بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 29 Jun 2011

Kebaikan makan pisang


PISANG murah dan mengandungi potasium yang amat berguna dalam menentang masalah kesihatan seperti strok.

PISANG sering menjadi pencuci mulut di negara ini. Secara amnya, kandungan potasium pisang menyebabkan ia disyorkan oleh para doktor untuk pesakit yang kekurangan sumber itu.

Sebagai contoh, sebiji pisang sepanjang 22 sentimeter (sm) mengandungi 600 miligram potasium.

Pakar perunding diet, Indra Balaratnam berkongsi maklumat berguna tentang khasiat buah pisang.

Menurut Penolong Setiausaha Persatuan Pakar Diet Malaysia itu, kajian makmal menunjukkan pisang mengandungi kanji sebanyak 20 peratus dan gula satu peratus.

“Ketika pisang berubah warna menjadi kuning dan sedia untuk dimakan, kandungan gula akan berpecah kepada 66 peratus sukrosa, 14 peratus fraktosa, dan 20 peratus glukosa.

“Pada amnya, pisang bebas daripada lemak, kandungan garamnya rendah serta kaya dengan vitamin serta potasium.

“Ini menyebabkan semua jenis pisang dikategorikan sebagai berkhasiat.

“Apatah lagi ia senang untuk dimakan dan dihadam khususnya oleh bayi berusia enam bulan dan ke atas.

Khasiat

“Tidak ada kesan sampingan pada kesihatan walaupun pisang itu manis kerana kandungan gula dalam pisang adalah semula jadi,” katanya.

Kata beliau lagi, terdapat perbezaan antara pisang yang dimakan begitu sahaja dengan kerepek pisang atau pisang goreng.

Menurut beliau, pisang yang digoreng atau dibuat kerepek mengandungi lemak.

Jadi, adalah selamat jika pengambilan pisang goreng dikurangkan kepada seminggu sekali atau sebulan sekali.

Jika digoreng, kandungan khasiat serta vitamin dan zat-zat lain dalam pisang akan berkurangan sebaliknya kandungan lemak akan bertambah.

Ujar beliau, pisang juga dianggap penting dalam bidang perubatan. Di Thailand, misalnya, wanita hamil digalakkan oleh doktor untuk makan pisang bagi memudahkan proses bersalin. Ia juga membekalkan tenaga bagi melawan dan menyembuhkan penyakit.

Beberapa kajian antarabangsa mendapati hampir 15 jenis masalah kesihatan boleh dikurangkan dengan memakan pisang.

“Antaranya, penyakit anemia iaitu kekurangan hemoglobin dalam darah boleh diatasi dengan memakan pisang kerana ia membantu meningkatkan pembentukan hemoglobin.

“Kandungan potasium tinggi dalam pisang turut menolong merendahkan tekanan darah serta mengurangkan risiko strok,” jelas beliau.

Tambah beliau, selain itu, kandungan fibernya yang tinggi dapat membantu masalah pembuangan air besar secara normal setiap hari.

Ia turut mengurangkan tekanan kerana sejenis protein dikenali sebagai Trytophan yang ada di dalamnya membantu menenangkan fikiran serta otak orang yang berada dalam tekanan.

Katanya lagi, orang yang bergelut dengan penyakit ketakutan, obesiti dan tabiat rokok, digalakkan mengamalkan pemakanan pisang dan mereka dipercayai mampu bebas daripada masalah itu secara beransur-ansur.

Kajian turut membuktikan bahawa seseorang yang berdepan masalah mabuk hamil khususnya wanita yang berasa mual dan muntah pada beberapa bulan pertama kehamilan, boleh mengambil pisang untuk mengelak masalah itu.

Di samping itu, mereka yang menghadapi masalah kegemukan akibat tekanan di tempat kerja boleh diatasi dengan memakan pisang setiap dua jam.

Ia dapat membantu menghilangkan tekanan kerja selain mengawal kandungan gula dalam darah. Bahagian dalam kulit pisang pula membantu memulihkan kegatalan akibat gigitan nyamuk.

“Apa yang penting, kita perlu memberi tumpuan pada kesihatan dengan mengamalkan tabiat makan pisang.

“Bagi anak-anak, kita sangat mudah untuk menyuruh mereka makan pisang kerana ia manis dan lembut. Ia boleh disediakan dalam bentuk kek, mufin dan roti pisang,” katanya.

Laris

Pisang boleh diperoleh sepanjang tahun. Di negara ini, pisang rastali, emas, tanduk, abu dan berangan adalah yang paling laris. Ia turut menjadi tumpuan peniaga pisang goreng dan kerepek.

Seorang peniaga buah-buahan di Pasar Keramat, Kuala Lumpur, Ramli Mat Dalip, 42, berkata, pisang sentiasa menjadi pilihan orang ramai dan ia adalah salah satu buah yang boleh didapati sepanjang tahun.

Kata beliau yang berniaga sejak 15 tahun lalu, pisang berangan dan abu sering dibeli peniaga kerepek atau kuih.

Bagaimanapun, katanya, pisang emas dan berangan memang laris dijual dan dibeli pengguna kerana rasanya manis dan boleh dimakan begitu sahaja.

“Dari segi harga, tidak banyak perbezaan kerana harga pisang mengikut jenisnya iaitu dijual sekitar RM2.80 hingga RM3 sekilogram.

“Permintaan terhadap pisang pada musim perayaan khususnya Tahun Baru Cina, Hari Wesak dan Deepavali juga memberangsangkan.

“Pengguna kerap datang meminta pisang emas dan rastali kerana saiznya kecil iaitu di antara tujuh hingga 10 sm.

“Mereka akan menggunakan pisang itu dalam upacara sembahyang selain untuk dimakan,” katanya.

Sementara itu, seorang lagi peniaga Romlah Ahmad, 31 menjelaskan, berbanding buah-buahan lain khususnya yang diimport, pisang tidak menghadapi masalah kenaikan harga.

“Pisang tidak menghadapi masalah itu. Harganya di mana sekali pun lebih kurang sama iaitu kekal sekitar RM2.80 hingga RM3.50 sekilogram.

“Lagipun pisang dikatakan paling berkhasiat dan kaya dengan zat dan vitamin. Tidak hairanlah jika orang ramai gemar memakannya,” katanya.

Dalam pada itu, seorang pensyarah sebuah kolej swasta di ibu negara, Daljit Kaur, 36, berkata, beliau dan keluarga gemarkan pisang kerana kebaikan yang diperoleh daripada buah tersebut.

Katanya, sejak kecil lagi beliau suka makan pisang dan pernah sekali beliau berdepan dengan seorang rakan yang mempunyai masalah kekurangan hemoglobin dalam darah dan mencadangkan supaya dia makan pisang untuk mengatasi masalah tersebut.

“Selepas itu, saya dapati kesihatannya bertambah baik bahkan setahun kemudian, boleh dikatakan dia bebas sepenuhnya daripada masalah itu.

“Selain itu, ketiga-tiga anak saya yang berusia di antara enam hingga 13 tahun juga gemar makan pisang setiap hari.

“Mereka nampaknya sihat dan tidak menghadapi kesukaran untuk membuang air besar lagi,” katanya.

Sumber: Kosmo


Note: Entah kenapa kurang minat makan pisang. Pisang goreng oklah. Tapi AI suka makan pisang. Kalau makan terlalu banyak kandungan gula tinggi juga. Rasanya mereka yang ada diabetes tak digalakkan makan pisang.

Guru nyaris maut dilibas parang

KETIKA mahu melarikan diri, penjenayah mengacukan parang ke arah mangsa yang terbaring di atas jalan.


KUALA LUMPUR - Seorang guru wanita bukan sahaja kerugian sebanyak RM8,800 malah nyaris maut ditetak dengan sebilah parang oleh sekumpulan perompak dalam kejadian di Jalan Amzil, Taman Melewar dekat sini tengah hari semalam.

Kejadian di hadapan rumah mangsa yang dirakam menerusi kamera litar tertutup (CCTV) milik jirannya dilakukan empat orang penjahat lelaki menaiki dua buah motosikal berwarna hitam.

Dalam tempoh satu minit sahaja, dua perompak dipercayai warga tempatan berusia dalam lingkungan 20-an menyerbu ke arah mangsa sementara dua lagi bertindak mengawasi keadaan sekeliling di depan pintu pagar rumah guru itu.

Menurut mangsa yang merupakan guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Lelaki Methodist Sentul, Nazalina Nawawi , 36, berlaku pergelutan di dalam kereta apabila penjenayah itu merentap gelang tangan bernilai RM1,200 dan menyelak tudungnya untuk mengambil rantai leher.

Bagaimanapun, dia tidak memakai rantai leher menyebabkan perompak bertindak merampas beg tangan yang mengandungi wang tunai hasil perniagaan kedai buku milik suaminya sebanyak RM6,500 dan sebuah telefon bimbit jenama BlackBerry bernilai RM1,100.

Enggan melepaskan beg tersebut, Nazalina diheret ke luar kereta mengakibatkan berlaku pergelutan dengan penjenayah terbabit.

Sumber: Kosmo


Note: Dah tengok dalam Berita TV9 tadi.. kejam betul manusia sekarang ni.. kenalah lebih berhati-hati.

Isnin, 27 Jun 2011

Produk Avent dah naik 20%?


google image

Semalam lepas buat akupuntur sempat juga cari botol susu Iman di Jusco.. mula2 pergi ke JJ Bukit Tinggi. Tapi dah habis.. lari pula ke JJ Bukit Raja.. tinggal satu botol je itu pun yang murah sikit warna kelabu. Sebelum ni pakai yang warna kuning.. kualiti bagus sikit. Oleh kerana dah habis ambil jugalah yang warna kelabu tu.

Masa tengah tengok botol susu adalah seorang perempuan cina beritahu pada UI.. semua pun takde stok.. sebab produk ni dah naik 20%. Jadi mungkin semua orang beli simpan stok. Cuma Jusco je tak naikkan lagi harga. Dia baru beli semalam di Parkson katanya.

Dengar macam tu ambillah puting susu untuk buat stok. 20% banyak juga tu beza. Kebetulan Jcard member dapat diskaun dan Jusco masih ada sales hingga 4hb Julai. Sambil tu sempat juga beli baju untuk Iman.. beli baju harian dengan baju tidur je.. tak sempat nak belek2 masa dah suntuk.

Terapi akupuntur

image from google

Semalam (hari Ahad) risau sangat dengan masalah urat kepala yang tegang sebelah kiri tanpa henti, UI minta AI carikan tempat untuk rawatan akupuntur. Teringin nak cuba.. biasanya pergi mengurut. Tapi kali ni nak cuba sesuatu yang baru.. mungkin lebih baik. baru pertama kali buat. Takut? ada juga tapi disebabkan sakit takpelah janji baik.. cari punya cari jumpalah tempat yang sesuai di Bandar Bukit Tinggi, Klang. Dah bagitau pada AI nak perempuan. Alhamdulillah.. dapat juga.. namanya Chen Han Qi. Bukan calang2 ada master lagi dalam perubatan akupuntur ni. Dia berasal dari negara China. Tak pandai cakap melayu.. so, kena communicate in english. Kami datang dah lewat.. tutup pukul 8.30 mlm.. kami sampai pukul 8.00 mlm. Mula2 dia suruh datang hari lain sebab ambil masa lebih kurang 20-45 minit. Lepas dia check nadi dia pun suruh masuk dalam bilik. Nampaknya ada peluang untuk dapatkan rawatan. Dia buat terapi khas untuk masalah sakit kepala UI. AI tengok bersama Iman.. Iman ooo.. dia pun seram agaknya. AI kira jarum yang ada.. dia kata ada 29 batang jarum. Dia tanya sakit ke? UI cakap tak sakit. Cuma masa dia cucuk jarum di kaki belah kanan tiba2 macam kena renjatan elektrik. Dr tu kata normal.. agaknya ada masalah kat situ.. kalau gerak kaki rasa sakit sikit, ada rasa kebas2. Dr tu asyik tanya macamana kepala dah kurang ke sakit. Masa buat tu kepala yang sakit rasa macam bertambah berat. Dr tu pusing2kan jarum.. untuk masalah leher dia suruh pusing kepala kiri kanan. untuk masalah sakit kepala.. Dr suruh tarik nafas dalam2 semasa dia gerak2kan jarum. Lepas tu dia suruh relax.. adalah dalam 10 minit.

Lepas cabut jarum Dr tu tanya lagi macamana sakit kepala UI. Dah kurang ke? Masa tu masih rasa berat. Dia suruh datang balik dan buat lagi.. lepas tu baru dia bagi ubat untuk makan. Tapi tak lama lepas tu rasa berat beransur-ansur hilang. Pagi tadi masa bangun tidur sakit di belikat dah tak ada. Selalunya bangun pagi rasa sakit kat belikat. Mungkin sebab dukung Iman yang dah cecah 9kg. Lega rasanya.. sebab masalah lain pun turut hilang. Mungkin kami akan pergi lagi hari Ahad ni. AI pun nak cuba juga.. dia pun kerap sakit kepala.


Sesiapa nak cuba ini alamatnya:

SunTech Traditional Healthcare Sdn Bhd
No. 15 & 17, Lorong Batu Nilam 3A
Bandar Bukit Tinggi
41200 Klang, Selangor

Tel: 03-3324 6511

Jalan2 Cari Makan part 2

image from google

Sambungan dari kisah jalan2 cari makan di Bagan Lalang. Walaupun dah lewat malam.. janji tetap di kota. Minta makan ikan bakar maka tak terlintas tempat lain inilah tempatnya Muara Ikan Bakar yang mudah dan senang kerana dekat dengan rumah. Senang adik UI nak datang sebab dia ada di Telok Gong rumah atuk. Masa ni lebih kurang pukul 12 malam.

kesian budak2 kenit ni.. ngantuk
kiri tu adik ipar dengan anaknya aqilah.. miza anak adik ogy, najihah anak adik ain dan mak UI

tengoklah muka ngantuk..

nilah adik ipar UI yang tuntut ikan bakar sempena birthday dia yang dah lepas. Saja jelah nak belanja dia.. datang pun jauh dari Johor. Nak ke Johor tak tahulah bila.. sibuk je sekarang ni.. Ooopss muka adik UI takde pula. Nampak tangan dia je..

Lupa nak ambil gambar makanan yang UI order.. Dah lewat banyak yang dah habis.. UI order Siakap stim asam boi, udang pedas dan sotong goreng tepung. Diorang semua order air kelapa muda. Oh ya! masa ni AI dan Iman tidur dalam kereta. Kesian nak kejutkan Iman yang dah tidur.. AI pula sakit kepala sebab rushing pergi ke Bagan Lalang tadi.

Dalam pukul 1 lebih kami gerak balik.. dah lewat sangat pun.. nak tunggu esok adik UI dah nak balik Johor.

Jalan2 Cari Makan

image from google search
Perjalanan pergi ke Bagan Lalang melalui jalan Banting

Semalam pergi makan bersama keluarga Ayah Iman. Saja2 diorang nak bawak tetamu dari Kelantan makan. Dah terlambat maka bawa kereta pun laju je.. dulu rasa dekat tapi sebab dah lambat terasa macam jauh sangat. Sepupu2 AI dah selamat tiba pukul 6 petang tapi kami sampai pukul 7 lebih. Walaupun lambat tiba tapi makanan masih tak kunjung tiba. Pukul 8 lebih baru dapat makanan yang di order. Makanan kat sini not bad sedap juga.. tidak terlalu pedas, masin dan manis. Semuanya sedang2 sahaja. Ramai betul orang.. yalah malam minggu.

image from google search

Sampai dah malam maka tak dapat ambil gambar kedai maka pinjamlah orang lain punya gambar. Inilah dia tempat kami menjamu selera "Senandung Malam". Nama kedainya unik kan?

Inilah sepupu2 Ayah Iman. Dua dari kanan tu anak saudara AI

Masa untuk makan.. Nabihan dah lapar..

Iman makan biskut roll coklat.. Ma Tok dia bagi.. ni dah terlepas dari "Sirim". Bila ma tok dia tak nampak UI habiskan.. eh! tambah lagi satu sebab ma tok dia ingat dah habis Iman makan.. bila ma tok tak nampak ummi dia tolong habiskan.. he3x. Biasalah kecil lagi kalau boleh nak elakkan dari makan coklat takut hyper. Sekarang pun dah agresif..

Dah kenyang kami bertolak balik dalam pukul 9 lebih. Kami balik ikut Sepang.. lebihlah sikit kena bayar tol. Nak ikut jalan pergi takut juga sebab gelap dan sunyi sikit. Balik dari Bagan Lalang ni sempat lagi tunaikan janji nak belanja adik ipar yang datang dari Johor.. kena sambung part lain pula ya!

Jumaat, 24 Jun 2011

Iman bertemu Ma Tok (nenek)

inilah ma tok iman..

Baru-baru ni AI ada plan nak balik ke kampung halamannya di Kelantan. Tup tup ma dia datang KL pula.. maka.. balik time raya lah jawapnya..

Pertama kali Iman jumpa ma tok dia masa raya tahun lepas.. masa tu usia dia baru 3 bulan. Lama kan kami tak balik. Kali ni bertemu kembali genap usia dia 1 tahun. Biasanya orang lain akan beli kek sambut birthday.. nampaknya Iman takde kek untuk dipotong. Kenapa ya? kenalah dengar arahan big bos. AI tak suka sambut birthday.. tapi AI suka beli mainan untuk Iman. Kira oklah tu.. Adalah sebabnya kenapa dan mengapa. Alamak! cerita dah lari pula..

sekali lagi snap... eh! nampak pusat Iman..

yang ni cucu pada adik Ma Tok Iman.. 
nama dia Nabihan. Tapi Nabihan panggil Tok Ma kat Ma Tok dia
gambar2 ni di ambil dalam rumah Nabihan

Sabtu ni plan nak pergi Bagan Lalang Jalan2 Cari Makan bersama-sama adik beradik perempuan Ma Tok Iman (3 beradik yang datang sekali dari Kelantan) dan sepupu2 AI sebelum Ma Tok Iman dan Tok Ma Nabihan balik pada keesokan malamnya. Datang bertiga balik berdua.. lagi seorang mak saudara AI balik lewat sikit. Belum puas melepas rindu pada 3 orang anaknya di sini.

Ahad, 19 Jun 2011

5 Nutrisi Penting Untuk Anak

Pastikan 5 nutrisi ini ada dalam menu yang anda hidangkan untuk anak setiap hari agar tumbesaran mereka tidak terjejas. Ingin tahu lebih lanjut? Teruskan bersama NAROSWATI NAIB.

1. Kalsium
Kalsium sangat baik untuk tubuh kerana berfungsi untuk menguatkan otot, mengekalkan penghasilan tenaga dan menguatkan jantung. Selain itu, kalsium juga dapat menguatkan tulang dan mengelakkan anak daripada risiko tekanan darah tinggi. Kalsium boleh didapati daripada susu, produk tenusu, buah-buahan dan sayur-sayuran.

2. Magnesium
Sebagai salah satu nutrien yang penting, pengambilan magnesium yang mencukupi banyak faedahnya. Antaranya ialah memperbaiki kemampuan jantung, mengekalkan sistem imunisasi tubuh, meningkatkan penghasilan tenaga dan membina tulang yang sihat. Untuk memastikan anak mendapat magnesium yang mencukupi, berilah mereka makanan sayuran hijau, kekacang dan gandum.

3. Serat
Pengambilan makanan yang kaya serat baik untuk sistem penghadaman anak. Bukan itu sahaja, malah serat dapat membantu mengelakkan anak daripada serangan penyakit jantung, masalah kolesterol, tekanan darah tinggi dan memastikan berat badan anak berada dalam lingkungan yang sepatutnya. Antara makanan yang tinggi kandungan seratnya ialah bijirin sarapan pagi, sayur-sayuran dan buah-buahan.

4. Vitamin D
Vitamin D sangat baik untuk sistem imunisasi anak agar dia tidak mudah dijangkiti penyakit. Vitamin D juga membantu meningkatkan pertumbuhan dan kekuatan tulang anak. Vitamin jenis ini boleh didapati dengan mudah daripada ikan dan susu.

5. Vitamin E
Untuk mengelakkan daripada serangan radikal bebas, pastikan anak mendapat vitamin E yang secukupnya. Vitamin ini juga membantu membina sistem imunisasi badan dan mengekalkan metabolisme. Vitamin E terdapat dalam makanan sayuran hijau seperti bayam.

sumber: Majalah Pa&Ma

Wildcutecat 1st giveaway: your baby's laugh photo contest


Rasanya belum terlambat untuk UI menyertai contest ni. Rasa tertarik untuk join sebab baby Iman memang suka gelak tak kurang juga menangis kalau tinggal hanya kami berdua je di rumah. Pergi mana semua nak ikut. Kalau ramai orang di rumah sukalah dia. Dari usia 2 bulan lebih dah pandai gelak mengekek. Terkejut nenek dan ummi dia bila dengar dia gelak mengekek macam tu. Lagilah suka nenek dia mengagah.

baru ambil semalam dalam kereta nak pergi jumpa ma tok


Nama Anak: Muhammad Hasbul Iman
Tarikh Lahir: 20 Jun 2010
Tarikh Gambar: 18 Jun 2011
Nama Ummi: Rusenidzan

Gambar ni baru semalam ayah Iman ambil sementara tunggu ummi dia bersiap nak pergi jumpa ma tok (nenek) di rumah sepupu ayah Iman. Sekarang tinggal 1 hari je lagi genap usia dia setahun. Dah boleh berlari dan panjat sofa. Semakin aktif dari celik mata hinggalah tutup mata.. tak reti penat.. ayah dengan ummi dia lah yang penat nak main dengan dia.. takpelah yang penting sihat dan ceria dah buat kami lega. Dialah penyeri dan si penceria kami sentiasa. Suka dia sukalah kami. Sakit dia dukalah kami.

Senarai blog kena hack.. betul ke ni?


Hari ni free sikit sebab AI tiada di rumah.. sibuk dengan projek hari ahad pun kena kerja. Tinggallah berdua dengan Iman. Disebabkan free maka UI pun belek2 follower's blog dan terjumpa sesuatu yang menarik untuk dikongsi. Menarik ke? Rasanya tak kot.. apa akan terjadi kalau blog yang tersenarai kena hack??

Nak tahu sama ada blog anda tersenarai sila click link di bawah dan tekan button f3 untuk search nama blog anda. Alhamdulillah blog ummi-iman tak tersenarai.

Blog kesukaan ummi-iman http://jejariruncing.blogspot.com/ tersenarai dalam list ni.. agak2 cik elia kita tahu tak?

Takaful Ikhlas


Sesiapa yang tergerak hati atau ada yang berminat dengan insurans di atas bolehlah hubungi:

Mohd Faizal Abd Rashid
017-2434240

Sesiapa yang berminat dengan insurans ni bolehlah hubungi beliau. Plan medical untuk bayaran setahun sekali juga berpatutan hanya bernilai RM200 lebih setahun.

Terima kasih.

Sambungan kisah buah hawa@zuriat

inilah rupa di dalam buah hawa

Sambungan daripada entry sebelum ni mengenai buah hawa UI dah 'operate' buah ni minggu lepas. Nak update tak sempat2 sebab banyak masalah. Sampai nak on laptop pun tak sempat. Sambung balik bagaimana cara UI 'operate' buah ni.. huh! memang mencabar tenaga dan kesabaran. Bukan senang nak keluarkan isi di dalam. Buah ni lebih kurang sama macam buah kelapa tua.

Mula2 kena buang kulit bahagian luar.. susah sebab liat. Kemudian nak belah pula tempurungnya.. yang ni pun agak mencabar. Kalau kelapa ketuk kat tengah dah terbuka. Tapi yang ni ketuklah macam kelapa.. memang takkan terbuka.. kena sikit2 buang tempurung tu baru dia terbelah macam gambar di atas.

ni pula rupa isinya.. macam kelapa kan?

Nak buka isi bahagian dalam ni pun bukannya senang sebab lapisan yang berwarna coklat tu keras juga, bila dah terbuka UI cuba gigit mak ai... kerasnya.. macamana nak makan?? memang kena rebus agaknya. Serik pula nak kupas yang seterusnya.. UI kupas 1 je.. bila AI tanya UI jawab "bukan senang nak belah". Buatlah pula.. dia gelak je.. dia kata betullah orang kata susah nak makan buah ni..

Nampaknya terbiar macam tu jelah..

Jaga baby Marsha


Rasa dah lama sangat tak update blog. Ini semua kerana masalah yang menimpa adik UI. Risau melihat keadaan dia UI dan AI berusaha membantu apa yang boleh dibantu.

Tiga minggu lepas adik UI batuk berdarah. Bermula dari situ dia berasa takut kerana teringat arwah adik UI yang telah meninggal dunia sebab tiba-tiba keluar dari dari mulutnya. Sekelip mata perkara tu terjadi depan mata UI dan kesemua adik beradik perempuan UI. Baru sahaja 6 bulan arwah ayah UI meninggalkan kami, kini adik bongsu pula menyusul. Dugaan yang cukup hebat.. hingga sekarang UI sentiasa terkenang mereka berdua kadang2 hingga menitis airmata...

gambar kenangan bersama arwah abah dan adik
masa ni arwah adik baru berusia 12 tahun. Dia meninggal pada usia 18 tahun

Beralih kisah adik perempuan UI (nama gelaran Ogy), bila terjadi kepada dia.. dia rasa cukup sayu ialah adik UI ni ada 4 orang anak yang masih kecil. 2 lelaki 2 perempuan. UI pun sedih melihat nasib yang menimpa diri dia. Harap sangat dia akan pulih seperti sediakala.

Ogy sewaktu mengandungkan Marsha bersama anak ke-3nya Miza

Dua lagi hero adik: yg dia atas tu faris (sulung) dan fahrin

Semalam semasa dia menggoreng ikan pekasam.. tiba2 tekak gatal dan darah keluar ikut mulut dan hidung. Dia takut jadi dia terus sms UI. Bila minta izin dengan AI untuk keluar jumpa ustaz, dia suruh pergi X-ray di klinik dahulu, bila X-ray doktor kata dia kena tibi dan suruh pergi terus ke hospital untuk rawatan. Oleh kerana dah janji dengan ustaz UI bawa juga jumpa ustaz untuk minta air penawar. Ustaz kata dia dapat rasa ada orang hantar santau. Dia kata takpelah pergilah hospital tapi jangan putus minum air bersama air rebusan pokok dukung anak (penawar santau)

Nak cerita pun panjang sangat. Bila adik UI admitted maka baby Marsha yang baru berusia 2 bulan tu UI volunteer nak jaga. Lagipun Marsha baik tak banyak kerenah, nangis hanya nak minum susu. Selebihnya tidur dan bila jaga dia diam je pandang sekeliling. Tak macam Iman yang kuat menyusu dan menangis masa baby.


baby marsha


termenung fikir mama dia.. kesian..

Harap tiada yang serius. Tadi doktor hanya bagi antibiotik dan buat ujian untuk mengesahkan sama ada ianya tibi atau sakit lain. Tapi bila doktor tanya simptom2 tibi satu pun tiada pada adik UI. Apa pun kami fikir mungkin jangkitan kuman boleh berlaku kerana dalam badan adik sudah luka. Lagipun masa pergi tepuk di Darussyifa' bangi keluar serbuk kaca dan pasir di bahagian dada. Bila ustaz baca ayat al-quran dada belah kanan tempat yang bila X-ray nampak putih tu terasa sakit. Waallahuaklam. Apa pun kami ikhtiar yang terbaik agar adik UI Ogy sihat semula.

Entry ni dah lama tapi baru hari ni berkesempatan nak post. Terkini adik UI sudah pun keluar dari hospital dan kena makan ubat tibi selama 6 bulan. Suami dan anak-anak juga kena buat pemeriksaan untuk mengesahkan sama ada mereka ada atau bebas dari kuman tibi. Perubatan tradisional dan hospital dua-dua kami lakukan. Kedua-dua mengambil masa yang lama untuk pulih. Semoga adik UI tabah dan sabar dengan ujian yang menimpa dirinya. Kami sentiasa doakan yang terbaik untuk mereka sekeluarga.

Ahad, 12 Jun 2011

Halal Haram Komisyen Ejen Insuran


image from googles


Soalan

Tolong uzar jelaskan. Jangan sampai ramai agen Islam termakan duit riba atau sebagainya. Tolong buat kajian terperinci tentang komisen yang agen dapat. Ramai agen yang rasa selesa dengan apa yang mereka dapat, komisen tetapi hukumnya di sisi Allah tanggung jawab uzar juga.

-SOALAN MELALUI RUANGAN KOMENTAR-

Jawapan

Pertamanya, saya telah jelaskan hukum bekerja untuk promosi benda haram atau membantu secara direct akan apa jua yang haram adalah haram, saya telah di pelbagai tempat di web saya. Maka, jika orang tidak membaca apa yang telah ditulis, ia diluar kuasa dan bukan lagi termasuk di bawah tanggungjawab saya.

Secara ringkasnya seperti berikut:

a) Hukum komisyen yang diperolehi oleh ejen insuran konvensional adalah HARAM. Demikian menurut fatwa Majlis Fiqh Antarabangsa dan Majlis Fatwa Kebangsaan yang mengharamkan insuran konvensional. Justeru, setiap individu yang menjadi ejen adalah dikira mempromosi benda haram dan mengambil upah atas kerja tidak halal tersebut.

Amat malang juga, apabila saya dapati terdapat sebahagian ejen-ejen Takaful yang meletakkan DUIT sebagai satu-satunya matlamat dan target mereka, menyebabkan dalam masa yang masa mereka SUDI DAN SANGGUP menjadi ejen kepada insuran riba konvensional.

Mereka ini tidak lain, boleh dianggap bermain-main dengan hukum sehingga boleh memberikan pilihan kepada pelanggan sama ada ingin yang halal atau yang haram. Bolehkah diberi pilihan sedemikian?

Allah swt menyebut :-

وَلاَ تَلْبِسُواْ الْحَقَّ بِالْبَاطِلِ وَتَكْتُمُواْ الْحَقَّ وَأَنتُمْ تَعْلَمُونَ

Ertinya : Dan janganlah kamu campur adukkan yang hak dengan yang batil dan janganlah kamu sembunyikan yang hak itu, sedang kamu mengetahui. ( Al-Baqarah : 42)

Adapun, komisyen bagi ejen-ejen Takaful dan Unit Trust bagi apa yang mereka usahakan sendiri, adalah HALAL.

Namun, bagi ejensi Manager yang memperolehi komsiyen bertingkat atau overriding commission, pandangan saya setakat ini masih sama dengan apa yang saya tuliskan dalam artikel MLM. Iaitu TIDAK DIBENARKAN kecuali apa yang anda usahakan sendiri sahaja. Hasil yang diperolehi secara automatik dari kerja orang bawahan anda tanpa sebarang usaha yang langung direct dari anda, ia adalah TIDAK DIBENARKAN dan jatuh dalam kategori Syubhat. Apapun, saya pulangkan tanggungjawab fatwa komsiyen ini kepada Majlis Shariah Saham Amanah Islam dan Takaful masing-masing untuk membincangkan dengan teliti. Wallahu'alam.

Bagi sesiapa yang kurang jelas maksud overriding commission ia adalah :

In traditional sales environments, an override is a commission paid to managers on sales made by their subordinates, usually calculated as a percentage of the gross sales commissions earned by the salesperson.
Similarly, in multi-level marketing, agents receive a commission on sales made by their downline (recruited agents).

b) Hukum komisyen bagi ejen-ejen saham amanah unit trust yang berunsur riba, haram dan tidak diluluskan oleh Majlis Shariah Suruhanjaya Sekuriti Malaysia, adalah HARAM secara sepakat ulama.

Komisyen ejen unit trust YANG DILULUS MAJLIS SHARIAH pula adalah halal namun tetakluk pula kepada apa yang dijualnya sendiri sahaja. Ia sama seperti isu ejen Takaful di atas. Wallahu'alam.

Sekian

Zaharuddin Abd Rahman
www.zaharuddin.net
6 Sept 2008 / 5 Ramadhan 1429 H

sumber: http://www.zaharuddin.net/soal-jawab-a-isu-pilihan/752-komisyen-ejen-insuran-takaful-a-saham-amanah.html

Kenali insurans haram


image from googles

SECARA ringkasnya, perbincangan hukum insurans dibincangkan dengan panjang lebar oleh ulama, terutama di kalangan ulama Asia Barat.

Oleh kerana sistem insurans adalah ciptaan yang dikira baru menurut zaman, iaitu sekitar 1666 di London, ia hanya menembusi dunia Islam Arab sekitar 1830.

Insurans konvensional adalah kontrak perniagaan yang termasuk dalam Kontrak Pertukaran Kewangan (‘Uqud Mu’awadat Maliah).

Ia mewajibkan syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada pencarum insurans apabila berlaku beberapa jenis kemalangan atau musibah yang ditentukan di dalam kontrak (aqad) bersesuaian dengan kadar tertentu. Ia juga bergantung kepada jumlah caruman pencarum.

Kontrak insurans ini mengandungi ciri-ciri berikut:
  1. Reda antara kedua-dua pihak (iaitu syarikat insurans dan pencarum). Ia ibarat kontrak perjanjian yang lengkap dan mengandungi aspek ‘ijab dan kabul’.
  2. Pihak yang memberi insurans, iaitu pihak syarikat insurans.
  3. Pencarum, iaitu individu yang membayar jumlah tertentu dan yang membuat perjanjian dengan syarikat insurans.
  4. Pihak yang menerima manfaat, iaitu seperti anak kepada individu atau isteri dan lain-lain.
  5. Kebahayaan atau musibah. Merangkumi jenis musibah atau kemalangan yang diandai serta ditentukan di dalam kontrak seperti kecurian, kebakaran, kecederaan dan kematian.
Bentuk insurans adalah seperti insurans terhadap musibah menimpa tubuh, insurans nyawa, insurans harta dan pecahannya (kereta, motosikal, rumah dan lain-lain), insurans kemalangan jalan raya, insurans kerja dan sebagainya.

Bagaimanapun, ada beberapa sebab yang menjadikan insurans konvensional haram kerana ia turut ‘diselubungi’ riba.

Ia adalah perbincangan ‘ilmiah’ dan memerlukan ‘basic knowledge’ tertentu yang kukuh untuk memahaminya dengan sempurna.

Bagaimanapun, penulis akan cuba memudahkan dalil ini demi memberi kefahaman sebaik mungkin di kalangan pembaca.

Selebihnya pembaca perlu melakukan kajian dan rujukan kepada ilmuan Takhassus Fiqh di universiti bagi mendapatkan penjelasan lebih terperinci.

Demi mendapat kefahaman sepenuhnya dalam bab ini, pembaca mesti mempunyai ilmu asas berikut:
1. Pembahagian kepada Aqad Mu’awadat (Pertukaran) & Tabarru’ah (Derma atau Sumbangan).
2. Riba dan pembahagiannya.
3. Syarat jual beli dalam Islam.

Menurut majoriti kumpulan ilmuan dan ulama Islam, insurans konvensional adalah haram kerana wujud unsur riba yang jelas di dalamnya.

Ini kerana, riba jelas wujud apabila syarikat insurans membayar jumlah tertentu kepada si pencarum yang terkena musibah.

Ia dianggap riba kerana wang (daripada pencarum) berbalas wang (daripada syarikat) dengan jumlah berbeza, padahal wang adalah unsur ‘ribawi’ (usurious items) sebagaimana enam unsur disebutkan Rasulullah SAW di dalam hadisnya.

Rasulullah SAW mensyaratkan dengan jelas, apabila ‘bermu’amalah’ di antara dua unsur ribawi yang sama jenis (contoh di sini adalah wang daripada pencarum dengan wang daripada syarikat insurans), ia mestilah terikat dengan syarat:
1. Sama Nilai (mathalan bi mathalin).
2. Diserahkan ketika mu’a- malah dilakukan. (Yadan diyadin)

Syarat ini bersumber hadis Al-Bukhari dan Muslim yang bermaksud: “Jangan kamu menjual emas dengan emas kecuali bersamaan nilaian dan timbangannya, jangan kamu melebihkan satu daripadanya di atas yang lain.

“Jangan kamu menjual emas dengan pulangan emas atau perak dengan pulangan perak kecuali (mestilah ia) dalam timbangan dan nilaian sama.”

Maka, setiap perbezaan nilai (dalam unsur ribawi) dianggap Riba al-Fadl yang diharamkan (Tahrim Wasail).

Apabila pencarum mendapat pulangan wang dengan jumlah berbeza, maka berlakulah Riba al-Fadl. Ini kerana tidak wujud kesamaan nilai dalam urusniaga dua unsur ribawi itu.

Pembayaran yang bertangguh dalam dua barangan Ribawi adalah Riba An Nasi’ah yang diharamkan secara jelas oleh Allah SWT di dalam al-Quran.

Dalam hal insurans, sudah tentu berlaku penangguhan, iaitu apabila pencarum terkena musibah, baru akan dibayar jumlah tertentu.

Prof Dr Muhd Baltaji (ulama besar di Universiti Al- Qaherah - sudah meninggal dunia) menjelaskan, kontrak insurans sama sekali tidak boleh lari daripada Riba An-Nasi’ah.

Beliau juga menegaskan, mana-mana hujah untuk lari daripada anggapan riba ini adalah helah yang tidak sah menurut pandangan syarak.

Justeru, insurans berkenaan mempunyai unsur kedua-dua jenis riba seperti dinyatakan.

Walaupun ada kalanya pencarum tidak berniat mencari keuntungan daripada carumannya, bahkan hanya untuk berasa lebih selamat terhadap keretanya, rumahnya, ahli keluarganya dan sebagainya, tetapi ia tetap dianggap riba.

Zahir urus niaga insurans tadi cukup untuk dikategorikan sebagai riba, walaupun maksudnya tidak selari dengan riba yang sebenarnya (iaitu mencari untung).

Dalam berapa banyak kes, pasti kita mendengar ada individu sengaja membakar kilangnya akibat perniagaan yang rugi atau pembunuhan ahli keluarga untuk mendapatkan wang insurans bernilai jutaan ringgit.

Riba juga boleh berlaku dengan sangat jelas apabila wang caruman itu diperniagakan oleh syarikat insurans konvensional di dalam syarikat lain dengan kadar faedah tetap yang diharamkan (biasanya di bank konvensional, bukan secara mudharabah) atau mana-mana syarikat yang bermu’amalah secara riba. Berlakulah pertambahan wang caruman tadi hasil simpanan wang berkenaan.

Malah, keadaan lebih teruk jika syarikat insurans meletakkan wang itu di dalam syarikat yang melakukan urusniaga haram seperti arak atau perjudian.

Kesimpulannya, insurans konvensional itu menjadi haram kerana ‘akad’ yang diubah itu tadi.

Insurans konvensional menggunakan akad pertukaran milik harta (Aqad Mu’awadat Maliah) yang dikira sebagai akad jual beli.

Sebagaimana perlu kita fahami, akad jual beli memerlukan penjelasan dalam urusan membabitkan penjual, pembeli, benda yang dijual dan nilainya.

Dalam konteks insurans konvensional, ia boleh diibaratkan seperti berikut, iaitu syarikat insurans mempunyai masalah dalam urusan benda yang dijual.

Ini kerana apabila si pembeli membeli jaminan wang, ia dikira pertukaran matawang dengan matawang sama (RM kepada RM).

Ketika itu, ia sepatutnya menuruti syarat ditetapkan Rasulullah SAW iaitu serah terima dan jumlah sama.

Bagaimanapun, hal ini tentu tidak berlaku kerana:
a) Si pembeli (pencarum) meletakkan wangnya hari ini, dan jumlah tertentu dan jaminan itu pula hanya akan diberi kemudian. Ini menyebabkan ulama menganggapnya Riba Nasi’ah.

b) Si pembeli juga tidak tahu berapakah nilai jaminan yang bakal diperolehnya. Walaupun nilainya dinyatakan dalam skim insurans ini, syarat akad jual beli memerlukan si pembeli mengetahui dengan tepat berapa nilai yang akan diperolehnya.

Sudah tentu ini tidak akan dapat diberitahu oleh syarikat kerana musibah belum berlaku. Justeru, di sini pula ia dianggap ‘Gharar’. Malah gharar juga di sudut pembeli yang tidak pasti adakah tahun itu ia akan berlaku kemalangan dan memperoleh benda yang dibelinya.

c) Ia dianggap judi pula kerana mempunyai elemen pertaruhan, iaitu meletakkan sejumlah wang bagi memperoleh sesuatu yang tidak pasti, dengan risiko wang yang diletakkan hangus atau tidak dikembalikan.

Pengharaman insurans konvensional disepakati ulama, antaranya As-Syeikh Al- Allamah Muhd Amin Ibn Abidin (1836), As-Syeikh Al- Imam Muhd Abu Zuhrah (meninggal dunia pada 1972, Prof Syari’ah di Universiti Kaherah, dianggap ulama terulung dalam Ilmu Fiqh), termasuk As-Syeikh Prof Dr Yusoff al-Qaradhawi.

Perlu diingatkan bahawa beberapa Nadwah, Muktamar dan mesyuarat yang menggabungkan ulama terulung seluruh dunia sudah beberapa kali diadakan. Di mana, mereka juga membincangkan mengenai kontrak insurans yang banyak diguna pakai pada masa kini.

Muktamar Agung Berkenaan Ekonomi Islam bersidang kali pertama pada 1976 di Makkah, di mana hasil keputusan mereka ialah insurans jenis perniagaan atau konvensional adalah haram. Sebab utamanya adalah ia mempunyai unsur riba dan Gharar.

Selain itu, Majlis Kesatuan Ulama Besar bermesyuarat pada 1977 di Arab Saudi turut menyatakan insurans jenis perniagaan adalah haram.

Kesatuan Ulama Fiqh Sedunia (Majma’ al-Fiqh al-Islami) yang bersidang lagi pada 28 Disember 1985 di Jeddah juga, memutuskan sekali lagi pengharaman insurans jenis perniagaan.

Majma’ Fiqh juga secara nyata mengharuskan insurans jenis kerjasama (ta’awuni) atau TAKAFUL dan mencadangkannya sebagai alternatif insurans perniagaan dan lebih digalakkan.

sumber: myMetro 12 Jun 2011

Ramai mati cepat


image from googles

GENTING HIGHLANDS: Kerajaan akan melancarkan pelan strategik kebangsaan untuk memerangi penyakit tidak berjangkit berikutan ramai yang meninggal dunia awal atau sebelum purata jangka hayat dengan mengutamakan gaya hidup sihat, kata Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, semalam.

Katanya, kadar jangka hayat untuk kaum lelaki di Malaysia adalah 71.6 tahun dan 76.4 tahun untuk kaum wanita.

Bagaimanapun, ramai rakyat Malaysia meninggal dunia dalam lingkungan 55 hingga 60 tahun akibat penyakit yang tidak berjangkit, katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis jamuan tengah hari sempena Tahun Baru Cina anjuran Genting Group di sini.

“Kematian awal adalah satu isu besar dalam negara ini dan pelan ini bukanlah hanya usaha Kementerian Kesihatan, malah akan melangkaui kementerian dan jabatan kerajaan yang lain supaya ia lebih berkesan.

“Ia adalah pendekatan kerajaan secara menyeluruh, bukan hanya Kementerian Kesihatan dan kami akan membabitkan rakyat dalam kempen kami,” katanya.

Pelan terbabit yang akan mengutamakan gaya hidup sihat akan menangani isu mencegah kegemukan berlebihan yang menjadi salah satu punca berlakunya penyakit yang tidak berjangkit.

Liow berkata, pelan terbabit yang mendapat restu Kabinet akan mempromosikan aktiviti senaman, pemakanan yang seimbang atau cara makan yang betul dan tabiat tidak merokok.

“Saya harap melalui pelan ini kita dapat mengurangkan kadar kematian daripada penyakit yang tidak berjangkit,” kata Liow yang juga mengulas kematian Anggota Dewan Undangan Negeri Kerdau, Datuk Zaharuddin Abu Kassim, 63, akibat sakit jantung kelmarin.

Liow, yang juga Pengerusi MCA Pahang, berkata Zaharuddin adalah seorang Adun yang rajin, sentiasa bersama rakyat dan kematiannya adalah satu kehilangan besar kepada Barisan Nasional.

Menteri itu, yang menyampaikan ucapan takziah kepada keluarga Zaharuddin, berkata daripada berkata 16 pilihan raya kecil yang diadakan atau akan diadakan sejak Mac 2008, 13 adalah disebabkan kematian.

Daripada angka kematian terbabit, satu berpunca daripada kemalangan jalan raya dan yang lain adalah daripada penyakit tidak berjangkit - tiga daripada kanser dan sembilan daripada sakit jantung.- Bernama

sumber: myMetro 12 Jun 2011