بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 31 Oktober 2011

Contest Anakku Berfotogenik


Click BANNER di atas untuk JOIN

Nama anak : Iman
Umur : 1 tahun 4 bulan
Nama ummi : Rusenidzan

Tag : Cempaka Kuning & Along Nidar

Tarikh Tutup 11.11.11

Iman lembut hati ke sensitif?

gambar di Bukit Cherakah, Shah Alam

Dah lama tak bercerita tentang Iman di sini. Alhamdulillah Iman semakin pandai berdikari. Kalau dulu ummi dia masuk bilik air je dia mesti nangis. Sekarang tak lagi...

Ada 4 kelemahan diri Iman; pertamanya dia tak suka bising, kalau mengantuk tapi keadaan bising walaupun orang bercakap dia takkan tidur. Dah tidur pun kalau dengar bunyi bising dia akan sedar.. melainkan dia penat sangat. Kedua; dia tak boleh tinggal sorang.. mesti cari ummi dia walaupun ada orang lain di rumah. Kecualilah kalau ayah dia ada.. kalau tinggal berdua pergi mana mesti dia cari. Nak bagi minum susu pun kena tunggu sebelah dia.  Ketiga; tak boleh tengok orang marah-marah atau cakap dengan nada suara yang tinggi... tak kira di TV ataupun secara langsung, mesti dia menangis takut. Keempat; biasanya budak-budak suka tengok kartun. Tapi Iman dalam suka ada yang dia tak suka; contohnya kartun Upin Ipin dia takut tengok Jarjit yang bermata besar dan suara yang pelik, serupa juga dengan uncle Muthu. Character kartun yang pelik-pelik macam warna hijau, maksudnya yang jauh dari realiti sebenar dia memang susah nak terima.

Apa yang Iman suka? dia suka tengok iklan.. tak kira iklan apa pun.. pasti dia akan tersenyum simpul. Duduk tegak mengadap TV.. macam-macam kan? oh ya lagi satu dia suka tengok drama dari kartun. Cuma jangan ada orang marah-marah dalam drama tu oklah dia. Kartun Wonder pets dengan Dora yang ni dia boleh terima.

Iman lebih suka orang lelaki berbanding perempuan. Agaknya sebab sepupu-sepupu perempuan dia lebih suka gomol dia berbanding lelaki. Tapi kalau dengan orang lelaki dewasa memang dia suka. Tak kenal pun dia ramah. Agaknya di rumah dah biasa dengan orang dewasa.. jadi lebih serasi dengan orang lebih dewasa ;)

Ahad, 30 Oktober 2011

Gempa bumi sederhana landa Sumatera Selatan

google image : Gempa Sumatera 2009

Berita Harian
2011/10/30

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.7 pada skala Richter berlaku di Sumatera Selatan di Indonesia pada 7.52 petang ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia menyatakan gempa bumi itu berpusat di 617 kilometer barat daya Johor dan 120 kilometer barat laut Bengkulu, Indonesia.

Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia. - BERNAMA

Hukum berhutang



Sejak zaman Rasulullah s.a.w. amalan berhutang sudah berlaku seperti kisah baginda berhutang seekor unta. Baginda membayar hutang untanya dengan unta lebih besar dan lebih baik. Sabda baginda bermaksud : Sebaik-baik kamu ialah orang yang melebihkan dan memperelokkan pembalasan hutangnya (menambah daripada apa yang diambil).

Islam menggariskan beberapa hukum tentang berhutang, ganjaran pemberi hutang serta cara membayar hutang. Rasulullah s.a.w. mengingatkan, orang berharta yang sengaja menangguhkan pembayaran hutangnya termasuk dalam kalangan orang yang zalim. Pada dasarnya Islam tidak menggalakkan umatnya berhutang. Hal ini dijelaskan dalam hadis daripada Uqbah Amir bermaksud : Jangan kalian membuat takut jiwa selepas ketenangannya. Mereka berkata : Apa itu wahai Rasulullah? Beliau bersabda : Hutang.

Dijelaskan dalam sebuah hadis (Hadis Hasan) bermaksud : Hutang di segi pahala, lebih 2 pahala daripada sedekah. Diceritakan pula dalam kisah perjalanan Rasulullah s.a.w. bersama Jibril pada malam Israk Mikraj, tergantung di salah satu pintu syurga kata-kata bermaksud : Sedekah bersamaan 10 kali ganda, hutang bersamaan 18 kali ganda. Baginda bertanya kepada Jibril : Mengapa demikian? Jawab Jibril : Sedekah diberikan kepada seseorang, semua atau sebahagian. Sementara hutang, orang tidak akan berhutang kecuali terdesak.

Sabda Rasulullah s.a.w. dalam hadis diriwayatkan Muslim bermaksud : Allah akan menolong hambaNya selama hamba itu suka menolong saudaranya. Memberi hutang boleh bertukar menjadi wajib apabila orang yang memerlukan hutang itu amat terdesak, seperti ditimpa musibah,bencana dan kurang upaya. Allah berfirman dalam Surah Al-Maidah, ayat 2 bermaksud : Dan tolong-menolonglah kamu dalam (mengerjakan) kebajikan dan taqwa, dan jangan kamu tolong-menolong dalam berbuat dosa dan pencerobohan. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, sesungguhnya Allah amat berat siksaNya.

Rasulullah s.a.w. mengingatkan orang berhutang bahawa dia terus terikat dengan pembayaran balik segala hutangnya. Dia mesti menjelaskan hutang ketika hidup kerana apabila orang yang berhutang meninggal dunia, rohnya akan tergantung di antara langit dan bumi sehingga dijelaskan hutang itu. Bagi mereka yang tidak mampu melangsaikan hutang sehingga dia meninggal dunia, maka hutang itu menjadi tanggung-jawab Baitulmal seperti yang berlaku di zaman Rasulullah s.a.w.

Ada ulamak berpendapat, tanggung jawab membayar hutang berpindah kepada waris si-mati. Jika anaknya juga miskin, maka hutang berbalik kepada cara pertama iaitu diserahkan kepada kerajaan. Firman Allah dalam Surah Al Baqarah, ayat 280 bermaksud : Dan jika (orang berhutang itu) dalam kesusahan, maka berilah tangguh sampai dia berkelapangan. Dan menyedekahkan (sebahagian atau semua) itu lebih baik bagimu jika kamu mengetahui.

Rasulullah amat menggalakkan orang yang berhutang berusaha membayar lebih daripada hutangnya. Ia sebagai tanda bersyukur atas bantuan yang dihulurkan si pemberi hutang. Dalam keadaan biasa, hukum memberi hutang adalah sunat. Bagi orang yang berhutang, hukum membayar balik hutangnya adalah wajib apabila sampai tempoh. Jika belum sampai tempoh dijanjikan, pemberi hutang tidak boleh meminta hutangnya dibayar-balik.

Diceritakan oleh Anas : Seorang lelaki antara kami memberi hutang suatu barang kepada temannya. Kemudian orang yang berhutang itu memberi hadiah kepadanya. Hal itu diceritakan kepada Rasulullah. Jawab baginda : Apabila salah seorang antara kamu memberi hutang sesuatu, kemudian dia diberi hadiah atau dinaikkan ke atas kenderaan, maka jangan diterima hadiah itu, juga jangan dia naik kenderaan itu. Kecuali jika sudah biasa di antara mereka memberi hadiah iaitu sebelum terjadinya hutang tersebut. (Hadis riwayat Ibnu Majah).

oleh : Wan Marzuki Wan Ramli (dipetik daripada Berita Harian)
credit: bisneskeluarga.blogspot

Gempa berukuran 6.5 magnitud gegar Taiwan

google image : Keelung

Berita Harian
2011/10/30

TAIPEI: Gempa bumi kuat berukuran 6.5 magnitud melanda timur laut Taiwan awal pagi tadi, namun tiada kecederaan atau kerosakan dilaporkan.

Biro Pusat Kaji Cuaca Taiwan berkata, gempa itu berlaku di laut, kira-kira 141 kilometer (km) di timur daerah Keelung, Taiwan. Keelung terletak kira-kira 28 km di timur bandar Taipei. - AP

Tunai Haji jangan sampai rampas hak orang lain



Diceritakan seorang sufi, Ibrahim bin Adham bermimpi, ada dua malaikat turun ke bumi dan berbincang. "Tahun ini ada berapa jemaah yang ibadat hajinya diterima Allah SWT?" Tanya salah satu malaikat pada malaikat yang lain. Malaikat yang lain menjawab, "Daripada ribuan jemaah, tidak satu pun diterima kecuali seorang dari Damascus (Syria) bernama Muwaffaq".

Setelah terbangun daripada tidur, Ibrahim Adham berhajat mencari kebenaran mimpinya tadi. Beliau pergi ke Damsyik dan berusaha mencari orang yang bernama Muwaffaq. Setelah sampai ke tempat yang dituju, dia akhirnya bertemu dengan lelaki yang dicari. Beliau bertanyakan soalan itu dan Muwaffaq menjawab, "Sudah lama aku ingin haji tetapi wang selalu tidak mencukupi. Suatu hari aku mendapat untung yang besar dan bercadang menunaikan ibadat haji. Ketika ingin berangkat, aku dapat tahu anak yatim di sekitar rumahku kelaparan. Mereka sudah tiga hari makan bangkai keldai. Akhirnya aku membatalkan hasrat pergi haji dan wang perbelanjaan haji aku dermakan kepada anak yatim itu". Barulah Ibrahim Adham faham kehebatan Muwaffaq.

Berbalik kes jemaah haji sekarang. Apakah jemaah kita mengambil tahu nasib jiran mereka terutamanya jika ada yatim atau orang tua yang kelaparan sebelum mereka ke Makkah? Tepuk dada tanya hati. Bagaimana pula dengan mereka yang sanggup mengeluarkan wang puluhan ribu ringgit untuk menunaikan ibadat haji kali kedua, ketiga dan seterusnya? Lebih parah lagi disebabkan mereka, ramai orang yang kali pertama ingin menunaikan haji tidak dapat berbuat demikian.

Kadar tabung berbeza

Walaupun tahun ini Tabung Haji mengenakan kadar tambang yang berbeza untuk jemaah kali pertama dengan jemaah kali kedua dan seterusnya tetapi persoalannya mereka mengambil hak peruntukan kuota 28,000 jemaah yang diberikan pihak berkuasa Arab Saudi kepada Kerajaan Malaysia.

Bagaimanapun kerana soal pahala dan dosa bukan urusan manusia, jadi ada saja alasan yang digunakan untuk mereka yang ingin menunaikan ibadat haji berulang kali. Ramai ulama mengkritik mereka yang terlalu berbangga dengan haji kedua, ketiga dan seterusnya bahkan Imam al-Ghazali menyatakan haji yang mereka tunaikan sebagai 'haji ghurur'.

Dalam Islam, seseorang boleh mengulangi atau melakukan ibadat haji lebih daripada sekali tetapi ada syaratnya. Pertama, tidak dipenuhi salah satu syarat dan Rukun Haji ketika mengerjakan dahulu dan kedua, menunaikan haji untuk orang lain, sebagai amanat yang harus ditunaikan.

Kini sudah tiba masanya Tabung Haji mengkaji balik syarat yang diberikan kepada jemaah kali kedua, ketiga dan seterusnya. Jika sekarang perbezaan tambang sekitar RM4,000 ia perlu dinaikkan kepada RM8,000 hingga RM10,000.

Pada tahun ini, kira-kira 28,000 umat Islam menunaikan fardhu haji tahun ini. Alangkah bahagianya mereka yang dipilih menjadi tetamu Allah. Ada orang yang terpaksa menyimpan wang puluhan tahun untuk menunaikan ibadat haji dan ada orang yang mendapat wang cepat dan menunaikan ibadat haji. Wang cepat mungkin, misalnya melalui pampasan pengambilan balik tanah atau mendapat 'durian runtuh' atau sesuatu projek yang menguntungkan.

Mail Brahim dari Sarawak seperti yang dilaporkan media tentunya boleh dijadikan contoh. Dia mula menyimpan sejak tahun 1950. Apabila beliau menerima gaji RM40 sebulan sebagai kelasi kapal, sebanyak 30 sen dimasukkan dalam tabung. Berkat simpanan sedikit demi sedikit dan mempunyai niat yang betul, Mail antara jemaah yang dipilih Allah menjadi tetamu-Nya tahun ini.

Ada orang kaya tetapi kerana namanya tidak termasuk dalam senarai tetamu allah, dia tidak tergerak hati untuk ke Makkah. Walaupun bunyi pergi ke Makkah kelihatan senang tetapi jika nama seseorang tidak tersenarai, ada saja alasannya. Lain dengan kes Mail Brahim tadi, kerana beliau dan ramai lagi terpaksa beratur panjang untuk dipilih oleh Tabung Haji ke Makkah.

Sebenarnya ibadat haji sering kali mendapat jolokan sebagi 'perjalanan seumur hidup'. Mereka yang mempunyai kemampuan dari segi tenaga dan kewangan dituntut sekali seumur hidup untuk ke Tanah Suci. Surah Al-Imran ayat ke-97 menyebut; "Dan Allah mewajibkan manusia mengerjakan ibadat haji dengan mengunjungi Baitullah iaitu sesiapa yang mampu sampai kepadanya." Perjalanan seumur hidup menggambarkan terlalu sukarnya untuk ke Makkah suatu ketika dulu.

Harus diingat datuk dan nenek kita menempuh jalan sukar ketika mereka menggunakan kapal laut untuk ke Makkah yang mengambil masa enam bulan. Lebih menyulitkan lagi, mereka terpaksa membawa tilam, periuk belanga, barang makanan dan sebagainya. Belum lagi diceritakan duduk dalam keadaan berhimpit dalam kapal dan kadang kala kapal menghadapi masalah di lautan.

Lebih separuh daripada 28,000 jemaah haji akan berada di Madinah terlebih dahulu sebelum ke Makkah. Jadi persiapan sudah dilakukan untuk menyambut jemaah. Dianggarkan 800 orang diambil bertugas untuk melicinkan perjalanan jemaah untuk mengerjakan umrah dan haji. Untuk Madinah sahaja lebih 200 petugas Tabung Haji yang terdiri daripada petugas dari Malaysia dan penduduk tempatan.

Pegawai Operasi Haji di Madinah, Shahrunnajmi Basharuddin dilaporkan berkata, bagi melicinkan  urusan membantu jemaah, bakal haji dibantu oleh sukarelawan daripada kalangan 65 penuntut Malaysia yang sedang belajar di Madinah. Pusat penginapan dan rawatan dipantau. Pemantauan juga dilakukan di kota Makkah.

Kita tetap mendoakan jemaah selamat pergi dan selamat pulang. Ambillah peluang beribadat sebanyak mungkin terutama di Masjidil Haram dan Masjid Nabawi. Kita perlu menganggap pemergian ini yang terakhir supaya kita lebih serius dalam beribadat.

oleh Jamudin Idris (majalah Milenia Muslim)

Sabtu, 29 Oktober 2011

Keajaiban alam bukti kehebatan ciptaan Allah

Ketika kita berfikir tentang keajaiban dunia, pasti terfikir tentang Piramid di Mesir, Taman Gantung Babilon, Terowong Channel dan Colosseum di Roma serta sebahagian yang terdapat dalam buku Keajaiban Dunia Kuno Moden.

Apabila berfikir tentang keajaiban alam, kita akan terfikir tentang Grand Canyon di Colorado, Paricutin Volcano di Mexico dan Great Barrier Reef di pantai Queensland Australia.

Keajaiban alam bukan hanya terdapat di tempat-tempat di atas. Perlu diketahui dunia ini penuh dengan keajaiban, terdapat banyak keajaiban alam lain yang menarik ciptaan Allah, seperti di bawah ini yang belum diketahui orang.

1. PAMUKKALE (TURKI)
Terletak di daerah Denizli di barat daya Turki, menjadi tumpuan mereka yang menginginkan suasana nyaman dan tenang. Tempat ini adalah kawasan alam mineral dan boleh mandi spa kerana perairan batu kapur (kalsium) yang panas, muka buminya halus dan struktur organik yang kelihatan aneh.

2. FLY GEYSER (NEVADA)
Terletak di Nevada, Amerika Syarikat. Sesuai untuk mereka yang mencari air.

3. VALLEY OF THE MOON (ARGENTINA)
Juga dikenali sebagai Taman Nasional Ischigualasto, adalah tempat di mana kita merasa memegang bulan. Di lembah kering, dengan bentuk alam semulajadi yang terhasil dari tindakan angin yang mengambil masa yang lama untuk membentuk batuan raksasa menegak dan menakjubkan.

4.  ENCHANTED WELL- CHAPADA DIAMANTINA NATIONAL PARK (BRAZIL)
Kolam cekung raksasa juga dikenali sebagai Enchanted Yah, mempunyai air transparensi yang kelihatan dan pokok-pokok tua terutama ketika matahari hanya datang melalui celahan batu.

5. WULINGYAN, HUNAN (CHINA)
Pemandangan batu menegak terbesar dan dramatik di Asia  dan memang terkenal di Cina. Orang-orang juga menemui kesamaan antara gambar pemandangan di wilayah Hunan.

6. THE STONE FOREST (CHINA)
Dianggap sebagai "Keajaiban Dunia Pertama" sejak Dinasti Ming, Hutan batu China penuh dengan batu menegak dalam bentuk arca.
7. ICE TOWERS OF MOUNT EREBUS (ANTARTIKA)
Gunung Erebus adalah gunung berapi aktif terbesar di dunia. Ia mempunyai vulkanik panas yang dipenuhi dengan ais dingin telah menghasilkan sistem yang rumit dari gua ais di atas puncak Erebus. Ratusan menara ais juga dapat ditemui di Mars, Jupiter, Saturnus dan Neptunus.

8. KASHA KATUWE TENT ROCKS (NEW MEXICO)
Berbentuk Tenda Batu dengan rekabentuk berpahat terhasil dari tindakan seragam yang berbentuk formasi batuan yang dihasilkan oleh letusan gunung berapi

9. SALAR DE UYUNI (BOLIVIA)
Gurun garam berbentuk dataran paling besar di dunia. Meliputi kawasan seluas 10.582 kilometer persegi, jantung dari Altipiano mempunyai sedikitnya 10 juta ton garam.

10. COMODO NATIONAL PARK (INDONESIA)
Pulau Komodo terletak di sebuah selat antara Pulau Flores di Nusa Tenggara Timur dan Sumbawa di Nusa Tenggara Barat. Di Pulau Komodo terdapat biawak terbesar di dunia, iaitu biawak Komodo (Varanus komodoensis). Komodo dipercayai keturunan binatang purba Dinosaurus yang masih hidup. Panjang komodo dapat mencapai 3 meter dengan berat boleh mencapai 140 kg. Kawasan perairan di pulau Komodo juga terdapat perairan yang termasuk dalam keajaiban dunia bawah air.

sumber: majalah Milenia muslim