lain dalam rumah memang iman tahan mata. Siang kalau budak lain tidur... dia sanggup tak tidur nak main. Penat lah nak layan.

Terima kasih buat MIL yang sudi teman kami... jangan serik dengan Iman yang super aktif tu :)

Gambar masa raya baru-baru ni ;)


Jumaat, 23 November 2012

Cara untuk membuka saluran jantung tersumbat

Assalamualaikum

Entri ni dah lama ada dalam draft. Kebetulan malam ni ada masa untuk lihat dan rasa tertarik untuk dikongsikan. Saya sendiri sedang mencari cara untuk membuka saluran jantung tersumbat. Bukanlah ada sakit jantung tapi sebagai langkah berjaga-jaga. Mencegah lebih baikkan? Apa pun semuanya dengan izin Allah. Yang penting kita berusaha.


Semoga bermanfaat buat semua.


Sumber: facebook Dr Jeeson

Rabu, 21 November 2012

Hantar AI ke KLIA juga hari yang sama kehilangan atuk

Assalamualaikum

Hari Ahad baru ni lepas subuh kami dikejutkan dengan berita pemergian arwah atuk saya. Tarikh yang sama pemergian AI ke Abu Dhabi. Mujur masa penerbangan di waktu malam. Sudah banyak kali sebenarnya AI tunda hendak ke sana. Mungkin ini lah hikmahnya. Jika tidak AI pasti tidak berpeluang melihat arwah buat kali terakhir.

Ini adalah kali pertama Iman berpisah dengan ayahnya. Sekali berpisah lama pula. Setakat ni alhamdulillah Iman ok sahaja. Tapi biasalah dia akan tanya "mana ayah?". Saya akan jawab ayah kerja. Walaupun nampak Iman kuat tapi bila berhubung ditalian, Iman tak macam sebelum ni sebelum ayahnya tiada. Dia seolah tak mahu bercakap. Merajuk agaknya. Kalau bercakap pun terjerit-jerit. Melawan emosi agaknya.

Di bawah memori di hari pemergian AI....

Ini sahaja gambar yang ok sikit dari yang lain. Iman meronta tak mahu bergambar. Masa ni AI nak masuk ke pintu perlepasan. Masa ni juga Iman menangis siap duduk atas lantai. "ayah.. ayah.." rasa sebak pula tengok dia macam tu.


Ruangan terakhir boleh melihat AI sebelum naik train untuk menaiki kapal terbang. Lihatlah rupa Iman yang sayu tu. Memang sedih tengok dia masa ni. Tapi saya kuatkan hati. Sebelum ni bila nampak kapal terbang, dia akan cakap "bye ayah" macam tau-tau je ayah dia nak pergi.


Gambar terakhir ni sebahagian anak adik-adik saya yang singgah ke rumah untuk berjumpa AI sebelum berangkat ke airport. Yang bercermin mata tu... Adik saya nombor empat.


AI ajak kami ke sana.. sebenarnya saya kurang suka naik kapal terbang ;) lebih-lebih lagi untuk tempoh yang lama. Insyaallah jika ditakdirkan Allah. Sampailah saya dan Iman di sana. Cuma masanya tidak tahu lagi...


Jumaat, 9 November 2012

Hormati kehidupan orang lain

Assalamualaikum


Sekadar renungan bersama...

Selagi bergelar manusia kita sentiasa tidak lari dari bercerita tentang orang lain. Apa yang saya pelajari dan sentiasa belajar... sebagai manusia kita perlu hormat orang lain jika kita mahu orang lain hormat kita. Setiap orang ada kehidupan masing-masing. Apa yang berlaku kepada mereka adalah kisah hidup mereka. Apa yang mereka ingin ceritakan itu juga hak mereka. Jika tak suka lebih baik diam dari berkata-kata. Mendoakan yang baik adalah yang lebih baik. Andai salah kata kita yang mendapat dosa kerana melukakan perasaan orang lain.

Belajarlah menjadi manusia yang sentiasa bersyukur. Kerana syukur itu membuatkan hati kita sentiasa tenang. Bila hati tenang tiada kata-kata yang tidak baik yang dikeluarkan. Biasanya orang yang tiada ketenangan tidak senang melihat kesenangan orang lain. Wallahuaklam.


Firman Allah dalam surah Al-Hujrat ayat 10

"Sesungguhnya orang-orang mukmin itu bersaudara maka hendaklah kamu berbaik-baik antara satu sama lain dan bertaqwalah kepada Allah supaya kamu mendapat rahmat daripada Allah "Dan janganlah kita meneruskan sifat-sifat buruk tersebut maka umat Islam akan berpecah dan bermusuhan antara satu sama lain dan ingatlah peringatan Allah dalam hal ini dalam firmannya :

"Dan janganlah kamu berpecah belah atau bercakaran antara satu sama lain, kelak kamu akan lemah dan hancur dan dengan itu hilanglah kekuatan atau kekuasaan kamu"


"Dan, berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliyah dulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka menjadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliyah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keterangan-Nya, supaya kamu mendapat petunjuk hidayah-Nya." (Ali Imran:103)


Selasa, 6 November 2012

Sanggup ke berpisah?

Assalamualaikum


Terasa agak susah mencari peluang untuk membuat catatan sekarang ni. Budak kecil di atas tu sentiasa mahukan perhatian. Bila saya buka je iPad dia mesti nak. Biasalah takde kawan. Penuh gambar dia ambil sendiri. Atas ni antara gambar yang di ambil.

Terima kasih rakan yang sentiasa tak jemu singgah di blog saya. Banyak juga perkara lain yang terpaksa diuruskan. Boleh kata setiap minggu kami ke Putrajaya untuk urusan yang dikira amat penting untuk diselesaikan sebelum AI bertugas di luar. Alhamdulillah rezeki Allah untuk Iman sebenarnya. Sejak dapat Iman tak putus-putus rezeki Allah bagi.

Iman sekarang semakin bijak bercakap. Baru- baru ni tak sihat. Demam, selsema dan batuk. Sekarang masih batuk lagi. Alhamdulillah semakin kurang. Takut makan ubat dari kecil sampai kini tak berubah. Nak pujuk makan, kena ugut kata ummi naik atas. Tinggal Iman sorang-sorang di bawah. Barulah nak makan ;)

Berbalik pada tajuk, jika dengan izin Allah AI akan meninggalkan kami berdua di rumah. Bermulalah episod ujian rindu-rinduan :) tak tahulah macamana Iman melaluinya nanti. Bukan Iman sahaja, AI juga. Macam saya dan AI sudah biasa 'berpisah'.

Insyaallah ada rezeki kami akan menyusul kemudian. Tengok pada keadaan. AI pergi tak lama. Hanya beberapa bulan sahaja. Sampai di sini dahulu Iman sudah panggil dari tadi. Ummi dia ambil peluang online di atas :)

Salam ukhwah.

Jumaat, 19 Oktober 2012

Takdir dan Waktu

Assalamualaikum

Apa khabar rakan blog? harap semuanya sihat dan sentiasa dilimpahi rahmat oleh Allah. Terima kasih masih berkunjung walau dah lama tak berupdate. Terutama saudara Tirana Aduka yang rajin singgah, terharu saya :), tak lupa buat yang lain juga. Saya sempat baca catatan kalian melalui Email.

Entah kenapa masa begitu cemburu dengan saya sekarang ni. Nak update blog pun tak sempat. Nampak sangat dulu saya terlalu memaksa mencari masa untuk update ;)

Alhamdulillah saya masih diberi kesihatan yang baik oleh Allah. Malah saya rasa semakin hari semakin baik. Adakala apa yang menimpa buat kita lebih banyak belajar dan bersyukur serta menguji keimanan kita kepada Allah. Setiap manusia sudah ditetapkan jalan hidup oleh Allah. Percaya kepada qada' dan qadar juga termasuk di dalam rukun iman. Jadi apa yang terjadi dalam hidup adalah ujian keimanan kita terhadap Allah.

Melihat saudara kita yang lain yang lebih hebat lagi ujiannya berbanding kita yang diibaratkan baru terkena hembusan atau amaran apalah sangat. Kelakar juga rasanya. Kini segalanya bergantung kepada ketentuanNya. Apa pun hidup mesti diteruskan selagi masih diberi pinjaman oleh Allah. Yang penting kesihatan harus diutamakan. Bak kata mak mertua saya.. urusan hidup dan mati ketentuan Allah. Tak perlu fikir...

Tak mau cerita sedih-sedih lagi. Sepanjang menyepi banyak juga yang terjadi, antaranya 29hb September 2012 hari penganugerahan perkhidmatan AI selama 20 tahun dalam syarikat. Hari itu juga perginya insan yang memberi anugerah buat saya dan AI dalam perkahwinan kami. Semoga beliau ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman.

Buat yang rindu kisah Iman. Buat masa ni, alhamdulillah Iman sihat, cuma perut dia meragam sikit. Gigi geraham bahagian bawah mulai tumbuh. Akal bertambah cerdik. Alhamdulillah.

Akhir sekali.. takdir hidup setiap manusia sudah ditentukan... cuma masanya kita tak tahu. Apa pun yang berlaku ketentuan Ilahi. Pada yang ditimpa ujian semoga terus tabah. Ketabahan menerima sesuatu ujian membuatkan kita bertambah kuat dari segi rohani dan jasmani. Jangan mengalah sebelum berusaha dan bertawakal. Yang penting percaya dan yakin pada Allah. Insyaallah, rahmat Allah sentiasa bersama kita.

Salam rindu buat rakan-rakan semua :)

Khamis, 20 September 2012

Doa mohon sembuh dari penyakit

Assalamualaikum

Apa khabar rakan-rakan semua? Semoga semuanya sentiasa di rahmati dan diberkati Allah. Amin. Tiada apa yang nak diceritakan. Alhamdulillah, jalani kehidupan seperti biasa. Cuma ingin berkongsi doa di bawah ini.


Ya Allah, anugerahkanlah ke atas kami wahai Tuhan kami penawar kepada penawarMu, dan kesembuhan daripada kesembuhanMu, juga keberkatan daripada keberkatanMu, juga rahmat daripada rahmatMu terhadap penderitaan-penderitaan yang dideritai oleh orang yang sakit juga mereka yang lemah, dan sembuhkanlah, sembuhkanlah, sembuhkanlah dengan rahmatMu, ya arhamar rahimin.

Semoga bermanfaat buat semua.

Terima kasih.

Ahad, 16 September 2012

Alhamdulillah

Assalamualaikum

Malam ni berpeluang online, sambil Iman tidur di sisi. Petang tadi kami pergi Ulu Yam River n Terrace kepunyaan rakan AI. Menarik tempatnya. Sudah 2 tahun lebih tak ke sini. Banyak dah berubah. Saya belum berpeluang buat entri mengenai bisnes rakan AI ni. Boleh singgah Blog atau Facebook nya untuk mengetahui dengan lebih lanjut.

Tujuan ke sini saja cari ketenangan dan kedamaian air sungai dan kehijauan hutan. Imanlah yang seronok mandi manda bersama che Nayli (anak adik yang saya ajak join sekali). Datang dah lewat jadi sekejap sahaja singgah.

Kini saya baru bersedia terima kenyataan. Malu rasanya pada diri yang sukar terima hakikat apa yang berlaku. Yang penting saya belajar sesuatu dalam hidup. Apa yang penting sekarang melawan dan memperbaiki kesihatan daripada tidak baik kepada baik. Kalau boleh ke tahap excellent :) boleh ke? Ini cabaran kepada diri sendiri. Insyaallah jika betul-betul berusaha pasti boleh.

Rindu dengan rakan blog. Perlahan-lahan akan singgah... terima kasih di atas sokongan semua. Kalian memang sweet... sayang kalian.

Pinjam pesanan dari AI...

"hidup ini ada suka dan duka.... jadi kena terima kenyataan apa yang kita lalui dalam hidup"

Dua anak kecil yang suka dapat main air... Seronok tengok gelagat mereka

Rabu, 12 September 2012

Ketenangan dan kekuatan

Assalamualaikum

Semakin lama semakin kurang entri di blog ni.. tuan blog kini banyak memberi ruang masa pada dunia realiti. Tapi dalam pada itu hati ni sentiasa rindu dengan blog saya ni dan rakan blog yang lain.

Terima kasih di atas ulasan yang ditinggalkan. Kalian memang rakan yang baik kerana luangkan masa berkunjung di sini. Alhamdulillah dengan ulasan yang ditinggalkan banyak juga membantu saya menenangkan diri dari memikirkan yang bukan-bukan. Walaupun sebelum ni saya kata yang mendengar dan mengalami tidak sama, tapi saya akui kata-kata perangsang dari orang lain banyak membantu dalam memberi harapan dan semangat. Terima kasih sekali lagi.

Sekarang saya dalam proses memperbaiki kesihatan lagi. Tengah berfikir untuk membeli supplement yang boleh membantu pulihkan kesihatan dalaman secara total. Disebabkan mahal ambil masa juga untuk berfikir. Tapi wang bukan lagi ukuran bila tak sihat. Betul tak? Masa ni memang banyak juga pelaburan yang perlu dibuat demi kesihatan. Sebab tu kena beringat sebelum sakit. Dulu saya memang jenis orang yang tak kisah sangat soal makan. Bukan tak jaga cara pemakanan, tapi kurang sangat makan dan makan tak ikut masa dan jarang bersenam.

Bila tak sihat, semua yang dulu diabaikan kini dijaga. Dah terhantuk baru nak terngadah. Adakala sakit ni sebagai amaran dan peringatan. Sebelum ni kita tahu tapi tak buat. Kepada rakan yang lain jagalah kesihatan sebaik mungkin semasa kita sihat ni. Adakala kesannya bukan sekarang tapi bila kita berusia.

Hujung minggu baru ni saya ke Melaka berurut dengan Wan Induk. Ada kisah mengenainya sebelum ni. Kami bermalam di sana. Seronok pergi rumah Wan Induk. AI pun nampaknya serasi. Susah dia nak tidur rumah orang. Bangun pagi boleh tengok pokok-pokok menghijau dan kabus. Nikmatnya... terasa nak tinggal di kampung bila AI pencen nanti. Tenang dengan udara yang masih segar. Iman pun seronok dan serasi di sana.

Banyak pesanan dari Wan Induk untuk saya. Apa yang diberitahu semua saya buat. Kini saya bertungku. Baru ambil batu sungai dari rumah mak semalam. Sedap juga bila buat. Badan kita bila banyak jatuh dan tak betul urat-uratnya eloklah dibetulkan. Bila aliran darah tak sempurna tu yang timbul penyakit. Bersenam juga boleh membantu. Kini saya ambil peluang bersenam bersama Iman dalam rumah. Luar rumah nanti kena kejar dia je pula ;) dia pula yang lebih semangat. Hari-hari mesti ajak lari.

Iman sentiasa berikan saya ketenangan dan semangat...

Baru ambil gambar ni semalam masa nak keluar. Iman bergaya sendiri tanpa disuruh. Senyum je saya tengok gaya dia. Sekejap je pakai.. Nak keluar semua dia tanggalkan. Sajalah tu nak hiburkan ummi dia.

Selain itu zikir Lailahaillallah banyak membantu saya dari segi kerohanian dan memberi ketenangan dan kekuatan juga.


Jumaat, 7 September 2012

Merawat darah tinggi

Assalamualaikum

Apa khabar rakan-rakan hari ni. Semoga kalian sentiasa sihat hendaknya. Hari Selasa baru ni saya telah pergi ke Columbia Hospital yang terletak di Bukit Rimau. Pertama kali jejak kaki ke sini. Bagus hospital ni, baik dari segi layanan dan rawatan yang diberi.

Sepatutnya saya buat full blood test 17hb ni, tapi disebabkan rasa risau saya minta doktor di klinik refer saya ke hospital untuk rawatan lanjut. Saya kena jumpa doktor gyne dulu. Sebab sakit di bahagian perut dan pinggang. Jumpa doktor terus scan rahim ikut saluran rahim. Doktor kata tiada masalah, cuma ada sedikit ketumbuhan. Tak perlu tunggu terus buang di situ juga. Seterusnya saya kena tunggu ujian pap smear. Doktor yang merawat doktor cina perempuan bernama Doktor Loo. Sangat baik dan cekap doktornya.

Saya request untuk buat full blood test. Doktor terus tunaikan hajat saya. Susah hati juga kalau tak dapat nak buat. Bila buat kita lebih tahu apa masalah kesihatan kita yang sebenarnya. Bila guna kad insurans company ada sesetengah mereka tak cover. Sampai hari ni ING tak call lagi beritahu tak cover.

Hingga hari ni masih menanti keputusan darah dan urine test. Seminggu untuk dapatkan keputusan. Harap tiadalah yang lebih merbahaya.

Kini saya sedang sibuk mengawal dan menjaga pemakanan. Segala maklumat tentang darah tinggi saya baca sebagai rujukan.

AI telah belikan saya mesin Omron untuk check BP saya di rumah. 1 hari 3 hingga 4 kali juga saya check. Tekanan masih sama jika saya tak makan ubat atau kurang minum air. 2 hari sebelum ni saya tak ambil ubat. Cuma kawal sendiri. Banyak minum air kosong, minum air epal hijau, timun, peria katak dan asparagus.

Emosi saya semakin hari semakin stabil. Susah juga nak kosongkan fikiran dari tidak memikirkan masalah kesihatan. Apa pun saya sentiasa berusaha.

Rujukan saya tentang darah tinggi.

http://darahtinggi-info.blogspot.com


p.s: maaf saya tak boleh online lama-lama macam sebelum ni. Bila berpeluang saya akan update blog saya, tak sempat singgah blog rakan. Tunggu keadaan saya betul-betul stabil dahulu. Perut dan pinggang masih tak selesa. Terima kasih pada yang meninggalkan ulasan di blog ini. Saya sangat menghargainya..

Selasa, 4 September 2012

Belajar dan memahami hakikat hidup

Assalamualaikum

Pertama sekali terima kasih buat rakan-rakan yang sudi memberi dorongan dan mendoakan saya. Saya masih belajar menerima hakikat ujian kesihatan yang saya terima. Macam yang saya pernah beritahu sebelum ni... sakit itu ujian Allah dan adakala ianya berpunca dari kesilapan diri sendiri. Bagi saya apa yang saya terima adalah dari kesilapan diri sendiri.

Nipisnya Iman

Semasa mula-mula terima berita bacaan darah tinggi dan kena makan ubat darah tinggi (5mg). Dalam masa yang sama ada infection dalam rahim dan kena makan antibiotik, tiba-tiba sahaja saya fikir yang bukan-bukan. Hati tiba-tiba jadi sayu dan saya menangis. Masa ni saya cukup sedih dan tidak boleh terima kenyataan. AI banyak membantu waktu ini... dia sentiasa berusaha buat apa sahaja. Iman juga cukup memahami. Baik sangat bila berdua di rumah. Seolah faham saya kurang sihat. Melihat dia lagi sebak saya rasa.

Saya ambil masa 2 hari untuk terima kenyataan. Saya juga kena berusaha menangani masalah kesihatan saya. Alhamdulillah, kini saya semakin kuat dan berusaha dalam pelbagai bentuk perubatan.

Utamakan kesihatan

Sihat adalah kunci kebahagiaan yang sebenar. Siapa yang nak sakit kan? Jadi kita tak boleh lari dari berjaga-jaga, baik dari segi pemakanan, waktu makan, waktu tidur dan waktu bekerja. Bersenam amat penting. Inilah perkara yang sering kita abaikan. Macam saya. Adakala kita lupa sebab kita masih sihat. Cara hidup yang sihat adalah kunci kesihatan kita.

Nikmat yang ditarik

Sebagai manusia kita memang kena terima hakikat. Semakin bertambahnya umur semakin tinggi peluang kita menghidapi penyakit. Tapi kini ramai yang muda-muda tak kira kanak-kanak sudah ada penyakit yang biasa orang berumur perolehi.

Sakit ini lambat atau cepat kita boleh terima. AI kata "dengar apa yang dia nak beritahu... semakin bertambah umur sikit-sikit tuhan tarik nikmat yang DIA bagi" jadi kena bersedia terima kenyataan dan hakikat hidup.

Membaca, melihat, mendengar dengan mengalami adalah perkara yang cukup berbeza. Bila kita membaca, melihat dan mendengar perasaan kita adalah setakat simpati dan kagum dengan mereka. Berbeza dengan yang mengalami... hanya Allah yang tahu apa yang difikirkan dan setakat mana keimanan seseorang menerima ujian kesakitan tersebut.

Syukur Allah baru uji yang sedikit.. Itupun seperti dipasangkan bom jangka. Kerana hanya saya yang rasa apa yang tak kena dalam badan. Sebab itu risau saya melampau-lampau. Semoga Allah baru beri isyarat pada saya dan bagi peluang kedua untuk terus perbaiki kualiti kehidupan yang ada.

Panjang juga catatan saya... saya harap ada yang faham apa yang cuba saya sampaikan. Terima kasih pada yang sudi membaca.

Ahad, 2 September 2012

Terpaksa kurangkan masa dengan blog

Assalamualaikum

Saya terpaksa kurangkan masa dengan blog buat masa sekarang. Keadaan kesihatan tidak mengizinkan. Bermula bulan puasa baru ni bacaan darah saya tinggi, dan semalam bacaannya masih sama. 17hb saya akan buat full blood test.

Masalah saya berpunca dari angin yang terlampau banyak dalam badan. Saya juga dinasihatkan oleh pakcik yang boleh mengubat, agar tidak melihat cahaya terlalu lama.

Ada lagi sakit lain yang saya dapat disebabkan angin ini. Sekarang saya tak boleh langsung makan makanan yang masin.

Jadi lepas ni saya mungkin akan jarang singgah blog rakan. Akan cuba singgah apa yang termampu. Insyaallah.

Doakan kesihatan saya beransur pulih. Terkejut juga terima berita macam ni. Mungkin ada hikmah disebaliknya.


Jumaat, 31 Ogos 2012

Pentingnya ilmu dalam kehidupan

Assalamualaikum



Maksud ilmu dari segi bahasa kalimah Fiqh bermaksud memahami. Pada asalnya ia bermaksud memahami agama secara keseluruhannya. Namun kemudiannya dikhususkan ulamak kepada memahami ajaran Islam yang berkaitan dengan hukum-hakam amali sahaja, iaitu percakapan, perbuatan dan hal-ehwal luaran manusia tanpa menyentuh soal aqidah dan akhlak. (sumber)

ILMU adalah suluh dalam kehidupan dan ia memberi makna pada diri. Tanpa ilmu, manusia dalam kejahilan dan meraba-raba mencari makna diri dan makna kehidupan. Pendidikan adalah suatu proses mengadabkan insan. Insan tidak hanya diajar tentang sesuatu, tetapi bagaimana sesuatu itu dapat membentuk diri dan sikap sehingga memberi kesan perubahan yang baik. Ilmu dan pendidikan sifatnya saling melengkapi kerana ilmu tanpa pendidikan ibarat ramuan yang tidak diolah dan pendidikan tanpa ilmu ibarat perjalanan tanpa pedoman. (sumber)

p.s: Teringat kata-kata ayah Iman... jika kita berdebat dengan orang yang jahil, kita turut sama jahil macam mereka...  entri ini sebagai peringatan sahaja. Tiada kena mengena dengan sesiapa. Adakala mendiamkan diri itu lebih baik. Kerana makin banyak bercakap makin banyak kekurangannya. Wallahuaklam.


Khamis, 30 Ogos 2012

Terima kasih Herba Tihara

Assalamualaikum

Terharu dengan entri Review Blog Ummi Iman dari blog Herba Tihara yang baru sempat saya singgah sebentar tadi. Entri tersebut adalah kemenangan saya untuk Giveaway Craft n Crochet 2 By Tihara. Walaupun entri giveaway itu di dalam Blog Contest & Giveaway tetapi HT sudi review blog utama. Sebenarnya saya yang buat permintaan tersebut ;) Malu je kan...

Herba Tihara

HT memang baikhati.. kerana blognya sering review blog rakan blogger yang lain. Boleh kata siapa yang sering singgah dan tinggalkan komen di blognya pasti ada penghargaan buat mereka. Siapa yang belum kenal HT bolehlah singgah ke blog beliau.

Buat Herba Tihara... terima kasih daun keladi... lainkali boleh buat lagi... mana tahu ada rezeki sekali lagi...

Buat semua rakan blogger yang singgah sini, terima kasih banyak-banyak. Semoga persahabatan terjalin ikhlas dan beroleh keberkatan. Maaf jika ada blog yang jarang saya singgah. Jika saya terlupa singgahlah sini... sebagai peringatan buat saya. Insyaallah saya akan singgah kembali. Harap maklum saya memang jarang sangat tengok dashboard. Biasa singgah blog yang tersenarai di dalam blog ini kerana keramahan mereka. Lagipun masa agak terhad. Jika berkelapangan baru sempat singgah blog yang lain. Suka dengan kata-kata di bawah ni.. ambil dari google image ...

"Your friendship is a gift, I enjoy opening everyday"



Happy 55th Merdeka Day!

"Semoga Allah sentiasa melindungi negara kita dari segala bahaya dan makmur sentiasa"

Rabu, 29 Ogos 2012

Iman sakit gigi

Assalamualaikum

Kesian Iman dah 4 hari sakit gigi. Asyik lah diketap giginya tu.. Dah bawa jumpa doktor 2 hari lepas. Doktor kata gusi bengkak. Mungkin ada bakteria.. Tekak pun sakit.. suara serak sikit lepas balik dari Kelantan. Sebenarnya confused juga gigi atau bahagian pipi belah dalam yang sakit. Sebab ada luka di situ akibat gigi. Tapi bila dia ketap gigi, rasanya memang gusi dia yang sakit. Ada masa terus menangis sebab sakit sangat. Kesian. Tak tahu nak tolong macamana. Bila sapu gel doktor bagi baru ok.

Ada tak cara lain yang boleh membantu. Nak bagi ubat tahan sakit banyak-banyak takut pula. Setakat ni bagi ubat homeopati. Dah lama tak sakit. Tu yang berisi sikit badannya. Berat sekarang hampir 13kg.

Tulah susah sangat nak berus gigi. Suruh buat sendiri tapi tak sempurna. Gigi tak rosak.. Doktor pun kata ok. Memang nampak cantik je giginya. Tapi sakit... tak tahu di mana silapnya. Nak tumbuh gigi ke? Tak nampak pula macam nak tumbuh... nak tengok betul-betul pun susah nak buka mulut. Harap cepatlah selesai masalah gigi Iman ni... Nak minum susu pun rasa sakit.

Selit gambar ni... Iman kepenatan balik dari Kelantan. Awal tidur. Kucing mainan tu sepupu AI (Ani) yang belikan masa balik raya baru ni, sebab dia tengok Iman minat sangat main kucing. Terima kasih untie Ani :)

Patung buaya tu pula saya yang beli masa pergi Pengkalan Kubor. Saya beli sebab Iman dah mula suka tidur nak peluk bantal. Masa ambil gambar ni Iman tidur sendiri.. tak sempat peluk bantal pun ;) penat sangat. Ummi dia yang ambil kesempatan letak di sebelah sebab nak ambil gambar :D, untuk kenangan Iman juga nanti.

Sakit-sakit pun aktif dan ceria. Ada masa-masa je dia rasa sakit. Ada selsema sikit. Itu pun kejap ada kejap takde. Gambar masa ni nak keluar ikut ayah dia. Disebabkan kurang sihat.. Pakaikan baju sejuk. Iman memang tak tahan aircond. Sejuk kaki tangan. Rambut baru potong... sempat iklan ;)


p.s: makin mudah pula nak update blog sekarang. Boleh copy paste je gambar... hari ni try buat boleh pula. Sebelum ni tak boleh... macam-macam aplikasi guna Google+ lah... Blogger lah... sebab tu gambar tak boleh view besar ;) sebab upload guna aplikasi Blogger. Google+ tu.. semua gambar yang kita ambil dia upload. Tu yang tak mau guna dah.. atau memang dulu tak reti hihi...

Update: Maaf, memang tak boleh copy paste ;) mula-mula view je ok. Lepas tu gambar tak keluar. Memang kena juga guna aplikasi sebelum ni. Siapa yang nak tahu boleh klik sini.

Kad raya dari Cik Nur dan Eca

Assalamualaikum

Dah lama juga dapat kad raya dari Cik Nur ni.. sebelum balik ke Kelantan lagi. Manakala kad raya cikgu Asha @ Eca pula balik dari Kelantan dah ada dalam peti surat. Hari ni baru berpeluang nak buat entri. Online kejap-kejap. Jadi nak singgah blog rakan-rakan agak terhad. Tapi siapa yang singgah sini Insyaallah saya singgah kembali. Itupun tersekat-sekat. Kalau betul-betul free baru sempat ziarah ramai-ramai serentak ;)

Ini kad raya dari Cik Nur


Panjang juga coretannya berbanding kad raya saya ;) malu pula rasanya..


Ini pula kad raya dari Eca... tengok gambar je dah tahukan? :)
Comel dan cute. Hasil kerja tangan sendiri.


Terima kasih buat adik-adik berdua ni... mereka memang friendly dan ceria sentiasa. Semoga berjaya dalam karier masing-masing.