بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 28 April 2011

Iman join Pelangi Super Baby Photo Contest

Kali ni UI masukkan Iman dalam Pelangi Super Baby Photo Contest. Sesiapa yang sudi bolehlah tolong vote untuk Iman dengan menekan 'like' melalui link di bawah. Sebelum tu kena like PelangiBooks terlebih dahulu. Terima kasih jika sudi 'like' untuk Iman.



Sesiapa nak join pun boleh. Caranya seperti yang dinyatakan di facebook:

~*Pelangi "SUPER BABY" Photo Contest*~ No purchase proof needed, it's EASY! Just JOIN & WIN prizes up to RM1100! :) ▀▄▀▄ HOW TO PARTICIPATE ▄▀▄▀ 1. Be a fan of “PelangiBooks” Facebook Page by clicking the “LIKE” button. 2. Email us the complete details* and ONE recent photo of your baby (within 3 months) to entitled “Pelangi Super Baby Photo Contest”. 3. We will publish all babies' photo on "PelangiBooks" Facebook Fanpage, and once it's published, you can start VOTING! :) *Entrant's name Baby's name Baby's D.O.B E-mail Address ▀▄▀▄ 如何参赛 ▄▀▄▀ 1。在“PelangiBooks”的粉丝团网页上方按“赞”成为粉丝。 2。将详细的个人资料,宝宝资料*和选一张您宝宝近期3月的单人照 电邮至 contest@pelangibooks.com, 并注明“彩虹超人气宝宝竞赛”。 3。主办单位把收到的宝宝照片和宝宝资料上传在指定相册后,各位参赛者就可以开始在宝宝照片投票了。 *参赛者姓名 宝宝姓名 宝宝出生日期 电邮地址 ▀▄▀▄ HOW TO VOTE ▄▀▄▀ STEP 1: Be our fan at “PelangiBooks” Facebook Page by clicking the “LIKE” button. STEP 2: Now you can VOTE! Just click "LIKE" on your favourite photos and VOTE! STEP 3: To share your photo with your friends, simply just click “SHARE” at the bottom right of the photo and it will post to your profile’s wall. Now you can encourage your friends to vote for your favourite Pelangi Super Baby! ▀▄▀▄ 如何投票 ▄▀▄▀ 第1步骤:在“PelangiBooks”的粉丝团 网页上方按“赞”成为粉丝。 第2步骤:在你最喜欢的有关照片下方按“赞”按钮,就可以开始投选了。 第3步骤:如果想分享照片到自己的网页上,请在有关照片的右下方按“分享”按钮,便可呼吁更多朋友来投选您宝宝的照片。 The Contest start NOW and will end at 4th JULY 2011, 5pm. 此竞赛即在现在开始开放至2011年7月4日。
By: PelangiBooks

Selasa, 26 April 2011

Atasi marah dan panas baran dalam islam


image from google search

Semalam dan hari ni keadaan diri agak kurang stabil kerana faktor sekeliling dan juga diri yang hilang pertimbangan akibat kepenatan. Apabila kita marah syaitan mudah untuk menggoda kita melakukan perkara-perkara yang tidak baik. Betul tak? biasanya terjadi macam tu kan. Lepas kita tersedar baru kita terfikir apa yang kita lakukan tadi adalah tidak betul. Perhatikan bila orang marah keadaan diri seperti hilang pertimbangan. Di waktu itulah orang akan melihat sikap sebenar seseorang.

Cara mengatasi marah dalam Islam ialah:
  1. Mengubah Posisi - Rasulullah s.a.w bersabda: “Apabila salah seorang di antara kamu marah, dan ketika itu ia dalam kedudukan berdiri, maka hendaklah ia duduk. Kerana hal itu akan menghilangkan marahnya. Dan kalau tidak, maka hendaklah ia berbaring.” (Riwayat Muslim)
  2. Berwuduk - Rasulullah s.a.w bersabda: “Marah itu datangnya daripada syaitan, dan syaitan itu diciptakan daripada api, sedangkan api itu hanya dipadamkan dengan air. Oleh itu apabila salah seorang di antara kamu marah, maka hendaklah ia berwuduk” (Hadis Riwayat Abi Daud) .
  3. Minum air.
  4. Mendiamkan diri ketika marah.. banyakkan istighfar di dalam hati.
  5. Berlindung kepada Allah daripada syaitan.
  6. Meluahkan perasaan dan masalah dalam keadaan masa dan tempat sesuai.
  7. Berfikiran positif.
  8. Belajar menyampaikan kemarahan secara positif dan terhormat; elakkan daripada memekik atau bertindak garang.
  9. Bawa bertenang seperti menarik nafas.
  10. Senyum kerana senyuman mampu meredakan tekanan.

UI: sumber dari websabah

Jumaat, 22 April 2011

Kejar keberkatan rezeki halal


gambar ihsan: shaffik.com

Akhir-akhir ini... AI banyak dugaan dari segi kerja. Ramai yang cuba sekat rezeki AI. Tapi saya yakin rezeki itu datangnya dari Allah, walau apa pun halangannya kalau Allah kata ia milik kita insyaallah akan tetap jadi milik kita. Tapi jika bukan milik kita tiada siapa yang menghalangpun ia tetap takkan jadi milik kita. Tak guna memarahi orang yang cuba sekat peluang kita, sebaliknya kita kenalah cari alternatif atau peluang lain kerana diri kita sendiri yang menentukannya. Takkan nak tunggu rezeki yang disekat tanpa cuba keluar dari masalah tersebut.

Hidup mesti diteruskan yang penting usaha... zaman sekarang ramai yang suka meminta-minta. Saya sekarang bukan macam dahulu yang pemurah memberi wang pada yang meminta. Nampak macam kejam walau dalam hati rasa kasihan. Tapi saya sentiasa ingat pesan agama kita yang tidak suka pada orang yang suka meminta-minta. Kami dah lalu.. semakin kita bagi semakin galak orang meminta.. Itu satu pengajaran buat kami. Saya kongsikan artikel daripada News@Feryco / feryco.com (banyak info-info yang menarik di dalamnya) juga ada akaun Facebook

ALLAH menjamin rezeki makhluknya. “Dan, tidak ada suatu binatang melata pun di bumi, melainkan Allahlah yang akan memberi rezekinya.” (Surah Hud ayat 6).

Sumber rezeki sangatlah luas dan dalam. Seluas bentangan bumi dan kedalaman samudera. Setiap jengkal hamparan bumi dan laut terdapat rezeki yang boleh dicari. Masalahnya, kerap kali manusia lebih berorientasi menunggu rezeki daripada menjemputnya. Mereka lebih mementingkan selera peribadi dalam memilih sumber rezeki yang mana mahukan sesuatu rezeki itu datang tanpa berusaha mendapatkannya.

Islam menekankan setiap Muslim supaya bekerja keras mencari rezeki dengan menggunakan semua potensi dan kekuatan tulang empat kerat. Elakkan daripada meminta secara haram. Ambillah iktibar daripada kisah sebuah hadis riwayat Imam Al-Bukhari yang menceritakan berkenaan Hakim bin Hizam yang sering meminta-minta kepada Rasulullah. Setiap kali dia meminta kepada Rasulullah, Baginda akan memberikannya. Namun setelah tiga kali dia datang meminta, Baginda bersabda: “Wahai Hakim, sesungguhnya harta di dunia ini memang indah dan manis, barang siapa yang mengambil harta di dunia dengan hati yang lapang yakni tidak bercampur dengan sifat ketamakan, nescaya akan dilimpahkan keberkatan dalam hartanya itu, tetapi barang siapa yang mengambil harta dunia dengan ketamakan, pasti tidak ada keberkatan dalam harta yang diperolehinya itu. Orang yang sedemikian ini adalah ibarat orang yang makan dan tidak pernah kenyang perutnya. Tangan yang di atas adalah lebih baik daripada tangan yang di bawah iaitu orang yang menerima pemberian berkenaan.”

Setelah Hakim mendengar akan teguran dan nasihat Rasulullah berkenaan sikapnya yang suka meminta-minta, sejak dari itu dia tidak lagi meminta-minta kepada sesiapa pun meskipun dia berada dalam kekurangan.

Inilah sikap terpuji yang patut dicontohi oleh kita semua. Janganlah kita menjadikan sebab kekurangan hasil pendapatan sebagai alasan untuk meminta-minta bantuan semata-mata bagi memenuhi keperluan hidup yang tidak mencukupi. Namun apa yang menyedihkan pada masa ini terdapat sebilangan orang yang meminta-minta wang daripada keluarga, jiran atau rakan, ataupun ke rumah orang yang tidak dikenali.

Ada juga di antara mereka meminta-minta kepada pihak tertentu untuk mendapatkan bantuan kewangan dan lebih mendukacitakan terdapat juga segelintir orang yang tanpa segan selalu meminta wang daripada orang ramai di tempat awam seperti di kompleks beli-belah atau restoran dengan alasan hasil pendapatan yang diperoleh tidak mencukupi untuk menampung keperluan hidup.

Rezekinya halal tetapi caranya tidak betul. Walaupun seseorang itu ditakdirkan oleh Allah untuk menjadi orang miskin atau fakir, namun mereka tetap tidak digalakkan untuk meminta-minta.Ini berdasarkan kepada sabda, dari Imran bin Husin berkata: Rasulullah S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah menyayangi hamba-Nya yang beriman yang miskin, yang tidak suka meminta-minta sedangkan dia mempunyai anak yang ramai.” (Riwayat Ibnu Majah). Renunglah, betapa orang miskin lagi tidak digalakkan meminta-minta, apatah lagi orang yang berkemampuan. Sebagai hamba Allah kita hendaklah sentiasa bersyukur dan reda ke atas rezeki yang dikurniakan Allah.

Allah melarang kita daripada bersifat tamak dan haloba kepada harta benda sehingga sanggup mencari harta dengan cara meminta-minta. Sebagaimana hadis riwayat Imam Al-Bukhari daripada Abdullah bin Umar berkata bahawa Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Seorang yang terus-menerus meminta-minta kepada orang ramai, sehingga nanti dia akan datang pada hari kiamat dengan wajahnya yang hanya tinggal tulang, tidak ada lagi daging padanya.”

Walaupun pada dasarnya perbuatan meminta-minta itu haram dan dilarang oleh agama, namun jika timbul sesuatu darurat atau keadaan terpaksa, maka ia menjadi harus. Keadaan terpaksa atau darurat itu ialah seorang yang lapar meminta makanan untuk mengisi perutnya kerana dia bimbang jika tidak makan dengan segera, mungkin dia akan jatuh sakit atau mati.

Begitu juga orang yang tidak mempunyai sebarang pakaian, terpaksa meminta pakaian bagi menutup auratnya. Hal seperti ini mengharuskan seseorang itu meminta kepada orang lain selama mana peminta itu tidak berkuasa atau mampu membuat sebarang pekerjaan untuk menyara keperluannya.

Jika dia berupaya untuk bekerja tetapi malas maka tidaklah diharuskan ia meminta-minta daripada orang lain. Ingatlah pesan Rasulullah bahawa orang yang bekerja mencari rezeki itu walaupun hasilnya hanya sedikit, itu adalah lebih baik daripada perbuatan meminta-minta.

Sebagaimana hadis yang diriwayatkan dari Az Zuba’ir bin Al Aawam dari Nabi Muhammad S.A.W bersabda yang bermaksud: “Sekiranya salah seorang daripada kamu membawa tali lalu pergi ke bukit untuk mencari kayu, kemudian dia pikul kayu tersebut ke pasar untuk menjualnya demi menjaga kehormatannya, nescaya yang demikian itu adalah lebih baik daripada meminta-minta kepada orang lain, baik diberi mahupun ditolak.” (Riwayat Imam Bukhari).

Umat Islam hendaklah mengelakkan diri daripada perbuatan meminta-minta kerana perbuatan meminta-minta tanpa sebab itu menjatuhkan maruah serta menjejaskan imejnya. Malah perbuatan meminta-minta mencerminkan sikap yang negatif masyarakat kerana sentiasa bergantung ihsan dan bantuan daripada orang ramai atau pihak tertentu. Justeru, kita hendaklah berusaha bersungguh-sungguh mencari rezeki yang halal serta sentiasa bersyukur, sabar dan reda dengan pemberian Allah.

Sama-samalah berdoa mudah-mudahan Allah meluaskan rezeki-Nya ke atas kita semua.

Rabu, 20 April 2011

Bila anak memberontak


IBU BAPA perlu konsisten dalam membentuk tabiat dan tingkah laku anak-anak.


Saya yakin setiap ibubapa mempunyai anak yang berbeza perwatakan dan tingkahlaku. Setiap mereka berbeza, mungkin ada yang tidak banyak ragam, ada yang kerap sakit, ada yang aktif dan yang kerap merengek. Tak terkecuali saya kerana Iman agak aktif, setiap pergerakannya kena diperhati, lebih-lebih lagi dia suka masukkan tangan ke dalam mulut. Jadi semuanya kena di dalam keadaan bersih.

Bila malam, selalu tidur lewat walaupun jika kurang tidur pada waktu siang. Saya selalu kena ada berhampiran dengannya, susah nak berenggang. Kalau tak mesti dia menangis suruh ambil. Jadi masa dia tidur sahaja berpeluang untuk membuat kerja-kerja rumah. Apa pun ini satu cabaran. Jadi saya rasa kena tambah 'booster' untuk jaga Iman. AI pun kata kita sabar jelah. Ini semua dugaan dan ujian buat kita. Cari-cari jumpa pula artikel dalam Kosmo. Sedikit sebanyak membantu untuk lebih memahami jiwa kanak-kanak.


KITA sering beranggapan hanya orang dewasa mengalami tekanan, gangguan emosi atau emosi kurang stabil. Hakikatnya, kanak-kanak juga tidak terlepas daripada dibelenggu permasalahan psikiatri ini.

Mengikut kajian di negara lain, kekerapan kemurungan teruk dan sederhana adalah dua hingga empat peratus di kalangan kanak-kanak manakala 10 peratus di kalangan remaja dan 15 hingga 20 peratus di kalangan dewasa.

Kajian yang dilakukan Dr. Ramli Musa dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) yang diterbitkan dalam Jurnal Psikiatri Hong Kong itu turut mendapati 10.5 peratus daripada pelajar sekolah rendah mengalami tekanan emosi dan kemurungan.

Tabiat

Bertanya kepada Profesor Psikiatri, Jabatan Perubatan, Fakulti Perubatan dan Sains Kesihatan, Universiti Putra Malaysia (UPM), Dr. Azhar Mohd. Zain, beliau menjelaskan, gangguan atau tekanan emosi di kalangan kanak-kanak tidak boleh dibiar berlarutan dan perlu diberi perhatian segera.

“Setiap kanak-kanak mungkin mempamerkan emosi yang berbeza ketika mereka mengalami tekanan. Ia juga sukar dikesan dalam masa singkat kerana simptomnya tidak jelas.

“Kebiasaannya kanak-kanak akan murung, menyendiri, tidak bercampur dengan keluarga atu rakan-rakan, tidak mahu makan dan hilang minat pada aktiviti yang biasa mereka lakukan.

“Walaupun begitu, boleh dikatakan jarang kanak-kanak boleh menerima tekanan emosi kerana pada peringkat umur tersebut, mereka tidak akan memendam perasaan sebaliknya melahirkan rasa tidak puas hati dengan cara memberontak atau menangis.

“Bagaimanapun, ibu bapa tidak boleh kalah dengan tangisan anak-anak kerana ia hanya akan menambah sifat ingin memberontak,” katanya.

Mengulas lebih lanjut, Azhar menjelaskan, tabiat kerap menangis atau memberontak untuk mendapatkan sesuatu memang sering digunakan kanak-kanak dalam menarik perhatian orang dewasa.

“Sebagai ibu bapa, kita adalah orang yang bertanggungjawab membentuk tabiat kanak-kanak dengan syarat mesti konsisten.

“Sebahagian besar ibu bapa berasa malu jika anak mereka meronta-meronta dan menangis di kedai kerana mahukan sesuatu.

“Tip paling baik, jangan beri apa yang dimahukan ketika mereka menangis atau memberontak, sebaliknya beri apabila mereka berkelakuan baik.

“Ibu bapa juga jangan kalah dengan tangisan kerana jika kita mengalah, itu hanya akan menambahkan galak mereka.

“Lama-kelamaan, mereka akan gunakan taktik air mata itu setiap kali permintaan mereka tidak dipenuhi.

“Sebaik-baiknya bersabarlah dengan kerenah mereka dan jangan berputus asa. Katakan kepada mereka, hajat mereka akan dipenuhi jika berkelakuan baik.

“Kerana itu, konsisten sangat penting supaya anak-anak tidak keliru,” jelasnya.

Wanita lebih murung

Kembali meneliti penyelidikan Ramli, antara kesimpulan daripada kajian tersebut ialah di antara lelaki dan perempuan, perempuan lebih berisiko mendapat kemurungan.

Golongan yang tidak terkecuali ialah kanak-kanak yang ibu bapanya berpendapatan rendah, di kalangan keturunan Cina dan mereka yang terlibat dalam masalah disiplin seperti mencuri dan mengambil alkohol.

“Kemurungan dalam kajian lain sememangnya berkait rapat di kalangan mereka dari sosioekonomi rendah.

“Disebabkan tekanan hidup menyebabkan mereka lebih cenderung mendapatnya.

“Mengapa di kalangan keturunan Cina lebih cenderung? Antara spekulasi mengapa kajian ini mendapat keputusan begini kerana masyarakat Cina lebih terbuka menzahirkan tanda-tanda dan perasaan mereka berbanding masyarakat lain,” ulas Ramli.

Menolak tanggapan bahawa semua kanak-kanak yang dilabelkan nakal atau memberontak sebagai memiliki masalah sikap, Ramli mempunyai pandangan tersendiri.

“Jika anak memberontak, jangan lekas menghukum, apalagi terus merotan mereka. Adalah penting ibu bapa dan guru cuba mendekati perasaan mereka mengapa mereka berkelakuan begitu,” katanya.

UI: Sumber dari akhbar Kosmo

Isnin, 18 April 2011

Hak dan Tanggungjawab Isteri



Al-Quran menyentuh kerukunan hidup berpasangan adalah suatu nikmat anugerah Allah yang sangat dihargai, iaitu dalam ayat 21 surah al-Rum yang membawa terjemahan: Dan di antara tanda-tanda yang membuktikan kekuasaan dan rahmatnya bahawa Ia menciptakan untuk kamu pasang-pasangan hidup dari jenis kamu sendiri, supaya kamu bersenang hati dan hidup mesra dengannya.

Ayat ini menjelaskan, ketenangan hati dan kemesraan hidup dengan pasangan, merupakan nikmat yang sangat besar dan tujuan utama perkahwinan didirikan.

Justeru hubungan sulit menentukan kebahagiaan suami isteri, maka Islam menjadikannya sebagai amalan yang ada pahala padanya. Dalam sebuah hadis yang panjang, diriwayat Muslim daripada Abu Zar Al-Ghifari r.a bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: Apakah kegiatan seks itu diberi pahala, sedangkan ia dilakukan semata-mata kerana nafsu? Sabda baginda lagi: Bukankah menjadi dosa jika dilakukannya pada jalan haram? Begitu juga ada pahala, kerana ia melakukannya pada jalan yang halal.

Insan dalam syariat Islam, sama ada lelaki mahupun wanita adalah makhluk yang memikul beban tugas pada masa yang sama juga mempunyai hak atas segala tanggungjawab yang disempurnakan.

Ajaran Islam berbeza dengan budaya yang diamal dalam masyarakat Barat. Mereka selalu bertanya: Apa hak yang patut saya peroleh? Sebaliknya Islam mengajar umatnya supaya bertanya: Apa kewajipan saya yang saya belum penuhi, kemudian baru beralih kepada hak yang patut saya peroleh? Memang majikan dituntut membayar upah, tetapi setelah kerja sempurna dijalankan. Sabda Nabi: Bayarlah upah kepada pekerja sebelum kering keringatnya.

Hak seseorang manusia pada hakikatnya suatu kewajipan yang ditanggung orang lain. Sebagai contoh, hak anak-anak mendapatkan kasih sayang ibu bapa, pada masa yang sama ia adalah tanggungjawab ibu bapa terhadap anak-anaknya. Anak-anak seolah-olah berhutang kasih sayang pada kedua-dua ibu bapanya, kerana mereka bertanggungjawab mentaati ibu bapanya, terutama setelah mereka uzur atau lanjut usia.

Hubungan antara suami isteri adalah dibuat melalui suatu kontrak yang membabitkan sama-sama mempunyai hak dan tanggungjawab secara timbal balas. Setiap tanggungjawab yang disempurnakan, sepatutnya dibayar dengan hak yang dinikmati. Dengan kata lain, suami dan isteri, masing-masing mempunyai hak mengambil dan memberi. Tiada hak yang diambil dengan percuma, tanpa tanggungjawab yang diberi.

Kita ikuti apa kata Syeikh Muhammad al-Ghazali yang menulis struktur asas bagi pembinaan rumah tangga bahagia, katanya:

Sesebuah rumah hendaklah dibina di atas tiga struktur asas, iaitu: al-sakinah (ketenangan), al-mawaddah (kemesraan) dan al-tarahum (timbang rasa). Asas pertama ketenangan, ia membawa maksud hendaklah suami isteri berpuas hati dengan pasangannya, mereka seharusnya tidak berminat dengan yang lain. Kedua, kemesraan pula membawa erti suka dan duka secara bersama. Ketiga, timbang rasa pula lebih banyak merujuk kepada akhlak yang mulia, serta tahu bersyukur atas nikmat yang diperoleh.

Sesebuah rumah yang berjaya didirikan di atas tiga struktur ini merupakan keluarga yang paling bahagia, bahkan inilah keluarga yang mampu mengatasi segala cabaran hidup dan ibu bapa yang bakal melahirkan zuriat yang sihat dan keberkatan yang berpanjangan.

Harta benda dan kemewahan hidup tidak pernah menjamin kebahagiaan yang dicari-cari, kadang-kadang hidup di sebuah rumah usang, pasangan lebih mampu mengukir senyum yang berterusan. Perhatikan sebuah hadis riwayat Sa'd ibn Abu Waqqas r.a, katanya: Nabi s.a.w bersabda: Tiga perkara yang membahagiakan: Isteri yang setia, kenderaan yang senang ditunggangi dan kediaman yang selesa.

Seseorang yang ada niat mendirikan rumah tangga, hendaklah berhati-hati mencari pasangan yang ada padanya ciri-ciri yang disebutkan dalam hadis di atas. Lelaki dan perempuan sama sahaja, bahkan perempuan lebih perlu berhati-hati dalam memilih bakal suaminya.

Perlu diingat, kalangan lelaki ada juga yang hanya berfikir tentang haknya, tetapi lupakan tanggungjawab. Selalunya orang ini sombong atau besar diri, tidak sudi melihat keperluan pada pihak lain. Rumah tangga Islam perlu didirikan di atas hak dan tanggungjawab bersama, mengikut kaedah yang dinyatakan dalam al-Quran, iaitu isteri-isteri mempunyai hak yang sama, seperti kewajipan yang ditanggung oleh mereka. Dalam pada itu orang lelaki mempunyai satu darjah kelebihan, (al-Baqarah: 228). Satu darjah kelebihan yang dimaksudkan ialah menjadi ketua keluarga, atau pengerusi dalam persyarikatan hidup.

Menjadi isteri memerlukan kelayakan yang cukup. Wanita yang berhati batu, tidak pandai memujuk suami, sering menuntut hak dan mengada-adakan masalah, tetapi gagal menunaikan tanggungjawab, tidak layak menjadi suri rumah, apalagi menjadi ibu kepada anak-anak yang bakal menyambung zuriat. Kelayakan yang serupa juga hendaklah dikatakan kepada lelaki yang berminat menjadi suami.

Suatu kisah yang cukup menarik diriwayat Abu Sa'id al-Khudri r.a katanya: Seorang lelaki datang mengadu kepada Rasulullah kerana anak gadisnya tidak mahu berkahwin. Sabda Nabi kepada gadis itu: Patuhilah kehendak bapamu. Jawab gadis: Saya tidak akan kahwin sehingga Rasulullah menyatakan apa tanggungjawab saya sebagai isteri. Baginda Rasulullah s.a.w bersabda: Jika suamimu berkudis, lalu engkau rawat kudisnya dengan mulutmu, maka perbuatan itu tidak wajar dianggap sebagai keterlaluan. Jawab gadis: Demi Allah, kalau begitu tugas isteri, aku tidak akan kahwin selama-lamanya. Sabda Nabi kepada bapanya: Jangan engkau paksa dia kahwin. Biarlah dia membuat keputusan sendiri - (Qadaya al-Mar'ah, halaman 128).

Sebenarnya apa yang dikatakan kepada isteri terhadap suami, itulah juga dikatakan kepada lelaki terhadap isterinya. Jika ada suami yang berasa jijik merawat kudis-kudis isterinya, atau isteri hanya di waktu sihat sahaja, maka lebih baik bagi lelaki ini berpuasa sahaja, sesuai dengan nasihat Rasulullah s.a.w yang bermaksud: Sesiapa yang tidak mampu kahwin, hendaklah ia berpuasa, kerana puasa menjadi pengikat nafsunya. Wallahualam.

UI: Sumber dari http://skypin.tripod.com/agama/soal7.html

Jumaat, 15 April 2011

Rahsia disebalik Solat



1. ZUHUR – Semasa waktu ini, api neraka jahanam sedang marak menyala, iaitu marak semaraknya (paling panas daripada biasa). Pada waktu ini juga segala makhluk sedang bertasbih kepada ALLAH s.w.t.
  • Barangsiapa yang tidak meninggalkan waktu solat zuhur ini, maka terhindarlah dia daripada keperitan api neraka.
2. ASAR – Semasa waktu ini, Nabi Adam sedang mahu menghampiri Pohon khuldi atas pujuk rayu Hawa. Sebenarnya sebelum itu, iblis telah menggunakan ular untuk berbisik kepada Nabi Adam untuk menghampiri pohon tersebut, tetapi malang Nabi Adam tidak termakan dgn bisikan dan hasutan tersebut. Kerana kegagalan untuk menghasut Nabi Adam, sebab itulah iblis menghasut Hawa dan berjaya menghasutnya. Dikatakan juga, Allah telah menyumpah Hawa dan ular tersebut.sumpahan tersebut ialah, Kaum Hawa didatangi haid (sebab Hawa memegang dan menggoyangkan pohon tersebut hingga keluar cecair daripada pohon itu) dan ular disumpah berjalan tanpa menggunakan kaki.
  • Pahala mengerjakan solat pada waktu ini ialah pahala seperti bayi baru dilahirkan.
3. MAGHRIB – Pada waktu ini ALLAH telah menerima balik taubat Nabi Adam, yang ketika itu di Jabal Rahmah, Padang Arafah.
  • Sekiranya kita bersolat pada waktu ini, ALLAH memperkenankan doa hambanya. Pada waktu ini ALLAH sedang menunggu kita meminta daripada-NYA.
4. ISYAK – Solat isyak sebenarnya telah dilakukan oleh para Nabi-Nabi sebelum Nabi Muhammad diutuskan lagi.
  • Pahala pada waktu ini ialah cahaya akan mengiringi kita semasa Isra’ Mikraj
5. SUBUH – Bebas daripada 2 penyakit: 1. Munafik 2. Api Neraka


UI: dari FB Pak Ngah Farit Ismeth Emir

Khamis, 14 April 2011

Ciri-ciri sahabat menuju Islam



Saya ingin berkongsi note yang dah lama saya letak di dalam FB. Bila ada seorang kawan 'like' baru perasan bagus juga untuk dikongsikan di dalam blog UI.

“Sebaik baik sahabat disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

‘Teman yang paling baik adalah apabila kamu melihat wajahnya, kamu teringat akan Allah, mendengar kata-katanya menambahkan ilmu agama, melihat gerak-gerinya teringat mati..’

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang- pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Inilah antara hikmah, kenapa Allah SWT mencipta manusia daripada berbagai bangsa, warna kulit dan bahasa. Firman Allah SWT dalam surah al-Hujurat ayat 13, yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah maha mengetahui, lagi maha mendalam pengetahuanNya.’

DALAM Islam faktor memilih kawan amat dititikberatkan. Hubungan persahabatan adalah hubungan yang sangat mulia, kerana kawan atau sahabat berperanan dalam membentuk personaliti individu. Ada kawan yang sanggup bersusah-payah dan berkongsi duka bersama kita, dan tidak kurang juga kawan yang nampak muka semasa senang dan hanya sanggup berkongsi kegembiraan sahaja.

Pendek kata sahabat boleh menentukan corak hidup kita. Justeru, jika salah pilih sahabat kita akan merana dan menerima padahnya. Selari dengan hadith Rasululah saw yang bermaksud: “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud). Bak kata pepatah Arab, “Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Apakah ciri-ciri seorang sahabat yang baik? Seorang bijak pandai berpesan kepada anak lelakinya: “Wahai anakku, sekiranya engkau berasa perlu untuk bersahabat dengan seseorang, maka hendaklah engkau memilih orang yang sifatnya seperti berikut:
  • Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
  • Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan kamu;
  • Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
  • Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
  • Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
  • Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
  • Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
  • Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menayakan kesusahan kamu;
  • Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
  • Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
  • Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
  • Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan.
  • Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat
  • Dia mendorongmu mencapai kejayaan didunia dan akhirat.
Sebagai remaja yang terlepas daripada pandangan ayah ibu berhati-hatilah jika memilih kawan. Kerana kawan, kita bahagia tetapi kawan juga boleh menjahanamkan kita.

Hati-hatilah atau tinggalkan sahaja sahabat seperti dibawah:
  • Sahabat Yang Tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
  • Sahabat Hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
  • Sahabat Pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu.
  • Sahabat Pemboros dan Suka Hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka pesta , suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan.
Hati-hatilah memilih kawan, kerana kawan boleh menjadi cermin peribadi seseorang. Apa pun berkawanlah kerana Allah untuk mencari redha-NYA.

written by: MUSLIMAH

Rabu, 13 April 2011

Meninggal kena kanser paru-paru



Isteri kepada kawan AI seorang doktor baru sahaja meninggal 2 hari lepas kerana kanser paru-paru. Tiada tanda-tanda yang menunjukkan dia terkena penyakit ini. Mulanya dia membuat ujian mammogram untuk ujian payu dara tapi paru-paru pula yang bermasalah. Malangnya dah terlambat sebab sudah stage ke 4 atau dengan kata lain sudah tahap kritikal. Kesian baru 4 tahun berkahwin dan mempunyai anak 2 orang yang masih kecil.
Adakah anda tahu :
  • kanser paru-paru adalah pembunuh nombor satu antara kematian kanser yang berlaku ?
  • sebanyak 157 000 kematian di Amerika Syarikat pada tahun 2003 adalah disebabkan oleh kanser paru-paru?
  • merokok secara pasif mungkin mempercepatkan pertumbuhan kanser ?
  • 87% dari pesakit kanser paru-paru merokok, tetapi 13% daripada pesakit tidak merokok ?
  • hanya 1 daripada 9 orang yang merokok akan menghidap kanser paru-paru, bukan 8 orang yang lain itu: adakah anda salah seorang daripada mereka yang bernasib baik ?Angka ini didapati dari persatuan kanser yang paling penting, iaitu ACS dan NCI (American Cancer Society dan National Cancer Institute). Biomarkers? Informasi yang penting tentang kanser paru-paru dan merokok: perokok yang kuat lebih mungkin menghidap penyakit ini.
Namun demikian,
  • tiada kajian yang menunjukkan perokok cerut (<5 cigars/wk, bukan menarik nafas) meningkatkan kejadian kanser paru-paru.
  • bukan sentiasa merokok (<1 pk/wk) tidak pernah menunjukkan ia adalah satu faktor risiko dalam kanser paru-paru.
  • setengah pencemaran lebih bahaya daripada asap dari perokok.
Untuk membuat penjelasan, jalankan pemeriksaan yang teliti, seperti Ujian Biomarkers C12 dinasihatkan.
Lakukannya, nyawa anda di dalam taruhan.

Simptom:
  • Batuk berdarah;
  • batuk yang berlarutan;
  • jangkitan kuman saluran pernafasan dan paru-paru yang susah diubati;
  • Suara kasar, lemah lesu dan susut berat badan;
  • Sakit-sakit tulang, air dalam pelura para-paru dan sakit tulang belakang.
Diagnosa:
  • X-ray paru-paru penting tetapi menggunakan pancaran CT Skan digalakkan. Cara MSCT 64-kepingan skan tubuh dan menggunakan petanda protin 'Biomaker C12' adalah strategi yang sungguh berkesan.
  • Bronkoskopi boleh mendapat cebisan biopsi;
  • Skan dada, abdomen, tulang dan otak adalah sebahagian dari kaedah skan yang digunakan sekarang selain dari'Petscan';
  • Kalau terdapat bengkak tumor yang senang dihampiri, kaedah menggunakan CT- Skan 'guided needle aspiration';
  • Sitologi kahak;
  • Petanda tumor iaitu CEA, NSE untuk 'Small cell barah paru” dan Cyfra 21-1 untuk barah paru-paru jenis 'epidermoidis'.
Rawatan:
  • surgeri: spesifik ke lokasi tumor;
  • terapi radiasi: bantuan rawatan yang dijalankan bila surgeri tidak dapat dilakukan dengan sepenuh, dan juga pada tumor kecil yang tidak dapat disembuhkan;
  • kemoterapi: bantuan rawatan yang dijalankan sebelum atau selepas surgeri, terutamanya pada peringkat metastatik, sebab perkembangan metastasis pesakit ;
  • kemoradiasi: bentuk yang tidak dapat dibuangkan;
  • dos petanda tumor: amat perlu: menjalani rawatan susulan yang mudah, terutamanya semasa kemoterapi dan mengisyaratkan keperluan untuk mengubahsuai rawatan ini bila klon sel baru ditemui. Beberapa jenis sel tumor boleh muncul bersama dalam satu tumor dalam kes kanser paru-paru : kemoterapi berkesan ke atas sel-sel utama boleh menghapuskan kanser jenis ini, tetapi mungkin sel lain dikuasai: semasa rawatan petanda tumor memainkan peranan yang penting: NSE dan Cyfra 21-1 adalah yang paling penting.
Rawatan susulan:
  • Kajian radiografik;
  • dos petanda tumor : peningkatan nilai satu atau beberapa petanda tumor boleh terjadi beberapa bulan sebelum ia muncul semula. Rawatan susulan ini perlu dilakukan setiap bulan, kemudian setiap tiga bulan.

UI: Jom sama-sama buat ujian sebelum terlambat. Sumber dari http://www.screenoncancer.com

Isnin, 11 April 2011

Nilai Tudung Wanita





sekadar berkongsi maklumat...
Bismillahirrahmanirrahim,

Di sini Darul Nu'man ingin menyentuh tentang pemakaian tudung kaum wanita masa kini sebagai renungan bagi wanita Islam. Bila wanita menjaga auratnya dari pandangan lelaki bukan muhram, bukan sahaja dia menjaga maruah dirinya, malah maruah wanita mukmin keseluruhannya. Harga diri wanita terlalu mahal. Ini kerana syariat telah menetapkan supaya wanita berpakaian longgar dengan warna yang tidak menarik serta menutup seluruh badannya dari kepala hingga ke kaki.

Kalau dibuat perbandingan dari segi harta dunia seperti intan dan berlian, ianya dibungkus dengan rapi dan disimpan pula di dalam peti besi yang berkunci. Begitu juga diumpamakan dengan wanita, Kerana wanita yang bermaruah tidak akan mempamerkan tubuh badan di khalayak umum. Mereka masih boleh tampil di hadapan masyarakat bersesuaian dengan garisan syarak. Wanita tidak sepatutnya mengorbankan maruah dan dirinya semata-mata untuk mengejar pangkat, darjat, nama, harta dan kemewahan dunia.

Menyentuh berkenaan pakaian wanita, alhamdulillah sekarang telah ramai wanita yang menjaga auratnya, sekurang-kurangnya dengan memakai tudung. Dapat kita saksikan di sana sini wanita mula memakai tudung. Pemakaian tudung penutup aurat sudah melanda dari peringkat bawahan hingga kepada peringkat atasan. Samada dari golongan pelajar-pelajar sekolah hinggalah kepada pekerja-pekerja pejabat-pejabat.

Walaupun pelbagai gaya tudung diperaga dan dipakai, namun pemakaiannya masih tidak lengkap dan sempurna. Masih lagi menampakkan batang leher, dada dan sebagainya. Ada yang memakai tudung, tetapi pada masa yang sama memakai kain belah bawah atau berseluar ketat dan sebagainya. Pelbagai warna dan pelbagai fesyen tudung turut direka untuk wanita-wanita Islam kini.

Ada rekaan tudung yang dipakai dengan songkok di dalamnya, dihias pula dengan kerongsang (broach) yang menarik. Labuci warna-warni dijahit pula di atasnya. Dan berbagai-bagai gaya lagi yang dipaparkan dalam majalah dan suratkhabar fesyen untuk tudung. Rekaan itu kesemuanya bukan bertujuan untuk mengelakkan fitnah, sebaliknya menambahkan fitnah ke atas wanita.

Walhal sepatutnya pakaian bagi seorang wanita mukmin itu adalah bukan sahaja menutup auratnya, malah sekaligus menutup maruahnya sebagai seorang wanita. Iaitu pakaian dan tudung yang tidak menampakkan bentuk tubuh badan wanita, dan tidak berhias-hias yang mana akan menjadikan daya tarikan kepada lelaki bukan muhramnya. Sekaligus pakaian boleh melindungi wanita dari menjadi bahan gangguan lelaki yang tidak bertanggungjawab.

Bilamana wanita bertudung tetapi masih berhias-hias, maka terjadilah pakaian wanita Islam sekarang walaupun bertudung, tetapi semakin membesarkan riak dan bangga dalam diri. Sombong makin bertambah. Jalan mendabik dada. Terasa tudung kitalah yang paling cantik, up-to-date, sofistikated, bergaya, ada kelas dan sebagainya. Bertudung, tapi masih ingin bergaya.

Kesimpulannya, tudung yang kita pakai tidak membuahkan rasa kehambaan. Kita tidak merasakan diri ini hina, banyak berdosa dengan Tuhan mahupun dengan manusia. Kita tidak terasa bahawa menegakkan syariat dengan bertudung ini hanya satu amalan yang kecil yang mampu kita laksanakan. Kenapa hati mesti berbunga dan berbangga bila boleh memakai tudung?

Ada orang bertudung tetapi lalai atau tidak bersembahyang. Ada orang yang bertudung tapi masih lagi berkepit dan keluar dengan teman lelaki . Ada orang bertudung yang masih terlibat dengan pergaulan bebas. Ada orang bertudung yang masih menyentuh tangan-tangan lelaki yang bukan muhramnya. Dan bermacam-macam lagi maksiat yang dibuat oleh orang-orang bertudung termasuk kes-kes besar seperti zina, khalwat dan sebagainya.

Jadi, nilai tudung sudah dicemari oleh orang-orang yang sebegini. Orang Islam lain yang ingin ikut jejak orang-orang bertudung pun tersekat melihat sikap orang-orang yang mencemari hukum Islam. Mereka rasakan bertudung atau menutup aurat sama sahaja dengan tidak bertudung. Lebih baik tidak bertudung. Mereka rasa lebih bebas lagi.

Orang-orang bukan Islam pula tawar hati untuk masuk Islam kerana sikap umat Islam yang tidak menjaga kemuliaan hukum-hakam Islam. Walaupun bertudung, perangai mereka sama sahaja dengan orang-orang bukan Islam. mereka tidak nampak perbezaan agama Islam dengan agama mereka.

Lihatlah betapa besarnya peranan tudung untuk dakwah orang lain. Selama ini kita tidak sedar diri kitalah agen bagi Islam. Kita sebenarnya pendakwah Islam. Dakwah kita bukan seperti pendakwah lain tapi hanya melalui pakaian.

Kalau kita menutup aurat, tetapi tidak terus memperbaiki diri zahir dan batin dari masa ke semasa, kitalah punca gagalnya mesej Islam untuk disampaikan. Jangan lihat orang lain. Islam itu bermula dari diri kita sendiri.

Ini tidak bermakna kalau akhlak belum boleh jadi baik tidak boleh pakai tudung. Aurat, wajib ditutup tapi dalam masa yang sama, perbaikilah kesilapan diri dari masa ke semasa. Tudung di luar tudung di dalam (hati). Buang perangai suka mengumpat, berdengki, berbangga, ego, riak dan lain-lain penyakit hati.

Walau apapun, kewajipan bertudung tidak terlepas dari tanggungjawab setiap wanita Muslim. Samada baik atau tidak akhlak mereka, itu adalah antara mereka dengan Allah. Amat tidak wajar jika kita mengatakan si polanah itu walaupun bertudung, namun tetap berbuat kemungkaran. Berbuat kemungkaran adalah satu dosa, manakala tidak menutup aurat dengan menutup aurat adalah satu dosa lain.

Kalau sudah mula menutup aurat, elak-elaklah diri dari suka bertengkar. Hiasi diri dengan sifat tolak ansur. Sentiasa bermanis muka. Elakkan pergaulan bebas lelaki perempuan. Jangan lagi berjalan ke hulu ke hilir dengan teman lelaki. Serahkan pada Allah tentang jodoh. Memang Allah sudah tetapkan jodoh masing-masing. Yakinlah pada ketentuan qada' dan qadar dari Allah.

Apabila sudah menutup aurat, cuba kita tingkatkan amalan lain. Cuba jangan tinggal sembahyang lagi terutama dalam waktu bekerja. Cuba didik diri menjadi orang yang lemah-lembut. Buang sifat kasar dan sifat suka bercakap dengan suara meninggi. Buang sikap suka mengumpat, suka mengeji dan mengata hal orang lain. jaga tertib sebagai seorang wanita. Jaga diri dan maruah sebagai wanita Islam. Barulah nampak Islam itu indah dan cantik kerana indah dan cantiknya akhlak yang menghiasi peribadi wanita muslimah.

Barulah orang terpikat untuk mengamalkan Islam. Dengan ini, orang bukan Islam akan mula hormat dan mengakui "Islam is really beautiful." Semuanya bila individu Islam itu sudah cantik peribadinya. Oleh itu wahai wanita-wanita Islam sekalian, anda mesti mengorak langkah sekarang sebagai agen pengembang agama melalui pakaian.


Sumber dari laman web http://www.darulnuman.com. Semoga kita menjadi wanita yang indah pada luaran dan dalaman... insyaallah..

Jumaat, 8 April 2011

Tarian Poco-Poco Haram

Walaupun info ni dah lama saya baru nak update tentang perkara ni. Dari dulu tak berapa suka dengan tarian ni sebab pergerakannya seolah-olah menari dan gaya pergerakannya yang kadang-kadang malu saya nak tengok.


IPOH, 30 Mac: Mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri Perak yang bersidang pada 24-26 Januari 2011 lalu telah memperakukan supaya tarian atau senama poco-poco diharamkan.

Ia dibuat atas asas ianya mempunyai kaitan dengan kepercayaan agama juga pemujaan roh berdasarkan kajian yang menyatakan ianya sering diamalkan di Jamaica serta bercirikan agama Kristian.

"Mesyuarat mengambil keputusan bahawa pengharaman ini akan diwartakan," kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani Zakaria dalam satu suratnya.

Surat fatwa Mufti Perak itu dihantar kepada Pengerusi Persatuan Kakitangan Islam Malayan Banking (PKIMB) Perak.


Sebenarnya tarian poco-poco ini berasal dari Filipina bukannya dari Indonesia. Ia ditarikan oleh masyarakat yamg beragama kristian ketika mereka menghadiri upacara sembahyang mingguan mereka. Lihatlah sahaja bagaimana pergerakannya, yg membentuk salib.

Khamis, 7 April 2011

Telur ayam pun tiruan?


Perbezaan telur tiruan (kanan) dan telur asli. – BERNAMA


GEORGE TOWN - Rupanya sebiji macam telur ayam tetapi rupa-rupanya ia telur ayam tiruan diperbuat daripada bahan kimia yang dikhuatiri boleh memudaratkan kesihatan dan dijual di pasaran terbuka di Pulau Pinang.

Telur palsu itu bersaiz lebih besar daripada telur ayam sebenar dan apabila dipecahkan ia tidak mempunyai pusat telur, tidak berbau, berkilat dan kasar, demikian menurut Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) yang telah menerima aduan daripada pengguna yang membeli 30 biji telur tiruan itu pada harga RM11 di pasar Pulau Tikus di sini semalam.

Presiden CAP, S.M Mohamed Idris berkata, siasatan mendapati kulit telur palsu itu diperbuat daripada lilin parafin, serbuk gypsum dan kalsium karbonat manakala kuning telur dan putih telur menggunakan bahan daripada natrium alginat, alum, geletin, asid benzoik, kalsium klorida, air serta bahan pewarna makanan.

"Komponen bahan-bahan kimia ini boleh menjejaskan kesihatan pengguna seperti mengganggu metabolisme, otak, sel saraf serta menjejaskan fungsi hati,” katanya. - Bernama

p/s: macam-macam cara orang nak cipta keuntungan tanpa fikirkan ianya boleh memudaratkan orang lain. Untuk tahu perbezaan telur tiruan dan sebenar sila click di sini

BPA ubah lelaki jadi wanita

Kesinambungan dari entri sebelum ini mengenai bahaya BPA


KLORIN di dalam kolam renang akan bertukar menjadi racun jika bercampur dengan air kencing manusia. - Gambar hiasan

AIR walaupun sangat penting kepada tubuh manusia boleh bertukar racun memberi mudarat dengan bermacam cara.

Sebagai contoh, air bersih yang diminum menggunakan bekas plastik yang mengandungi bahan kimia Bisphenol A (BPA) dan Nonyphenol mampu menjejaskan kesihatan bahkan mengganggu sistem hormon.

Profesor Madya Mohamad Pauzi Zakaria dari Jabatan Sains Alam Sekitar, Universiti Putra Malaysia (UPM) berkata, salah satu daripada topik global yang sedang dibincangkan para saintis adalah bahan yang terkandung dalam bekas minuman plastik.

“Terdapat dua jenis bahan di dalamnya iaitu BPA dan Nonylphenol.

“Dua bahan itu digunakan untuk membuat bekas minuman seperti botol susu bayi kerana ia membuatkan plastik menjadi kuat dan tidak rapuh.

“Namun, ia memberi kesan buruk kepada kesihatan manusia bahkan mampu menukarkan hormon di dalam badan manusia,” katanya.

BPA

Dakwanya, BPA dan Nonylphenol dikatakan lebih berbahaya terhadap lelaki kerana ia boleh menukar ciri lelaki kepada ciri wanita.

“Struktur molekul BPA dan Nonylphenol hampir menyerupai hormon yang terdapat dalam tubuh manusia.

“Jika manusia minum air menggunakan bekas plastik yang mengandungi BPA dan Nonylphenol, dua bahan ini akan menghapuskan hormon manusia sedia ada,” ujarnya.

Sebagai contoh, Pauzi berkata, jika seorang ibu minum bahan BPA dan Nonylphenol dan kemudian menyusukan anak lelakinya, bahan tersebut akan berpindah ke dalam tubuh anak lelakinya.

Secara tidak langsung, anak lelaki tersebut akan bertukar kepada ciri kewanitaan apabila dewasa kelak.

Menurut Pauzi, kajian di Tasik Apopka, Florida, Amerika Syarikat mendapati seekor buaya jantan yang terdedah kepada kedua-dua bahan itu akibat pembuang plastik di tasik tersebut telah bertukar secara perlahan menjadi buaya betina.

“Kajian pada tahun 1999 di Scandinavia pula menunjukkan ramai belia lelaki yang berumur 18 tahun secara perlahan memiliki sifat kewanitaan.

“Ini disebabkan kekerapan mereka terdedah kepada dua bahan tersebut.

“Lelaki yang sihat biasanya memiliki sebanyak 60 juta sperma untuk setiap mililiter.

“Malangnya, belia lelaki yang terdedah kepada dua bahan ini hanya memiliki sebanyak 20 juta sperma setiap mililiter,” katanya.

Selain isu pencemaran bekas minuman, sumber air yang diminum juga berupaya mendedahkan manusia kepada risiko penyakit kanser.


AIR paip yang sudah dirawat selamat diminum begitu sahaja.

“Air yang tidak dirawat mengandungi pelbagai bahan berbahaya seperti nitrat, arsenik, mikroorganisma dan bahan kimia daripada racun perosak.

“Setelah air di empangan memasuki pusat pemprosesan air, kebanyakan bahan itu berjaya dihapuskan.

“Klorin yang digunakan turut membantu menghapuskan bakteria.

“Begitupun, jika air yang telah diklorin itu bertembung dengan sisa organik seperti air kencing, ia akan bertindak balas dengan klorin dan menghasilkan Trihalomethanes (THM) iaitu bahan karsinogenik yang boleh menyebabkan kanser,” kata Pauzi.

Klorin

Jelas Pauzi yang berpengalaman selama 30 tahun dalam bidang Sains Alam Sekitar, kandungan klorin yang terdapat pada sumber air minuman bagaimanapun tidak terlalu banyak.

Sebaliknya, kata beliau, tempat paling berisiko adalah di kolam renang kerana kandungan klorinnya tinggi.

Mengulas lanjut, Pauzi memberitahu, THM wujud di dalam kolam renang jika terdapat ramai individu yang mandi di situ.

Jika salah seorang daripada mereka membuang air kecil atau najis yang merupakan sisa organik, ia akan bertindak balas dengan klorin lantas menghasilkan THM.

“Walaupun kandungan THM itu rendah, jika tersentuh atau diminum, kita boleh mendapat kanser dalam jangka masa panjang,” katanya kepada Jurnal.

Disebabkan itu, kata Pauzi, Agensi Perlindungan Alam Sekitar Amerika Syarikat (USEPA) telah mengharamkan rawatan air minuman menggunakan klorin.

Katanya, ada dua cara rawatan air tanpa klorin iaitu dengan menggunakan teknologi osmosis balikan (RO) dan ultra violet.

Ironinya, menurut Pauzi, kebanyakan negara masih mengekalkan rawatan klorin kerana ia murah.

Bercerita lebih lanjut, menurut Pauzi yang juga ahli jawatankuasa Persatuan Saintis Muslim Malaysia, terdapat banyak punca pencemaran air yang boleh menjejaskan kesihatan manusia.

saphilla.isa@kosmo.com

Rabu, 6 April 2011

Serangan Jantung Secara Tiba-Tiba

Sudah 3 hari tak update blog dari saat dapat 'missed call' dari anak pakcik. Rupa-rupanya dia nak beritahu yang ayah dia terkena serangan jantung (saluran arteri tersumbat) dan terdapat pendarahan di kepala akibat ada salur darah yang pecah. Pakcik AI ni tak pernah sakit, waktu kejadian dia baru balik dari Kota Bharu. Rumahnya terletak berhampiran Kuala Krai hampir 2 jam perjalanan. Sampai rumah isteri pakcik AI suruh urut kakinya. Tiba-tiba pakcik AI terdiam dan tangannya menggigil... bawa ke hospital keadaannya terus tak sedar hingga dia menghembuskan nafas yang terakhir pada pagi Isnin. Doktor beritahu punca utama adalah disebabkan tekanan darah yang terlalu tinggi.

Takut mendengarnya.. kerana kita tak tahu bila ia akan menyerang. Apa pun cara hidup yang tidak betul adalah punca utama berlakunya serangan jantung.

Antara faktor utama adalah disebabkan merokok, darah tinggi, kencing manis dan juga tahap kolesterol yang berlebihan dalam badan. Ada banyak faktor yang boleh merosakkan fungsi jantung dan sebab utama kerosakan pada otot jantung.

Ia dikenali sebagai penyakit kardiovaskular di mana berlaku kesempitan pembuluh darah disebabkan lemak-lemak melalui proses aterioklerosis atau pembuluh darah tersumbat.

Saya cari-cari terjumpa sesuatu di dalam blog ini
BUKU - SERANGAN JANTUNG - Punca, Pencegahan & Kaedah Merawat (dari Perspektif Nutrisi Holistik)
BUKU - SERANGAN JANTUNG - Punca, Pencegahan & Kaedah Merawat 
(dari Perspektif Nutrisi Holistik)


Sebuah buku yang berupaya menyergah paradigme. Hari ini serangan jantung berlaku pada individu pelbagai peringkat umur. Serangan jantung biasanya dikatakan berpunca dari enapan kolesterol dalam arteri sebagai punca utama. Benarkah makanan berkolesterol punca enapan plak berlemak dalam arteri jantung? Buku Serangan Jantung - Punca, Pencegahan dan kaedah meredakannya (merawat) ditulis dari perspektif kesihatan/nutrisi holistik. Dapatkan di kedai-kedai buku berhampiran (di KL) seperti Kedai Buku Mukmin di Jalan TAR atau di MPH Mid Valley, 211 muka surat, terbitan ALAF21 (2008), RM10.00 senaskah

Nak cari dikedai buku sebagai penambahan ilmu.. Semoga kita semua mengamalkan cara hidup yang sihat walaupun ajal ditentukan olehNya.

Ahad, 3 April 2011

Cara Didik Anak Dalam Islam



Semua orang mahu yang terbaik untuk anak mereka... tak terkecuali saya juga... semoga anak yang dididik menjadi anak yang bertanggungjawab dengan ibubapa, agama dan masyarakat sekeliling. Saya suka dengan perkataan 'tanggungjawab' dari dulu lagi... sebab saya rasa itu kunci yang penting. Tahu agama setinggi manapun tapi tak tahu apa dia 'tanggungjawab' rasanya takkan ke mana..." Saya mahu share apa yang saya cuba cari dan telah jumpa di laman web ini
Sabda Rasulullah s.a.w. “Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)” dimana yang nak dipukul tu? Tapak kakinya… .. bukan muka, punggung, telinga dan ditempat-tempat yang sensitif… . itu salah…

“Jika dia bijak dan menang dalam sebarang pertandingan sekolah, ucapkan tahniah. Tidak salah kita cium atau peluk mereka sebagai tanda penghargaan. Kala umur mereka 14 hingga 21 tahun jadikan kawan. Tetapi selalunya usia beginilah ibu bapa mula merenggangkan hubungan dan ini menyebabkan anak derhaka”.

Yang penting anak-anak harus dilatih sembahyang jemaah bersama, latih cium tangan dan peluk penuh kasih dan sayang, maka mereka tidak akan tergamak menderhaka . “Saya pernah tinjau, anak-anak yang lari daripada rumah, berpunca daripada rasa bosan. Belum sempat letak beg sekolah, ibu dah suruh macam-macam. Si anak rasa tertekan dan menyampah dengan persekitaran dan rumahnya. Boleh disuruh tetapi berikan hak mereka di rumah. Yang penting dia balik ke rumah suka, dan pergi sekolah pun seronok. “Mungkin ibu bapa punya alasan tidak rapat dengan anak-anak kerana sibuk.

Kita boleh cuba cara lain, balik di tengah malam, anak-anak sudah tidur, pergi bilik dan cium dahinya. Hubungan rohani tetap subur, walaupun anak tidur tetapi jiwanya sentiasa hidup.” Jangan kita tunjuk sikap kita yang panas baran, pemarah dan ada kuasa veto kepada mereka, jangan suka mengherdik mereka dengan perkataan “bodoh, kurang ajar, sumpah seranah dan sebagainya yang merupakan doa kepada mereka”. inilah yang menyebabkan mereka derhaka kepada kita…

DOA ANAK-ANAK TERMAKBUL
Lazim orang tua, pantang anak menegur walaupun tahu mereka bersalah. Jangan rasa tercabar kerana pesan orang tua-tua, bisa ular tidak hilang walau menyusur di bawah akar. Sayyidina Umar berkata, kanak-kanak tidak berdosa dan doa mereka mudah diterima. Begitu juga dengan Rasulullah, kalau berjumpa anak-anak kecil, Baginda cukup hormat dan sayang sebab anak-anak tidak berdosa.
Lagipun kanak-kanak kalau menegur memang ikhlas dan jangan ambil endah tidak endah. Perasaan anak juga mesti dihargai, sesetengah orang tua kurang bercakap dengan anak-anak. Kalau menegur pun dengan ekor mata dan herdikan. Si anak rasa tersisih dan tidak dihargai. Kepada kawan tempat mereka mengadu, bila jumpa kawan baik tidak mengapa, tetapi jumpa yang samseng, ia sudah tentu membawa padah.

BERTAUBAT SEBELUM MELARAT
Jika Tuhan menurunkan hidayah, segeralah insaf dan bertaubat. Tetapi apa caranya jika orang tua telah meninggal sedangkan sewaktu hidupnya kita derhaka dan melawan mereka? Bila insaf, selalulah ziarah kubur emak ayah kita dan bacakan ayat-ayat suci untuknya. Jumpa semula kawan-kawan baik ibu atau jiran-jiran yang masih hidup dan buat baik dengan mereka. Sedekah ke masjid atas nama ibu ayah. Walaupun ibu ayah sudah meninggal, minta maaf berkali-kali semoga ibu redha dan Allah ampunkan dosa.
Allah maha pengampun dan luas rahmatnya. Tetapi jangan ambil kesempatan buat jahat kemudian bertaubat. Hidup tidak tenteram atau bala turun. Cuba kita perhatikan kemalangan yang berlaku setiap hari. Misalnya tayar kereta pecah, jangan lihat dengan mata kasar, selidik apa salah yang telah kita buat hari ini. Pertama bagaimana hubungan kita dengan Tuhan, jika semuanya baik, turun ke peringkat kedua, bagaimana pula hubungan dengan ibu? “Pastikan hubungan dengannya sentiasa harmoni dan lancar. Tidak rugi menjalinkan hubungan yang baik kerana hayat mereka bukanlah terlalu panjang untuk bersama kita.”

HUBUNGAN DENGAN BAPA
Lazim ibu yang dilebihkan, sedangkan bapa menjeruk perasaan kerana tidak dipedulikan anak-anak. “Hubungan dengan bapa sepatutnya sama dengan ibu tetapi dalam konteks Islam, kalau berlaku pertembungan, nabi suruh utamakan ibu dahulu.. ..
Tiga kali ibu barulah sekali kepada bapa.” Bagaimanapun sebaik-baiknya, kasih sayang dan perhatian biar sama agar kedua-duanya tidak berkecil hati. Begitu juga dengan nenek, walaupun kata-katanya ada yang mengarut tetapi jangan melawan di depan mereka. Sebenarnya golongan nyanyuk dan tua mencabar kesabaran kita. Walaupun Allah tidak ambil kira kata-kata mereka tetapi kita wajib mentaati dan menghormati golongan tua.”

USAH DERHAKA KEPADA MENTUA
Mentua mesti dimuliakan seperti kita menghormati orang tua sendiri. Kalau mereka kecil hati, samalah seperti tersinggungnya hati emak. Kita sayang anaknya kenapa tidak sayang orang yang melahirkannya juga? “Saya tahu, ada menantu kecil hati dan pendam perasaan terhadap mentua yang terlalu ambil berat tentang anaknya. Bersabarlah dan jalin hubungan baik kerana taraf mereka sama seperti ibu bapa kandung,” jelasnya.

Kewajipan anak lelaki, pertama kepada Allah, kedua rasul, ketiga emak dan emak mentua, keempat bapa dan bapa mentua dan kelima baru isteri. Isteri kena faham, kalau dia sayang dan melebihkan ibu bapa, itu memang wajar. “Sebaliknya anak perempuan, yang pertama Allah, kedua rasul dan ketiga suami.. Jalan pintas ke syurga bagi anak-anak selain Allah adalah emak danayahnya. “Perasaan mentua perlu dijunjung kerana mereka berhak ke atas menantu. Seperti kisah Nabi Allah Ibrahim dengan anaknya Nabi Ismail.

Suatu hari, Nabi Ibrahim ke rumah anaknya dan kebetulan Nabi Ismail tidak ada dirumah isterinya pun tidak kenal dengan mentuanya. Menantu berkasar menyebabkan Nabi Ibrahim kecil hati. Dan sebelum balik dia berpesan kepada menantunya suruh suaminya tukar alang rumah kepada yang baru. Bila Nabi Ismail balik, isterinya pun menggambarkan rupa lelaki tersebut menyampaikan pesan. Nabi Ismail sedar itu adalah ayahnya.

Nabi Ismail insaf di sebalik simbol kata-kata ayahnya, bahawa isterinya bukan daripada kalangan wanita yang berakhlak, lalu diceraikan. Nabi Ismali berkahwin kali kedua dan bapanya masih tidak mengenali menantu. Sekali lagi Nabi Ibrahim melawat dan menantunya melayan dengan bersopan santun walaupun tidak kenal siapa Nabi Ibrahim. Nabi Ibrahim tertarik hati dan sebelum balik berpesan lagi, katakan alang rumah anaknya sudah cukup baik dan jangan ditukar kepada yang lain.

Ada banyak tips yang diberikan untuk mempertingkatkan potensi anak-anak anda dan seterusnya menempatkan anak-anak anda dikalangan winners. Tips ini jika diamalkan mampu menjadikan anak-anak kita sebagai winners…..insyallah

APA yang membezakan antara winners dan losers
Adalah mudah iaitu:-
Winner’s percayakan diri mereka dan boleh membayangkan diri Mereka dikalangan orang yang berjaya sementara losers merasakan diri Mereka tidak boleh.

Tips
  1. Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri.. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
  2. Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
  3. Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
  4. Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya) .
  5. Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan , mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.
  6. Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
  7. Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
  8. Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
  9. Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya .
  10. Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri . Mereka akan menirunya.
  11. Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya.
  12. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah.
  13. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
  14. Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
  15. Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka . Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan andasuami isteri.
  16. Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka..
  17. Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian..
  18. Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
  19. Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
  20. Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
  21. Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri..
  22. Anak-anak juga mempunyai perasaan seperti anda.

Khasiat Daun Misai Kucing dan Daun Selasih


Misai Kucing (Cat's Whiskers)
Orthosiphon aristatus
  • Merawat masalah buah pinggang, batu karang hempedu, jangkitan pada saluran kencing, masalah hati dan hempedu, diabetes, reumatisme dan gout.
  • Menurunkan tekanan darah tinggi dan kolesterol.
  • Merangsang pengeluaran air kencing.
  • Rebus beberapa helai daun dan minum seperti teh.

Daun Selasih (Common Basil)
Ocimum sanctum
  • Mengembangkan sistem imun
  • Mengurangkan stress.
  • Menyingkirkan toksik dari tubuh.
  • Untuk sakit kepala dan selsema - masukkan beberapa helai daun selasih segar ke dalam sebekas air mendidih dan selimut pesakit sambil membiarkannya menghidu bauan herba ini. Membersihkan sinus, melegakan sakit kepala.

dari Utusan Pengguna