بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 30 November 2011

Lawat Galeri di Raja Sultan Abdul Aziz

AI teringin sangat nak tengok apa ada di sini..

Hari Sabtu 26.11.11 yang lepas kami bertiga pergi Galeri di Raja Sultan Abdul Aziz yang terletak di Klang. Bangunan yang cantik ni nampaknya cukup memanggil ayah Iman untuk melihat apa yang ada di dalamnya. AI memang suka bangunan lama dan segala yang lama... tempat ni buka hari Isnin - Sabtu dari pukul 9 pagi kalau tak silap hingga 5 petang. Kami sampai hampir pukul 4.30 petang. Masa tu hanya kami bertiga je yang datang melawat. Tak boleh ambil gambar dalam ni... jadi bergambar di luar bangunan sahaja lah...

pintu masuk. hanya setakat ni sahaja nampaknya bergambar...

setelah habis melawat di dalam...

tak pernah tengok dia sengetkan mulut macam ni..

bestnya kalau ada laman rumah macam ni..

laluan keluar.. Iman taknak balik..

merakamkan kenangan yang kami pernah sampai di sini..

cantik gazebo yang terletak di tepi bangunan ni...

Sekian sahaja lawatan kami di sini... nak tengok apa yang ada di dalam kenalah datang sini... boleh tengok barang-barang peribadi tinggalan Sultan Abdul Aziz dan salasilah keturunan keluarganya.

Gempa bumi di Laut Bali dan Pulau Luzon Manila



Dua lagi gempa berlaku baru-baru ni...

Gempa kuat 6.0 magnitud gegar Pulau Luzon

2011/11/30
MANILA: Gempa berukuran 6.0 magnitud melanda Pulau Luzon, pagi ini tetapi tiada amaran tsunami dikeluarkan setakat ini.

Pusat Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) berkata, pusat gegaran berlaku di pantai barat di utara Wilayah Zambales, kira-kira 230 kilometer (km) di barat laut Manila.

"Kita menjangkakan tidak banyak kerosakan berlaku kerana kawasan gempa terletak jauh dari daratan," katanya Ketua Institut Gempa Bumi Filipina, Renato Solidum. - AFP

Gempa bumi 6.2 magnitud di Laut Bali

2011/11/28
KUALA LUMPUR: Gempa bumi berukuran 6.2 pada skala Richter melanda Laut Bali di Indonesia pada 5.13 petang tadi.

Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam satu kenyataan di sini, menyatakan pusat gempa terletak di kedudukan 1,047 kilometer ke tenggara Sarikei, Sarawak.

"Kejadian gempa itu tidak mencetuskan ancaman tsunami," menurut kenyataan itu. - BERNAMA

Sumber: Berita Harian

Selasa, 29 November 2011

Seharian di Banting


Semalam AI ajak pergi jalan-jalan ke Pekan, Banting. Saja pusing-pusing tengok apa ada kat sana. Masa on d way tu Iman tidur... ummi dia pun mengantuk juga.. terlelap sekejap. Sampai-sampai je AI tanya "nak beli tudung tak?" apalagi tengah pisat-pisat tu terus masuk kedai tudung Atika. Sebelum ni dah pergi kedai ni beli tudung untuk dipakai masa raya. Oklah.. tudungnya selesa dan kainnya pun berkualiti juga. Pilih-pilih akhirnya ambil satu... (dah pakai nanti tunjuk ya!). Cari juga kalau-kalau kedai ni ada website. Nampaknya takde.. Harganya cukup berpatutan. Memang dah jatuh cinta dengan kedai ni. 

Lepas beli tudung UI ajak AI pergi kerepek house. Dah alang-alang sampai banting singgahlah sini. Beli 2 jenis kerepek je buat kunyah-kunyah kat rumah.

tempat wajib cari kerepek time nak raya...

Ayah Iman sempat lagi bawa Iman main buai depan kedai kerepek sambil makan kelapa jelly yang ummi Iman beli.

Lepas tu kami pusing-pusing lagi jumpa kedai pakaian branded yang baru buka. Tak banyak sangat baju dan brand pun biasa-biasa je. Apa pun sempat juga beli 1 seluar untuk Iman.


masa ambil gambar ni.. AI kata gambar burger pun nak ambil. Baik search guna google lagi cantik gambar. UI kata saja.. lagipun gambar sendiri lagi menarik. Ada sentimental value betul tak?

Singgah McD.. sebenarnya nak cari toilet, dua-dua dah tak tahan. Takkan nak tumpang toilet je kot, AI pun lapar, makan sekalilah kat sini.... masa ni hampir pukul 6 petang.


UI ambil gambar mereka dari luar cermin..

AI sibuk layan Iman main... ummi dia masa ni sempat lagi on FB guna hp Nokia C3.. (siap bagitau lagi tu..) memang dah beritahu pun kan dalam ENTRI NI.... Dua gambar di atas ni pun di ambil dari hp.. masa ni online guna wifi free..

Habis je makan kitorang pun singgah Petronas solat maghrib dulu lepas tu balik rumah ambil tongkat. Masa dalam kereta sebelum sampai rumah adik UI telefon ayah mertua dia sakit kaki nak guna tongkat. Tu yang kami balik ambil tongkat dan terus hantar rumah dia.

Seharian duduk atas kereta. Iman pun dah letih. Sampai rumah mandikan dengan air panas, bagi susu terus tidur. Sebelum tu merengek-rengek juga, biasalah bila dah penat sangat macam tu lah. Nasib baik sekejap je..

Isnin, 28 November 2011

Makan paket ayam goreng di 77 Es Teler


Hari sabtu baru-baru ni, ayah Iman ajak makan di kedai dalam gambar di atas  tu... Kedai yang kami pergi ni terletak di dalam pasaraya Centre Point, Klang. Biasalah ayah Iman memang cekap bab-bab kedai makan ni... UI malulah nak ambil gambar kat situ.. jadi gambar yang ada di sini di ambil dari google. Suasana kedainya menarik juga dan menu yang terdapat di situ pun nampaknya menarik. Rugikan tak ambil gambar. Next time kalau pergi akan di cuba ambil gambarnya (versi indonesia)

Senarai Menu

Buat pertama kali datang UI cuba Paket ayam goreng rupanya lebih kurang sama dengan ayam penyet. Cuma rasa ayamnya sedap lagi di sini, mengikut selera UI lah ya.. Ayah Iman pun ambil menu yang sama. Jadi tak boleh ceritalah rasa menu yang lain.

Bolehlah pergi sini lainkali... sedap. Memang tak salahlah tertulis kat situ Juara Indonesia.

Tauladan. Pandu Cermat Jiwa Selamat


PERINGATAN...Sebuah motosikal yang melanggar papan tanda diletakkan poster bertulis 'Tauladan. Pandu Cermat Jiwa Selamat' sebagai peringatan kepada pengguna jalan raya agar memandu kenderaan dengan berhati-hati di Jalan Kampung Pandan, hari ini. - BERNAMA


UI: macam-macam cara dah orang berkempen sekarang ni untuk keselamatan di jalanraya. Tapi kemalangan tetap banyak juga berlaku. Jangan ikut rasa nanti binasa, jangan ikut hati nanti mati... sabar itukan sebahagian daripada iman. Biar lambat asal selamat. Nak tunjuk jaguh sekalipun jangan di jalanraya tapi di litar lumba, tak membahayakan nyawa orang lain.

SYAKIRSOFIYASYAKIRA 1ST GIVEAWAY


Click banner untuk join

Nak Tag:

1. mommy & daddy
2. kutu kemaruk contest
3. nadiahpink


TARIKH TUTUP

15.12.2011

Ahad, 27 November 2011

Iman yang rajin mengemas

masa ni ummi dia sibuk di dapur, dia pun sibuk juga menolong. Malas nak larang.. nanti dia buat juga. Jadi biarkan saja janji dia diam. Ada masa kena cubit juga kaki dia tu (cubit manja) bagi warning. Tapi memang dia tak faham pun warning tu...
lagi hasil kreativiti Iman di kala kebosanan
ni pun masa ummi dia sibuk di dapur.. tengok senyap je buat apa.. rupanya ha!. Letak tempat tinggi pun dapat juga.
Ni baru aksi yang betul. Tengoklah betapa rajinnya dia... masa ni ummi dia masuk bilik air, keluar bilik air tengok dia tengah sibuk menyapu, siap ambil penyodok sampah lagi tu... Iman... Iman... bila kita nak ambil berguling-guling dia atas lantai tak bagi. Padahal barang-barang tu dah letak di tempat yang tersorok. Pandai je dia ambil.

Aiman 115 kilo berkhatan



AIMAN 115 KILO BERKHATAN...Saiz Mohd Aiman Hakimi Hanafi, 11, menarik perhatian pada majlis Khatan Perdana dan Kenduri 1Malaysia Parlimen Baling, yang disertai 400 kanak-kanak di Baling, semalam. - Foto Safuri Kamarudin (berita harian)

UI: cuti sekolah pastinya ramai kanak-kanak dikhatankan. Maklumlah masa yang sesuai disebabkan cuti yang panjang. Tak terkecuali adik Aiman kita ni. Bila tengok pada gambar ni nampak sangat perbezaan saiznya dengan kanak-kanak yang lain. sihat sungguh dia.. selamat berkhatan kepada mereka semua

Sape nak baju Free?~ IMANN ABDUL GALLERY GA


Click banner untuk join

Nama gallery ni sama dengan nama Iman. Nak join tapi rasanya disqualified. Sebab nak join kena jawab borang survey dan mesti jawab "yes" untuk terima borang survey yang seterusnya. Takpelah kalau takde rezeki. Hanya tinggal 3 hari sahaja lagi nak tamat GA ni. Kalau berminat dengan koleksi pakaiannya bolehlah follow BLOG atau FB mereka.

Hadiah yang cukup menarik... Apa dia??



Tarikh Tutup:

30 November 2011

Jumaat, 25 November 2011

Jalan yang akan ditutup Ahad ini sempena 'Larian NIKE We Run KL 2011'



KUALA LUMPUR: Beberapa laluan utama di sekitar ibu kota akan ditutup secara berperingkat sempena 'Acara Larian NIKE We Run KL 2011' pada Ahad ini.

Pegawai Turus Kuatkuasa dan Operasi Trafik Kuala Lumpur, DSP Ng Fook Long, berkata jalan-jalan yang terbabit akan ditutup secara berperingkat mulai 6 pagi dan akan dibuka semula selepas semua peserta melalui jalan-jalan tersebut.

Jalan terbabit ialah Jalan Parlimen (Padang Merbok) iaitu tempat bermula dan tamat larian, katanya dalam kenyataan di sini.

Turut ditutup ialah Jalan Mahameru, Jalan Damansara, Jalan Travers, Jalan Tun Sambanthan, Jalan Sultan Sulaiman, Jalan Syed Putra, Jalan Kinabalu, Bulatan Datuk Onn dan Jalan Sultan Salahuddin. - BERNAMA


UI: sesiapa yang ingin masuk KL kenalah elak dari jalan-jalan di atas ni.. nanti jenuh menunggu atas jalan.

Artis terkenal Filipina Queenie Padilla peluk Islam


Seorang artis terkenal Filipina telah memeluk agama Islam baru baru ini, dan Islamlah yang mendamaikan hidup dan batin kata nya.

“Islam adalah jalan hidup saya sekarang. Selama ini, saya hidup penuh dengan dosa. Namun, Allah SWT memanggil saya pada Islam. Kini, aku begitu dekat dengannya,” tambahnya lagi. Sebagaimana yang dilaporkan abs-cbnnews, 22/11.

Queenie Padilla juga berkata, ayahnya antara orang yang paling sabar dan gembira dengan keputusan yang dibuatnya. Beliau juga berkata “Dalam dunia hiburan seolah berada di persimpangan jalan, antara bahagia dan tersesat”.

Queenie Padilla juga merupakan anak kepada aktor Robin Padilla, “Ayah begitu gembira menunggu saya mengucapkan dua kalimat syahadat,” katanya lagi. Malah dia membuat keputusan untuk mengerjakan haji. Baginya, ibadah haji membantu menyempurnakan keIslamannya.

Beliau juga menyatakan ia mempunyai kewajipan untuk menyebarkan Islam dan ingin bersama sama menikmati keindahan Islam itu bersama masyarakat Filipina khas nya. Beliau menyatakan itu ketika berada di Mekah.

Sekarang beliau sudah berubah dengan mendalami Islam serta berpakaian menutup aurat dan berjilbab. “Saya harus berubah sepenuhnya untuk hidup dengan cara Islam,” tegasnya. Alhamdulillah.
Queenie Padilla interview after performing hajj 2011

UI: alhamdulillah... hidayah dari Allah tak kira pada siapa Dia nak beri.

sumber: Harian Metro (25/11/11)

Doa pembuka rezeki

Assalamualaikum


Umat Islam perlu yakin dengan sepenuh-­penuhnya bahawa rezeki terletak dalam kekuasaan Allah atau di tangan Allah, bukan di ta­ngan makhluk.

Mahfum Firman Allah (Saba’:24)
Katakanlah: “Siapakah yang memberi rezeki kepada mu dari langit dan dari bumi?” Katakanlah: “Allah”, dan Sesungguhnya Kami atau kamu (orang-orang musyrik), pasti berada dalam kebenaran atau dalam kesesatan yang nyata.

Mahfum Firman Allah (Al-Ankabut:60)
Dan berapa banyak binatang yang tidak (dapat) membawa (mengurus) rezekinya sendiri. Allah-lah yang memberi rezeki kepadanya dan kepadamu dan Dia Maha mendengar lagi Maha mengetahui.

Mahfum Firman Allah (Ali Imran:26):
Katakanlah: “Wahai Tuhan yang mempunyai kerajaan, Engkau berikan kerajaan kepada orang yang Engkau kehendaki dan Engkau cabut kerajaan dari orang yang Engkau kehendaki. Engkau muliakan orang yang Engkau kehendaki dan Engkau hinakan orang yang Engkau kehendaki. di tangan Engkaulah segala kebajikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu.

Memang banyak ayat-ayat Al-Quran yang merujuk kepada rezeki sebenar yang kita peroleh atau yang hilang daripada kita semua­nya dikembalikan kepada Allah SWT.

Adapun yang dirujuk kepada saya dalam soalan ini, seolah-olah memberi makna bahawa ada manusia yang berikhtiar menutup rezeki orang lain dan mem­buka rezeki seseorang.

Dengan erti kata lain, ada manusia boleh mengkayakan atau memiskinkan manusia dengan kebolehannya, maka tentulah logiknya dia juga boleh membuka rezeki dirinya (untuk memperkayakan diri sendiri), bahawa dengan kekayaan itu dia boleh, membantu orang yang susah dan bukan menyusahkan orang yang sudah senang.

Secara logiknya, membuka rezeki lebih mudah daripada menutupnya. Contohnya, membuat sebuah bangunan lebih susah daripada membukanya. Memasang satu pintu mengambil masa yang lama dan sukar, sebaliknya memecahkan pintu adalah mudah dan sekejap sahaja.

Pada saya mungkin, restoran yang pertama, dibuka awal, tiada saingan, maka dengan sendirinya ramai pelanggan. Manakala restoran lain dibuka, dengan cara yang berbeza, layanan dan makanannya mungkin lebih berkualiti, muka ramai yang tertarik dan mengubah selera.

Sememangnya ada orang me­ngadu kepada saya bahawa pre­mis perniagaannya tidak dapat dilihat oleh pelanggan, seolah-­olah telah ditutup. Terpaksa berpindah ke tempat lain. Sedangkan restoran itu sebenarnya masih dibuka.

Mungkin juga pelanggan tidak perasan wujudnya restoran tersebut. Mungkin juga pelanggan hilang konsentrasi. Sebagai con­toh ada ketika kita pernah kehilangan seuatu benda (cermin mata misalnya), lalu kita mencarinya di merata-rata tempat, setelah puas mencari tidak berjumpa.

Maka isteri, bertanya, “Apakah yang kita cari, kita menjawab mencari cermin mata. Lalu dia memberitahu, “Itu cermin mata ada di atas meja”.

Mengapa selepas kita puas mencari tidak bertemu? Apakah kita disihirkan orang sehingga benda yang begitu mudah tidak dijumpai? Mungkin benar ada orang mengusahakan seperti meletakkan sesuatu yang diper­cayai boleh menyekat rezeki, tetapi yakini lah bahawa semua itu adalah usaha jahat manusia, walhal punca rezeki sebenar-benarnya di tangan Allah.

Bagaimanapun kita mesti berusaha menghindarkan per­buatan jahat manusia, seperti dengki khianat sebagaimana yang disebut dalam Surah an-Naas. Oleh itu, mohonlah kepada Allah, mohon perlindungan kepada-Nya. Carilah sebab-sebabnya mengapa Allah takdirkan kea­daan sedemikian berlaku.

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din

Khamis, 24 November 2011

Kena seterika dan gantung di kipas siling gara-gara tanya kenapa mahu diceraikan



KUALA LUMPUR: Sukar digambarkan azab yang dilalui seorang suri rumah apabila mukanya ditekap dengan seterika panas, dipukul lebih 15 minit, lehernya dijerut dengan selendang sebelum digantung di kipas oleh suaminya.

Kejadian berlaku jam 3 pagi kelmarin di rumah pasangan terbabit di Taman Miharja, Cheras di sini, apabila wanita berusia lewat 30 tahun itu mempersoalkan tindakan suami mahu menceraikannya. Bagaimanapun, mangsa bernasib baik apabila selendang yang digunakan untuk menjerut leher dan menggantungnya di kipas siling terputus, membolehkan dia menyelamatkan diri.

Menurut sumber, sebelum kejadian si suami memberitahu mahu menceraikannya dan menyebabkan mangsa bertanya mengapa mahu berbuat demikian.

“Bagaimanapun, tanpa diduga soalan itu menyebabkan suaminya berang lalu mengambil seterika panas dan menekap muka mangsa. Terkejut dengan tindakan suaminya, mangsa menangis dan meminta dikasihani.

“Namun rayuannya itu tidak diendahkan suspek yang dilaporkan menjadi lebih ganas dan memukul mangsa menggunakan tangan dan kakinya,” katanya.

Menurutnya, penderitaan mangsa tidak berakhir di situ apabila suspek yang bagaikan dirasuk syaitan mengambil selendang mangsa dan menjerut leher isterinya.

“Lebih kejam, suspek mengangkat mangsa dan menggantungnya di kipas siling di ruang tamu sebelum menghidupkan suis kipas dan menyaksikan isterinya terpakai-kapai meminta bantuan.

“Suspek meninggalkan ruang tamu buat sementara untuk ke bahagian lain di dalam rumah dan mujur ketika itu selendang yang menjerut leher mangsa terputus.

“Sebaik terselamat, mangsa berlari keluar dari rumahnya dan mendapatkan bantuan saudaranya yang tinggal berhampiran sebelum membuat laporan polis,” katanya.

Sumber berkata, mangsa dirujuk ke Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia (PPUKM) di sini, untuk rawatan berikutan mukanya yang melecur selain beberapa kecederaan lain di badan akibat dipukul.

Difahamkan, selepas sehari dimasukkan ke hospital berkenaan mangsa dibenarkan pulang jam 11.30 pagi, semalam.

Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Khairi Arasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan kejadian terbabit dan siasatan lanjut dilakukan.

Harian Metro

p/s: suami apakah ini...

Angkasawan Sunita Williams memeluk Islam


Ini bukan kali pertama angkasawan memeluk islam setelah pulang dari menjejaki bulan. Ceritanya lebih kurang sama dengan Neil Amstrong. Namun ada sesuatu yang mungkin ramai tidak tahu mengenai cerita Neil Amstrong setelah memeluk Islam. Sila baca BLOG INI untuk mengetahui apa yang berlaku. Benar atau tidak bukan keutamaan tetapi barat semakin takut dengan pengaruh Islam.

Rabu, 23 November 2011

Maksud di sebalik warna pink



Hari ni petang baru ada masa buka lappy. Sibuk layan Iman, kalau tak nanti berebut sama nak duduk mengadap lappy. Buka-buka lappy tengok ramai juga rakan baru. Jadi hanya sempat singgah dan follow kembali blog mereka. Tak sempat pun nak tinggalkan pesanan di shoutbox. Terima kasih ya! sepanjang blogwalking ramai juga blogger pilih warna pink. UI dah cari lama maksud ni cuma tak sempat nak post lagi.

Disebabkan blog ni warna pink.. maka UI sengaja cari maksud disebalik warna pink atau merah jambu ini. Tak tahulah kenapa pilih warna pink. Mungkin sebab warnanya lembut dan sesuai untuk seorang wanita. Nak tahu apa maksudnya. Jom tengok apa yang UI jumpa setelah di search melalui google...


Pink Selalu mencuba yang terbaik bagi dirinya, ringan tangan, peduli dengan orang lain, namun tak mudah merasa puas. Cenderung memiliki peribadi negatif dan selalu berangan-angan memiliki cinta romantis seperti dalam dongeng.

CLICK SINI untuk tengok maksud warna yang lain.

lagi...

Merah Jambu :
Warna ini melambangkan romantik, feminim. Warna ini mempunyai sifat mendorong ke arah kepasrahan, penyerahan, kesempurnaan, keayuan dan kesantunan.

CLICK SINI untuk tengok maksud warna yang lain.

1st Contest Gambar Saya Menarik!!! by Ain.



Sesiapa nak join sila click banner di atas. GA ni dianjurkan oleh ainpunyeceritalah. Terkejuat tuan blog ni hanya berusia 17 tahun tapi dah advance buat blog. Apa pun semoga adik Ain success dalam SPM ya.

Bawah ni gambar yang ummi Iman pertaruhkan.. tak tahulah menarik ke tak. Jangan lupa join GA ummi Iman pula ya.

ni sewaktu ummi Iman bawa Iman jalan-jalan di Taman Burung Kuala Lumpur
Iman suka sangat dengan binatang terutama burung

gambar ni pula sewaktu kami bertiga tengok belon panas di Putrajaya
Mood Iman tak berapa baik masa ni sebab baru bangun tidur

yang ni pula gambar sewaktu kami pergi ke pameran buku terapung terbesar di dunia. Waktu ni sedang sibuk melayan Iman dengan buku ducklings yang baru dibeli
Tarikh Tutup:

18 December 2011

Selasa, 22 November 2011

Beauty Contest from Aina Rahman


click banner untuk join


Cara-cara penyertaan :

Like page Aina Rahman di facebook.

Hadiah² yang ditawarkan :

Pemenang utama :
- 1 set barangan make up bernilai lebih RM 100.
- 1x sesi make over percuma dari Aina Rahman.
Pemenang referral terbanyak :
- 1 set barangan make up bernilai RM 50
- 1x sesi make over percuma dari Aina Rahman.
Hadiah saguhati akan diberikan sekiranya jumlah penyertaan melebihi 50 peserta.

Pemenang akan terbahagi kepada 2 bahagian :

Berdasarkan cabutan undian
Referral terbanyak

Mudah bukan? Jadilah salah seorang dari peserta sekarang.


Tarikh Tutup Penyertaan : 20 December 2011

Cara untuk center image atau banner dalam blog


Caranya mudah sahaja cuma taipkan <center> dibahagian hadapan dan penutup code HTML.

Contoh:


<center><!--************CODE GEOCOUNTER************-->
<script type="text/javascript" src="http://geoloc1.geovisite.com/private/geocounter.js?compte=160827455576"></script>
<noscript>
<a href="http://www.geovisites.com/zoom.php" target="_blank"><img src="http://geoloc1.geovisite.com/private/geocounter.php?compte=160827455576" border="0" alt="" /></a></noscript>
<!--************END CODE GEOCOUNTER************--></center>

2nd Giveaway Comel dari Ummi Iman


Seperti yang telah diberitahu dalam ENTRI ini. Maka dengan ini berlansunglah GA yang telah dijanjikan.

Syaratnya mudah saja:

 follow blog ummi iman (jika sudi)
 buat 1 entri mengenai GiVeAway ni dan letakkan entri tersebut di ruangan komen di bawah
 macam biasa letak banner di atas di dalam entri dan sidebar blog serta linkkannya di sini
 Tag rakan

Hadiahnya comel je. Masih boleh terus meneka. Ada yang dah teka betul tapi UI cuma nak 1 jawapan je. Jika ramai penyertaan hadiah comel tersebut akan di tambah.

 Pemenang dibuat berdasarkan hasil cabutan oleh Iman. Sebab tu ada gambar dia di dalam banner tu...
GA akan terbatal jika kurang daripada 20 penyertaan 


TARIKH TUTUP : 12.12.2011


Inilah dia hadiah comel tu... harap puashati. 
Susah nak dapat ni hehe..

hadiah buat cabutan yang pertama
keychain logos hope

hadiah buat cabutan yang kedua
keychain korea

3 hadiah saguhati
keychain tupperware

hadiah yang teka tepat apakah GA comel
hak milik Nida


Semangat tengok bola malam ni Malaysia vs Indonesia



Semua orang pasti dah tau keputusan perlawanan bola sukan SEA sebentar tadi antara:



kemenangan buat Malaysia melalui sepakan penalti kelima Malaysia oleh Baddrol Bakhtiar menjadikan Indonesia 3 Malaysia 4.

Tahniah buat pasukan Harimau Malaya kerana membawa pulang pingat emas untuk negara. Hari ni dalam sejarah... semoga terus kekal membanggakan Malaysia.

Sampaikan Iman bertepuk tangan juga.. tak tidur-tidur lagi dia masa ni...

Isnin, 21 November 2011

Senarai blog GA / Contest


Hari ni berminat nak senaraikan blog yang rajin menyertai GA. Seronok tengok mereka yang kerap memenangi hadiah walaupun diri sendiri tak pernah dapat lagi. Adalah dapat cookies dari penyertaan GA ni. Cookiesnya memang sedap. Rangup. Tapi apa pun Allah lebih menyayangi beliau (baca entri GA fahamlah kenapa).

Selain dari kerap menyertai GA & Contest, blog mereka ni menjadi sumber rujukan buat mereka yang ingin menyertai GA & Contest. Tahniah untuk mereka. Mari lihat senarai blog tersebut:

http://cempakakuningku.blogspot.com/
http://mamaishazah.blogspot.com/
http://sukahati-fieda.blogspot.com/
http://alongnidar.blogspot.com/
http://darlingninie-cgl.blogspot.com/
http://joelwithcontestsandgiveaways.blogspot.com/
http://kutukontest.blogspot.com/
http://nadiahpink.blogspot.com/
http://mascontestgiveaway.blogspot.com/
http://iwishiwillwin.blogspot.com/
http://sayangkuzie.blogspot.com/
http://kpopfa93.blogspot.com/
http://contestyaya.blogspot.com/
http://nasyabella.blogspot.com/
http://ummiimandancgl.blogspot.com/ (ini blog saya ;))

Senarai blog di atas adalah rakan kepada blog ummi iman. Jika ada lagi blog yang ingin disenaraikan bolehlah letakkan link mereka di ruangan komen. Terima kasih.

Ahad, 20 November 2011

Orang Brazil jenguk blog ummi Iman

ini adalah profile beliau
setelah di translate: Lulus dalam Sastera dengan utama dalam Bahasa Portugis dan Sastera. Pengajaran Siswazah Pengajian Tinggi. Menteri pelajaran swasta, kuliah dan kerja-kerja di institusi pendidikan.

Nak tau kenapa UI buat entri mengenai blogger dari Brazil ni... sebab dia bukan sekali masuk di blog UI. Ini kali kedua dia tinggalkan pesanan di dalam shoutbox


seram je baca.. kenapa seram.. tengoklah profile dia tu. Rasa malu pulak sebab dia sudi singgah di blog yang naif ni. Bukan sekali pula tu... ke dia nak bodek suruh masuk blog dia (kalaulah dia translate habislah UI) Apa pun terima kasihlah encik Nelson. Sebelum ni lepas dia tinggalkan pesanan di shoutbox dah terjah masuk blog dia. Peninglah nak baca maklumlah orang sastera.. macamana boleh faham (untuk yang tak tahu) sekarang ni mudah je.. copy apa yang ada di blog dia dan pergi ke google translate fahamlah apa dia tulis. Kadang-kadang tunggang langgang juga ayatnya :)

nak tengok ke blog dia?... singgahlah SINI. Selamat bersastera...