بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 28 Disember 2011

Program Jom Santai Bersama GeMS 31Disember 2011


Program yang menarik untuk bawa keluarga bertempat di Dataran Shah Alam bermula dari pukul 8.30 pagi hingga 12.00 malam. Jumpa info ni di Facebook. Kalau tiada apa-apa program bolehlah datang sini.. Ianya program sempena menjelang tahun baru. Eloklah kerana saya yakin pengisiannya lebih baik dari sambutan malam tahun baru sebelum-sebelum ni.

Apa azam tahun baru? pastinya nak yang lebih baik dari tahun sebelumnya dan mencapai impian yang belum terlaksana. InsyaAllah.

Apa dia GeMS tu? saya dah search ianya bermaksud:
Secara amnya, “Graduates Employability Management Scheme” (GEMS) adalah satu inisiatif kerajaan bagi memperkasakan para graduan dengan kecekapan dan kebolehan dalam menempuhi alam kerjaya. Program GEMS ini diharapkan dapat memberi latihan kepada 12,000 graduan di dalam lingkungan masa dua tahun. Program latihan GEMS ini terbahagi kepada 2.5 bulan latihan berstruktur di dalam kelas dan 6 bulan latihan praktikal.

Salah satu projek yang dijalankan oleh peserta GEMS adalah program hari karnival yang melibatkan Gate Corporation dan Infinity Events Consulting. Kertas Kerja Karnival ini merupakan salah satu medium bagi “Karnival Keusahawanan Graduan”.

ini pula video promo mereka

Kami waktu ni mungkin masih lagi berada di Kelantan. Esok balik kampung AI melawat kedua mertua.

Selasa, 27 Disember 2011

Teman ayah jumpa kawan di KLIA

Dah lama rasanya tak pergi KLIA sejak ada Air Asia ni. Kalau dulu takde choice nak pilih naik flight sekarang ada 3 pilihan untuk flight local, MAS, Air Asia dan Fire Fly. Cuma Fire Fly je tak pernah naik lagi. Nak compare dari segi keselesaan dah tentulah naik MAS, pramugari dan pramugaranya pun lebih sopan layanannya. Dah pernah dapat award pun rasanya kan? Pernah sekali naik Air Asia berdepan dengan pramugara yang konon-kononnya nak bergurau tapi rasanya terlebih sangat gurauannya hinggakan kawan dia pun cuit dia. Dia tanya nak beli apa-apa tak? saya cakap takde, lepas tu tanya dia takde ke apa-apa yang free (souvenier flight). Dia jawab ada tisu tandas. Amboi dalam hati melampaunya jawapan.

Berbalik pada cerita asal, hari Sabtu baru ni lepas pergi rumah kawan sekolah menengah (tengok baby girl baru) di Taman Sri Manja, PJ terus pergi KLIA. AI saja nak jumpa kawan kerja yang dah resign join company lain yang nak terbang ke Dubai malam tu. Kawan lama yang paling baik dan rapat dengan AI.

gambar lawatan ke rumah kawan yang dalam pantang. Lama tak jumpa.

Nampaknya KLIA dah ada perubahan. Tak banyak dah tempat duduk diruangan check in. Kedai-kedai di situ kebanyakannya masih kekal. Sejak AI dah tak fly mana-mana memang tak jejak dah KLIA. Lama jugalah lebih kurang 5 tahun. Mari tengok aksi Iman yang baru pertama kali sampai sini.

mula-mula sampai cari makanan dulu kat sini

dalam bilik nursing mother tukar diaper Iman yang dah penuh. Bila baringkan je terus merengek ketakutan. Puaslah pujuk. Biliknya menakutkan agaknya. Dah macam dalam hospital pula (walaupun Iman belum pernah masuk hospital). Kalau duduk hospital macamanalah agaknya.

masa ni nak balik.. laluan ke parking

sekarang ni dah pandai.. suruh ambil gambar macam-macam gaya dia buat. Ni gaya terbaru.. dah pandai kenyet mata.. tiru siapalah agaknya..

Ini jelah yang sempat diambil. Masa baru sampai nak ambil kat sinilah.. kat situlah.. alih-alih tak ambil pun. Apa pun Iman seronok nampak kapal terbang depan mata di cermin berdekatan KFC. Iman dah kenal dan tau apa dia kapal terbang. Kalau dia nampak yang tengah terbang tu mesti dia tunjuk dan cakap .. !@#$bang. (ayat depan tak reti nak translate :D)

Isnin, 26 Disember 2011

END YEAR MEGA GIVEAWAY 2011 by Cahaya Azyla

Nak join klik banner ya!

GA anjuran pabilajejarikumulaberbicara.blogspot @ Cahaya Azyla

Hadiah pula disponsor oleh:

Senarai sponsor (ada 30 kesemuanya) :

Tag: 
dan sesiapa yang belum join

Tarikh Tutup:
31 December 2011

Apakah cara hidup kita benar-benar islam?

 
  1. Apakah anda selalu solat subuh berjemaah di masjid setiap sehari?
  2. Apakah anda selalu menjaga solat yang lima waktu di masjid?
  3. Apakah anda hari ini membaca Al-Qur’an?
  4. Apakah anda rutin membaca zikir setelah selesai melaksanakan solat wajib?
  5. Apakah anda selalu menjaga solat sunat rawatib sebelum atau sesudah solat wajib?
  6. Apakah anda hari ini khusyu dalam solat, menghayati apa yang anda baca?
  7. Apakah anda (hari ini) mengingat mati dan kubur?
  8. Apakah anda (hari ini) mengingat hari kiamat, segala peristiwa dan kedahsyatannya?
  9. Apakah anda telah memohon kepada Allah sebanyak tiga kali agar memasukkan anda ke dalam syurga? Sesungguhnya barangsiapa yang memohon demikian, syurga berkata; “Wahai Allah masukkanlah ia ke dalam syurga”.
  10. Apakah anda telah meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali? Sesungguhnya barangsiapa yang berbuat demikian, neraka berkata; ”Wahai Allah peliharalah dia dari api neraka". (Berdasarkan hadits Rasulallah Shallallahu Alaihi Wasallam yang ertinya, "Barangsiapa yang memohon syurga kepada Allah sebanyak tiga kali, syurga berkata; “wahai Allah masukkanlah ia ke dalam syurga.” Dan barangsiapa yang meminta perlindungan kepada Allah agar diselamatkan dari api neraka sebanyak tiga kali, neraka berkata; “wahai Allah selamatkan ia dari api neraka” ~ HR Tirmidzi dishahihkan oleh syaikh Al Albani dalam shahih Al Jami’ no. 911.
  11. Apakah anda (hari ini) membaca hadis Rasulullah Sallahualaihi Wassalam?
  12. Apakah anda pernah berfikir untuk menjauhi teman-teman yang tidak baik?
  13. Apakah anda telah berusaha untuk menghindari banyak tertawa dan bergurau?
  14. Apakah anda hari ini menangis kerana takut kepada Allah?
  15. Apakah anda selalu membaca zikir pagi dan petang hari?
  16. Apakah anda hari ini telah memohon ampun kepada Allah atas dosa-dosamu?
  17. Apakah anda telah memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid? Rasulullah Shallallahu Alaihi Wasallam bersabda yang ertinya, "Barangsiapa yang memohon kepada Allah dengan benar untuk mati syahid, maka Allah akan memberikan kedudukan sebagai syuhada meskipun ia meninggal diatas tempat tidur” H.R.Tirmidzi, Nasa’i, Ibnu Majah, Ibnu Hibban dalam sahihnya, Al Hakim dan ia mensahihkannya.
  18. Apakah anda telah berdoa kepada Allah agar Ia menetapkan hati anda atas agamaNya?
  19. Apakah anda telah mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah di waktu-waktu yang mustajab?
  20. Apakah anda telah membeli buku-buku Islam untuk memahami agama?
  21. Apakah anda telah memintakan ampun kepada Allah untuk saudara-saudara mukminin dan mukminah? kerana dengan mendoakan mereka engkau akan mendapatkan kebajikan pula.
  22. Apakah anda telah memuji Allah dan bersyukur kepadaNya atas nikmat Islam?
  23. Apakah anda telah memuji Allah Subhanahu Wa Ta'ala nikmat mata, telinga, hati dan segala nikmat lainnya?
  24. Apakah anda hari ini telah besedekah kepada fakir miskin dan orang-orang yang memerlukannya?
  25. Apakah anda dapat menahan marah yang disebabkan urusan pribadi dan berusaha untuk marah apabila aturan-aturan Allah dilanggar?
  26. Apakah anda telah menjauhi sikap sombong dan membanggakan diri sendiri?
  27. Apakah anda telah mengunjungi saudara seagama, ikhlas karena Allah?
  28. Apakah anda telah mendakwahi keluarga, saudara-saudara, tetangga dan siapa saja yang ada hubungannya dengan diri anda?
  29. Apakah anda termasuk orang yang berbakti kepada orang tua?
  30. Apakah anda mengucapkan “innaa lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun” jika mendapatkan musibah?
  31. Apakah anda hari ini mengucapkan doa ini:
اللْهمَّ إنِيّ أعُوذ بِكَ أنْ أشْركَ بِكَ وَأنَا أعْلَمُ وَأسْتَغْفِركَ لِمَا لا أعْلَم
“Ya Allah sesungguhnya aku berlindung kepadaMu dari menyekutukan Engkau sedangkan aku mengetahui, dan aku memohon ampun kepadaMu terhadap apa-apa yang tidak aku ketahui.”

Barangsiapa mengucapkan demikian, Allah akan menghilangkan darinya syirik besar dan syirik kecil. Lihat Shahih Al Jami’ no 3625.

  1. Apakah anda berbuat baik kepada tetangga?
  2. Apakah anda telah membersihkan hati dari sombong, riya, hasad dan dengki?
  3. Apakah anda telah membersihkan lisan dari dusta, mengumpat, mengadu domba, berdebat kusir dan berbuat serta berkata-kata yang tidak ada manfaatnya?
  4. Apakah anda takut kepada azab Allah sehingga hati-hati dalam hal penghasilan, makanan dan minuman serta pakaian?
  5. Apakah anda selalu bertaubat kepada Allah dengan taubat yang sebenar-benarnya disegala waktu atas segala dosa dan kesalahan?
Wahai saudaraku seiman...

Jawablah pertanyaan-pertanyaan di atas dengan perbuatan agar engkau menjadi orang yang beruntung di dunia dan akhirat insya Allah.

Syekh Abdullah bin Jarullah Al Jarullah

sumber dari indonesian.iloveallah.com

p/s: akan berusaha ke arah yang lebih baik. Semoga Allah sentiasa membuka pintu untuk mengingatinya. InsyaAllah.

Ahad, 25 Disember 2011

Dapat kempen baru dari Nuffnang: Maxis Festive Bonanza Grapevine


Alhamdulillah dapat kempen baru dari Nuffnang. Kalau tengok di sidebar ianya masih melekat di situ. Sudi-sudilah klik untuk lihat apakah kempen tersebut. Mungkin sebab saya ada membuat ENTRI INI maka hotlink yang hot sudi melekat di sini. Ya ke ada kena mengena? Entahlah..


Klik banner untuk lihat apakah dia. Saya tak pandai sangat nak cerita.

Terima kasih semua!

"Orang memberi Kita merasa"

Sahabat dari pandangan Imam Al-Syafie

Imam Al-Syafie banyak memberi pedoman dalam memilih kawan. Beliau juga mengakui sukar mencari sahabat sejati yang mahu berkongsi suka duka bersama. Ketika menilai sahabat sejati pada waktu susah, katanya:

“Kawan yang tidak dapat dimanfaatkan ketika susah lebih mendekati musuh daripada sebagai kawan.

Tidak ada yang abadi dan tidak ada kawan yang sejati kecuali yang menolong ketika susah.

Sepanjang hidup aku berjuang bersungguh-sungguh mencari sahabat sejati hingga pencarianku melenakanku.

Ku kunjungi seribu negara, namun tidak satu negara pun yang penduduknya berhati manusia".

Imam Al-Syafie turut meminta kita berhati-hati memilih sahabat kerana sahabat yang baik akan membawa ke arah kebaikan dan begitu sebaliknya. Katanya:

“Jika seseorang tidak dapat menjaga nama baiknya kecuali dalam keadaan terpaksa, tinggalkanlah dia dan jangan bersikap belas kasihan kepadanya. Banyak orang lain yang dapat menjadi penggantinya. Berpisah dengannya bererti istirehat.

Dalam hati masih ada kesabaran buat kekasih, meskipun memerlukan daya usaha yang keras. Tidak semua orang yang engkau cintai, mencintaimu dan sikap ramahmu kadangkala dibalas dengan sikap tidak sopan. Jika cinta suci tidak datang daripada tabiatnya, tidak ada gunanya cinta yang dibuat-buat.

Tidak baik bersahabat dengan pengkhianat kerana dia akan mencampakkan cinta setelah dicintai. Dia akan memungkiri jalinan cinta yang terbentuk dan akan menampakkan hal yang dulunya menjadi rahsia.

Seseorang itu juga dapat menundukkan musuhnya dengan menunjukkan rasa persahabatan".

Imam Al-Syafie dalam hal ini berkata:

“Ketika aku menjadi pemaaf dan tidak mempunyai rasa dengki, hatiku lega, jiwaku bebas daripada bara permusuhan.

Ketika musuhku berada di hadapanku, aku sentiasa menghormatinya. Semua itu kulakukan agar aku dapat menjaga diriku daripada kejahatan.

Aku nampakkan keramahan, kesopanan dan rasa persahabatanku kepada orang yang kubenci, seperti aku nampakkan hal itu kepada orang yang kucintai.”


Jumaat, 23 Disember 2011

Iman oh Iman


Iman oh Iman... ulang tajuk kat atas tu. Sifat manja dia adakala buat ummi dia susah nak buat kerja. Nak berkepet je... baby boy tu. Lepas tu kuat juga menangis dan merajuk kalau tak layan dia. Lepas tu pandai-pandailah dia pujuk ummi dia bila ummi dia buat muka tak tau. Pegang pipi, intai-intai muka, buat lawak... yang akhirnya ummi dia kalah juga. Kesian sebenarnya, ialah takde kawan macam tu lah.. ummi dialah jadi mangsa keadaan hehe.. bunyi macam bersungut je saya ni.. bukanlah macam tu.. saja bila dia besar biar dia baca blog ummi dia ni.. baru dia tau perangai dia masa kecik macamana. Amboi.. lain macam je ayat ummi dia ni.

Ummi dan ayah dia milik dia je.. nak pegang anak orang lain pun tak boleh. Dulu anak orang tu kena babab dengan dia sekarang ni ummi dia pula dia babab. Seolah-olah ni ummi dan ayah sayalah.. jangan kacau. Erm.. macamanalah nak ada adik macam ni (ayat alasanlah tu..).

Ummi dia nak lipat kain dia kacau, nak masak dia kacau, nak masuk bilik air ada masa pun dia kacau (dulu lagi teruk tak bagi peluang langsung masuk bilik air), tengok tv pun dia kacau, nak solat pun dia kacau (nasib baik dia peluk kaki, solat depan saya, pegang pipi lepas tu dia pergi tempat lain), nak makan dia kacau, nak tengok laptop lagilah.. siap tarik tangan tak bagi (kena tunggu dia tidur baru boleh on). Semuanya dia suruh fokus kat dia... hai awatlah manja sangat. Kadang tu bila sembang dengan ayah dia pun dia interframe juga.

Walau macamana pun start semalam ummi dah tanam azam, akan fokus pada Iman kalau Iman memerlukan ummi. Takut bila semakin besar dia hilang fokus kat kita susah juga. Jauhnya fikir... sebenarnya lebih kepada kesian kat dia. Nak marah pun kecil lagi.. tak faham apa pun. Yang dia tau nak perhatian.

Bila besar nanti beri perhatian lebih juga kat ummi dengan ayah ya... Amin.

Kenapa blog tak up to date?


Dari semalam saya cari mana silapnya. Baru tahu bila masuk blog rakan nampak status blog saya 4 hari sebelumnya. Padahal tiap-tiap hari berupdate. Ada sesiapa boleh tolong tak?
Tengok dah banyak entri saya buat.. tak tahulah bila masalah ni timbul. Baru semalam perasan dan cuba selesaikan sendiri sampai tension jugalah sikit hehe. Godek sana godek sini masalah tak selesai. Harap sangat sesiapa boleh bantu. Cuma yang saya perasan, feedburner saya dah full. Adakah kena mengena dengan ini.

Sedihnya.. masih lagi mencari jalan penyelesaiannya... :(


update: bila entri ni keluar terus dah normal balik hehe.. macam-macamlah..

Khamis, 22 Disember 2011

Ariani separuh harga


Jom tengok. Susah nak dapat separuh harga ni di Ariani. Saya rasa nak pergi tengok je di Ariani Shah Alam. Tengok je ke? Tengok-tengoklah dulu mana tau ada yang berkenan. Tengah mencari tudung yang polos pulak. Awning keras adakala rasa tak selesa sebab tertekan dengan cermin mata. Kalau dah namanya perempuan tak pernah cukup :(

The Ladies Photographer Giveaway

GA anjuran bamyuyu.blogspot

Click banner untuk join

GRAND PRIZE 
1 Photobook Percuma 11 x 8.5 Potrait Hardcover 40pages worth RM230. (Anda poskan kepada saya gambar-gambar anda untuk dibuat photobook dan setelah siap, saya poskan photobook kepada anda)

Pemenang dipilih berdasarkan lucky draw

Tag:
Fieda
Nida
Noen
mommy & daddy
seceria stoberi

Tarikh Tutup: 31 Jan 2012

5 Syarat memilih teman

Imam Ghazali membuat lima syarat sebagai syarat layak tidaknya ia diangkat sebagai teman:

Pertama, Uji akalnya.

Mengapa? Akal adalah modal utama dalam meraih keberuntungan. Sebaliknya, kebodohan adalah sebuah kerugian. Seorang yang berusaha mengemudikan kenderaan tanpa memiliki kecekapan, ia akan terperosok, melukai orang lain.

Seorang pembantu yang tidak pintar, akan memberikan pisau pada seorang bayi yang merengek-rengek meminta pisau. Tanpa ada akal yang membimbingnya, si pembantu tersebut betul-betul memberikannya. Akibatnya, berdarah-darah.

Oleh karena itu, Imam Ali bin Abi Thalib mengatakan:

“Jangan kamu berteman dengan orang yang bodoh

Berhati-hatilah. Banyak orang yang pandai, jatuh karena orang yang bodoh.”


Kedua, Uji Budi pekertinya.

Betapa banyak, mereka yang cerdas secara intelektual tapi tidak berakhlak. Pandai namun melakukan rasuah, menipu, rasak moralitinya.

Mungkin ia cerdas, mempunyai gelar akademik yang berjela di belakang namanya, tapi ia tidak boleh mengelola emosi dan syahwatnya.

Nilai manusia terletak pada akhlak bukan pada ketampanan dan wajah yang rupawan. Allah memuji Nabi SAW. bukan dari segi ketampanannya meski beliau manusia paling tampan; bukan pada bau harumnya meski beliau membawa bau harum di mana beliau berada. Allah berfirman:

“Dan Sesungguhnya kamu benar-benar berbudi pekerti yang agung.” (Qs. Al-Qalam: 04)

Seperti itulah nilai keagungan Nabi, iaitu akhlak. Sebotol minyak wangi harganya boleh melonjak tinggi sebab ia membawa wangian. Semakin harum, semakin mahal nilainya. Akhlak merupakan nilai standard diri seorang manusia.


Ketiga, Perbuatannya.

Ertinya, jangan mencari kawan, pembantu, atau pegawai yang fasik, melanggar ajaran Allah. Carilah seorang yang taat pada Allah dan hindari orang-orang yang gemar bermaksiat. Allah berfirman:

“Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari orang yang berpaling dari peringatan Kami, dan tidak mengingini kecuali kehidupan duniawi.” (QS. An-Najm: 29)

“Maka sekali-kali janganlah kamu dipalingkan daripadanya oleh orang yang tidak beriman kepadanya dan oleh orang yang mengikuti hawa nafsunya, yang menyebabkan kamu jadi binasa”. (QS. Thaha: 16)

Ketika kita berteman dengan orang fasik, lunturlah nilai sebuah kesolehan. Ketika kita berani menjalin hubungan persahabatan dengan penagih dadah, kitalah akan menjadi korban berikutnya. Ketika orang yang sihat berkumpul dengan orang yang sakit, orang yang sihatlah yang akan terkena jangkitannya.


Keempat, Akidahnya.

Jangan berkumpul dengan ahli bid`ah. Di saat ramainya lalu-lintas aliran sesat, tentu mengangkat seseorang sebagai pemimpin, teman, atau pembantu, mesti melihat dan meneliti akidah yang diyakininya. Jika tidak, tidak menutup kemungkinan, ia akan menyebarkan virus kesesatannya pada keluarga dan masyarakat sekitar. Menimbulkan kegaduhan dan ketidakselesaan.


Kelima, Cintanya pada dunia.

Jangan cari teman yang cinta dunia, tamak, dan rakus terhadap dunia. Dua ciri khas orang tamak: ia enggan membantu orang lain yang berada dalam kesusahan dan kedua, ia selalu berusaha menambah kenikmatan duniawinya meski untuk itu harus mengambil hak dan martabat orang lain.

Orang tamak tak mau merugi, namun senantiasa mengail keperluan di balik keluh-kesahnya kala ia didera derita. Ia memutus harapan. Demi kepentingannya, ia akan mengorbankan pihak lain dengan berbagai cara. Licik adalah nafas hidupnya.

Habib Abdurrahman As-Saggaf mengajarkan sebuah prinsip:“Jika kamu menilai manusia seperti serigala, maka jangan kamu menjadi domba untuk dimakan olehnya. Jika kamu melihat orang yang lugu, maka jangan kamu memakannya.”

Jangan jadi penjahat dan jangan mau dijahati, jadilah orang yang pandai memberikan manfaat, tapi jangan dimanfaatkan oleh orang untuk kepentingan yang tidak baik. Wallahualam…

Sumber dari sini

Rabu, 21 Disember 2011

Marah akan menyerlahkan sifat sebenar seseorang


Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya. Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya - Ustaz Zaharuddin

Dah lama nak tulis tapi jadi rajin nak tulis sebab terbaca kata-kata ustaz ni yang lebih jelas cara penyampaiannya.

Banyak dah melalui dan tengok orang marah-marah ni. Bila orang marah, saya (hari ni nak tukar bahasa diri) akan mendiamkan diri. Tunggu sehingga dia habis marah barulah saya akan jawab dengan jawapan yang cukup berhemah dan yang sebolehnya membuatkan dia terdiam mendengarnya. Sewaktu saya buka kedai dulu, ada pekerja dari kedai lain tanya saya nak pakai pekerja tak? saya cuma cakap memang nak. Tup tup bos dia telefon saya marah-marah. Dahlah tak bagi salam. Bukannya saya tak kenal dia pun. Lebih dari kenal. Saya diam je.. dalam hati ooohh macam ni perangai dia. Dah habis dia cakap saya pun tanya "sekarang ni pekerja kak dot dot dah kerja dengan saya ke? terus dia terdiam. Lepas tu saya pergi kedai dia, dia siap salam peluk-peluk lagi dengan saya. Dalam hati tu lah... nasib baiklah saya ni bukan jenis pendendam. Selalunya saya akan abaikan sahaja. Saya pasti orang begini akan terasa sendiri kesalahan mereka.

Baru-baru ni masa tengah bawa kereta. Tiba-tiba ada kereta yang dipandu laju tiba-tiba berada dekat belakang kereta saya. Saya pun terkejut dan alih ke lane lain. Lepas tu saya tekan hon pendek tanda tak puashati sebab cara dia boleh membahayakan saya. Nak tau orang tu buat apa? dia buat isyarat tangan menggunakan jari tengah. Faham-faham jelah apa dia isyarat tu.. dalam hati dah sah-sah orangnya memang tidak beradab.

Nak bagi tips melalui pengalaman saya sendiri. Bila kita berzikir kita akan lebih tenang berdepan dengan situasi seperti ini. Apa pun siapa yang dapat mengatasi marah dan tenang je berdepan dengan semua masalah, memang orang itu seorang yang hebat akhlaknya. Saya belum lagi sampai ke tahap itu..

Cara atasi marah dan panas baran

Selasa, 20 Disember 2011

Perhatian!!! Virus


Saja nak share info yang ummi Iman dapat dari facebook. Sebelum ni rasanya ada di antara rakan FB yang terima virus ni. Tapi disebabkan dia terus komen di wall dia dengan menyatakan rakan dia sengaja menyebarkan gambar tersebut dengan "tag" dia. Sebelum kita buat apa-apa statement kenalah siasat dulu betul-betul. Betul ke dia sengaja tag kita dengan gambar lucah begitu. Macam-macam sekarang ni virus di facebook. Jadi kena berhati-hati nak apply apa-apa dalam fb sebab sebelum apply biasanya mereka akan minta kebenaran untuk meng"access" segala data peribadi kita.

Isnin, 19 Disember 2011

Iman dah pandai sebut perkataan apa?


Masa entri ni di buat Iman sedang lena tidur di rumah nenek dia. Maklumlah hujan.. lagilah sedap tidur. Sebelum tidur sebok nak "ball", tu yang tidur dengan bola sekali. Ni buaian baby Nayli, sebab tu semuanya pink termasuklah bantal che Nayli tu. Saja letak bagi dia lagi sedap tidur ;) Kami datang sebab nak hantar handphone nenek yang tertinggal semalam. 

Jadi ummi dia tak tau nak buat apa.. on laptop mommy Naylilah update blog. Esok genap umur Iman 1 tahun 6 bulan. Nak kena bawa klinik ambil imunisasi yang terakhir untuk dia. Berbalik pada tajuk entri, seronok sangat bila dengar anak dah pandai sebut perkataan. Perkataan yang pertama dia sebut mestilah "ummi". Masa umur 6 bulan dah boleh sebut. Ramai yang tak percaya termasuk ayah Iman. Tapi bila AI dengar sendiri barulah dia terkejut dan percaya. Hari-hari cakap kat Iman "ummi" ni... ummi tu.. akhirnya dia pun boleh sebut, tapi mestilah dia tak faham lagi apa ummi tu kan?

Perkataan lain yang dia boleh sebut ayah, abah (yang ni dia sendiri sebut, takde sesiapa pun yang bergelar abah dalam keluarga ummi dan ayah Iman. Melainkan arwah abah, itupun Iman tak sempat jumpa), kakak, lowi (yang ni pelat sikit, sebenarnya lori), maklumlah duduk di Port Klang ni banyak lori.. hari-hari nampak lori bila kita ajar dia, cepat je dia tangkap. Atas kereta kalau nampak lori mesti sebut "lowi". Perkataan lain dah tentulah ball... bola. Minat sangat dengan bola mestilah tau apa dia mainan yang dia suka main tu. Yang paling sedap dengar perkataan "Allah". Ummi dia memang selalu sebut perkataan tu sebab tu dia boleh ikut. Kalau dia main atau mainan dia terjatuh, apa-apa je yang dia rasa tak puashati dia akan sebut Allah. Tak pelat pun.

Lagi.. perkataan baby.. bukan baby je dipanggil baby tapi orang yang dia sayang mesti dia panggil baby.. haha kelakarkan. Sebabnya ummi dia suka pujuk dan sayang dia dengan perkataan baby, jadi dia pun ikut. Saja nak gurau-gurau dengan dia. Sebelum ni kalau UI cakap macam tu dengan dia mesti dia suka. Siap gelak-gelak lagi. Sebab dia tau dia bukan baby lagi. Ayah dia pun dia panggil baby kalau balik kerja ;). Kelakar pula dengar. Anak patung bear pun dia panggil baby.

Ada lagi ke? ha gajah tapi pelat sikitlah. Dia akan sebut tajah. Apa pun dia dah tau rupa tajah tu. Ada lagi tapi yang ni dia jarang sebut perkataan nenek. Ada masa ingat banyak masa lupa. Maklumlah tak selalu jumpa. Selain dari itu bahasa Jepun yang ummi dia tak faham nak translate :) Boleh sebut satu-satu perkataan dah seronok belum lagi bila dia dah petah berkata-kata.

inilah dia baby Nayli..

Menang tempat kedua: Saya Suka Join GA. Korang Suka tak?


Hari ni pagi-pagi dah buka blog. Selalunya petang atau malam... rupa-rupanya ada berita gembira. Alhamdulillah.. rezeki. Terima kasih kepada penganjur GA http://azrinabintirusti.blogspot.com atas pemilihan ENTRI untuk tempat yang ke-2.

dapat voucher Mc'Donald

Terima kasih! Semoga terus success dan murah rezeki.

Layan anak saudara

Semalam tak keluar rumah sebab 2 orang adik dan mak datang. Plan nak pergi Tesco cari laptop mainan Iman terbatal. Bila anak-anak mereka ada meriahlah rumah. Biasalah budak-budak. Iman yang mengantuk pun tahan mata nak main. Seronok ramai kawan. Sampaikan ayah Iman terpaksa bawa dia keluar nak bagi dia tidur dalam kereta bila tengok Iman yang semakin aktif sebab nak tahan mata. Macam-macam aksi dia buat. Lepas Iman keluar dengan ayah dia...

anak-anak adik ni layan lappy comel Iman.. Senyap rumah seketika

bila tau mak ngah diorang ambil gambar.. apalagi... mak ngah cuma cakap pandang sini... tengok gelagat mereka. Kalau bab ambil gambar memang suka.

Dalam pukul 6 lebih diorang balik. Masa tu Iman dah balik tapi nampaknya masih tak tidur lagi. Mesti teringat  abang-abang dan kakak-kakak dia di rumah agaknya. Dah balik tu lepas UI mandikan dia.. sambung lagi main. Nak tau main apa? main bola... Iman memang dah mahir sepak bola. Tak taulah dari kecil memang minat sangat dengan bola. Sampaikan kat rumah ada lebih dari 3 biji bola.

Ahad, 18 Disember 2011

Jawablah



Kadang-kadang kita tak mau marah tapi jadi nak marah bila kita bertanya tapi orang jawab "adalah" "takpelah" "oklah" susahnya nak jawab. Soalannya cuma tanya "kat mana?"

Agaknya kenapa susah sangat nak jawab. Bukannya kita marah pun kalau beritahu ada kat mana.. Cuba kalau dia yang bertanya dan kita jawab perkataan yang sama. Rasa-rasa marah tak?

Giveaway dari MamaFaiz.COm