بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 27 Julai 2011

**GIVEAWAY** Koleksi BegTangan Hana

Sempena pembukaan koleksibegtanganhana.blogspot, empunya blog berbesar hati nak bagi handbag percuma kepada mereka yang bertuah.

sila click sini untuk join

Tarikh tutup : 15082011
Pemenang akan dipilih secara random

Selasa, 26 Julai 2011

Tutorial Cara Pasang Iklan Nuffnang atas Header Blog


Dah lama cari tutorial untuk pasang iklan Nuffnang di atas header blog. Akhirnya jumpa setelah search melalui google. UI copy & paste tutorial ni dari arnamee.com. Terima kasih.
Langkah 1: Login ke akaun Blogger : http://www.blogger.com/start. Kalau tiada, boleh buat dulu akaun korang.
Langkah 2: Lepas login, ia akan ke dashboard terus, di bahagian Design, pilih edit html.
Langkah 3: Masukkan kod iklan nuffnang. Di akaun nuffnang akan ada bahagian ‘add ads’ atau ‘tambah iklan ‘ kan? Ambil kod dari situ.
Di blogspot korang :
Letak Iklan bahagian header : Atas sekali tu kan / Leaderboard Unit:
- Di bahagian Edit html tu , baca dan letak betul-betul lepas element.
Nak letak iklan antara post / Adding Large Rectangle Unit:
- Search for atau klik (CTRL+F) di ‘edit html’ tu , cari ni : “post-footer-line-2″ dan pastikan kod element dekat-dekat situ juga, ia mesti dia atas perkataan ,ok?
Nak letak iklan kat sidebar / Pergi ke page element , add html/javascript / Adding Skyscraper Unit:
- Using Page Element Gadget, select HTML/Javascript and insert ad codes in the text area provided.
Langkah 4: Boleh preview dulu, lihat. Alah,jika dekat preview dia memang tulis error, tapi betul-betul jadi saja, asalkan placement atau iklan tu letak tempat yang tak mengganggu pembacaan pengunjung blog korang.

Isnin, 25 Julai 2011

Metrojaya Mega Raya Sale 27-31 July 2011


27-31 July 2011

Metrojaya Mega Raya Sale

Come celebrate this Raya with great deals on

Branded Fragrances
Cosmetics
Apparels
Handbags
Footwear
Children’s Apparels
Home Essentials
and many more

Time : 10am to 8pm

Location
Stadium Malawati
Shah Alam

26-31 Jul 2011 : Kiko Warehouse Sale


26-31 July 2011
Kiko Warehouse Sale
From RM7

Kiko Apparels
From Age 1 – 14

Time : 10am to 5pm

Location (Tel 603 8068 8888)
Kiko Garments Sdn Bhd
No1 Jalan Industri PBP 13
Taman Industri Pusat Bandar Puchong
Puchong

Persediaan Ramadhan & Syawal

google image

Salam semua... masih ada lebih kurang seminggu sahaja lagi kita nak menyambut bulan ramadhan. Tahun ni kami buat persediaan awal untuk menyambut Syawal dengan harapan sebelum Ramadhan segala keperluan untuk Syawal sudah selesai. Hari minggu yang lepas kami bertiga sudah pun selamat membeli baju raya.. tema tahun ni warna brown nak ke maroon sikit.. mula2 plan warna biru.. tapi UI dapat mimpi pakai warna coklat so tukarlah ikut alamat mimpi. Bukan percaya pada mimpi, tapi kebetulan rasa cantik pula warna tu.. kami shopping di Jaya Jusco je.. senang baju melayu Iman dengan ayah dia boleh dapat sedondon. Material kain tak panas. Harga pun berpatutan. Tak perlu pilih kain dan tempah. Sebelum ni susah sangat kalau nak suruh AI pakai baju melayu sepasang. Sejak ada Iman ni semuanya bertukar.. dah ada penyeri rasa seronoklah sikit agaknya dia nak pakai sepasang.. ialah ada kawankan.

Mulai esok AI ambil cuti hingga hari Jumaat, plan nak pergi Sogo cari tshirt dan seluar untuk Iman. Orang kata kat Sogo baju budak cantik-cantik compare dengan pasaraya lain. Dah lama tak pergi Sogo.. bertahun2 sudah.. sampai tak ingat berapa tahun. Sana masalah parking yang susah sikit, sebab tu malas nak pergi. Sabtu hari tu pergi juga tapi masa dah suntuk dengan jalan jem.. makanya tak jadi. AI adalah pergi masa lunch hour.. ialah office dekat je area situ.. dia yang beriya-iya ajak pergi. Harap2 masih ada lagi yang menarik untuk dibeli.. UI pun nak cuci mata kalau2 ada yang berkenan.. apa dia?? biasalah orang perempuan kan?

Ahad, 24 Julai 2011

Great News! FREE BB speed to 1.5Mbps

google image

Adakah mesej dari Celcom ini untuk selamanya atau sementara???
Number: CELCOM

Content:
GREAT NEWS! U can now enjoy an even better internet experience w/us! We hv upgraded yr broadband speed to 1.5Mbps for FREE!
Time: 23/07/2011 12:40:10

Sebelum ni speed cuma 512Mbps sahaja.. ambil package RM68 sebulan/unlimited. Sekarang sudah jadi 3.6Mbps. Semalam survey2 tengok produk baru celcom yang dipanggil INSTANET konon nak jimat RM18 sebab yang tu cuma RM50 sebulan, speed 512Mbps tapi limit guna 1.5GB. Tiba2 hari ni dapat message ni pula. Macam tau2 je nak beralih arah walaupun sebenarnya arah tu masih samar2. Rasanya tak jadi nak tukar kot...


Jumaat, 22 Julai 2011

Menepati Janji


google image

Kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Marilah kita sama-sama mempertingkatkan ketakwaan kita kehadrat Allah Subhanahu Wataala dengan melakukan apa jua suruhannya dan menjauhi segala apa jua larangannya.

Dalam kehidupan kita sehari-hari, kita tidak terlepas dari membuat janji sama ada antara sahabat dengan sahabat, rakan sekerja dengan rakan sekerja, pekerja dengan majikan. Kerajaan dengan rakyat. Malah mungkin juga di antara dua golongan yang bermusuhan dan sebagainya. Bahkan juga kadang-kadang berjanji dengan Allah Subhanahu Wataala atau bersumpah dengan nama Allah Subhanahu Wataala untuk membuat sesuatu kebajikan dan meninggalkan sesuatu kemungkaran.

Agama Islam tidak melarang kita membuat janji dengan sesiapa pun atau mana-mana pihak asalkan janji-janji itu ditepati dan ditunaikan khasnya dalam perkara-perkara yang baik dan berkebajikan.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Maa-idah, ayat 1:-

Tafsirnya :
Wahai orang-orang yang beriman penuhi serta sempurnakanlah perjanjian-perjanjian.

Perjanjian adalah satu amanah yang wajib ditunaikan dan menganggap ringan perjanjian dan tidak menepati apa yang diucapkan adalah dosa besar yang dibenci dan dimurkai Allah Subhanahu Wataala. Sebagaimana Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Ash-Shaff, ayat 2 – 3:

Tafsirnya :
Wahai orang-orang yang beriman mengapa kamu memperkatakan apa yang kamu tidak lakukan. Amat besar kebenciannya di sisi Allah, kamu memperkatakan sesuatu yang kamu tidak melakukannya.

Sidang Jumaat sekalian,
Menepati janji adalah sangat-sangat dituntut oleh agama Islam. Dan orang-orang mu’min yang menepati janji akan diberi ganjaran yang sebenar-benarnya oleh Allah Subhanahu Wataala iaitu ganjaran syurga firdaus. Sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Mu’minuun, ayat 8 - 11:-

Tafsirnya :
Dan mereka yang menjaga amanah dan janjinya. Dan mereka yang tetap memelihara sembahyangnya mereka itulah orang-orang yang berhak mewarisi yang akan mewarisi syurga firdaus, mereka kekal di dalamnya.

Wahai kaum muslimin, ingatlah bahawa mungkir janji adalah perbuatan yang tidak disukai oleh Allah Subhanahu Wataala, yang banyak menimbulkan keburukan kepada pihak-pihak yang berjanji. Sebagai contoh, akibat mungkir janji, sahabat dengan sahabat menjadi renggang, pekerja dengan majikan bermusuhan, suami isteri berselisih faham, ayah dan anak tidak bersefahaman.

Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam menyatakan dalam hadith baginda :-

Maksudnya :
Dari tanda-tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila dia bercakap dia berbohong dan apabila berjanji dia mungkir dan apabila diamanahkan dia khianat.

Ahli Jumaat sekalian,
Islam dalam memimpin umatnya telah mengaturkan bagi mereka adab-adab dalam perjanjian, antaranya adab-adab yang perlu diikuti itu ialah mengucapkan lafaz “Insya-Allah” apabila berjanji suruhan ini telah dijelaskan oleh Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-kahfi, ayat 23 dan 24:-

Tafsirnya :
Janganlah engkau berkata mengenai sesuatu yang hendak dikerjakan bahawa aku akan lakukan yang demikian itu kemudian nanti melainkan hendaklah disertakan dengan berkata Insya-Allah. Dan ingatlah serta sebutlah akan Tuhanmu jika engkau lupa dan katakanlah : mudah-mudahan Tuhanku memimpin ku ke jalan petunjuk yang lebih dekat dan lebih terang dari ini.

Soalan apakah perkataan “Insya-Allah” yang diucapkan itu sebagai janji yang mesti dipenuhi mengikuti hukum syara'? Inilah yang menjadi kebiasaan di kalangan kita apabila berjanji akan mengatakan “Insya-Allah” dengan maksud tidak memberatkan apa yang dijanjikan itu atau dengan kata lain “Insya-Allah” itu diucapkan sebagai alasan untuk tidak memenuhi janji.

Perlu diingat dan difahami bahawa janji adalah wajib ditepati, ini bererti ucapan “Insya-Allah” itu bukanlah sebagai alasan untuk tidak menyempurnakan janji. Bahkan perkataan “Insya-Allah” itu hendaklah disertai dengan azam untuk menyempurnakan janji agar kita tidak termasuk dalam golongan orang-orang yang dibenci oleh Allah Subhanahu Wataala. Walau bagaimanapun menyentuh perkataan “Insya-Allah” dengan azam untuk melakukan sesuatu itu adalah lebih menepati kehendak agama Islam, kerana kita pasti bahawa kita tidak mampu melakukan sesuatu itu kecuali dengan izin Allah Subhanahu Wataala jua.

Demikianlah wahai kaum muslimin, betapa agama Islam sangat mengambil berat dalam soalan janji, oleh itu berhati-hatilah sebelum berjanji atau menerima janji. Jadikanlah menyebut perkataan “Insya-Allah” itu bagi menyempurnakan mana-mana janji, itulah yang dituntut oleh Agama Islam. Mudah-mudahan dengan berbuat demikian kita akan terhindar daripada sifat-sifat orang munafik.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam surah Al-Anfaal, ayat 58 :-

Tafsirnya :
Dan jika kamu khuatir akan terjadinya pengkhianatan dari suatu golongan, maka kembalikanlah perjanjian itu kepada mereka dengan cara yang jujur. Sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang khianat.

UI: Sumber dari Kementerian Hal Ehwal Agama Brunei Darussalam

Khamis, 21 Julai 2011

Kajian hadis Rasullullah Tentang Kiamat : 10 Tanda Besar

google image
Berikutan kejadian gempa bumi yang seringkali terjadi akhir-akhir ini hati saya terdetik untuk menulis tentang 10 tanda-tanda besar kiamat. Mungkin ada antara pembaca merasakan gegaran kecil baru-baru ini. Adakah ia petanda atau amaran dari Allah? Sama-sama kita hayati dan berfikir.

Daripada Huzaifah bin Asid Al-Ghifari ra. berkata:

“Datang kepada kami Rasulullah saw. Dan kami pada waktu itu sedang berbincang-bincang. Lalu beliau bersabda: “Apa yang kamu perbincangkan?”. Kami menjawab: “Kami sedang berbincang tentang hari kiamat”.

Lalu Nabi saw. bersabda:

“Tidak akan terjadi hari qiamat sehingga kamu melihat sebelumnya sepuluh macam tanda-tandanya”. Kemudian beliau menyebutkannya: “Asap, Dajjal, binatang, terbit matahari dari tempat tenggelamnya, turunnya Isa bin Maryam a.s, Ya’juj dan Ma’juj, tiga kali gempa bumi, sekali di timur, sekali di barat dan yang ketiga di Semenanjung Arab yang akhir sekali adalah api yang keluar dari arah negeri Yaman yang akan menghalau manusia kepada Padang Mahsyar mereka”. – Hadis Riwayat Muslim

Click sini untuk baca selanjutnya
Tiada sesiapa termasuk israfil tahu bila kiamat
UI: Sumber dari feryco.com


KUALA LUMPUR – Kekerapan kejadian gempa bumi sejak beberapa tahun kebelakangan ini dipercayai mengakibatkan kedudukan titik gempa di Sumatera, Indonesia beralih dan semakin menghampiri Malaysia.

Pakar geologi, Profesor Madya Datuk Dr. Mohamad Ali Hasan berkata, beliau tidak menolak kemungkinan itu kerana titik gempa biasanya akan mengalami pergerakan sebanyak satu sentimeter setahun jika gempa bumi kerap berlaku di sesebuah kawasan.

Beliau berkata, hakikat tersebut terbukti apabila penduduk negara kini semakin kerap merasai kesan gegaran gempa bumi yang berlaku di negara-negara sekitar rantau ini berbanding sebelum ini.

UI: Sumber dari Kafe Isu Semasa

Cerita Iman yang tertunggak...

Dah lama tak cerita perkembangan buah hati kesayangan UI ni.. baru-baru ni Iman accident dengan 'loyi' kesayangan dia.. jaga anak kecil ni memang kena sentiasa peka.. masa kejadian tu Iman main dengan ayah dia. Tiba2 dengar dia menangis... Ya Allah Iman! itu je yang keluar dari mulut.. masa tu marah sangat pada AI.. biasalah kalau UI cuai AI pun mesti bagi ceramah. Macam tu lah kalau dah sayang anak siapa buat silap mesti rasa bersalah. Tapi takdelah masam-masam muka. Perkara dah nak jadi tapi kena lebih hati-hati. Iman jatuh tersembam masa turun dari 'loyi' dia tu.. masa baru berlaku terus letak minyak, masa tu tak nampak lagi apa-apa. Esoknya ada kesan calar kat hidung dia.. kenalah tunggu luka tu kering sendiri dan sekarang alhamdulillah kulit dia dah pulih dan tiada tanda.

Belakang Iman tulah 'loyi' dengan sofa yang Iman suka panjat. Lagi satu suka sangat dengan bola. Sekarang 'loyi' dah  kena 'kuarantin' 

Sekarang ni Iman dah pandai cakap A dan B.. mula-mula A je bila lama-lama dah boleh sebut B. Dah faham apa kita cakap. Kalau ummi cakap NO dia geling kepala.. kalau ummi dia cakap turun elok-elok.. turun kaki dulu masa dia naik sofa.. itu pun dia faham. Nak cakap ini tak boleh itu tak boleh nanti dia rasa terkongkong pula.. jadi bagi je dia buat apa yang sepatutnya mengikut perkembangan dia. Jadi dah boleh biarkan dia turun naik sofa sendiri.. tapi masih kena tengok takut dia seronok sangat terjatuh pula. Yang paling seronok dah pandai cakap 'habis' kalau dia dah habis minum susu. Tapi sekarang dah susah nak sebut, tapi bila kita buat apa-apa dia tengok dah siap mesti dia cakap 'habis'. Cute kan.. UI tengok Iman ni cepat belajar dan faham.. bila UI buka pintu rumah.. dia tak berani turun, permukaan dalam dan luar rumah tak sama tinggi. Jadi UI cakap jangan turun nanti jatuh.. memang dia tak berani nak turun. Kalau ayah dia balik UI buka pintu mesti dia berdiri je depan pintu panggil ayah dia. Suara tu kuat usah cakaplah..

    
google images

Oh ada satu lagi cerita.. Iman ni takut blender.. jadi senang je kalau kita tak nak bagi dia kacau atau usik apa-apa letak je blender kat situ, mesti dia tak pergi. Perkara ni dah lama.. masa UI nak blend cili tiba-tiba dia jerit ketakutan. Masa tu pelik je tengok dia.. tapi kesian juga nampak takut sangat. Sampaikan ummi dia jarang-jarang blend sekarang. Iman ni lemah semangat sikit sebab bila dengar bunyi apa-apa yang kuat dia akan terkejut dan menangis.

google image

nasib baik kat rumah ada 2 blender, tapi bukan macam gambar di atas tulah.. brand national je.. 1 hadiah masa berkahwin dulu.. dua-dua dah berusia 12 tahun tapi yang hadiah tu baru je guna tahun ni.. alhamdulillah barang-barang rumah semuanya masih elok..

Ada lagi satu yang dia pandai... yang ni memang dia suka kalau dapat.. nak tau apa dia??
google image

remote control.. dah pandai tekan.. yang paling dia suka remote kipas sebab kipas tu ada lampu, tu yang dia seronok sangat kalau dapat.

Selasa, 19 Julai 2011

Wajah & Hati Yang Cantik & Rahsia 13

Email dari kawan kolej.. Ila.. Terima Kasih!

* Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cuci 5 kali sehari dengan air wudhu.
Jangan dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sejadah, solat, berzikir, dan berdo'a.

* Untuk menghilangkan stress , perbanyaklah ''olahraga'', yakni dengan memperbanyakkan solat.
Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Berkonsultasi pada Allah SWT dengan zikir dan do'a.

* Untuk pelembab , agar awet muda, gunakan senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. 
Jangan lupa bisikkan 'kata kunci', "Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii" (Ya Allah sebagaimana engkau memperindah kejadianku, maka perindah pula ahlaqku). (HR Ahmad).- DOA TENGOK CERMIN

* Untuk punya bibir cantik,
bisikkan kalimat-kalimat Allah, tidak berbohong atau menyakiti hati orang lain, tidak menyombongkan diri atau takabur.

Agar tubuh langsing, mulus, diet yang teratur
dengan berpuasa seminggu 2 kali, Isnin dan Khamis. Jika kuat, lebih bagus lagi puasa Nabi Daud AS i.e. selang satu hari. Makanlah makanan halal, perbanyak sayuran, buah-buahan, dan air kosong.

* Untuk mengembangkan diri,
sebarkan salam dan sapaan. Kita akan dikenal dan disayangi.
Assalamua'laikum wr wb...

Rahsia solat......

1 - Niat Sembahyang
Memelihara taubat kita dari dunia dan akhirat.

2 - Berdiri Betul
Fadilatnya: ketika mati dpt meluaskan tempat dalam kubur.

3 - Takbir -ratul Ihram
Fadilatnya: sebagai pelita yang menerangi dalam kubur.

4 - Fatihah
Sebagai pakaian yang indah di dalam kubur.

5 - Ruqu'
Sebagai tikar di dalam kubur.

6 - I'tidal
Akan memberi minuman air dari telaga al-kautsar ketika didalam kubur.

7 - Sujud
Memagar kita ketika menyeberangi titian SIRATUL-MUSTAQIM.

8 - Duduk antara 2 Sujud
Akan menaung panji-panji nabi kita didalam kubur

9 - Duduk antara 2 Sujud (akhir) Menjadi kenderaan ketika kita dipadang Mahsyar.

10 - Tahhiyat Akhir
Sebagai penjawab bagi soalan yang dikemukakan oleh Munkar & Nankir di dalam kubur.

11 - Selawat Nabi
Sebagai pendinding api neraka di dalam kubur.

12 - Salam
Memelihara kita di dalam kubur.

13 - Tertib
Akan pertemuan kita dengan Allah S. W. T.

Dari Abdullah bin 'Amr R.A.(sabda Rasulullah S.A.W.):
"Sampaikanlah pesanku biarpun satu ayat." 
Sebaik-baik manusia itu adalah mereka yang memberi manafa'at kepada manusia lain...

AMIN

Isnin, 18 Julai 2011

Bertukar wajah lagi...

Ummi Iman

UI dapat blog header percuma suka suka dari mawaddahrahmat.blogspot sebab antara 10 followers terawal yang follow blog beliau. Sebenarnya tak ingat pun...Tapi kini jumlah followernya sudah melebihi UI sendiri... wah hebatkan! nak tau berapa? 185 followers setakat entry ni ditulis.

Blog beliau memang menarik simple dan friendly...

Apa pun UI ucapkan terima kasih kepada wardah comel. Bila dapat header ni terus tukar background. Rasa serabut pulak blog UI yang sebelum ni.. jadi buang mana yang tak perlu.. bila tengok blog orang lain simple nampak lebih menarik.. harap sukalah dengan perubahan ni..

Ahad, 17 Julai 2011

Ummi Iman Nak Baju Kelawar AMNI Collections

Click sini untuk join

Tarikh Tutup 7 Ogos 2011

Kenapa ummi Iman LIKE baju kelawar yang di bawah ni...



Suka warnanya yang gelap dan corak yang simple. Senang dipadankan dengan tudung warna apa sekalipun dan yang paling penting ianya berlengan panjang. Jika ada tetamu datang rumah tak perlu tukar baju. Maklumlah kalau lengan pendek bila angkat tangan nampak pula aurat


Sabtu, 16 Julai 2011

Just a click away and you can win cash prizes up to RM 75,000! #BeritaHarian


Jumaat, 15 Julai 2011

Cara dan Teknik buat blog di Blogspot




Masih lagi belajar tentang blog bolehlah singgah di alamat blog di atas. Semuanya ada di situ.. macam-macam yang boleh dibuat untuk mencantikkan blog anda. Cukup menarik!

Jom sama-sama belajar. Terima kasih pada tuan blog di atas info-info dan ilmu yang menarik untuk dikongsikan bersama.

'BOH' Taste The Ummph Contest



Tarikh Tutup 8 Ogos 2011

GOOD LUCK!

Rabu, 13 Julai 2011

Jerebu masih lagi ada

google image

Jerebu: 31 bandar catat kualiti udara tidak sihat

11/05/2011 5:47pm

Oleh FARHANA JONI
KUALA LUMPUR 11 Mei – Sebanyak 31 bandar di negara ini mencatatkan kualiti udara tidak sihat dengan Indeks Pencemaran Udara (IPU) dicatatkan antara 51 hingga 100 sehingga, pukul 11 pagi tadi.

Kenyataan Jabatan Alam Sekitar (JAS) berkata, kawasan yang paling teruk ialah Pelabuhan Klang dengan IPU 97, diikuti Nilai (89), Bukit Rambai (87), Muar (84) dan Banting mencatatkan IPU 82.

Di Sabah dan Sarawak pula, kawasan IPU tertinggi ialah Bintulu iaitu 72, Tawau (52) Sandakan dan Keningau masing-masing mencatatkan 51.

“Kualiti udara di Putrajaya juga memasuki tahap sederhana pada pukul 7 pagi tadi iaitu 70, diikuti Kuala Lumpur dan Cheras sebanyak 69,” kata kenyataan itu.

Sebanyak 19 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap yang baik iaitu antara kosong hingga 50. - Utusan

Bosan


Pernah tak ada satu hari yang kita rasa diri kita membosankan. Adakah kita ni seorang yang bosan?? Adakah kita sendiri bermain dengan perasaan diri sendiri atau memang orang anggap kita ni memang membosankan. Kawan tu perlu walau kadang2 kita fikir keluarga sudah memadai. Tapi berapa ramaikah kawan kita? Adakah orang berkawan dengan kita bila perlu sahaja atau orang berkawan sebab memang suka berkawan dengan kita.

Saya memang tidak ramai kawan, tapi masih ada kawan sekolah rendah, menengah dan kolej yang berhubung dengan saya hingga kini. Itu kira kawan yang rapat di zaman belajar. Ada seorang kawan yang kenal masa kerja yang rajin berhubung tak kurang juga kakak yang saya kenal masa zaman praktikal. Sejak ada FB  dapat berjumpa balik kawan2 lama. Tapi hanya di FB sahaja. Ada jugalah buat reunion, memang seronok dapat jumpa dengan kawan lama.

Terus terang memang saya bukan jenis orang yang peramah. Ramai yang kata kalau pertama kali lihat saya nampak macam sombong. ??? saya sendiri tak tahu muka saya ni sombong. Tapi bila dah kenal diorang kata saya ni bukan macam tu malah bila dah kenal cakap tak berhenti. Nak buat macamana? kalau boleh adjust muka ni biar nampak tak sombong akan saya adjust dengan segera. Tapi masa zaman anak dara dulu memang orang lelaki pun takut nak dekat. Diorang kata nampak serius sangat muka. Saya ni memang susah nak gelak mungkin itu salah satu sebab muka nampak serius. Kalau banyak sangat gelak kepala ni boleh sakit.

Kadangkala kita tak perasan.. ialah tanggapan orang pada kita bila mereka melihat luaran kita dahulu kan? tu bila kita tengok orang muka serius kita kata dia sombong. Takut nak tegur.. erm.. kalaulah saya dapat muka semanis Iman anak saya tu kan best. Pergi mana2 semua orang suka...

Selasa, 12 Julai 2011

Apakah nasib kita di hari tua?



google image

Sejak kebelakangan ni warga tua atau pun warga emas tidak mendapat perhatian atau kasih sayang daripada anak-anak. Malah ada yang dikasari tak kurang yang menghantar mereka ke rumah orang-orang tua. Dimanakah silapnya... adakah kerana kurang didikan agama? apakah nasib kita pula dihari tua.. sedih dengan nasib yang menimpa mereka, anak yang ramai belum tentu dapat menjamin kehidupan dihari tua. Menatang anak bagai minyak yang penuh namun akhirnya minyak itu tumpah kembali membasahi diri. Berbagai alasan yang anak beri bila terpaksa menjaga mereka. Tidakkah kita sedar tuntutan agama supaya menghormati kedua ibubapa bukannya mengibaratkan mereka seperti kain buruk yang boleh dicampak ke sana ke mari. Bila hati tidak ikhlas bermacam alasan digunakan. Bagaimana jika anak-anak kita memberikan alasan yang sama bila kita tua kelak? Anak-anak tuding jari antara satu sama lain, kalau kita anak yang soleh tiada perbandingan yang perlu kita buat. Sudah tentu ganjaran pahala yang amat besar dari Allah, dan mereka yang tidak bertanggungjawab sudah tentu dosa yang mereka dapat. Apa yang penting adalah kebajikan ibubapa kita yang tua dan uzur. Hilang mereka tiada pengganti. Di saat itu nanti pasti akan terasa kehilangan mereka, tapi mungkin pada yang merasa seperti beban kehilangan mereka akan membuatkan mereka lebih lega kerana tiada beban yang perlu dipikul. Nauzubillah..

Kes 1
KUANTAN: Seorang lelaki tergamak memaki hamun dan mencederakan ibunya hanya kerana permintaannya mendapatkan sejumlah wang tidak dipenuhi.

Warga emas yang berusia 61 tahun itu bukan saja terpaksa menelan segala maki hamun lelaki terbabit malah kepalanya turut cedera akibat tersembam di lantai selepas ditolak anak derhaka berkenaan.

Kes 2
JOHOR BAHRU: Wanita bekas banduan yang tergamak memperdaya bapa kandung dan ibu tirinya hingga mengakibatkan rumah pasangan warga emas itu bakal dilelong selain barangan kemas turut tergadai berkata, tindakannya itu wajar selepas mendakwa kurang kasih sayang sejak kecil lagi.

Wanita yang hanya dikenali sebagai Maria, 37, juga mendakwa kekurangan didikan agama sempurna menyebabkan dia terbabit dalam pelbagai perbuatan negatif termasuk penipuan selain melahirkan anak luar nikah.

Perkara itu diluahkan Maria, ibu kepada tiga cahaya mata, menerusi surat yang dipos ke kediaman keluarganya di Taman Universiti di sini, dua minggu lalu.

Ibu tiri bekas banduan itu, Zahrah Mohamad, 68, berkata, Maria juga sanggup memburuk-burukkan namanya dalam surat itu.

“Lebih pelik, dalam surat itu, Maria pada awalnya meminta maaf dan berharap dia tidak dianggap sebagai anak derhaka, sejak berkahwin dengan suami ketika Maria berusia lapan tahun, saya tidak pernah menganggapnya sebagai orang asing, sebaliknya menjaganya dengan penuh kasih sayang.

“Surat dihantar Maria juga menjadi bukti penipuan dilakukannya apabila dia mengaku mengakibatkan kediaman keluarga dilelong selain pernah menggadai barang kemas ahli keluarga,” katanya, semalam.

Menurutnya, jika benar dia keras hati dan pernah menyisihkan Maria ketika kecil, tidak mungkin dia sanggup menyerahkan barangan kemas dibeli hasil titik peluhnya ketika bekerja sebagai operator pengeluaran kilang.

Akta
KUALA LUMPUR: Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kini sedang dalam kajian mewujudkan satu akta yang membolehkan tindakan diambil terhadap anak yang mengabaikan tanggungjawab menjaga ibu bapa.
Ketua Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM), Datuk Meme Zainal Rashid memberitahu perkara itu memerlukan kajian mendalam kerana ia membabitkan perhubungan antara anak dengan ibu bapa.

Kami tidak mahu anak menjaga orang tua mereka dalam keadaan terpaksa tetapi hendaklah atas dasar kesedaran, kerelaan, sikap menghormati dan menyayangi orang tua mereka. Nilai kekeluargaan perlu dipupuk sejak kecil sama ada melalui sistem pendidikan di sekolah, pendidikan agama dan juga program kesedaran serta bimbingan dan ajaran dari ibu bapa sendiri.

Menurut beliau adalah menjadi tanggungjawab anak menjaga ibu bapa di kala usia emas mereka. Membiarkan mereka seharusnya tidak digunakan sebagai jalan mudah melepaskan tanggungjawab yang seharusnya dipikul anak.

Beliau mengulas beberapa kes ibu bapa ditinggalkan anak di tempat awam seperti yang disiarkan media baru-baru ini.

Beliau menyatakan kemasukan ke institusi warga emas kelolaan JKM adalah langkah terakhir yang akan diambil sekiranya mendapati ada warga emas tidak mempunyai anak atau waris untuk menjaganya.
Berita disunting daripada sumber : Berita Harian
Berita disunting daripada sumber : Berita Harian

Lagi kupasan menarik tentang isu ini di sini

Isnin, 11 Julai 2011

NinazCakes Syahr El Aziz Fund Raising Giveaway


ninazcakes.blogspot & facebook.com/NinazCakes telah menganjurkan satu GA bagi memberi kata-kata semangat dan sokongan buat saudara Syahr El Aziz yang telah menghadapi ujian yang cukup besar dalam hidupnya. Beliau kini masih berada di hospital. Untuk mengetahui kisah mengenai beliau sila click sini. Cukup terharu membaca kisah beliau dan beliau memang insan yang cukup tabah dalam menghadapi ujian Allah ini.

"Buat saudara Syahr El Aziz walaupun kita tidak mengenali satu sama lain, tiada kata-kata yang mampu diucapkan melainkan "awak memang seorang yang tabah dan hebat" semoga ketabahan saudara akan membuatkan lebih ramai insan di luar sana mensyukuri apa yang mereka ada. Teruskan azam dan semangat untuk terus hidup dan sentiasa berdoa kepadaNya. Mungkin ada banyak hikmah disebalik apa yang berlaku kepada saudara dan akan memberikan inspirasi kepada insan lain agar mereka menjadi insan setabah saudara. Saya doakan semoga Allah meringankan kesakitan yang ditanggung dan memberikan peluang untuk mengecapi keindahan kehidupan selagi hayat dikandung badan."

Marilah kita beramai-ramai memberikan sokongan kepada beliau. Saya percaya dengan kata-kata perangsang dan semangat sekurang-kurangnya beliau akan rasa lega dan lebih kuat untuk mengharungi ujian hidupnya bahawa beliau tidak keseorangan, masih ramai teman walaupun yang tidak beliau kenali sentiasa berada dibelakang mendoakan kesejahteraan hidupnya.

update: Allah lebih menyayangi beliau. Semoga rohnya dilimpahi rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. InsyaAllah. Amin

Sabtu, 9 Julai 2011

Terima kasih singgah

google image

Salam semua.. Iman dan ayah dia dah keluar pergi beli nasi. UI tak masak sebab masih lagi ganti puasa. Alasanlah tu kan.. Terukkan last minute baru nak ganti.

UI nak ucap terima kasih pada yang sudi singgah di blog UI ni dan ajak join GA mereka. Cuma UI nak bagitau mana yang UI rasa tak layak untuk join UI tak dapatlah nak join. Jangan berkecil hati ya! sebab memang rasa tak layak nak join.

Sejak akhir-akhir ni banyak pulalah join Contest / GA.. saja memeriahkan dan nak menang juga sebenarnya hehe tapi satu pun tak menang lagi huhu. Tapi takpe rasa seronok dapat join pun dah cukup. Dapat juga kenal blogger2 yang buat contest / GA ni.. kalian memang murah hati.. teringin juga nak buat.. tunggu ulangtahun pertama blog UI nanti.. insyaAllah..

Jumaat, 8 Julai 2011

2 hero sakit


Kesian 2 hero hari ni.. AI semalam kerja hari ni baru balik nak siapkan kerja di office. Biasalah buat kerja untuk projek macam tulah kena kejar masa. Kalau kita tak tidur 24 jam mestilah pening. Pagi tadi ambil dia di stesen komuter p.klang dengan Iman. Beli sarapan dulu sampai rumah makan dan terus tidur. Kepala dia dah start pening macam nak pitam. Terpaksalah ambil ubat dulu sebelum tidur. Tapi masih tak ok hinggalah saat entry ini ditulis. 

Iman pula salah UI tak tengok diaper dia. Pukul 5 dah membuang terus mandikan, tengok dia dah mengantuk nak tidurkan dia.. tapi dia taknak tidur, tiba-tiba menangis. Pelik kenapa dia menangis macam tu. Sampaikan terpaksa kejut ayah dia.. tapi tak berhenti juga.. UI tak puashati baringkan dia check lagi sekali diaper dia.. laa.. dia membuang lagi rupanya.. masa tu dah pukul 6. Patutlah dia nangis dah merah2 kat bebird dia dengan punggung dia.. maafkan ummi.. pelik dah check 2/3 kali tapi tak perasan. Baringkan dia buka seluar baru nampak. Rasa bersalah sangat. Masa dia nangis tu mesti dah pedih.. sampaikan muntah dia sebab menangis. Terpaksalah mandikan dia sapu minyak but-but HPA terus dia tertidur tak sempat pakai baju lagi.

Kesian kat 2 hero ni.. hari ni hari yang kurang baik untuk diorang berdua. Sabar ya! 

KEDAI TRIPLE-S GIVEAWAY FROM MOMMALYDZAR

Tarikh Tutup : 31 Julai 2011

Tertarik nak join GA ni sebab hadiahnya cukup menarik.  Tak percaya jom tengok. Kebetulan dah lama nak ambil supplement ni. Bagus untuk kesihatan.


Sekarang UI suka amalkan mengambil kalsium untuk tulang. Umur seperti UI (35 tahun) adalah yang sesuai untuk menyimpan kalsium untuk bekalan hari tua. Sekarang ada kalsium dalam bentuk kudapan.

Harap-harap ada luck untuk lucky draw nanti.

Nak tag:

mommy & daddy
sue-5-beradik

Khamis, 7 Julai 2011

Lagi kes membabitkan escalator

MUHAMMAD SHEVANA...maut
MUHAMMAD SHEVANA...maut


Banyak pula sekarang ni kes membabitkan escalator. Kebanyakan mangsa adalah kanak-kanak tak kurang orang dewasa. AI ada cerita sewaktu dia naik escalator di hentian Putra, LRT baru-baru ni ada seorang perempuan terjatuh sebab tiba-tiba kasutnya termasuk dalam celah escalator hingga patah tumit kasut. Tak kurang banyak kes sebelum ni kaki budak tersepit. Jadi kenalah lebih berhati-hati dan pastikan langkah-langkah keselamatan diambil berat. Perkara macam ni susah dijangka, cuai sedikit buruk padahnya. Lagi-lagilah kalau anak kita ni yang jenis agresif. UI pun takut juga sewaktu melalui pengalaman pertama naik escalator. Tengok tangga tu bergerak dan pastikan betul-betul selamat baru pijak. Masa tu rasa laju betul tangga tu bergerak. Sekarang tentulah dah mahir tapi tak boleh over confident kalau tak kena gaya terlepas garisan kuning kaki terkena bucu tangga.

Lagi satu yang UI baru tau kasut crocs bahaya jika naik di escalator. Banyak kes sudah berlaku di luar negara.


Crocs have been issues warning for having made accident-prone shoes. It says thousands of children across Wales have been injured while wearing the flexible clogs from Crocs on escalators. I am not sure whether Crocs should be blamed for these accidents yet the mere construction of the shoes has its own typical hole design on the upper.


google image



KUALA LUMPUR: “Saya hanya sempat menyentuh tangannya sebelum dia terjatuh dari tingkat dua,” kata Nathira Begam Abdul Kadir, 34, ibu kepada Muhammad Shevana Zhakir Husin, budak lelaki berusia tiga tahun yang meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam akibat terjatuh daripada tangga bergerak sebuah pejabat kerajaan di Putrajaya sehari sebelum itu.

Dalam kejadian kira-kira jam 4.30 petang kelmarin, mangsa mengikut ibu dan bapanya, Zhakir Husin Abdullah, 33, ke Ibu Pejabat Jabatan Imigresen untuk urusan memperbaharui visa bapanya sebelum mereka sekeluarga melawat tempat kelahiran bapanya di Thiruvarur, India.

Sebelum kejadian malang itu, mangsa leka bermain bersama adik bongsunya berhampiran tangga bergerak di tingkat dua bangunan berkenaan lalu terjatuh ke tingkat bawah melalui lubang yang terletak antara penghadang dan tangga bergerak itu.

Mangsa yang cedera parah di kepala mulanya dihantar untuk rawatan kecemasan di Hospital Putrajaya sebelum dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) berikutan keadaannya yang kritikal, lewat malam kelmarin.

Selepas tidak sedarkan diri selama beberapa jam akibat pendarahan beku di kepala, mangsa disahkan meninggal dunia kira-kira jam 1.30 tengah hari semalam.

Nathira Begam berkata, sebelum kejadian itu, anak bongsunya menangis lalu menghampiri mangsa dan adiknya sebelum tiba-tiba mangsa terjatuh melalui lubang yang tidak diletakkan sebarang penghadang itu.

“Saya tidak sempat menariknya dan hingga kini, kejadian itu masih tidak mampu dilupakan,” katanya ketika ditemui di HKL, di sini, semalam.

Zhakir Husin pula berkata, niat mereka sekeluarga pulang ke kampung halamannya di India tidak kesampaian selepas kejadian yang mengorbankan anak kedua daripada tiga beradik itu.

Menurutnya, sudah lapan tahun dia tinggal di negara ini selepas mendapat pekerjaan sebagai pembantu kedai kopi dan bercadang pulang ke kampungnya bagi memberi peluang kepada ibu bapanya melihat cucu mereka.

“Saya cukup kecewa dengan pengurusan Jabatan Imigresen yang tidak menutup lubang yang boleh ditembusi dengan mudah dan akibat kecuaian mereka, kami kehilangan anak kedua,” katanya.

Katanya, dia sudah membuat laporan di Balai Polis Dang Wangi semalam dan bercadang mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak berkenaan.

sumber: hmetro.com

Rabu, 6 Julai 2011

Tempahan dari Humaira dah sampai


Dalam pukul 11 pagi tadi lori Skynet berhenti depan rumah. Dah agak mesti tempahan dari Humaira dah sampai. Cepat! Semalam bank in pukul 3 petang hari ni dah dapat.

Teruja sangat.. terus buka.. sebenarnya ini kali pertama beli online. Sebelum ni takut sikit sebab takut tak sama apa yang dilihat di dalam internet dengan yang di luar. Kali ni rasa macam confident sikit walaupun ada rasa takut-takut juga. Beli sekali banyak pula tu.. Alhamdulillah memang memuaskan dengan harganya. Sebelum dapat takut sangat kainnya panas atau tebal sangat macam dibeli sebelum ni. Maklumlah pilih yang murah. Dah dapat memang selesa di pakai dan kainnya tidak terlalu tebal dan terlalu nipis. Cuma warna di dalam internet agak lebih cerah sedikit dari diluar. Apa pun tidak terlalu berbeza.

PicturePicturePicturePicture

Bila dah sampai rasa gelap-gelap pula baju yang dipilih. Kecuali warna pink tu. Selera memang macam tu.. rasa kurang selesa pula kalau pakai warna yang terang-terang. Nampak macam remaja pula.. macam perasan tua je bunyinya. Tapi itulah hakikatnya. Tapi AI suka warna yang terang, dari dulu komen UI suka warna gelap-gelap. Nak buat macamanakan.. adalah juga warna yang terang tapi taklah banyak. Bila pakai warna-warna macam ni rasa lebih confident dan selesa.

Nak jadi cerita orang yang drive lori Skynet tadi kenal UI. Dia tanya dulu duduk t.gong ke? alamak! dia kenal kita tapi kita tak kenal dia. Ada make upkan kat t.gong? Puaslah dia tanya kenal baizura tak? normah? ala sebelah rumah Salleh. Peramahlah pulak. Bila sebut nama normah tu kenallah itupun kalau betul orang yang dimaksudkan. UI cuma cakap yalah ada make up orang kat sana. Nama je pernah duduk kat sana tapi memang tak berapa kenal orang kampung. Tulah asyik memerap je dulu kat rumah. Lagilah dari form 1 - form 5 duduk kat hostel. Begitulah ceritanya..

Selasa, 5 Julai 2011

Contest Aksi Si Cilik


Iman join contest Aksi Si Cilik pula.. Contest dari blog umiharizahin. Suka tengok gambar ni sebab rasa kelakar tengok muka dia. Sesiapa nak join sila click link di atas.


rakan tag:

mommy & daddy
sue-5-beradik


Contest Anak Senyum By Mamalurveirfan

Click sini untuk join. Tarikh tutup 27.7.2011
Iman join contest ini pula..


NAMA ANAK: Muhammad Hasbul Iman
UMUR ANAK: 1 tahun
NAMA IBU: Rusenidzan

Rakan Tag:
mommy & daddy
sue-5-beradik