بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 30 September 2011

Kebahagiaan terpancar daripada keberkatan Allah



UMAT Islam perlu mencari keberkatan kerana tanpanya jiwa pasti tidak akan berasa tenang dan puas. Allah berfirman yang bermaksud: “Dan sungguh akan Kami berikan cubaan kepadamu, dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang sabar, (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka mengucapkan: ‘Inna lillaahi wa innaa ilaihi raaji’uun’. Mereka itulah yang mendapat keberkatan yang sempurna dan rahmat dari Tuhan mereka dan mereka itulah orang-orang yang mendapat petunjuk. (Surah al-Baqarah ayat 155-157)

Ada golongan berusaha siang malam mencari rezeki. Malah, sanggup menggadai nyawa tetapi mengapa ia tidak memberikan jaminan kebahagiaan?

Mengapa ada yang memiliki rumah besar dan megah, tetapi masih tidak gembira? Bahkan mereka bermati-matian mencari kebahagiaan dan ketenteraman, sedangkan apa yang mereka peroleh ialah masalah. Kenapa ia berlaku?

Antara sebabnya ialah tiada keberkatan. Rasulullah s.a.w mendoakan sahabatnya di majlis perkahwinan semoga rumah tangga berkat.

Malah, supaya dapat kaya, kekayaan yang berkat, sahabat yang ada ilmu berdoa ilmu berkat.

Berkat ialah pelbagai guna, bermanfaat di dunia dan akhirat. Kita tidak hanya boleh berbangga dengan apa yang kita miliki, tetapi yang patut dibanggakan ialah keberkatan menerima nikmat.

Jadi, bukannya kita patut takut tidak memiliki sesuatu, tetapi harus takut sesuatu yang dimiliki tidak berkat. Keberkatan maknanya subur, dengan kebaikan, permohonannya diterima dan kebahagiaan.

Jadi, keberkatan membawa ke syurga sebaliknya tanpa keberkatan kita dibawa ke neraka. Doa yang kita pinta ketika makan berbunyi: “Wahai Tuhanku berkatilah apa yang Engkau berikan pada kami ini dan selamatkanlah daripada api neraka.” Maknanya makanan yang tidak berkat walaupun sesuap boleh bawa ke neraka.

Apa lagi kalau harta berlambak-lambak, ilmu melaut dan pelbagai gelaran. Menurut sejarah, Umar Abdul Aziz ketika menjalankan tugas pada malam hari di Baitulmal tiba-tiba anaknya mengetuk pintu.

Apabila dilihat anaknya yang ingin bertanya mengenai urusan rumah tangga, beliau terus memadamkan lampu. Si anak bertanya: “Kenapa ayah padamkan lampu.” Jawab Umar: “Kerana minyak lampu ini milik negara.

Ia tidak layak untuk urusan peribadi. Inilah contoh keberkatan dalam erti kata yang sebenar. Keberkatan meliputi soal wajib, sunat, harus, makruh dan haram.

Wajib, mesti buat dan jika buat dapat pahala besar tetapi jika tidak buat dosa besar. Perkara yang harus diberikan pilihan, yang makruh patut dijauhi manakala yang haram mesti dijauhi.

Kunci kebahagiaan ialah bersederhana di samping pengurusan yang pintar dan segala aktiviti mesti sesuai dengan syariat Allah s.w.t.

Contoh kecil yang dianggap remeh manusia hari ini ialah waktu solat.

Mencari harta jangan sampai melupakan solat, mencari harta jangan sampai lupa kepada halal haram. Mencari untung patut dikerjakan sebanyak mungkin, tetapi apalah ertinya keuntungan jika membabitkan soal haram yang dimurkai Allah.

Pelajar sebagai contoh, apalah ertinya berjaga malam, bersengkang mata, belajar dan mengulangkaji, tetapi esoknya tidak mengerjakan solat Subuh.

Ilmu yang tidak berkat ialah ilmu yang ada di akal, ilmu dalam bentuk maklumat dan pengetahuan, tidak menjadi cahaya dan petunjuk.

Apabila ilmu tidak berkat, ia hanya boleh berhujah, tetapi tidak boleh merubah mereka.


UI: Sumber dari harian metro

Kembar siam perlu bantuan


Suratan takdir

Oleh Mohd Nasif Badruddin dan Ahmad Rabiul Zulkifli
am@hmetro.com.my

KEMBAR...bayi kembar siam belum diberi nama di HNSZ.
KEMBAR...bayi kembar siam belum diberi nama di HNSZ.
KUALA TERENGGANU: “Masa mula-mula doktor beritahu bayi yang akan dilahirkan nanti kembar siam, kami berserah dan reda dengan ketentuan Tuhan sehinggalah bayi itu benar-benar bergabung di dada,” kata Zulkifli Ngah, 41, bapa kepada bayi kembar yang dilahirkan isterinya, Noraini Mohamad, 31, di Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ), di sini, kira-kira jam 11 pagi, 22 September lalu.

Menurutnya, ketika isterinya menjalani imbasan di Hospital Kemaman kira-kira enam bulan lalu, doktor memberitahu zuriatnya itu kembar siam sebelum mereka mengikuti proses sama di HSNZ dan Hospital Kuala Lumpur selepas itu.

Kata penjual ikan di Kemaman itu, walaupun doktor di HSNZ masih belum membuat sebarang diagnosis penuh keadaan kembar siam itu, dia sedar bayinya itu perlu menjalani pembedahan pada masa depan.

“Seperti ibu bapa lain, saya ingin melihat kembar ini menjalani kehidupan yang sihat, begitupun saya tidak fikir mampu membayar bil perubatan dan pembedahan mereka,” katanya.

Menurutnya, dugaan sebegini tidak pernah berlaku kepadanya sebelum ini apabila anak ketiga dan keempat lahir bergabung tidak seperti anak pertama dan keduanya yang kini berusia enam dan tujuh tahun.

“Saya terima dugaan ini sebagai takdir tetapi saya tetap memerlukan bantuan kewangan untuk keperluan mereka pada masa depan kerana pendapatan saya sebagai penjual ikan hanya cukup untuk kehidupan sederhana kami sekeluarga,” katanya sambil berharap dapat bertukar kerja baru di bandar raya ini bagi memudahkannya berulang-alik menjaga bayi yang masih mendapat rawatan di HSNZ.

“Saya benar-benar berharap ada pihak sudi membantu menghulurkan bantuan untuk masa depan bayi kembar selepas ini dan saya menyerahkan kepada kebijaksanaan doktor menentukan bila masa sesuai bayi itu akan dibedah,” katanya yang mengalukan sumbangan individu dan syarikat untuk menghubunginya di talian 012-9551435.

Khamis, 29 September 2011

Bawa MIL makan di Chandayu

Sepupu dan ma ayah Iman

Sementara menunggu ayah Iman order makanan

Sampan untuk di sewa

UI ambil peluang bergambar

Kami pergi hari sabtu minggu lepas. Saja bawa mak mertua UI makan. Asyik masak untuk orang  je.. Mak mertua UI ni suka masak. Kalau berminat nak pergi.. restoran ni terletak di jalan menuju ke West Port / Pulau Indah. Selepas traffic light nak masuk ke Star Cruise perhati ada signboard kecil sebelah kiri.. nak masuk kena corner 90 darjah. Sempit sikit.. kat situ ada kemudahan surau dan bilik air. Makanannya boleh tahan dan harganya pun ok kira standardlah.

Zikir untuk bersihkan hati




Peranan zikir dalam kehidupan manusia ke arah untuk mengenali diri dan Allah sungguh besar dan bererti sekali. Dengan zikirilah seseorang itu dapat membersihkan hati dan dirinya yang sememangnya penuh dengan noda dan dosa. Diri (hati) manusia itu seperti perabut di dalam rumah yang sentiasa terdedah kepada hinggapan debu dan habuk. Maka ia selalulah kena bersih, sapu dan gilap. Alat untuk menyapu, membersih dan mengilap itu ialah ZIKIR. Kalau sembahyang (solat) mencegah kemungkaran, zikir pula mendekat dan merapatkan hamba dengan Tuhannya.

Maksud sebuah Firman Allah "Zikir untuk membersihkan hati."
Dan Rasulullah S.A.W. bersabda "Sucikan hati dengan berzikir."


Dari Firman dan Hadis itu jelas menunjukkan zikir itu sangat besar peranan dan gunanya. Bolehlah dianggap bahawa zikir itu sebagai alat nombor satu ataupun "serbuk" pencuci yang tiada ada tolak banding. Zikir menjadi cermin kepada setiap insan yang bercita-cita untuk melihat dirinya serta perkara-perkara ghaib yang berlegar-legar disekeliling kehidupannya.


Hakikat akan kebesaran dan ketinggian hikmah zikir ini dibuktikan sendiri oleh Allah dalam FirmanNya bermaksud " Kalau engkau tidak tahu, bertanya kepada ahli zikir."


Ini menunjukkan ahli zikir menjadi "Prof." yang serba tahu mengenai sesuatu yang ghaib ataupun yang zahir. Golongan zikirilah inilah yang boleh tenggelam dalam kecintaan makrifat kepada Allah yang sebenarnya. Yang kasyaf dan dapat mengetahui sesuatu yang terlindung dari pancaindera zahir.


# Pengertian Zikir #
Sebelum kita membicarakan perihal zikir ini lebih lanjut lagi, marilah dulu sama-sama kita mengetahui apakah erti dan pengertian zikir itu. Apakah yang dikatakan zikir itu yang sebenarnya? Pengertian ini perlu kita ketahui dengan sebenarnya untuk mengelakkan kita daripada salah membuat tanggapan. Bahana salah membuat tanggapan terhadap sesuatu hakikat amal ibadat tak ubah seperti salah menaruh umpan di mata joran, di mana menyebabkan ikan yang kita harapkan makan kail, ikan lain pula yang dapat. Harap Tenggiri, dapat ikan Duri!


Perkataan ZIKIR ialah dalam bahasa Arab yang bererti atau membawa makna, "sebut" dan "mengingat Allah". Dalam pengertian ringkas ialah mengingati dan berdoa kepada Allah akan kesejahteraan, kebahagiaan dan kebermaknaan hidup kita dan umat Islam seluruhnya. Sebut itu baik pada mulut atau pun dalam hati. Dan ingat itu ialah di dalam hati tentang sesuatu apa-apa yang disebutkan.


Jadi ertinya kalau dikatakan zikir ialah ingat, sambil berdoa dan bermohon kepada Allah. Disebut berzikir, maknanya kita mengingati Allah, berdoa kepadaNya dan memohon kepadaNya, baik secara nyata ataupun diam. Sembahyang (solat), membaca al-Quran dan berpuasa juga termasuk dalam definasi "zikir" kepada Allah.


Tujuan zikir ialah untuk ingat akan kebesaran Allah, di mana bila kita mengingatkan kebesaranNya, maka dengan sendirinya pula kita tahu akan duduk dan martabat diri kita. Dengan berzikir juga kita sentiasa tahu duduk tara kita dengan Allah. Dengan berzikir juga boleh mengejapkan Tauhid kita kepada Allah dan menguatkan i'tiqad kita kepada segala perintahNya.


Zikir adalah satu ibadat yang dituntut oleh Allah sendiri. Perintah supaya sentiasa mengingat Allah itu, adalah berdasarkan al-Quran dan Sunnah.


Antara lain sebagai berikut :-

  1. Firman Allah Ta'ala Surah Al-Baqarah 152..... "Ingatlah kamu kepadaKu nescaya Aku ingat kepadaMu dan bersyukurlah kepadaKu dan jangan kamu mengingkari (nikmat)Ku."
  2. Firman Allah Ta'ala Surah Al-Ahzab 41-42....."Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama) Allah, zikir yang sebanyak-banyaknya. Dan bertasbihlah kepadaNya di waktu pagi dan petang."
  3. Firman Allah Ta'ala Surah An-Nisa' 103....."Maka apabila kamu telah menyelesaikan solat (mu), ingatlah Allah diwaktu berdiri, diwaktu duduk dan diwaktu berbaring."

Dan Sunnah yang menjadi dalil dianjurkannya banyak berzikir itu, antara lain :-

  1. Hadis At-Turmizi dan Ibnu Majah dan disahihkan oleh Al-Hakim, dari Abu Darda' (marfu')....."Tiadakah kuberitahukan kepada kamu tentang amalmu yang paling bersih disisi Tuhanmu dan paling tinggi (mengangkat) darjatmu, dan lebih baik bagimu dari (berperang) melawan musuh, lantas kamu memenggal batang leher mereka dan merekapun memenggal batang lehermu?" Para Sahabat menjawab......."Bahkan" Rasulullah S.A.W. pun bersabda......."zikurullah."
  2. Hadis Muslim dari Abu Hurairah, menyatakan bahawa Rasulullah bersabda......."Tiada satu kaum (kalangan) duduk berzikir mengingati Allah pada suatu majlis, melainkan Malaikat mengelilingi dan rahmat meliputi mereka dan Allah mengingat mereka, termasuk orang (yang dekat) disisiNya."
  3. Hadis Bukhari......."Sesungguhnya bagi Allah itu ada Malaikat yang berkeliling di jalan-jalan, mencari orang-orang yang berzikir. Apabila mereka mendapati satu kaum (kalangan) yang berzikir kepada Allah, mereka berseru......."Ayuh, mari kepada hajat kamu." Lantas Rasulullah S.A.W. bersabda......"Maka malaikat-malaikat itu mengelilingi (melindungi) mereka dengan sayap-sayapnya sampai ke langit dunia."
Hadis-hadis yang menerangkan kelebihan zikir itu cukup banyak. Adapun pengertian dan fungsi zikir atau berzikir ini boleh dibahagikan kepada 2 (dua) bahagian, iaiti pengertian Syariat dan pengertian Hakikat.

# Pengertian Syariat #
Seperti disebutkan tadi, pengertian syariat zikir itu ialah mengingat dan sebut, atau sebut dan mengingat. Sebut di sini ialah sebut Asma' (nama) Allah serta ingat di dalam hati akan makna dan pengertian Asma' itu. Misalnya lidah menyebut Al-jabar (Pemaksa), maka hati mengingatkan kepada sifat pemaksaanNya. Bila lidah sebut Ar-Rahman, hati akan ingat kepada sifat-sifat kemurahanNya. Bila lidah menyebut Al-Latiff, maka hati akan terkenang kepada sifat kelemah-lembutan- Nya. Bila lidah sebut Ar-Rahim, hati ingat kepada sifat pengampunan- Nya dan begitulah seterusnya. Setiap kali lidah menyebut NamaNya, hati akan mengenangkan kepada sifat-sifatNya.


Perlu diingatkan, mengenai butir zikir ini ia tidak terbatas kepada perkataan tertentu, atau pun kepada "asma' ul'husna", sebaliknya ada perkataan-perkataan atau sebutan lain. dan paling unik ialah sebutan diri yang lahir dari lubuk hati seseorang itu. Sebutan ini berbeda dengan kebanyakan atau pun dengan butir-butir zikir yang popular.


# Pengertian Hakikat #
Zikir dalam pengertian hakikat ialah apabila kita menyebut Asma' Allah kita akan ingat kepada diri kita sendiri. Misalnya kita sebut "Jamal", kita ingat akan sifat "Jamal" Allah itulah yang ada kepada kita. Justeru itu kita perlu menggunakan (apa yang kita sebutkan) itu untuk terus mengingatkanNya. Kita sebut Allah, maka kita kembalikan kekuasaan Allah itu ke atas diri kita. Kita ingat dan sedar, tanpa ada Dia tidak mungkin kita dapat hidup dan menyebut serta menerimaNya sebagai Tuhan kita.


Pengertian hakikat zikir itu ialah kita ingat kepada diri kita sendiri, sebagai hambaNya yang mulia dan harus melaksanakan tanggungjawab kita kepadaNya pada sepanjang masa. Di samping itu kita sedar bahawa kita adalah makhluk yang mulia yang diturunkan untuk menjadi khalifah dan pemimpin di atas muka bumi ini.


"Sebaik-baik kejadian ialah manusia."


Zikir pada hakikatnya itu bukan untuk Allah sebab Allah tidak memerlukan apa-apa lagi seperti mana FirmanNya.......


"Wahai manusia sesungguhnya kamulah yang memerlukan Allah dan Allah yang Maha Kaya, tidak memerlukan apa-apa. Jika Dia mahu nescaya, Dia musnahkan kamu dan mendatangkan makhluk lain (sebagai ganti)."


Al-Fatir 15-16
Allah berdiri di atas SifatNya sendiri, "muqhalafatuhuta'ala lilhawadith)", malahan Dia tempat bergantung dan meminta.


Jadi, apabila kita berzikir itu kita mencari kekuatan untuk diri kita sendiri dan bukan lagi untuk Allah. Apa yang kita lakukan itu hanya sebagai menjalankan tanggungjawab dan sumpah janji kita sahaja semasa di alam "luh mahfuz" dahulu.


# Bagaimana Zikir berperanan menyucikan diri? #
Peranan dan hikmah zikir sungguh besar dan luas sekali, sehingga ia boleh menyucikan diri seseorang. dan hasil dari penyucian (muhasabah) itu pula membolehkan seseorang itu kenal diri dan Tuhannya. Tetapi bagaimanakah ia berperanan menyucikan diri? Apakah cukup hanya setakat menyebut dan ingatkan diri kepada Allah, maka diri kita terus suci dan dapat berfungsi menjadi sebuah cermin untuk tilikan? Seperti mana serbuk penyuci berfungsi membersihkan kotoran kain baju. Begitukah?


Kalau setakat sebut sahaja atau ingat, maka diri terus menjadi suci, maka alangkah mudahnya zikir itu? Ia nampak semudah mengupas kulit pisang sahaja. Ataupun semudah serbuk penyuci menyentalkan kotoran di kain baju. Ternyata peranan penyucian zikir ke atas hati itu bukan seperti itu. Ia tidak semudah yang disangkakan.


Peranan zikir dan penyucian kepada hati, mesti melalui proses tertentu. Ada kaedah dan juga cara atau sistem tersendiri. Seperti juga usaha kita untuk melahirkan zuriat yang cerdas danpintar, ada kaedah dan teknik persetubuhan tertentu dan amalan-amalan yang harus dilakukan.


Untuk memahami dengan cara mudah peranan zikir itu bolehlah kita huraikan begini, apabila kita sebut sesuatu kalimah zikir maka kita akan ingat dan tanamkan maknanya ke dalam hati. Misalnya kita sebut "Subhanallah" iaitu Maha Suci Allah, maka kita hayati dalam diri kita yang Allah itu adalah Zat yang suci. Kesucian itu tidak ada tolak banding dengannya. Maka kita harus bertindak dengan akal dan fizikal, bahawa yang suci adalah Allah semata-mata, tidak ada yang lain. Segala unsur syirik yang bersarang secara diam dan tersembunyi hendaklah disingkirkan dari menjadi warga hati kita dan kurungkan Allah semata-mata dalam diri.


Kalau kita menyebut "Allah Hu Akbar" Allah yang agung, maka keagungan itu kita masukkan ke dalam diri kita. Kita tanamkan bahawa yang agung hanya Allah dan tidak ada yang lain. Baik diri kita ataupun kuasa lain. Justeru itu kita harus komitkan (iltizam) diri kita kepada keagunganNya sahaja.


Dengan cara itulah baru wujud penyucian. Penyucian di sini bermaksud, dengan mengingatkan segala sifat Allah itu, seperti Ar-rahman. Al-Rahim, Al-Latiff dan sebagainya. dan menyuci diri itu bermakna menyucikan diri/hati kita daripada syirik, kufur, munafik dan kafir kepada Allah. Suci ialah apabila mematuhi dan kenal denganNya.


Ingat, selagi kita masih syirik, kufur, munafik dan kafir serta memiliki sifat-sifat mazmumah yang mutlak masih belum tercapai lagi. Apabila hati kita tidak didindingi oleh segala elemen-elemen itu baharulah ia bersih dan menjadi sekeping cermin khuwah yang memungkinkan kita kasyaf dan dapat melihat apa-apa yang ghaib.


Demikianlah secara ringkas dahulu mengenai peranan zikir membersihkan hati dan diri insan. Ingin saya berpesan, bahawa zikir yang sebenarnya bukan sahaja setakat menyebut kalimah-kalimah ataupun pengucapan tertentu sahaja. Kalau setakat sebut sahaja ia tidak menjadi. Yang penting menghayati kemudian seterusnya bertindak dengan fizikal dan akal terhadap pengertian apa yang disebut itu.


Kalau setakat berzikir ia tidak menjamin kebersihan hati dan diri seseorang. Malahan perbuatan itu tidak lebih daripada sia-sia sahaja. Sebab itu kalau kita perhatikan ada ahli zikir yang perangainya tidak pernah berubah. Kalau dulu di pembohong, penipu, maka kini pun dia penipu dan pembohong, walau pun dia sudah mengerjakan zikir beratus juta kali. Kalau dulu dia mencuri dan mencaci, kini pun setelah berzikir sampai juta-juta kali, dia tetap juga dengan perangainya, mencaci orang itu dan orang ini. Itulah tanda zikir orang itu zikir pada lahir sahaja tetapi tidak meresap atau "jelira" ke dalam diri batinnya.


Dalam pada itu kalimah zikir bukan terbatas kepada "asma' ul'husna" yang 99 atau kalimah-kalimah pujian yang melulu sahaja. Malahan apa saja kalimah yang terbetik di hati dan terdengar dibibir ia merupakan "Asma'" Allah dan boleh dijadikan kalimah zikir. Pokok pangkalnya pengertian dan niat itu sahaja yang dikira.


FirmanNya.......
"Hai orang-orang yang berIman, berzikirlah (dengan menyebut nama Allah), dengan sebanyak-banyaknya (bermacam-macam sebutan)."


Al-Ahzab 41
Sebaik-baik amalan itu elok pada Syariat, tepat pada Hakikat, kena pada Tariqat dan sampai pada Makrifat.


Wallah hu ta'ala a'lam.......


UI: Sumber dari 
http://cahaya2.tripod.com/zikir1.html

Gambar Masjid di Malaysia

Masjid Negara, Kuala Lumpur
Bila kali terakhir kita pergi ke masjid? Begitu banyak masjid di Malaysia ni.. semoga masjid2 ini sentiasa dirahmati oleh Allah dengan kehadiran jemaah2. Takut masjid sahaja yang banyak tapi jemaah kurang. Ibarat binaan untuk dibanggakan tapi bukan untuk tujuan asalnya.

Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam

Masjid Jamek, Kuala Lumpur
Masjid Putrajaya
Masjid Tuanku Mizan, Putrajaya
Masjid Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur
Masjid Zahir, Kedah
Masjid Al-Bukhary Alor Setar, Kedah
Masjid Krystal, Kuala Terengganu
Masjid Terapung, Penang
Masjid Selat Melaka
Masjid Jamek ke-2, Muar
Masjid Hadhari, Terengganu
Masjid Klang, Selangor

Rabu, 28 September 2011

2012 Dunia Berakhir??


Minggu ni sibuk AI bercerita  tentang 2012. Jadi UI pun sibuk mencari maklumat. Takut juga bila difikirkan.. apa pun itu semua kerja tuhan.. tidak tahu apa yang akan berlaku.. cuma perlu sediakan amal secukupnya..
Cuba lihat kalendar di bawah untuk tahun 2012... 1Ramadan pada tahun 2012 jatuh pada 20July hari Jumaat, jadi 3 August 2012 bersamaan 15 Ramadan jatuh juga hari Jumaat. Sama dengan hadis Nabi pasal huru hara besar yang akan terjadi pada tengah malam pertengahan bulan Ramadan iaitu hari Jumaat 15 Ramadan di bumi ini yang akan mengejutkan semua orang yang sedang tidur, pasal satu suara yang amat dahsyat akan kita dengar dekat langit, bukan kiamat tapi huru hara tersebut akan melenyapkan umat manusia di atas muka bumi ini sebanyak 2/3, yang tinggal cuma 1/3 shj.(yang NASA Amerika ada beritahu pada 21-12-2012 planet NIBIRU akan menghentam bumi) Adakah kita semua ni tergolong dalam 1/3 tu.......ALLAH sahaja Maha Mengetahui.. .......... .... cuba kita tengok Hadis Nabi di bawah ini dan kenyataan pasal Kalendar Islam 2012 Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanadnya bahwa Rasulullah saw. bersabda: Bila telah muncul suara di bulan Ramadhan, maka akan terjadi huru-hara di bulan Syawwal...". Kami bertanya: "Suara apakah, ya Rasulullah?" Beliau menjawab: "Suara keras di pertengahan bulan Ramadhan, pada malam Jum'at, akan muncul suara keras yang membangunkan orang tidur, menjadikan orang yang berdiri jatuh terduduk, para gadis keluar dari pingitannya, pada malam Jum'at di tahun terjadinya banyak gempa. Jika kalian telah melaksanakan shalat Subuh pada hari Jum'at, masuklah kalian ke dalam rumah kalian, tutuplah pintu-pintunya, sumbatlah lubang-lubangnya, dan selimutilah diri kalian, sumbatlah telinga kalian. Jika kalian merasakan adanya suara menggelegar, maka bersujudlah kalian kepada Allah dan ucapkanlah: "Mahasuci Al-Quddus, Mahasuci Al-Quddus, Rabb kami Al-Quddus!", karena barangsiapa melakukan hal itu akan selamat, tetapi barangsiapa yang tidak melakukan hal itu akan binasa".
baca ini pula: 
dan ini: 


Hukum percaya ramalan Sains tentang Qiamat


Bersama DATO’ DR HARON DIN


Soalan:

DATO’, permasalahan bilakah kiamat telah dijawab oleh beberapa saintis hari ini, dengan menentukan tarikh kehancuran dunia dan alam ini pada tarikh yang telah ditetapkan, seperti yang tersebar dalam internet dan khidmat SMS. Bolehkah dipercayai dan apa hukum mempercayainya?

Jawapan:

RAMAI juga orang yang bertanya saya melalui majlis-majlis ceramah, melalui telefon dan SMS berkenaan hal yang berkaitan.

Saya berpendapat bahawa perkara tarikh kiamat ini, termasuk dalam perkara asas pegangan kita yang perlu diserahkan kepada Allah SWT sepenuhnya, tanpa berpegang atau merujuk kepada mana-mana makhluk.

Kiamat adalah kerja Allah. Tidak patut makhluk hendak campurtangan dalam hal yang besar sebegini. Ia tidak sepatutnya dicampuri.

Dalam al-Quran, Allah berfirman (mafhumnya): “Manusia bertanya kepadamu (wahai Muhammad) tentang kedatangan hari kiamat; katakanlah: ‘Sesungguhnya pengetahuan mengenainya hanyalah ada di sisi Allah.’ Dan apa jalannya engkau dapat mengetahui? – boleh jadi masa datangnya tidak lama lagi.” (Surah al-Ahzab, ayat 63)

Tarikh berlaku kiamat adalah termasuk dalam perkara-perkara ghaib. Perkara ghaib, Allah sahaja yang mengetahuinya dan tidak diberitahu sesiapapun melainkan kepada Rasul pilihan-Nya sahaja.

Firman Allah (mafhumnya): “Tuhanlah sahaja yang mengetahui segala yang ghaib, maka Dia tidak memberitahu perkara ghaib yang diketahui-Nya itu kepada sesiapapun.

“Melainkan kepada mana-mana Rasul yang di redai-Nya (untuk mengetahui sebahagian daripada perkara ghaib yang berkaitan dengan tugasnya; apabila Tuhan hendak melakukan yang demikian) maka Dia mengadakan di hadapan dan di belakang Rasul itu malaikat-malaikat yang menjaga dan mengawasnya (sehingga perkara ghaib itu selamat sampai kepada yang berkenaan).” (Surah al-Jinn, ayat 26-27)

Namun demikian, Nabi Muhammad s.a.w. pun tidak mengetahui bilakah kiamat. Bukan sahaja Rasulullah, malah malaikat Jibril a.s. pun tidak mengetahuinya.

Dalam Sahih Muslim, diperturunkan hadis riwayat Umar al-Khattab, mengkisahkan perihal Jibril menghadap Nabi Muhammad s.a.w. bertanyakan bilakah kiamat akan berlaku, maka baginda menjawab: “Yang ditanya tidak akan lebih tahu daripada yang bertanya.”

Maksud kata baginda ialah, makhluk yang paling amanah daripada kalangan penghuni langit, seperti Jibril yang paling dekat dengan Allah, menjadi utusan Allah kepada para Anbiya, khususnya Muhammad s.a.w. pun tidak mengetahui bila kiamat sehingga bertanya kepada Nabi s.a.w.

Kedua-dua makhluk yang paling rapat dengan Allah, tidak tahu tarikh kiamat, maka apakah logiknya yang boleh diterima akal, orang lain dari mereka berdua, khususnya saintis yang kafir hari ini, boleh mengetahui tarikh kiamat dan disebarkan kepada umum seperti yang anda tanyakan kepada saya sekarang.

Dalam hadis Ibnu Umar yang disahihkan oleh Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w bersabda (mafhumnya): “Anak-anak kunci (rahsia) perkara ghaib ada lima perkara, tiada yang mengetahuinya melainkan Allah SWT sahaja.”

Rasulullah membaca ayat al-Quranul karim (mafhumnya): “Sesungguhnya di sisi Allah pengetahuan yang tepat tentang hari kiamat. Dan Dialah jua yang menurunkan hujan, dan yang mengetahui dengan sebenar-benarnya tentang apa yang ada dalam rahim (ibu yang mengandung). Dan tiada seseorang pun yang betul mengetahui apa yang akan diusahakannya esok (sama ada baik atau jahat); dan tiada seorangpun yang dapat mengetahui di bumi negeri manakah ia akan mati. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Amat Meliputi pengetahuan-Nya.”  (Surah Luqman, ayat 34)

Dalam kitab Tafsir Ibnu Katsir, ketika membuat tafsiran ayat di atas disebutkan:
“Itulah perkara-perkara ghaib yang menjadi anak kunci rahsia yang diketahui oleh Allah SWT sahaja. Maka tidak diberitahu kepada sesiapa pun hatta kepada Rasul yang diutus, atau kepada malaikat yang muqarrab (hampir) kepada Allah SWT.”

Jika inilah keadaannya, maka mana mungkin orang kafir boleh meramal atau menetapkan tarikh kiamat.Wallahua’lam

Selasa, 27 September 2011

Kek Coklat Moist Kukus



Bahan-bahan

100g serbuk koko*
1 tin susu isian cair*
200g myk masak sayuran* (boleh kurangkan sedikit)
250g gula kastor
250g susu pekat manis
4 biji telur - pukul sehingga berbuih
150g tepung gandum
1st bic soda
1st baking powder

Cara-cara
  1. Campurkan kesemua bahan bertanda * & masak dgn api perlahan, sehingga licin. Tak payah menggelegak
  2. Satukan dgn telur yg dipukul tadi dgn mixer. Gaulkan bhn2 kering & campurkan sedikit2 sehingga sebati.
  3. Masukkan ke dlm bekas yg dilapik & mykkan. Kukus selama 1 jam dgn api sederhana. Pastikan air menggelegak sblm kukus.

Untuk buttercream kat tepi

125g butter
125g margerin
80g gula ising

gaulkan sehingga sebati dan masukkan 100g coklat yg telah dicairkan. bolehlah sapu di sekeliling kek...


UI: Ini rupa pertama kali buat. Kosong je.. tak sapu buttercream pun... tak taulah bila nak buat lagi.. resepi diambil dari myresepi.com. Selamat mencuba!

♥ Baby In Baju Raya Contest ♥

" GRAND PRIZE FOR FINALE SEASON
"VACATION" 2D1N & SPONSOR BY aNJe a.k.a MaMa_BaLQiS"


Jika berminat sila click banner di atas untuk melihat syarat2 penganjur.

Contest bermula pada 19/09/2011 sehingga 30/9/2011

ANJURAN:


HADIAH TAJAAN:


SYARAT2NYA MESTI MENJADI FOLLOWER:


Isnin, 26 September 2011

Puding gula hangus

Ada yang cantik lagi rupanya.. yang ni tak cantik. Atasnya tak rata ;)

Ewah2 entry pertama yang UI buat tentang masak2 ni... UI ni bukannya rajin ke dapur.. minat tu ada tapi selalu je ada halangan. Tapi yang ni mudah sangat nak buat.. walau ada halangan masih mampu ditempuh. Ni kali ke-3 UI buat. Kali pertama lagi cantik rupanya.. bahagian atas tu rata je.. tapi gula pula tak cukup hangus jadi nampaklah pucat. Sebenarnya tak tau macaman nak hanguskan gula masa tu..

Nak resepi tak?

Mula2 kita buat gula hangus dulu...
4 sudu gula yang dimasak hingga cair.. kemudian tambah 1/2 cawan air.. 1 cawan pun boleh kalau nak banyak kuahnya.. kemudian masukkan terus dalam loyang (size kecil) yang nak digunakan untuk mengukus

sementara tunggu gula hangus tu sejuk kita buat langkah seterusnya..
5 biji telur ayam
1 biji telur itik
1/2 tin susu cair
1/2 penutup esen vanila
3 sudu gula

atau resepi lain yang saya buat:
6 biji telur ayam
1/2 tin susu pekat (boleh kurangkan sedikit jika tak suka manis)
1 tin susu cair
1/2 penutup esen vanila

kesemua bahan di atas gaul hingga sebati.. UI guna blender je.. senang. Tak perlu sampai terlalu kembang. Cukup sekadar semua bahan tadi sebati. Dah sebati tuangkan terus dalam loyang berisi air gula hangus tadi. Kemudian kukus selama 25 minit. Renggangkan sedikit tutupnya. Bila dah agak sejuk kenalah terbalikkan dalam bekas. Sebab gula hangus tadi berada dibahagian bawah. Nak lagi sedap masukkan ke dalam peti ais.

Resepi ni UI minta dari adik MIL UI..

Selamat Mencuba! sesiapa yang dah cuba kalau berjaya bolehlah tunjuk pada UI.

Sabtu, 24 September 2011

Contohi Pengorbanan RASULULLAH




Ungkit-mengungkit tidak akan memberikan kita rasa tenang dan damai. Tetapi jika kita melihatnya sebagai satu tanggungjawab dan lambang kasih sayang dalam keluarga, tidak mustahil kita boleh kembali tersenyum girang.

“Berkorban apa saja, harta ataupun nyawa. Itulah kasih mesra, sejati dan mulia…” Demikianlah bait-bait puitis yang didendangkan oleh Allahyarham Tan Sri P. Ramlee dengan pasangannya Zaiton dalam filem Hang Tuah suatu masa dahulu. Kedengarannya amat mudah. Namun, hakikatnya hanya tuan empunya diri sahaja yang tahu.

Allah menjadikan setiap ciptaan untuk saling melengkapi antara satu sama lain. Begitulah juga keadaannya dalam rumah tangga. Isteri menjadi pelengkap suami, sementara suami pula menjadi pelengkap isteri. Justeru, mahu tidak mahu, kita perlu menerima hakikat bahawa ‘pengorbanan’ itu perlu dilakukan bagi memastikan keluarga yang dibina lengkap, ataupun setidaktidaknya berada dalam keadaan sejahtera.

Namun sayangnya, ramai yang lebih bersedia untuk berkorban ketika bercinta berbanding sesudah bergelar suami isteri. Bukankah itu merugikan kerana kita berkorban untuk orang yang belum tentu menjadi pasangan hidup kita. Sedangkan secara realitinya berkorban untuk sesuatu yang sememangnya sudah kita miliki adalah jauh lebih berbaloi.

Barangkali ramai yang kurang mengerti konsep pengorbanan yang sebenar. Apabila kita berkorban, ia perlu dibuat dengan ikhlas. Dan sudah tentu tidak harus wujud unsur paksaan di situ. Jika keikhlasan yang mengiringi setiap perlakuan kita, maka secara automatik tidak akan timbul rasa terbeban atau dibebankan. Malah, sebagai individu yang beriman hanya kepada Allah, kita juga perlu sedar, ganjaran terhadap pengorbanan yang kita lakukan tidak semestinya datang daripada manusia. Sebaliknya, yang lebih istimewa dan paling penting ialah imbalan yang bakal diperoleh daripada Allah SWT sama ada di dunia mahu pun akhirat.

Antara individu yang paling banyak melakukan pengorbanan ialah Rasulullah SAW. Baginda bukan sahaja melakukannya untuk anggota keluarga, tetapi juga untuk seluruh umatnya. Bayangkanlah… Baginda sanggup dihina, dicerca dan dicederakan semata-mata mahu melihat sekalian umatnya beriman kepada Allah sekali gus menjadi penghuni kepada syurga-Nya. Lihatlah… Bukankah itu pengorbanan yang cukup besar? Dan pernahkah Rasulullah meminta minta balasan atas setiap pengorbanannya?

Baginda pernah bersabda yang bermaksud: “Orang yang paling baik di kalangan kamu ialah orang yang paling baik (pergaulannya) dengan ahli keluarga dan aku adalah yang terbaik dari kalangan kamu dalam pergaulan dengan ahli keluargaku.” (Ibnu Majah dan Ibnu Hibban).

Justeru, sikap saling mengungkit pengorbanan yang dibuat dalam keluarga sama ada oleh suami, isteri mahu pun anak-anak bukanlah suatu yang wajar dilakukan. Malah, Islam tidak senang dengan cara sebegitu. Ungkit-mengungkit tidak akan memberikan kita rasa tenang dan damai. Tetapi jika kita melihatnya sebagai satu tanggungawab dan lambang kasih sayang dalam keluarga, tidak mustahil kita boleh kembali tersenyum girang.

Cubalah kita contohi sikap terpuji Rasulullah. Pada masa yang sama kita renungkan sejenak. Kalaulah dalam keluarga sendiri kita boleh bersikap ‘cukup berkira’ melakukan pengorbanan, bagaimana pula kita dengan orang luar? Jikalau pun kita hanya melakukannya kepada keluarga, pernahkah kita terfikir orang luar boleh melakukan perkara yang sama?

Ingatlah, kehidupan ini berputar ibarat roda. Jika hari ini kita berbuat tidak baik terhadap orang, suatu hari kita juga akan menerima nasib yang sama.


UI: Banyak yang UI belajar dalam erti pengorbanan. Jika hati kita padaNya, insyaAllah kita tidak akan mengeluh. Sumber dari http://www.majalah.iluvislam.com

Seceria stoberi

My Photo

Kali ni saja nak cerita tentang blog adik UI. Dalam belajar2 tu sempat juga buat blog. Adik UI ni budak manja ialah bongsulah katakan setelah pemergian adik dia. Dari kecil dia ni budak yang baik.. tak banyak ragam. Dulu kitorang suka panggil dia 'lembik' yalah terlebih lemah lembut. Setelah di asah oleh kakak dia.. sekarang ni dah agak 'keras'. Mengamuklah orang panggil dia 'lembik'. Kalau tak dapat apa dia nak mesti merajuk.. Apa pun UI bangga dengan dia.. dalam lembik2 dia tu dia agak bijak belajar. Semoga dia mendapat keputusan yang baik nanti.

Hujung tahun ni habislah belajar.. tapi tak taulah dia nak sambung lagi ke tak? ambil jurusan mekanikal petroleum di Politeknik, Kuching. Tapi sijil je baru.. buat masa ni kursus tu setakat sijil je. Kalau CGPA bagus harap dapat sambung lagi study di mana2. Dialah satu2nya adik UI yang masih single.

Erm... bukan nak puji.. tapi UI suka baca blog dia.. sebab adik UI ni gila2 sikit. Kalau korang tak percaya singgahlah ke blog dia...

http://hadiaruznamialus.blogspot.com

zaman lembik he3.. jangan marah acik.. comelkan dengan arwah adik.
Masa ni UI bawa diorang jalan2 pergi Zoo KL

bersama dengan UI di LCCT.. tiap kali balik kakak dia nilah yang tolong hantar..

bergambar dengan Iman.. sewaktu Iman umur 1 tahun

Untuk adik UI Ayut/Acik... GOOD LUCK!

Jumaat, 23 September 2011

Cerita Raya Iman 2011

Tahun ni Iman beraya di Kelantan lagi... kali ni balik 2 hari sebelum nak raya.. bertolak malam senang sikit Iman tidur je dalam kereta..

Bangun pagi2 mandi sunat hari raya... tengok betapa seronoknya dia nak raya...
Salam raya dengan ayah... sedih je.. banyak buat salah ke?
dengan ummi pula.. suka pula..
bergambar dengan anak saudara dan sepupu ayah Iman
Raya ke-3 hadir kenduri kahwin sepupu kepada ayah Iman.. dan tolong apa yang patut
Raya ke-4 sempat lagi pergi Mundok (Thailand) naik perahu.. panas betul cuaca sampai hilang mood nak shopping.. hanya sempat beli kacang je..
Raya ke-5 pergi menghantar pengantin perempuan (sepupu ayah Iman) pula ke rumah lelaki...
Balik makan kenduri sempat lagi singgah pantai Sabak.. banyak dah berubah. Sepanjang persisiran pantai dah  dinaikkan tembok batu bagi mengelak hakisan..
Balik dari pantai Sabak pergi ke sini pula...
Seronoklah Iman dapat lepas kat sini.. penat nak kejar...
Sebelum bertolak sempat lagi teman ummi dia makan mee celup yang terletak dekat je dengan rumah ma tok Iman. Rasanya tak sesedap mee celup atas market Kota Bharu. Mee celup kak Ani... Soho oghe ngoyak sedak (kecek kelate pula). Walaupun dah 12 tahun bernikah dengan org Kelantan.. belum mahir lagi.. sebab malu nak cakap... tapi fahamlah apa diorang cakap.
Selamat tiba rumah raya ke 6... rehat tak jalan mana pun. Pergi rumah mak UI tidur 1 malam, jenguk atuk yang uzur di rumah pakcik dan pergi rumah along UI @ paklong Iman. Baru2 ni pergi rumah sepupu AI di Cheras.. mak mertua UI ada sana tolong masak.

Hadiah 1st GA telah dihantar



Buat pemenang Ummi Iman 1st Giveaway...

Hadiah kalian telah UI hantar menggunakan khidmat courier semalam dalam pukul 5 lebih. Harap tiba dengan selamat dan happy dengan hadiah tersebut..


Khamis, 22 September 2011

Gempa bumi Nepal, India & Cuba & Indonesia




Gempa bumi sederhana landa Banda Sea, Indonesia
26/9/2011

KUALA LUMPUR -- Satu gempa bumi sederhana berukuran 5.6 pada skala Richter melanda Banda Sea, Indonesia pada 11.39 pagi tadi.


Jabatan Meteorologi Malaysia dalam kenyataannya berkata pusat gempa bumi itu ialah di kedudukan 467 km tenggara Makassar, Indonesia dan 1,345 km tenggara Sarikei, Sarawak.


Gempa itu tidak membawa ancaman tsunami kepada Malaysia, katanya. -- BERNAMA


8 terbunuh di Nepal dan India akibat gempa bumi di timur laut India

19/09/2011 1:34am

KATHMANDU 18 Sept. - Sekurang-kurangnya lapan orang terkorban termasuk lima orang di Nepal dalam gempa bumi kuat berukuran 6.8 pada skala Richter di timur laut India hari ini, kata polis.
Menurut jurucakap polis, Binod Singh, sekurang-kurangnya tiga orang terbunuh di Kathmandu apabila dinding Kedutaan Britain runtuh akibat gegaran kuat itu dan dua lagi terbunuh dalam insiden berasingan di timur Nepal.
Seorang penunggang motosikal dan seorang wanita yang membonceng dirempuh dinding bangunan yang runtuh dan disahkan meninggal dunia di hospital Manmohan, kata Singh.
Gempa bumi yang berpusat di kawasan pergunungan Sikkim di timur laut India menyebabkan gegaran sehingga ke negara Jiran di Nepal dan Bhutan. - AFP

Gempa bumi sekuat 5.1 skala Richter di Cuba

16/09/2011 2:32am

WASHINGTON 16 Sept. – Satu gempa bumi berukuran 5.1 skala Richter menggegarkan Cuba yang terletak di selatan Caribbean, lapor Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat (USGS) semalam.
Gegaran pada pukul 4.43 petang waktu Malaysia itu berlaku pada 107 kilometer barat daya Campechuela, kawasan selatan pantai dan 122 kilometer utara Teluk Montego, Jamaica.
Tiada kematian atau kerosakan dilaporkan dari gempa bumi tersebut. - AFP



UI: Sebelum ni di Jepun... saja simpan rekod gempa ni.. untuk peringatan