بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 26 Ogos 2011

Masa untuk mengemas

google image


Masa dah suntuk.. esok malam akan bergerak pulang ke kampung halaman ayah Iman. Apa pun tak kemas lagi... hari ni nak bersihkan rumah mana yang tak buat lagi tu.. dan pack barang2 untuk di bawa balik.

Cepat sangat rasanya dah nak raya... rasa macam nak minta tangguh je raya kalau boleh.. apa pun MASA TAK MENUNGGU..

Kepada semua.. SELAMAT HARI RAYA.. MAAF ZAHIR BATIN


Khamis, 25 Ogos 2011

Shopping biskut & kerepek raya



Hari ni kali ke 2 pergi ke Banting. Kali pertama pergi rumah makcik yang sememangnya taukeh besar biskut raya di sana.. tapi malangnya banyak yang dah habis.... terpaksa order.. jadi hari ni pergi lagi tuntut kuih tapi hampa juga.. masih tiada. Takpelah nak buat macamana ambillah apa yang ada. Tahun ni cepat sungguh habis berbanding tahun sebelum ni.. habis juga tapi taklah secepat tahun ni.. banyak customer lama bersungut bila datang. Terkejut! aik selalu datang penuh... jangan tak tau kos pembuatan biskut sahaja dah bernilai RM10 ribu.. untungnya 3 kali ganda.. hebatkan! memang hebat... UI pun kagum dengan dia..

Oleh kerana biskut masih dalam pembuatan atau masih tiada.. jadi singgah dulu di Kerepek House.. terang juga... belilah apa yang ada.. dalam takde2 tu.. 3 plastik beg jugalah beli. Kalau nak tau depan sikit daripada Kerepek House belah kanan ada signboard kecil.. lupalah tulis apa kat situ.. terukkan.. tapi lebih kurang pengusaha kek dan biskut.. nama glamour makcik UI tu.. Ijah. Kenal ke? Suami dia tu adik pada arwah ayah UI. Perlu ke beritahu ni...

Dah lama tak bawa kereta.. rasa penat pula.. sebelum ni pergi Johor atau Melaka pergi balik pun takpe. Ni baru pergi Banting dah letih.. tanda2 dah tua ke tu??? oh tidak.. mari kita buat sesuatu.. macam iklan fair n lovely tu...

Oklah.. sekarang cuma ada masa awal pagi je nak update blog. Siang tak boleh.. Iman dah booking ummi dia.. hai.. manja betullah buah hati UI ni... kalau dia tengok duduk depan laptop je mesti dia merengek.. kena layan dia je..

Selasa, 23 Ogos 2011

Hati kita milik kita...



Tiba-tiba tergerak nak bercerita soal hati. Kalau diperhati memang UI suka bercerita soal hati.. Sebenarnya UI nak share pendapat. Hati kita milik kita... maksudnya diri kita sendiri yang patut menjaganya. Kalau kita inginkan yang terbaik dan yang elok2 sahaja.. hati kita kenalah sentiasa tuju ke arah itu. Jika kita memikirkan yang tidak baik sudah pastilah hati kita sakit dan rosak.

Banyak pengalaman yang UI dah lalu dalam hidup.. dan banyak pengajaran yang UI dapat. Hanya kita yang layak untuk hati kita.. tidak orang lain. Sebab hanya kita sahaja yang tau apa yang terbaik untuk kita. Hati kita bukan pada orang lain.. atau berharap orang lain jaga hati kita.. suatu hari bila orang itu lukakan hati kita.. kita juga yang merasa kesakitannya. Walau sayang mana pun kita pada seseorang.. jika Allah tarik balik nikmat tu.. kita juga yang sengsara. Kesedihan tu tetap ada dan kita pun tak lari dari rasa sedih bila disakiti dan ditinggalkan. Oleh itu persediaan awal itu perlu.. kena fikir qada dan qadar Allah. Pasti hati ni lebih tenang menghadapi setiap ujianNya. Keikhlasan ibarat tonik untuk hati kita. Tanpanya rosaklah ia..

Harap sangat tiada lagi manusia yang merosakkan hatinya sendiri.. dengan sifat-sifat yang tercela.

Pada zaman nabi ada seorang laki-laki bertanya pada nabi, “Ya Rasulullah , siapakah manusia terbaik?”. Nabi menjawab, “Mereka adalah orang mukmin yang berhati makhmum.” Orang itu bertanya lagi , “Apakah hati makhmum itu?” . Nabi bersabda, “Itu adalah hati yang berTAKWA lagi bersih yang tidak ada didalamnya penipuan, sikap melampaui batas, tipu daya, khianat dan dengki”. (HR. Ibnu majah dan termasuk hadis shahih).

Hati yang bersih juga hati orang yang Ikhlas, sehingga ditakuti oleh setan. Nabi pernah bersabda, “Tidak berjalan Umar disuatu lorong melainkan setan memilih jalan lain (supaya tidak berpapasan dengan Umar). (HR. Imam Bukhari dan Muslim). Perasaan takut yang ditunjukkan setan disebabkan karena ketakwaan yang ada dalam diri Umar.

Isnin, 22 Ogos 2011

Kes simbah asid yang semakin menjadi-jadi


google image
Cemburu Motif Anak Saudara Penyanyi Ramziela Dicurah Asid
PETALING JAYA: Cemburu adalah motif di sebalik serangan asid ke atas Mohd Raffie Abdul Latiff awal bulan ini, demikian menurut Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Seri Khalid Abu Bakar.
Kata Khalid, hasil siasatan polis mendapati seorang lelaki yang ditahan Sabtu lalu cemburu akan hubungan Mohd Raffie dengan teman wanitanya.
“Isu simbahan asid ke atas mangsa bermotifkan cemburu. Dalam siasatan kita, kita dapati, kebanyakkan kes yang melibatkan serangan asid adalah bermotifkan sesuatu," ujarnya sambil menambah, suspek juga adalah kenalan mangsa.
Khalid berkata demikian kepada para pemberita selepas melancarkan Ops Sikap yang ke-24 sempena Hari Raya Aidil Fitri di Sri Pentas, TV3, Bandar Utama, Isnin.
Mohd Raffie, 28, yang juga merupakan anak saudara kepada penyanyi era 80-an, Datin Ramziela Radzillah, mengalami cedera parah pada wajah apabila seorang lelaki mencurah sejenis asid ke wajahnya berhampiran pusat membeli-belah Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman awal bulan ini.
UI: Sebenarnya dari dulu lagi kes simbah asid ni dah ada.. kebanyakannya akibat cemburu. Orang kampung UI pun ada seorang kena akibat memutuskan hubungan. Tapi sekarang semakin menjadi2. Lagi dihebahkan di media makin menjadi ikutan pula.. ada yang buat kerana suka2. Hinggakan perompak sekarang pun dah guna asid.. bukan sahaja mangsa kena curi malah kena simbah asid pula. Jadi kenalah berhati2.. jika tengah memandu jangan sesekali membuka cermin tingkap. Walau apa pun yang terjadi.. kalau yang menaiki motosikal pula kena pastikan helmet ada penutup dan memakai jaket yang tebal.  Kalau yang berjalan macamana pula ya? kenalah baca doa pendinding sebelum keluar rumah. Moga kita dijauhkan dari musibah ini dan semoga penjahat seperti mereka menerima hukuman yang setimpal dengan nasib mangsa.

Ahad, 21 Ogos 2011

Beberapa siri gempa bumi melanda kepulauan di Australia


google image

2011/08/21

SYDNEY: Beberapa kejadian gempa bumi menggegarkan kepulauan South Pacific, Vanuatu menyebabkan kerosakkan minimum tetapi tiada laporan sebarang kecederaan, hari ini.

Amaran tsunami tempatan dikeluarkan tetapi kemudiannya dibatalkan dan tiada tsunami dicatatkan.
Kajian Geologikal Amerika Syarikat berkata, gempa bumi berukuran 7.1 magnitud berlaku pada kira-kira jam 3.55 pagi waktu tempatan pada kedalaman 40.6 kilometer manakala pusat gempa ialah 63 kilometer, barat daya ibu negeri Vanuatu, Port-Vila.
Gempa bumi lain turut berlaku termasuk 7.0 magnitud pada kira-kira jam 5.19 pagi waktu tempatan, pada kedalaman 28.5 kilometers manakala pusat gempa ialah 69 kilometer barat daya Port-Vila. - AP

Sabtu, 20 Ogos 2011

Contest Syoknya Dapat Duit Raya RM100


Syoknya dapat duit raya... Sesiapa nak join CONTEST ni sila CLICK BANNER di atas. Syaratnya seperti yang tertera di dalam banner.

Syarat..

 
Ummi Iman dah pun menjadi follower yang ke 207
(kalau tak silap)

Syarat..
Blog cintairmata umpama sebuah diari buat si manis
Siti Suhaila Bt Radenan
Pemilik Diari 
penuh dengan luahan rasa kegembiraan, kesakitan, ketabahan, kasih sayang, cinta dan airmata.

cintairmata.blogspot.com
Header Blog Cintairmata sempena bulan Ramadhan

"Semoga tiada lagi airmata buat si gadis ni.. kalau ada pun biarlah airmata kegembiraan bukan kesedihan"


Cinta itu adalah perasaan yang mesti ada pada tiap-tiap diri manusia, ia laksana setitis embun yang turun dari langit, bersih dan suci. Cuma tanahnyalah yang berlain-lainan menerimanya. Jika ia jatuh ke tanah yang tandus, tumbuhlah oleh karena embun itu kedurjanaan, kedustaan, penipu, langkah serong dan lain-lain perkara yang tercela. Tetapi jika ia jatuh kepada tanah yang subur, di sana akan tumbuh kesuciaan hati, keikhlasan, setia, budi pekerti yang tinggi dan lain-lain perangai yang terpuji. -Hamka


Cintailah kekasihmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi musuhmu. Dan bencilah musuhmu sekadarnya saja, siapa tahu nanti akan jadi kekasihmu. -Ali bin Abi Thalib

Banyak kejutan juga dalam contest ni.. semoga murah rezeki Siti Suhaila dan rezeki Ummi Iman


Produk kosmetik Derma-Rx Arbutin-R Cream mengandungi racun, dilarang jual


2011/08/19


KUALA LUMPUR: Pengguna dinasihatkan tidak menggunakan krim jenama Derma-Rx Arbutin-R Cream yang didapati mengandungi racun yang berbahaya kepada kulit.
Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan, Datuk Eisah Abdul Rahman, berkata produk keluaran Sepanyol itu tidak lagi dibenarkan dijual di Malaysia setelah ujian menunjukkan ia mengandungi racun berjadual, tretinoin dan hydroquinone. "Penggunaan tretinoin dan hydroquinone adalah tidak dibenarkan dalam produk kosmetik. Produk yang mengandungi bahan itu boleh membawa pelbagai kesan sampingan kepada pengguna dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Tretinoin boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, kulit mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Hydroquinone juga boleh menyebabkan kemerahan pada kulit, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

Eisah berkata, syarikat yang bertanggungjawab terhadap produk itu diarah memberhentikan penjualan dan pembekalannya serta merta selain memanggil balik kesemua stok dari pasaran dalam tempoh 72 jam. - BERNAMA


UI: Dulu pernah guna produk pengelupasan.. tapi bukan pengguna tegar.. seminggu 2x. Rasa takut pula nak continue bila tau ada hydroquinone di dalamnya.. ialah kesannya bukan sekarang.. kesian bila tengok ada orang guna produk pengelupasan ni.. bila diorang berhenti kulit berubah menjadi hitam.

Jumaat, 19 Ogos 2011

Kereta demand nak raya


Tengok tajuk tu agak2 faham tak apa dia? Nak rasa tak puashati pun tak boleh juga.. sebab kalau dia mogok kita pula tak boleh nak beraya. Kereta oh kereta... seronok betul jadi keretakan? dia minta apa pun semua dapat. Kalau kita tak bagi kita pula yang merana.. tanpanya payah pula nak ke sana ke mari. Tapi kenapalah time nak raya macam2 pula dia minta.. tunggulah lepas raya ke...

Mula2 minta baju baru.. maklumlah yang lama dah macam kena peluntur kalau tak tukar baju baru takut koyak lagilah payah.. nampak aurat.. lagi besar dosanya (kosnya). Lepas tu jantung dia pula kena heart attack.. sekarang hati dia pula sakit.. dah berjangkit ke hempedu dan saluran pernafasan pula.. esok kena scan otak dia pula... lepas tu align dan balancekan body dia pula... (faham ke.. UI pun main pandai2 je bagi gelaran pada anggota dia) maklumlah nak jalan jauh dia nak pastikan dirinya sihat sepenuhnya lah tu.. ialahkan.. kalau tak kita juga yang susah. Dibuatnya semput tengah jalan lagilah bermasalah. Betul tak?

Apa pun UI harap perjalanan dari Pelabuhan Klang ke Kelantan ni berjalan dengan lancar. Tiada sebarang masalah.. insyaAllah. Tiap kali nak balik terasa jauh sangat perjalanan tu... tapi bila dah selamat tiba rasa alhamdulillah. Ada orang suka kalau ada kampung jauh2... itu buat mereka yang tiada kampung atau pun kampung dekat setakat 1 jam dah sampai. Yang kampung memang dah jauh... Ada ke yang tak suka balik... jarang jumpa kot... siapa yang tak suka balik kampung sendirikan? Jauh macamanapun tetap nak balik. Yang kampung dekat tu ok juga banyak boleh save... save duit minyak, duit tol, save tenaga.. masa.. kan... tapi kalau suka juga nak jalan jauh2.. bolehlah beraya rumah sanak saudara yang jauh2 tu.. tapi memang seronoklah kan.. kalau beraya dikampung yang betul2 kampung.. masak dodol.. ketupat anyam sendiri, bakar lemang. Teringat masa kecil2 dulu beraya di kampung arwah abah di Perak. Memang meriah sebab semuanya tradisional dan buat sendiri.. menyimpang dah UI ni.. tapi seronokkan kenang zaman dulu2..

Pada mereka yang pulang berhari raya dikampung.. berhati2 dijalanraya ok! pastikan keadaan kereta yang selamat dan keadaan driver juga yang sihat.. kalau mengantuk berhenti tidur dulu.. biar lambat asal selamat.. jangan terburu-buru.. takut yang tidak diingini berlaku.. ingat orang yang tersayang.. pandu cermat jiwa selamat.... macam dh nak raya je bunyinya... manalah tau ada yang pulang lebih awal. UI minggu depan insyaAllah akan bergerak pulang ke kampung suami. Jauhkan.. jarang balik.. maka raya mesti kena balik.. nanti orang tua kecil hati. Lagipun AI hanya 2 beradik sahaja.

Khamis, 18 Ogos 2011

Al-Quran Online dan Terjemahan



"Al-Qur'an adalah firman Allah yang tiada tandingannya, diturunkan kepada Nabi Muhammad SAW penutup para Nabi dan Rasul, dengan perantaraan Malaikat Jibril a.s. dan ditulis pada mushaf-mushaf yang kemudian disampaikan kepada kita secara mutawatir, serta membaca dan mempelajarinya merupakan ibadah, yang dimulai dengan surat Al-Fatihah dan ditutup dengan surat An-Nas"


Al-Qur'an tidak turun sekaligus. Al-Qur'an turun secara berangsur-angsur selama 22 tahun 2 bulan 22 hari. Oleh para ulama membagi masa turun ini dibagi menjadi 2 periode, iaitu periode Mekkah dan periode Madinah. Periode Mekkah berlangsung selama 12 tahun masa kenabian Rasulullah SAW dan surat-surat yang turun pada waktu ini tergolong surat Makkiyyah. Sedangkan periode Madinah yang dimulai sejak peristiwa hijrah berlangsung selama 10 tahun dan surat yang turun pada kurun waktu ini disebut surat Madaniyah

************************************


“Barangsiapa membaca Al Quran dan beramal dengan apa yang terkandung di dalamnya, (maka) kedua ibu bapanya akan dipakaikan mahkota pada Hari Pengadilan yang sinarannya lebih terang daripada cahaya matahari sekiranya matahari itu berada di dalam rumah-rumah kamu di dunia ini.”
(Abu Daud & Ahmad)

****************************************

Diriwayatkan daipada Abu Umamah ra, katanya: Aku mendengar Rasulullah S.A.W. bersabda: (Terjemahan): “Bacalah Al-Qur’an kerana dia akan datang pada hari Kiamat sebagai juru syafaat bagi pembacanya.” 
(Riwayat Muslim)
2- Barangsiapa membaca ayat Al-Kursi di akhir tiap sembahyang, tidak menegah akan dia daripada masuk syurga kecuali maut. 
3- SURAH AL-DUKHAN Sabda Rasulullah S.A.W. "Barangsiapa membaca surah Ad-Dukhan di waktu malam maka meminta ampun baginya 70,000 Malaikat di waktu pagi."
(H.R. al-Tirmidzi) 
4- SURAH AL-MULK Sabda Rasulullah S.A.W. Barangsiapa membaca Surah Al-Mulk sebelum tidur nescaya Allah SWT akan membebaskannya dari azab kubur. 
5- Barangsiapa membaca Surah Al-Ikhlas sebanyak 10 kali Allah SWT akan membangunkan untuknya sebuah istana di syurga.

****************************************

Sabda Rasulullah s.a.w.: “Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. 
(Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.”
(Hadis riwayat Ibnu Ady)
Sabda Rasulullah s.a.w. : “Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”
Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”

*************************************************

UI: Untuk dikongsi bersama...

Rabu, 17 Ogos 2011

Roh di bulan Ramadhan


Pagi tadi sempena hari Jumaat bulan Ramadhan yang mulia ini, aku menghadiri majlis ilmu yang membincangkan tentang amalan di bulan Ramadhan. Satu perkara yang menarik perhatian aku tadi, ustaz penceramah bercerita tentang keadaan roh di bulan Ramadhan.

Menurut satu hadith Rasulullah.. (maaf aku tak sempat catat perawi hadith ini).. menceritakan apabila tiba bulan Ramadhan, semua roh berkumpul di Luh Mahfuz memohon kepada Allah S.W.T untuk kembali ke bumi. Ada roh yang dibenarkan pulang ke bumi dan ada yang tidak dibenarkan. Roh yang dibenarkan pulang adalah kerana amalan baik mereka semasa hayat mereka ataupun ada penjamin-penjamin yang mendoakan mereka. Manakala roh-roh yang tidak dibenarkan pulang disebabkan kesalahan mereka semasa hayat mereka akan terus di penjara di Luh Mahfuz.

Apabila roh dibenarkan pulang, perkara pertama yang mereka lakukan adalah pergi ke tanah perkuburan untuk melihat jasad mereka. Kemudian mereka akan pergi ke rumah anak2 mereka, orang yang mendapat harta pusaka mereka dan ke rumah orang yang mendoakan mereka dengan harapan orang yang mereka lawati itu memberi hadiah untuk bekalan mereka.Perkara ini akan berlarutan sehinggala tibanya Hari Raya Aidilfitri. Pada saat ini mereka akan mengucapkan selamat tinggal kepada jasad dan pulang semula ke Luh Mahfuz dengan bekalan yang diberikan oleh mereka2 yang masih hidup.

Di sini ustaz memberitahu hikmah adanya alam kubur. Alam kubur membuktikan bahawa Allah itu Maha Penyayang. Orang yang melakukan kesalahan semasa hayatnya boleh dibantu dengan doa orang2 yang masih hidup. Alangkah bahagianya jika seseorang yang telah meninggal dunia masih mendapat bekalan dari orang-orang yang masih hidup.

Oleh itu wahai sahabatku, jangan biarkan orang-orang yang kita sayang, yang mengadap Allah terlebih dulu daripada kita sepi tanpa doa dan sedekah daripada kita. Sesungguhnya apabila mati seseorang anak adam itu, terputus ia semua hal kecuali 3 perkara iaitu doa anak2 yang soleh, ilmu yang bermanfaat dan sedekah amal jariah.

UI: Dari e-mail yg diforward dari kawan kolej... Ila

Selasa, 16 Ogos 2011

Zakat fitrah


google image


Hari ni selesai menunaikan tanggungjawab membayar zakat. AI yang tolong bayarkan. Zakat negeri Selangor bernilai RM7 seorang. Jadi jumlah kami bertiga RM21. Nilai yang cukup rendah setahun sekali, jika nak dibandingkan dengan bayaran lain tapi kelebihannya cukup tinggi disisi agama kita. Duit zakat pula diagihkan kepada golongan yang memerlukan. Betapa indahnya islam..

Dari surah At-Taubah (09), ayat 103:

Ambillah (sebahagian) dari harta mereka menjadi sedekah (zakat), supaya dengannya engkau membersihkan mereka (dari dosa) dan mensucikan mereka (dari akhlak yang buruk) dan doakanlah untuk mereka, kerana sesungguhnya doamu(Muhammad) itu menjadi ketenteraman bagi mereka dan (ingatlah) Allah Maha Mendengar, lagi Maha Mengetahui

Isnin, 15 Ogos 2011

Perpustakaan Awam Selangor yang baru sangat menarik!

Dibuka pada 22 Julai 2011

Bila kali terakhir kalian pergi library? UI kali terakhir sewaktu usia 18 tahun itupun sebab nak cari maklumat untuk buat assignment. Rindu pula...

Rasa tak sabar pula nak tunggu Iman besar.. boleh bawa dia pergi library.. sekarang nak bawa tak bolehlah.. dia tu mudah excited dengan tempat baru... nanti dia jerit satu bangunan dengar..

Kalau tak percaya cuba tengok gambar-gambar dalam library baru ni... mesti kalian teruja nak pergi..

pemandangan dalam library.. cantikkan warna warni

susunan rak buku

ruangan kanak-kanak.. seronoknya ada pokok lagi

ruangan oramg dewasa. Banyakkan komputer.. siap ada wifi free lagi..

ni ruangan kanak-kanak.. nampak macam-macam aktiviti boleh dibuat di sini


ni pun ruangan kanak-kanak.. ada game tapi tak pasti game apa

ni ruangan kanak-kanak juga tau.. kanak-kanak pun ada komputer juga

ruangan membaca untuk orang dewasa.. boleh bersantai-santai lagi..

tengok kanak-kanak ni seronokkan?

yang ni jangan tak percaya siap ada mini gym lagi di bahagian atas..
agak-agak boleh tak bawa buku kat sini..

Macamana? teruja tak nak pergi.. mesti tak sabar-sabarkan nak pergi..

Alamatnya:

Jalan Kelab Golf 13/6, Kelab Golf Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Seksyen 13, 40100 Shah Alam

Waktu Perkhidmatan Perpustakaan Sepanjang Bulan Puasa
Hari : Isnin - Ahad
Masa Buka : 9.30 pagi
Masa Tutup : 5.00 petang

Perpustakaan DITUTUP pada hari Cuti Am dan Cuti Khas.


UI: Semua gambar yang ada di sini diambil dari fb zaharuddin.net

Ahad, 14 Ogos 2011

Pageviews hilang



Hai kenapalah masalah ni boleh terjadi... ada sesiapa boleh tolong tak? kenapa pageviews UI tak boleh keluar.. buang lepas tu add balik pun tak boleh.. masa nk add a gadget pun lihat dalam list macam ni Blog's stats tapi yang pelik popular post Popular Posts ada masalah yang sama tapi boleh pula keluar di blog.

tolong... tolong... habis ikhtiar dah ni...

Sabtu, 13 Ogos 2011

21 maut akibat cuaca buruk di Pakistan

google image
 
13/08/2011 2:30am

KARACHI 13 Ogos – Cuaca buruk beserta hujan lebat mengorbankan kira-kira 21 penduduk dan memusnahkan tanaman serta rumah-rumah di selatan Pakistan, malam kelmarin.

“Sekurang-kurangnya 21 maut dihempap bumbung rumah akibat hujan lebat malam tadi.

“Keadaan tersebut (hujan lebat) turut memusnahkan tanaman dan rumah sehingga memaksa penduduk keluar menyelamatkan diri,” kata pegawai pengurusan bencana wilayah Sindh, Sajjad Haider Shah. – AFP


UI: Minta dijauhkan dari perkara yang tidak baik yang lebih besar berlaku

Jumaat, 12 Ogos 2011

100 follower akan tersenarai dalam bloglist


Semalam banyak juga blog yang UI singgah. Kebanyakannya remaja terasa pulak UI ni dah tua.. cuba teka berapa umur UI? siap suruh teka2 pula ya! Duduk rumah macam tulah.. ada Iman je sebagai kawan. Jarang sangat keluar rumah melainkan AI bawa. Nasib baik ada lappy sebagai penghubung dengan dunia luar. Mengarut dah ni..

Sebenarnya UI nak bagitau 100 follower terawal akan disenaraikan dalam bloglist UI. Sesiapa yang dah follow tapi blognya tiada dalam list sila beritahu diruangan komen ya. Ada juga yang UI tak dapat nak trace blog mereka. Terima kasih ya kerana sudi follow..

Oh ya lagi satu siapa follow blog ni UI akan follow mereka kembali sebagai tanda terima kasih.

Khamis, 11 Ogos 2011

Gempa bumi landa China

Gempa bumi landa China, 26 orang cedera

11/08/2011 11:00pm

BEIJING 11 Ogos - Sekurang-kurangnya 26 orang cedera dan lebih 30 buah rumah ranap dalam kejadian gempa bumi yang melanda wilayah barat Xinjiang, hari ini.

Gempa bumi berukuran 5.2 pada skala Richter itu melanda wilayah tersebut di kedalaman 35 kilometer dari permukaan bumi.

Menurut Pusat Kajian Geologi Amerika Syarikat, gempa bumi itu berlaku di bandar Silk Road yang terletak di Kashgar. – AFP

Makan jering berlebihan boleh rosakkan buah pinggang


KOTA BAHARU, 15 Julai (Bernama) — Kandungan ‘djengkolic acid’ dalam jering, sejenis buah yang dijadikan ulam, boleh merosakkan buah pinggang jika dimakan secara berlebihan, kata Pengerusi Lembaga Pengarah Yayasan Buah Pinggang Kebangsaan Malaysia Datuk Dr Zaki Morad Mohd Zaher.
Beliau berkata ramai di kalangan masyarakat di negara ini gemarkan jering yang dianggap pembuka selera ketika menikmati juadah nasi tanpa menyedari bahaya buah berkenaan.
“Jering sebenarnya berbahaya jika diambil secara berlebihan, sejenis asid yang dipanggil ‘djengkolic acid’ dalam jering boleh menyebabkan kerosakan buah pinggang.
UI: Sumber dari Harian Metro online

Ummi Iman 1st Giveaway


Assalamualaikum.. setelah join GA dan berbagai contest dari blogger2 lain, maka UI pun teringin juga nak buat, alhamdulillah adalah rezeki untuk sahabat2 blogger sekelian. GA ni tiada sempena apa2 pun, saja2 suka nak buat dengan harapan dapat bertambah kenalan. Kalau ada sambutan boleh buat lagi..

Jom tengok apa syarat2nya.
  1. Buat entry bertajuk "Ummi Iman 1st Giveaway"
  2. Letak banner di atas dalam entry dan di sidebar dan pastikan ianya link ke entry ini.
  3. Kena penuhkan ayat ini "Sahabat ibarat ............................." (tidak lebih dari 30 patah perkataan)
  4. Tag 2 orang rakan
  5. Post link entry kalian diruangan komen
Apa hadiahnya??
  1. T-shirt berkolar warna hitam 100% cotton (berlengan pendek)
  2. Ada 3 size L, XL dan XXL (size rakyat Malaysia.. jadi jgn takut sebab ianya tidaklah besar sgt). ibarat size M, L dan XL (nanti ada masa UI bagi ukuran bahunya...)
  3. Pemenang pertama sahaja akan dibenarkan memilih saiz yang mereka suka.
Cara pemenang dipilih
  1. Berdasarkan kreativiti entry dan syarat yang ke 4 di atas.
  2. 3 Pemenang bertuah akan memiliki sehelai t-shirt di atas.
Tarikh tutup penyertaan: 8 9 September 2011 (12:00pm)


UI: Keputusan pemenang akan diumumkan pada 13 September 2011 bersamaan dengan tarikh lahir UI (saja ambil mood)

19 Hadis tentang wanita


  1. Doa perempuan lebih makbul drpd lelaki kerana sifat penyayangnya yg lebih kuat drpd lelaki. Ketika ditanya kpd Rasulullah SAW akn hal tersebut, jwb Baginda SAW, “Ibu lebih penyayang drpd bapa dan org yg penyayang tidak akn sia2”
  2. Apabila seseorg perempuan mulai sakit hendak bersalin, maka Allah SWT mencatatkn baginya pahala org yg berjihad pada jln Allah SWT.
  3. Apabila seseorg perempuan melahirkan anak, keluarlah dia dari dosa2 seperti keadaan ibunya melahirkannya.
  4. Apabila seseorg perempuan mengandung janin dlm rahimnya, maka beristighfarlah para malaikat untuknya. Allah SWT mencatatkn baginya setiap hari dgn 1000 kebajikan dan menghapuskan darinya 1000 kejahatan.
  5. Apabila telah lahir anak lalu disusui, maka bagi ibu itu setiap satu tegukan drpd susunya diberi satu kebajikan.
  6. Syurga itu di bawah telapak kaki ibu.
  7. Apabila semalaman ibu tidak tidur dan memelihara anaknya yg sakit, maka Allah SWT memberinya pahala seperti memerdekakan 70 hamba dgn ikhlas untuk membela agama Allah SWT.
  8. Wanita yg solehah (baik) itu lebih baik drpd 1000 lelaki yg soleh.
  9. Barangsiapa yg menggembirakan ank perempuannya, darjatnya seumpama org yg sntiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan org yg takutkn Allah SWT, akn diharamkn api neraka ke ats tubuhnya.
  10. Barangsiapa membawa hadiah, (barang mknn dr pasar ke rumah lalu diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah).Hendaklah mendahulukan anak perempuan drpd anak lelaki. Maka barangsiapa yg menyukakan ank perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail.
  11. Perempuan apabila sembahyang 5 waktu, puasa bulan Ramadhan, memelihara kehormatannya serta taat akn suaminya, masuklah dia dari pintu syurga mana shj yg dikehendakinya.
  12. Wanita yg tinggal bersama anak2nya akn tinggal bersama aku (Nabi SAW) did lm syurga.
  13. Aisyah berkata, “Aku bertanya kpd Rasulullah SAW, siapakah yg lebih besar haknya terhadap wanita?” Jwab Rasulullah SAW, “Suaminya”.”Siapa pula berhak terhadap lelaki?” Jawab Rasulullah SAW, “Ibunya”.
  14. Setiap perempuan yg menolong suaminya dlm urusan agama, maka Allah SWT memasukkan dia ke dlm syurga lebih dahulu drpd suaminya (10000 tahun).
  15. Wanita yg taat akn suaminya , semua ikan dilaut, burung di udara, malaikat di langit, matahari dan bulan semua beristighfar baginya selama mana dia taat kepada suaminya serta menjaga sembahyang dan puasanya.
  16. Drpd Aisyah r.a. “Barangsiapa yg diuji dgn sesuatu drpd ank2 perempuan lalu dia berbuat baik kpd mereka, maka mrka akn menjadi penghalang baginya drpd api neraka.”
  17. Apabila memanggil akn engkau 2 org ibu bapamu, maka jwblah panggilan ibumu dahulu.
  18. Wanita yg taat berkhidmat kpd suaminya akn tertutup pintu2 neraka dan terbuka pintu2 syurga. Masuklah dari mana2 pintu yg dia khendaki dgn tidak dihisab.
  19. Barangsiapa yg mempunyai 3 ank perempuan atau 3 saudara perempuan atau 2 ank perempuan atau 2 saudara perempuan lalu dia bersikap ehsan dlm pergaulan dgn mereka dan mendidik mereka dgn pnuh rasa takwa dan bertanggungjawab, maka syurga baginya.
UI: dari FB note kawan Liana

Rabu, 10 Ogos 2011

Manfaat Surah Al-Fatihah



  1. AL-FATIHAH Baca 14 kali sebelum tidur: Suami dan anak-anak akan mengingati kita selalu
  2. AL-FATIHAH Baca 41 kali tiup dalam air dan minum serta buat air mandian: Melepaskan rasa sakit dalaman
  3. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan usap di kepala setiap pagi dan sekali sebelum tidur. Kepada orang berpenyakit mental
  4. AL-FATIHAH Baca 3 kali tiup dalam segelas air- minum dan baca sambil mengusap kawasan yang rasa sakit. Sakit yang keterlaluan
  5. AL-FATIHAH Baca 7 kali dan sapu ke atas kepala. Bayi yang suka menangis pada malam hari atau pada bila-bila masa
  6. AL-FATIHAH Baca 3 atau 7 kali, gunakan ibu jari dan tekan di langit-langit, (Mulut) kemudian sapu kepada tempat yang sakit. Luka berdarah, sengat lebah, jari terkepit di pintu
UI: dari note FB kawan Aznor

Renungan bersama

• Jgn bangga berkulit putih kerana kulit terakhir kita = TANAH LIAT

• Jgn bangga dgn rumah bagus dan besar kerana rumah terakhir kita = KUBUR

• Jgn bangga dgn baju bagus kerana baju terakhir kita = KAIN KAFAN

• Jgn bangga dgn kereta & motor besar, kerana kenderaan kita yg terakhir = KERANDA

• Jgn bangga dgn Minyak wangi berjenama, kerana wangian kita terakhir= KAPUR BARUS..


UI: dari status fb kawan Ita... cukup bermakna sebagai peringatan bersama

Selasa, 9 Ogos 2011

Exchange link dengan Harian Metro Online


Harian Metro Online menawarkan peluang untuk tambah trafik di blog anda.

Exchange Link


Jika anda berminat untuk tambah link anda di ruangan Link Rakan HMO, sila pastikan anda meletakkan linkHarian Metro Online di blog atau website anda terlebih dahulu. Sila copy code di bawah:
Anda boleh guna cara yang lain asalkan ia kelihatan seperti di bawah.
Setelah selesai, sila hubungi kami di sini dengan butiran blog/website anda seperti di bawah:
Title: Nama Blog/Website Anda
Link: http://LinkWebAnda.com
Pastikan anda telah menambah link Harian Metro Online di blog/website anda terlebih dahulu. Website lucah atau yang tidak bermoral akan direject serta merta. Terima kasih.

UI: Jika berminat sila click di sini

Isnin, 8 Ogos 2011

Remaja hilang - tolong sebarkan


DIPERCAYAI DICULIK

Pada 04/08/11 di Tualang Sekah, Malim Nawar, Perak
...
Nama : Seri Najwa Ferda Bt. Hassan
Umur : 17 Tahun
Tinggi : 156

Kepada sesiapa yg ternampak atau memiliki info sila hubung

Puan Seri Wangi (Ibu) - 017-5999137
Ameerul (Abang) - 017-5351451
Sarjan Norhisham - 019-5162896
Adzam Anuar (Bapa Saudara) -http://www.facebook.com/profil​e.php?id=811746307

Atau hubungi mana2 balai polis yg terhampir.

Kerjasama dari semua pihak sangat di harapkan
Terima Kasih