بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 31 Mei 2011

Doa Pendinding & Penggerak

Satu ikhtiar untuk mengelak wabak Selsema Babi (H1N1) daripada terkena kepada kita dan ahli keluarga kita, Sila amalkan doa berikut tiga kali di waktu pagi (selepas Solat Subuh) dan tiga kali di waktu malam (selepas Solat Maghrib)

Keberkesanan doa ini bergantung penuh kepada keikhlasan kita kepada Allah SWT. Jangan ada sedikit pun di hati kita keraguan kepada pertolongan daripada Allah SWT.


Keberuntungan Beramal Dengan Doa Ini:

Terhindar Daripada Bahaya

Tuan Guru Dato’ Dr. Haron Din menamakan doa ini sebagai ”Ayat Pengerak” kerana dengan membaca doa ini boleh mengerakkan hati kita untuk meneruskan atau tidak bila hendak melakukan sesuatu kerja-kerja yang berbahaya. Tuan Guru memberikan petua bagaimana untuk beramal dengan doa ini seperti berikut;

• Bila hendak memulakan perjalanan samaada perjalanan yang dekat ataupun jauh, mengembara ke tempat yang telah biasa ataupun yang belum pernah dikunjungi dan sebagainya atau untuk memulakan sesuatu pekerjaan yang mungkin biasa atau berisiko seperti masuk hutan untuk berburu, memancing, menyembelih binatang, bekerja di tempat pembinaan, dan seumpamanya, maka sebelum itu bacalah doa ini sebanyak tujuh kali. Insya’Allah, Allah s.w.t akan melindungi kita daripada segala bentuk kemudaratan, kejahatan dan bahaya yang mungkin ada di sekeliling kita.

• Jika bacaan tersekat-sekat atau terlupa atau ketika sedang membaca ada gangguan seperti gangguan telepon berdering, gangguan daripada anak-anak, gangguan daripada rakan-rakan yang menyapa dan sebagainya yang menyebabkan kosentrasi bacaan terganggu, maka berehatlah dahulu. Jangan diteruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Setelah berehat beberapa ketika, baca sekali lagi sehingga tujuh kali bacaan. Jika sekiranya bacaan tujuh kali itu lancar baru teruskan perjalanan atau pekerjaan tersebut. Jika diteruskan juga perjalanan atau pekerjaan sedangkan bacaannya tidak lancar, mengikut pengalaman Tuan Guru, kita boleh terkena dengan kemudaratan yang mungkin ada dihadapan kita.

Perlu diingatkan disini bahawa, insya’Allah kita boleh terlepas daripada kemudaratan yang dinamakan Qada’ Muaalaq iaitu ketentuan Allah yang boleh berubah dengan kita berusaha melalui berdoa kepada-Nya. Bagaimanapun jika ianya Qada’ Mubram iaitu ketentuan Allah yang tidak boleh berubah seperti mati maka kalau ajal telah tiba kita membaca doa ini seribu kali sekali pun pasti kita akan mati.

Terhindar Daripada Kemudaratan Makanan

Makanan dan minuman yang masuk ketubuh badan kita sebahagiannya mengandungi bahan kimia yang beracun. Racun tersebut tidak memberi kesan untuk jangkamasa pendek tetapi terbukti sebahagiannya memudaratkan tubuh badan untuk jangkamasa panjang. Penyakit yang begitu sinonim dewasa ini dalam masyarakat kita seperti kanser, diabetes, dan sebagainya adalah berpunca daripada makanan dan juga minuman. Untuk mengelakkan makanan yang kita makan membawa mudarat kepada tubuh badan adalah disarankan agar mengamalkan doa ini sekurang-kurangnya tiga kali sebelum menjamah apa sahaja makanan dan minuman. Insya’Allah dengan keberkatan membaca doa ini semua makanan dan minuman yang halal, yang dimakan dan diminum tidak memudaratkan tubuh badan kita.

Terhindar Daripada Sihir

Perbuatan belajar dan mengamalkan ilmu sihir hukumnya adalah syirik dan mereka yang syirik akan mendapat balasan laknat Allah s.w.t. dan mereka akan ditempatkan di dalam neraka selama-lamanya melainkan jika sempat bertaubat sebelum mati.

Kesan perbuatan sihir boleh terkena kepada sesiapa sahaja dengan izin Allah s.w.t. Ada sihir untuk tujuan kecantikan seperti memakai susuk dan kebanyakan amalan sihir adalah untuk tujuan khianat yang boleh memudaratkan seseorang dan sesetengahnya boleh membawa maut. Ada perbuatan sihir yang sememangnya ditujukan kepada seseorang kerana dorongan hasad dengki, dan ada juga yang terkena sihir dengan tidak disengajakan seperti secara tidak sengaja termakan makanan dan minuman yang mengandungi santau.

Pengalaman penulis berhenti makan dengan seorang sahabat di sebuah gerai makan. Gerai tersebut terletak di tepi jalanraya. Ketika hendak menjamah makanan, tiba-tiba pinggan kaca yang berisi nasi terbelah dua. Dalam peristiwa yang lain, sahabat penulis itu menceritakan dia pernah minum di sebuah restoran dimana gelas ditangannya pecah sebelum sempat sampai ke mulutnya. Kedua-dua kejadian ini berlaku kerana makanan dan minuman tersebut ada mengandungi sihir santau. Dia terhindar daripada mudarat sihir dengan berkat beramal dengan doa ini setiap kali sebelum menjamah makanan dan minuman.

Dalam hal yang lain pula, ada juga sihir digunakan untuk tujuan melariskan jualan makanan. Unsur-unsur bahan sihir tertentu dimasukkan ke dalam makanan yang menyebabkan sesiapa yang menjamah makanan tersebut akan merasakan masakan tersebut sungguh sedap. Dengan mengamalkan doa ini insyaAllah kita hanya akan merasa yg asal tanpa dipengaruhi faktor lain.

Terhindar Daripada Gangguan Makhluk Halus

Apabila kita pergi ke sesuatu tempat yang pada kebiasaannya tempat tersebut makhluk halus berkeliaran atau tinggal seperti di tepi tasek, di dalam hutan, di bangunan yang telah lama di tinggalkan dan sebagainya, maka kita terdedah kepada gangguan makhluk ini. Namun begitu jika kita beramal dengan doa ini insya’Allah mereka tidak berjaya untuk mengusik, manakut-nakutkan dan memudaratkan kita.

Satu perkara yang penting juga, apabila kita pulang ke rumah dari tempat yang disebutkan di atas, kadang kala makhluk itu akan mengekori kita dan masuk ke dalam rumah kita tanpa kita sedari. Jika kita mempunyai anak-anak kecil mereka mudah diganggu oleh makhluk ini, akibatnya anak kecil kita menangis tidak henti-henti. Untuk mengelakkan mereka masuk ke rumah kita, bacalah doa ini tiga kali kemudian ludah ke sebelah kiri sebelum kita masuk ke dalam rumah.

Di dalam hadis yang tersebut di atas, Rasulullah s.a.w. mengajarkan supaya membaca doa ini tiga kali, dengan itu mungkin kurang berkesan jika kita membacanya kurang daripada tiga.

Semoga artikel pendek ini memberi manfaat kepada yang membaca dan mengamalkannya, insya'Allah.

UI: Telah beramal dengan doa ini setelah keluarga ditimpa dengan kejadian yang pelik hampir 3 tahun yang lalu malah telah kehilangan 2 ahli keluarga dalam jarak yang hanya 6 bulan. Apa pun kami terima dengan redha. Allah lebih mengetahui dan kami yakin ada hikmah disebalik kejadian. Semoga kita sama-sama mengamalkannya dan terhindar daripada gangguan manusia yang bertuhankan jin. Malah semalam telah ke Darussyifa membawa adik perempuan UI pula yang terkena santau. Esok akan ke Darussyifa Bangi untuk rawatan. Semoga Allah pulihkan adik UI kerana dia masih di dalam pantang. InsyaAllah. Jika ianya perbuatan khianat manusia segalanya terserah kepada Allah


sumber : http://www.darussyifa.org

Sabtu, 28 Mei 2011

Rakaman 360: Tragedi Tanah Runtuh Hulu Langat


Baru-baru ni UI baru berkesempatan melihat di YouTube rakaman rancangan 360 dari siaran TV3 berkenaan dengan tragedi tanah runtuh Rumah Anak-Anak Yatim dan Madrasah At-Taqwa. Sebelum ni hanya dapat melihat sedikit sahaja sewaktu berada dirumah mak UI.

Dapat tahu dari AI yang antara mangsa di dalam tragedi ini adalah anak kepada rakan kerja UI&AI sewaktu di OGP dahulu iaitu Fatimah Zakaria (bertudung purple di dalam video) yang bernama Mohd Iman Fahad (9 tahun) Turut menjadi mangsa adalah adik beliau yang kini berada di ICU kerana sebelah kakinya telah dipotong kerana tercedera. Seorang lagi adik beliau selamat dalam kejadian kerana kurang sihat dan berada di dalam asrama.

Semoga beliau dan keluarga tabah menghadapi dugaan ini. UI sedih dan menangis melihat rakaman ini.
Al-fatihah buat mangsa yang telah terkorban dan kepada yang masih berada dihospital semoga mereka beransur sihat dan tabah di atas ujianNya.

Jumaat, 27 Mei 2011

Buah Hawa @ Zuriat

inilah rupa buah hawa / zuriat yg AI beli

Salam pagi Jumaat... pernah dengar buah hawa / zuriat?? UI baru pertama kali tahu dan kenal. AI selalu pergi beli teh Arab di kedai orang Mesir. Dia tengok ada orang beli buah ni.. jadi dia tanya pada penjual (orang Mesir).. Dia kata buah ni untuk orang yang susah nak dapat zuriat atau hamil. Suami isteri kena makan. Buah ni keras, nak potong dengan pisau pun tak boleh.. keras macam buah pokok getah. AI kata nak makan kena rendam lepas tu baru kupas kulitnya. Ada orang ajar rebus tapi ada yang kata cara macam tu tak berapa bagus mungkin zatnya dah berkurangan bila dah rebus. UI belum berkesempatan nak makan lagi.. dah 3 hari AI beli.. mungkin esok baru nak cuba.. jadi tak bolehlah nak beritahu macamana rasanya..


sambil beli buah hawa AI beli garam ni di kedai orang Arab tersebut. AI kata garam ni bagus tak masin sangat.. dah masuk umur 40an ni AI berjaga-jaga soal makan. Beringat sebelum sakit ;)

Isnin, 23 Mei 2011

Wajah-wajah mangsa sebelum kejadian tanah runtuh

Allah lebih menyayangi mereka... Al-fatihah

Senarai nama yang terkorban menurut nama panggilan mangsa di rumah anak yatim berkenaan:
1. Azrel (8) 
2. Nael (8)
3. Shahrul (9)
4. Boboy (10)
 5. Farid (34) 
6. Eqim * 
7. Zaim * 
8. Angah * 
9. Rahimi * 
10. Zaid Ashwal (18)

Sembilan yang terselamat iaitu: 
1. Khairul (9) 
2. Hairis * 
3. Harris * 
4. Akmal * 
5. Aizat * 
6. Alaudin * 
7. Irwan (33) 
8. Din (30) 
9. Syafiz (22)

Enam yang masih tertimbus ialah: 
1. Riz (9) 
2. Lokman (11) 
3. Fahad (9) 
4. Aiman (10) 
5. Hazim (9) 
6. Hasril (11)

* umur tidak diketahui

UI: info dari myMetro

Ahad, 22 Mei 2011

Kejadian tanah runtuh: Rumah Anak-Anak Yatim & Hidayah At-Taqwa



Salam takziah buat semua mangsa yang terlibat... hanya Allah yang lebih mengetahui...


Untuk membaca kisah kejadian tanah runtuh ni bolehlah melawat blog saudara Zhafran Fauzi melalui link di bawah




Semoga roh mereka dicucuri rahmat olehNya dan ditempatkan di dalam golongan orang-orang yang beriman
Insyaallah

Jumaat, 20 Mei 2011

Naufal N Nureen 2nd Giveaway


UI Join GA

Sesiapa yang nak join sila click link di atas

Tarikh tutup: 15 jun 2011 jam 11.59mlm

Rakan Tag: zagcoklat & zalinzalina

Sertai Peraduan dan Menangi room makeover worth RM5000 from Nippon Paint



Sounds like something you can only dream of? Well, let us make your dream come true! Say hi to the brand you go to when you need a splash of colour to your humble abode – Nippon Paint! Nippon Paint understands the difference our surroundings have on our mood; there’s a reason why babies’ bedrooms are painted pastel, calming colours… and our office is a very bright and happy orange :D Besides that, your room should also represent you and your personality, so all the more reason a bland white wall for your room just won’t do.

Which is why Nippon Paint is offering 3 lucky Nuffnangers the chance to makeover their room! If you’re dying for a change and want to give your room the makeover it deserves, here’s what you need to do:

  • Write a blog post and tell us why you like Nippon Paint in not less than 100 words
  • Complete the following sentence: “I like Nippon Paint because…” and use it as the title of your blog post
  • Include at least ONE picture of you with the room that you would like to makeover!
  • Include a link to the Nippon Paint Blobbies Facebook page at http://www.facebook.com/nipponpaintblobbies.
  • Once you’re done, simply submit your entry using the form below and… well, cross your fingers for your entry to be selected!
  • The deadline for submissions is 11.59 pm, 14 June 2011 (Tuesday).
The 50 most creative blog entries will receive one cute Blobby plush toy each that you can use to decorate your bed with! :D





Best of all, the top THREE (3) blog entries will also be walking away with fantastic prizes as below:
Grand Prize: Room makeover worth RM 5000
Second Prize: Paint job worth RM 3000
Third Prize: Paint job worth RM 2000


Untuk sertai peraduan ini sila click > http://www.nuffnang.com.my/blog/2011/05/19/nippon-paint/


UI: Selamat Mencuba! sedang cari mood dan idea untuk sertai peraduan ni...

Bencana budaya gosip



ZAMAN sekarang, gosip seakan-akan budaya kukuh sehingga orang tidak lagi menganggapnya sebagai larangan dalam agama. Malah, ada yang memandangnya sebagai satu gurauan atau gimik dalam melariskan sesuatu perkhidmatan atau produk ataupun bertujuan menjatuhkan seseorang yang lain.

Sebenarnya gosip juga termasuk dalam kategori mengumpat dan ada kalanya lebih kepada berbaur fitnah. Jadi, jelaslah ia sangat bertentangan dengan ajaran Islam.

Memperkatakan mengenai keaiban seseorang lain lalu dijadikan bahan gosip sehingga orang ramai mengetahui adalah satu perbuatan mencemarkan maruah dan peribadi insan lain. Secara tidak langsung masyarakat akan mempercayai apa yang digosipkan. Meskipun bahan gosip tersebut memang benar-benar berlaku ia tetap dilarang syarak untuk didedahkan kepada orang lain.

Dulu syaitan menanam jarum halus melalui perantaraan lisan manusia saja, tetapi pada masa kini syaitan berjaya pula menjebak manusia ke kancah dosa dengan perantaraan tulisan atau bahan berita sensasi yang banyak menimbulkan rasa kurang senang pada pihak yang digosipkan. Sama ada kita mengumpat dengan mulut mahupun tulisan semuanya sama saja kategorinya iaitu melakukan mungkar. Tetapi perbuatan mungkar sebegini dipandang remeh sehingga ia menjadi satu budaya pula dalam masyarakat.

Masyarakat Islam seharusnya sedar mengenai dosa melakukan gosip dan mesti menghindarinya kerana gosip melalui bentuk penulisan adalah satu budaya tiruan dunia Barat. Di Barat memang mereka khususnya dalam dunia hiburan diwarnai dengan bahan sensasi murahan dan dipenuhi dengan berita gosip, tetapi kita sebagai umat Islam tidak sewajarnya mengikut apa yang jelas berlawanan dengan kehendak agama.

Ada pula yang sampai sanggup mengatakan jika tiada berita gosip maka ‘tak ummp lah.’ Hakikatnya, sama ada tak ummp atau ummp, amanah memelihara lidah dan anugerah bakat penulisan mesti dijaga agar sejajar dengan perintah Allah. Lidah kita yang lembut bukan untuk memperkatakan keburukan orang lain. Demikian juga dengan bakat menulis, bukan dikurniakan Allah untuk kita menulis berita yang berunsurkan fitnah dan gosip.

Terdapat dua kemungkaran dalam sesuatu gosip, iaitu dosa mengumpat dan dosa memfitnah. Bayangkan bagaimana berdosanya si pelaku gosip yang mendapat dua dosa sekali gus dalam satu perbuatan. Nabi s.a.w pernah menceritakan gambaran orang yang mengumpat pada malam Baginda diisrakkan.

Golongan yang suka mengumpat diperlihatkan kepada Rasulullah sedang mencakar kulit mukanya dengan kuku. Begitulah balasan orang yang suka mengumpat, tetapi gambaran seperti itu langsung tidak memberikan kesan kepada sesetengah manusia. Manusia pada hari ini berasa jika tidak memperkatakan hal keburukan orang lain seakan sunyi dunia dan kurang bererti dalam kehidupan seharian. Maka jadilah mengumpat itu perkara biasa yang tidak perlu dikhuatirkan. Bilakah agaknya masyarakat kita mampu melenyapkan amalan mengumpat?

Walaupun perbuatan mengumpat itu tidaklah seperti ketagihan rokok atau dadah yang memberi impak negatif kepada anggota badan, namun ia merosakkan jiwa dan meruntuhkan nilai kemanusiaan. Bersabit dengan unsur memfitnah dalam gosip, itu kerana ia mungkin menyelitkan bahan penceritaan yang direka-reka.

Sebenarnya, Nabi sudah memberitahu kita akan munculnya gejala hal fitnah-memfitnah dalam masyarakat Islam. Sabda Nabi, “Akan muncul suatu ketika di mana ilmu Islam dihapuskan, muncul pelbagai fitnah, berleluasanya sifat kedekut dan banyak berlaku jenayah.” (Hadis riwayat Muslim)

Jelaslah apa yang Nabi nyatakan itu sudah ketara terjadi sehingga menjadi budaya dalam masyarakat Islam. Malah, Nabi memberikan amaran bahawa golongan yang terlibat dengan amalan fitnah itu tidak masuk syurga jika tidak bertaubat dan insaf dengan salah lakunya.

Sabda Nabi, “Tidak masuk syurga orang yang suka menyebarkan fitnah.” (Hadis riwayat Bukhari).

Sepatutnya kita sebagai orang Islam menutup aib orang lain dan bukan menjadikannya bahan gosip. Inilah ajaran Islam dan sifat inilah yang mesti kita ikutkan. Rasulullah ada mengatakan, “Sesiapa yang menutup keaiban seseorang Muslim, nescaya Allah akan menutup keaibannya di dunia dan akhirat kelak. (Hadis riwayat Bukhari)

Ada pula yang sesetengahnya membahagikan gosip itu kepada dua kategori iaitu gosip biasa dan gosip liar. Sebenarnya mana ada gosip yang tidak liar? Semuanya liar. Justeru, sebagai umat Islam, kita kena kembali bermuhasabah diri sama ada kita pernah terbabit dengan perbuatan gosip dan jika kita pernah berbuat seperti itu, kita wajib bertaubat dan memohon maaf kepada orang yang digosipkan. Ini saja kaedah terbaik untuk kembali ke jalan yang benar.

Wahai Mukmin yang dicintai Allah, hayatilah wasiat Saidina Ali Abi Talib, “Seandainya kamu menyampaikan keburukan saudaramu, jika itu benar, maka bererti kamu sudah membuka aib saudaramu dan jika itu salah, maka kamu sudah melakukan fitnah.”

Begitu juga saudaraku sekalian, Nabi juga ada mengatakan, “Hendaklah kamu selalu benar. Sesungguhnya kebenaran membawa kepada kebajikan dan kebajikan membawa ke syurga. Selama seseorang benar dan selalu memilih kebenaran, dia tercatat di sisi Allah seorang yang benar (jujur). Berhati-hatilah terhadap dusta, sesungguhnya dusta membawa kepada kejahatan dan kejahatan membawa kepada neraka. Selama seseorang dusta dan selalu memilih dusta, dia tercatat di sisi Allah sebagai seorang pendusta.” (Hadis riwayat Bukhari)

Begitulah prihatinnya Nabi yang tidak putus-putus semasa hayat Baginda mengingatkan umatnya agar menjauhi menuturkan kata-kata keji, berdusta, mengumpat dan fitnah. Namun, semua tegahan dan pesanan Nabi dipandang sepi dan tidak melekat di hati. Insaflah saudaraku, bahawa setiap apa yang kita lakukan di dunia ini akan dihitung satu persatu di akhirat kelak.

Tiada satu benda pun yang tertinggal. Semuanya akan dihisab di mahkamah keadilan Allah. Justeru, saya menyeru diri sendiri dan saudaraku sekalian, marilah kita membersihkan diri dengan sebersih-bersihnya daripada kotoran dosa.

UI: Info dari myMetro

Selasa, 17 Mei 2011

Iman sudah pandai berjalan

antara aksi iman yang sedang berjalan

baru pandai.. buka langkah pun besar takut jatuh..

Bila dah pandai jalan.. asyik nak jalan je.. apa pun syukur cepat juga dia pandai berjalan (10 bulan).. AI dah tak sabar nak bawa dia pergi surau dan jogging.. jangan tinggalkan ummi ya.. ummi nak ikut juga

Isnin, 16 Mei 2011

Jom join GA "SAYA SUKA KUIH"


Dah lama tak join GA.. kali ni rasa terpanggil nak join GA ni.. agak2 apalah givenya ya.. apa pun tunggu dan lihat jelah ya.

Kenapa UI suka makan kuih? Petang2 kalau terasa lapar mesti nak makan kuih.. 
ok tak jawapan tu Sis Ina?

Sesiapa yang berminat sila click link di bawah:
http://zalinzalina.blogspot.com/2011/05/giveaway-saya-suka-kuih-sempena.html
GA ni sempena blog baru.. sesiapa yang nak resepi kuih bolehlah dapatkan di sini atau minta sebarang petua nak buat kuih supaya lebih sedap. (UI selalu masak kuih segera je.. :D manalah tau lepas ni uli sendiri)

UI nak pelawa rakan2 blogger join GA ni terutama:

Tarikh Tutup: 13 JUN 2011

Ahad, 15 Mei 2011

Kes Simbah Asid

lakaran gambar suspek simbah asid
Gambar suspek simbah asid


KUALA LUMPUR: Polis hampir mengenal pasti dua suspek lelaki kes simbah cecair yang dipercayai asid menerusi rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di beberapa lokasi kejadian itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman, Datuk Seri Mohd Bakri Zinin, berkata pengecaman itu hampir tepat hasil rakaman berkenaan dan keterangan mangsa yang melihat kelibat lelaki terbabit.

“Suspek dianggarkan berumur 20-an dan 30-an, berkulit gelap, seorang berbadan gempal manakala seorang lagi kurus yang menggunakan dua motosikal ketika melakukan jenayah itu,” katanya dalam lawatan ke Pusat Temuduga Kanak-Kanak (CIC) di sini, semalam.

Beliau berkata, sehingga kini, terdapat 22 kes simbah cecair dipercayai asid berlaku di Lembah Klang dengan 70 peratus daripada kes itu dilakukan berseorangan manakala 30 peratus lagi secara berpasangan.

“Melalui siasatan dan rakaman serta keterangan mangsa dan saksi kejadian, polis percaya jenayah terbabit dilakukan suspek sama,” katanya yang enggan mengulas lanjut identiti sebenar suspek.

Menurutnya, hasil siasatan mendapati cecair digunakan suspek bahan yang sukar didapati termasuk di kedai peralatan pertukangan mahu pun pembinaan.

Kejadian simbah cecair dipercayai asid bermula 9 Februari hingga 27 Mac lalu dengan 18 kes berlaku di Kuala Lumpur sebelum kejadian itu reda seketika.

Terbaru, Harian Metro melaporkan lima wanita menjadi mangsa terbaru kes serangan asid dengan seorang daripadanya dikhuatiri buta manakala empat lagi cedera ringan di muka dan badan.

sumber dari sini

Rabu, 11 Mei 2011

Okay, let's make a deal. I win the iPad 2, you win the movie passes. Win-win for both of us right? #Churp2race

Saja nak join contest ni untuk dapatkan iPad 2... jadi sesiapa yang sudi tolong sila click link di bawah. 
Okay, let's make a deal. I win the iPad 2, you win the movie passes. Win-win for both of us right? #Churp2race
Terima kasih. Kalau anda berminat sila join ChurpChurp dan buat perkara yang sama dengan share link ini http://www.churpchurp.com/share/thegreatrace/

iPad 2, Blackberry Bold 3, iPod touch and movie passes
hadiah2 yang bakal dimenangi... join me and start yours... Good Luck! Tinggal 9 hari sahaja lagi...

Selasa, 10 Mei 2011

Kenapa Hari Ibu Haram??


Saya edit apa yang saya tulis sebelum ni. Pada yang search dan baca entri ini, saya harap ianya sekadar perkongsian maklumat mengenai asal usul sambutan hari ibu. Ada ulamak mengatakan tidak salah menyambutnya kerana cara sambutan kita dan mereka berbeza. Serta tidak salah juga meraikan ibu yang susah payah melahirkan dan membesarkan kita. Terpulang kepada masing-masing. Bagi saya sendiri, memang jarang sambut hari-hari tertentu yang istimewa. Seperti hari jadi, anniversary dan sebagainya. Keluarga saya memang jarang menyambutnya. Baik sebelah saya ataupun suami. Bukan tidak menghargai tapi kami tidak memerlukan tarikh yang tertentu untuk meraikannya.

Sejarah hari ibu telah dikenalpasti sebagai perayaan musim bunga orang-orang Greece, sebagai penghormatan terhadap Rhea, ibu kepada tuhan mereka. Pada tahun 1600 orang-orang England merayakan hari yang mereka namakan sebagai "Mothering Sunday". Ia dirayakan pada hari Ahad keempat setiap Lent. Lent adalah tempoh masa selama 40 hari samada dalam bulan Februari atau Mac. Dalam tempoh ini, sebahagian orang-orang Kristian akan berhenti melakukan atau memakan makanan tertentu atas alasan agama. Amalan tersebut adalah sebagai penghormatan mereka terhadap Mother Mary. Mother Mary adalah Maryam, ibu kepada Nabi Isa Alaihissalam atau Jesus yang mereka anggap sebagai tuhan.

Dalam tempoh tersebut juga, kebanyakan rakyat England yang faqir dan miskin, akan bekerja sebagai pembantu rumah. Mereka sanggup keluar jauh meninggalkan keluarga kerana percaya bahawa Jesus akan memberikan kekayaan dan kesenangan dalam tempoh tersebut. Menjelang hari Ahad keempat, mereka digalakkan untuk bercuti oleh majikan, dan pulang ke kampung untuk bertemu dengan ibu. Setiap ibu akan dihadiahkan dengan Mothering Cake atau kek hari ibu sempena perayaan tersebut.

Amalan dan tradisi ini menular ke seluruh dunia dan ia kini disambut sebagai penghormatan kepada Mother Church. Mother Church dianggap sebagai kuasa spiritual yang agung yang memberi manusia kehidupan dan memullihara mereka dari sebarang kecederaan. Sejak dari itu, perayaan Mothering Sunday telah diadun dengan upacara kegerejaan. Penghormatan mereka terhadap ibu sama taraf dengan penghormatan mereka terhadap gereja.

Di Amerika Syarikat, Hari Ibu disambut seawal 1872 hasil ilham Julia Ward Howe. Beliau adalah seorang aktivis sosial dan telah menulis puisi " The Battle Hymn of The Republic" (TBHoTR). TBHoTR telah dijadikan lagu patriotik yang popular di kalangan warga Amerika. Ungkapan "Hallelujah" dalam bait-bait lagu tersebut menyerlahkan lagi sentuhan Yahudi dan Zionis dalam mencaturkan politik dunia.

Pada tahun 1907 Anna Jarvis dari Philadelphia telah memulakan kempen untuk melancarkan Hari Ibu. Beliau telah berjaya mempengaruhi Mother's Church di Grafton, West Virginia agar meraya dan meraikan Hari Ibu pada hari ulang tahun kedua kematian ibunya, iaitu pada hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Semenjak dari itu, Hari Ibu dirayakan saban tahun di Philadelphia.

Anna Jarvis, dan pendokong-pendokongnya telah menulis surat kepada menteri, golongan peniaga dan ahli-ahli politik agar Hari Ibu disambut secara meluas di seluruh wilayah. Matlamat mereka telah berjaya sepenuhnya pada tahun 1911 apabila hari tersebut disambut oleh hampir keseluruhan wilayah Amerika. Pada tahun 1914, Presiden Woodrow Wilson, secara rasminya telah mengisytiharkan Hari Ibu sebagai Hari cuti umum dan mesti raikan pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei. Biarpun sebahagian besar negara-negara di dunia menyambutnya pada hari yang berlainan, tetapi negara seperti Denmark, Finland, Itali, Turki, Australia, dan Belgium masih merayakannya pada setiap hari Ahad kedua dalam bulan Mei.

Sumber : http://www.mothersdaycentral.com/about-mothersday/history/

Rujukan lain sebagai panduan: http://www.zaharuddin.net/senarai-lengkap-artikel/38/475-mothers-day-from-islamic-perspective.html

Dapat Voucher dari Google AdWords


Tak ingat bila dapat surat dari Google ni.. tapi terkejut jugalah bila buka dan baca.. excited dapat free voucher. Tapi bila nak buat iklan still kena bayar rm40 for activation. Erm.. Saya pun abaikan.. takde apa yang nak diiklankan.

Nak tau blogger lain dapat juga ke surat macam ni??

Jumaat, 6 Mei 2011

Selamat Hari Ibu

bersama mak di waterfront Kuching, Sarawak

Sempena hari ibu hari ini saya harap bukan untuk hari ini sahaja kita menghargai ibu kita. Dari saat kita dilahirkan hingga hembusan nafas terakhir kita wajib menghargai, menghormati dan menyayanginya walau siapa pun ibu kita.

Remaja hari ini bila sudah pandai berkawan sanggup melupakan ibu mereka kerana seronok berkawan. Tak terlintas ke difikiran mereka 'kawan' mereka yang sebenar adalah ibu mereka sendiri. Tanpa ibu siapalah mereka.

Kita akan lebih terasa dan terfikir tentang pengorbanan seorang ibu membesarkan anak-anak bila kita sendiri melalui proses yang sama. Betapa besarnya kesabaran dan pengorbanan mereka dalam melaksanakan tanggungjawab membesarkan kita.

Andai ada yang berkata ibu mereka bukan seorang yang baik dan dia tak patut hormat. Itu sama sekali tidak wajar dari segi agama. Saya nak share kisah yang berlaku di zaman Nabi Musa. Saya ada baca sebelum ni dari blog PakarHowTo. Semoga ianya menjadi pengajaran dan tauladan bagi mereka yang mengabaikan kedua ibubapa mereka.



ini pula video yang buat saya tersentuh dan menitiskan airmata

Khamis, 5 Mei 2011

Jangan mudah terpedaya



Saya rasa hairan dengan mereka yang mudah terpedaya dengan helah orang 'kulit hitam' ni. Rasanya dah banyak sangat kes tentang penipuan seperti ini. Beberapa tahun sebelum ni kakak kepada biras saya pun terkena, berkenalan melalui internet dan alasannya ada duit di Sudan tapi tidak boleh di bawa keluar. Tapi yang peliknya dia suruh bank in (beberapa ribu) ke dalam akaun dia. Nampak sangat tipukan?

Kes penipuan lain... saya ada juga dapat sms laptop hasil rampasan kastam hendak dijual dengan harga rm900. Kalau nak kena bank in duit ke dalam akaun dia. Saya cakap kalau betul jumpa bawa barang baru bagi duit. Macam-macam alasan dia bagi barang tak boleh bawa keluarlah. Dia bagi nombor kad pengenalan dialah (setakat bagi nombor kp melalui sms boleh ke nak percaya). Akhirnya saya biarkan sahaja.. tak lama lepas tu keluar dalam newspaper tentang penipuan ni. 

Pernah sekali di Tesco Bukit Tinggi ada 3 orang berdiri di pintu suruh pilih kad (macam lucky draw), siap tunjuk suratkhabar siapa yang pernah dapat sebelum ni. AI punya tak dapat apa-apa, tapi saya dapat (berapa ratus ribu.. tak ingat). Saya malas nak layan lagipun tak sihat masa tu, tapi AI cakap baiklah tunjuk tempatnya. Sampai di lokasi (Bayu Perdana) AI nampak ada 2 orang tunggu di bawah (office di atas) terus AI suruh saya pergi ke kereta, budak lelaki tadi terpinga-pinga (nasib diorang tak kejar). Sama juga akhirnya keluar di suratkhabar. Cabutan bertuah tapi kena bayar duit.. rasa-rasanya masih ingat lagi ada seorang perempuan habis sampai 30 ribu semata-mata nak dapatkan kereta. Sebenarnya syarikat tu menjual barang-barang elektrik. Cabutan yang pelanggan dapat tu hanyalah tarikan untuk orang datang ke tempat mereka. Kalau dah masuk office memang kena paksa bayar untuk dapat barang. Tak boleh lepas macam tu sahaja. 

Jadi saya harap sangat janganlah mudah percaya dengan sesuatu yang ditawarkan, banyak muslihat disebaliknya. Banyak juga email yang masuk dalam inbox tawar macam-macam. Mereka yakin orang mudah tertarik dengan tawaran yang diberikan. Yang bulat tak datang bergolek dan yang pipih tak datang melayang (harap faham apa saya maksudnya)
Oleh Nur Lela Zulkipli
am@hmetro.com.my

SHAH ALAM: Kelicikan satu sindiket penipuan didalangi Awang Hitam menggunakan laman sosial facebook dengan memperdaya wanita hingga mangsa kerugian RM1.1 juta, akhirnya tumpas apabila markas sindiket itu diserbu polis, petang kelmarin.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Syed Ismail Syed Azizan, berkata dalam Ops Tiong itu, polis menahan dua lelaki warga Nigeria berusia 23 dan 29 tahun di kediaman suspek di Desa Aman Puri Kepong di ibu negara.
Turut ditahan, katanya, pekerja mereka iaitu dua lelaki Bangladesh dan dua wanita warga tempatan berusia antara 27 dan 33 tahun.

“Pada awal Mac lalu, mangsa, wanita bujang berusia 48 tahun berasal dari Kota Kinabalu, Sabah dan bekerja sebagai eksekutif akaun mendakwa berkenalan melalui laman facebook dengan suspek utama warga Nigeria itu yang menyamar menggunakan nama Alek Bob yang kononnya berasal dari Britain.

“Selepas beberapa hari berkenalan, suspek memperdaya mangsa dengan memberitahu dia mendapat kontrak perniagaan dengan syarikat Petronas di Terengganu dan kononnya mempunyai pembayaran daripada Petronas berjumlah RM4.6 juta, tetapi tidak mempunyai akaun di Malaysia.

Rabu, 4 Mei 2011

Pentingnya link dalam blog



Saya cuma nak share sedikit mengenai pentingnya link kepada seorang blogger untuk yang belum tahu. Saya pun masih belajar. Kalau ada sesiapa nak tambah silakan.
  1. Pastikan kita letak alamat web kita bila kita menulis sesuatu di shoutbox. Senang untuk blogger lain access ke dalam blog kita hanya dengan menekan nama yang kita paparkan di situ.
  2. Edit user profile (dashboard) dan masukkan homepage URL alamat blog. Blogger lain boleh access dengan click di gambar profile kita.
Ini kerana ada follower yang UI tak dapat nak trace blog mereka.