بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 30 Mac 2011

Cara Yang Betul Untuk Tambah Darah



Adik saya Ogy yang tengah sarat mengandung sekarang mempunyai masalah kekurangan darah. Baru tadi adik saya Ain (adik kepada Ogy) beritahu kepada.. Kesian pula mendengarnya... jadi saya cuba cari kalau-kalau ada sebarang info yang boleh membantu adik saya ni. Maka terjumpa pengalaman seseorang di dalam blog ini. Blognya sudah lama tidak berupdate jadi saya copy & paste di sini. Semoga berguna untuk semua.
THURSDAY, 14 AUGUST 2008

"Makan hati untuk tambah darah?" 'Clash' antara nasihat Rasulullah dan nasihat saintis....Mana nak ikut ni?...
Dipetik daripada : Soleh.net

Ikutilah kisah seorang cikgu Biologi yang berada di persimpangan dilema Biologi "pertembungan antara sains dengan Islam"...

Dalam artikel ini izinkan saya menceritakan pengalaman saya diberikan Allah anak sulung yang manja dan berpenyakit.

Sebenarnya, melalui anak yang sulung ini, begitu banyak Allah memberikan ilmu melalui pengalaman membesarkannya. Alhamdulillah bersyukur saya di atas segala nikmat yang diberikan-Nya.

Dari tahun 1980 hingga 1985, saya mengajar di tiga buah sekolah dari SMK Sultan Ahmad Shah Cameron Highland, Sekolah Mahmud Raub dan akhir sekali di Sekolah Menengah Sains Raub.

Saya mengajar subjek utama biologi tingkatan 4 dan 5 di samping beberapa subjek lain. Dalam subjek biologi ini saya menggalakkan pelajar saya untuk memakan hati kerana menurut sains, hati kaya dengan pelbagai khasiat seperti sumber zat besi yang sangat diperlukan oleh tubuh badan.

Saya tidak pernah membuktikan sama ada benar dakwaan sains ini tetapi itulah yang perlu saya ajarkan kerana ia terdapat di dalam sukatan pelajaran biologi dari dulu sampai sekarang.

Para doktor juga telah diberikan ilmu yang sama iaitu hati, sama ada hati ayam atau hati lembu mengandungi sumber zat besi yang tinggi yang sangat diperlukan tubuh.

Namun Islam mengajarkan sesuatu yang bertentangan sama sekali dengan ilmu sains ini iaitu mafhumnya lebih kurang begini “Janganlah kamu makan organ dalaman”.

Walaupun Nabi berkata jangan tetapi ulamak lebih menjatuhkan hukum makruh dalam keadaan ini dan bukan mengharamkannya. Organ dalaman adalah organ selain daging yang terkandung dalam tubuh haiwan seperti:
  • Hati
  • Jantung
  • Paru-paru
  • Perut
  • Hempedal
  • Buah pinggang
  • Jantung
  • Buah pinggang
  • Telur ayam yang belum keluar dari perut ayam
  • Telur ikan.
Sains menggalakkan makan hati kerana khasiat zat besinya yang sangat diperlukan manusia sedangkan Islam melarang dari memakan hati ini.

Mana yang anda pilih? Sains atau pesan Nabi Muhammad s.a.w?

Kembali kepada pengalaman membesarkan anak sulung 25 tahun lalu, setelah berbagai makanan rapu termasuk berbagai jenama minuman bergas diberikan, sewaktu anak saya berusia 2 tahun, ia sudah menghadapi satu masalah, beliau mudah letih dan tidak bermaya.

Saya dan isteri membawa anak kesayangan ke klinik di Raub Pahang. Doktor Cina di klinik ini sangat rapat dengan saya dan isteri kerana isteri doktor ini mengajar matapelajaran Biologi di sekolah yang sama dengan isteri saya.

Setelah membuat semakan dan ujian termasuk melihat di dalam kelopak mata bahagian bawah, doktor mengatakan bahawa anak saya sudah mempunyai masalah anemia atau bahasa mudahnya kurang darah atau lebih tepatnya darah anak saya ini kekurangan sel darah merah menyebabkan warna darahnya kurang merah.

Doktor menasihati kami berdua agar memberikan anak sulung kami ini makan banyak hati seperti hati ayam. Doktor juga ada memberikan supplement untuk anak kami tersebut.

Bermula dari saat ini setiap kali balik dari sekolah, sewaktu singgah di pasar Raub, saya akan membeli sekilo hati ayam untuk diberikan kepada anak disamping makanan ayah dan ibunya.

Walaupun dengan supplement dan hati ayam yang diberikan, keadaan kesihatan anak saya semakin merosot.

Dia semakin sangat mudah letih. Dia hanya akan menjadi penonton apabila sepupunya bermain atau rakan-rakannya berlari berkejar-kejaran. Perniagaan doktor ini pula semakin maju, maklumlah saya kerap ke kliniknya boleh dikatakan setiap bulan selain dari sakit demam.

Pada usia anak saya ini 4 tahun, doktor Cina ini dah surrender dan merujuk kes anak saya ini ke Hospital Universiti Petaling Jaya. Saya dan isteri terpaksa mengambil cuti membawa anak menemui doktor pakar kanak-kanak.

Anak saya diambil darahnya dan doktor minta anak saya dimasukkan ke dalam wad kanak-kanak.

Bacaan hemoglobin dalam darah anak saya cuma 4.2 sedangkan orang biasa sepatutnya dalam lingkungan 12 dan ke atas. Allah saja yang mengetahuinya azab yang kami lalui.

Hasil pemeriksaan doktor, mereka mengatakan anak saya kena anemia Talesemia (umur sel darah merah pendek berbanding normal 120 hari). Saya tidak ada ilmu ketika itu tentang apa itu Talesemia.


Saya menelefon kakak ipar saya di Tapah bertanyakan apa itu Talesemia. Subhanallah, penjelasannya sangat mengerikan. Kanak-kanak penghidap talesemia selalunya meninggal dunia sebelum usia mencecah 7 tahun.

Adakah saya akan kehilangan anak sulung yang dikasihi?

Sudah tidak tahu apa yang perlu dibuat, saya berkunjung ke sebuah farmasi di Kajang mencari sesuatu yang boleh saya usahakan untuk mengubati masalah anak saya.

Saya ternampak sebuah ubat supplement buatan Amerika dalam bentuk cecair bernama NUTROPLEX. Saya tawakkal membelinya dan memberikan ubat ini kepada anak saya.

Alhamdulillah bacaan hemoglobin anak saya meningkat sehingga ada waktunya kepada bacaan 7.

Satu perkara lain selain masalah-masalah yang telah disebutkan di atas, anak saya ini kerap sekali menghadapi demam secara purata 2 kali sebulan dari usia 2 tahun sehingga berusia 13 tahun.

Pendek kata, sekolah memang terpaksa selalu tidak hadir kerana demam. Begitulah masalah yang kami hadapi membesarkan anak sulung ini sehingga berusia 13 tahun. Kerap demam dan tidak bermaya serta mudah letih.

Kemuncak masalah ini ialah bila satu ketika saya mendapat panggilan telefon dari isteri mengatakan anak saya terpaksa dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius.

Waktu itu saya sudah mula berguru dengan arwah guru saya. Segala masalah anak saya sudah sedia dalam makluman arwah guru cuma menanti saat yang sesuai sahaja untuk memberitahu kepada saya.

Dalam saat kebingungan mengenangkan anak dimasukkan ke hospital kerana demam yang serius, saya menelefon arwah guru saya. Setelah saya menjelaskan cerita sebenarnya, arwah memberitahu saya agar mencari sebanyak mungkin buah delima masak di mana-mana kampung dan berikanlah makan kepada anak saya.


Alhamdulillah saya berjaya mencari agak banyak juga buah delima kampung dan saya menyuapkan kepada anak saya. Alhamdulillah selepas beberapa hari, anak saya dibenarkan keluar dari wad hospital.

Bermula dari saat inilah saya terpaksa akur sahaja dengan apa yang disarankan oleh arwah guru saya. Sebelumnya, saya memang banyak membantah kata-kata arwah guru, maklumlah saya lulusan universiti (biologi & kimia) sedangkan arwah guru sekadar pengamal perubatan tradisional dan tok guru agama.

Arwah guru saya menasihati agar :
  • Elakkan dari makan sebarang organ dalaman seperti hati dsbnya.
  • Elakkan makanan rapu seperti coklat, mee maggi, twisties, ding dang, double decker, burger, naget, sausage dan sebagainya.
  • Elakkan minuman bergas.
  • Elakkan jeruk-jeruk kering dan basah.
  • Makan sayur-sayuran yang berzat seperti sayuran hijau dan pahit.
  • Makan buah delima.
  • Makan epal hijau.
Selepas tiada pilihan (doktor dan pakar sudah diusahakan) melainkan mencuba kaedah rawatan arwah guru semata-mata, akhirnya saya bersyukur kepada Allah SWT bahawa inilah kaedah yang tepat untuk merawat kes anak saya.

Sejak dari saat ini, anak saya kelihatan semakin sihat dan segar dan akhirnya kekerapan menghidap demam pun telah menjadi sejarah.

Syukur Alhamdulillah terima kasih kepada Mu Ya Allah di atas rahmatMu. Bermula dari saat ini saya sudah berpusing 180 darjah.

Saya menyumpah kepada ilmu sains yang mengajarkan bahawa makan hati boleh membawa kebaikan kepada manusia.

Saya menyumpah juga kepada diri saya yang selama ini mengajarkan kepada pelajar-pelajar saya satu ilmu yang sebenarnya membawa mudharat kepada manusia.

Ampunilah dosa ku Ya Allah kerana mengajarkan ilmu sesat di sekolah dahulu (ilmu makan hati untuk menambah darah).

Saya yakin bahawa saranan ilmu sains bahawa memakan hati haiwan adalah baik untuk menambah darah adalah ilmu songsang yang diajarkan oleh orang Yahudi agar umat manusia menjadi tidak sihat.

Orang Yahudi ini beranggapan jikalau dunia ini dipenuhi oleh orang Yahudi semata-mata, alangkah indahnya. Mereka ingin membunuh umat lain selain Yahudi secara senyap.

Tanggapan saya ini adalah berdasarkan bahawa orang Yahudi ini sangat mempelajari ilmu di dalam Al Quran dan hadis cuma mereka tidak beriman sahaja. Mereka ingin menggunakan ilmu ini untuk merosakkan dan membunuh umat Islam.

Saya berkata demikian kerana ilmu sains dari barat mengajarkan untuk memakan hati sedangkan orang Yahudi, Amerika dan England tidak makan hati. Mereka juga tidak makan kepala ikan seperti disarankan Nabi sedangkan orang Melayu Islam di Malaysia makan hati dan kepala ikan.

Memakan hati bukan sekadar tidak membantu meningkatkan paras hemoglobin darah malahan memakannya akan mengundang pelbagai mudharat lain yang Allah dan RasulNya saja yang mengetahui dengan tepat.

Pengalaman anak saya serta didiagnosed oleh doktor sebagai pesakit leukemia sudah cukup mengajar saya betapa mudharatnya memakan hati. Anak saya telah memakan hati ayam dengan begitu banyak sekali semenjak berusia 2 hingga 13 tahun.

Subhanallah. Kepada mereka yang taksub dengan ilmu sains dan perubatan moden, waspadalah berbagai agenda tersembunyi dimasukkan oleh Yahudi dan Nasrani di dalam ilmu sains dan perubatan moden.

Mereka mengajarkan tidak ada ubat bagi menyembuhkan penyakit seperti diabetes, jantung dan bengkak hati sedangkan Allah dengan jelas menyatakan setiap penyakit diturunkan Allah bersama ubat melainkan mati.

Kepada ibu bapa yang bakal mendapat kenaikan gaji baru pada Julai akan datang ini, saya ingin berpesan bahawa kitalah sebenarnya yang banyak meracuni anak-anak dan diri kita sendiri dengan cara memberikan makanan yang sama sekali tidak sepatutnya untuk dimakan oleh anak-anak dan diri kita.

Setengah manusia sangat redha dan seronok untuk diracuni dengan menghisap rokok, minum arak dan menghisap dadah.

Wallahu a’lam.

POSTED BY NURHAWARIYYUN AT 02:39

Khasiat Daun Pegaga dan Hempedu Bumi


Daun Pegaga (Pennywort)
Cantella asiatica
  • Tonik yang baik untuk otak. Menambah daya ingatan dan menguatkan mental
  • 2-4 helai daun dimakan mentah setiap hari menguatkan otak dan mencegah tekanan perasaan
  • Membantu tidur yang nyenyak bagi mereka yang letih. Baik untuk merawat insomnia
  • Jusnya mencuci darah dan bertindak sebagai tonik
  • Bagi artritis, minum air daun pegaga setiap hari selama 2 minggu. Rehat 2-3 hari kemudian sambung semula. Anda juga boleh makan 2 helai daunnya sehari.

Hempedu Bumi (King of Bitters)
Andrographis panniculata
  • Mempunyai kesan cegah radang, bakteria dan virus. Digunakan dalam rawatan penyakit berjangkit
  • Merangsang sistem imun, melindungi daripada kanser, mencegah pembekuan darah, mengekalkan fungsi penghadaman yang baik
  • Bagi selsema, rebus 5-6 helai daunnya bersama 2 cawan air sehingga menjadi suku cawan dan minum 3 kali sehari
dari Utusan Pengguna

Kursus Kemahiran: Alternatif yang kurang cemerlang akademik

BERI perhatian. Chef Mohd. Ghazni (dua dari kiri) menunjukkan cara yang betul untuk membuat kek kepada para pelajar.

SEBAIK mendengar taklimat ringkas daripada guru kursus automotif berkaitan ujian yang bakal dijalankan, beberapa pelajar pantas mencapai peralatan masing-masing lalu menuju ke empat buah kereta yang telah disediakan.

Salah seorang daripadanya bernama Gogulakrishnan Balakrishnan yang berasal dari Ipoh, Perak. Remaja berusia 20 tahun itu kelihatan bersemangat untuk melaksanakan ujian berkaitan memperbaiki sistem penyerap hentakan (absorber) kereta.

Hari itu, Gogulakrishnan diberi peluang membaiki kerosakan absorber bahagian depan kereta Proton Waja 1.6 berwarna perak.

Meskipun tidak mempunyai keputusan akademik yang cemerlang, namun anak bongsu daripada empat adik-beradik itu berjaya menunjukkan kemampuan dalam kerja-kerja berkaitan bidang automotif. Kini, dia merupakan pelajar Sijil Kemahiran Automotif Tahap II di Pusat Latihan Kemahiran Septronic (SSTC).

"Saya seronok mengikuti kursus kemahiran yang ditawarkan di sini. Walaupun saya pernah gagal dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) tetapi, peluang belajar di SSTC boleh menjadikan saya individu yang berdikari.

"Tambahan pula, sejak di sekolah saya memang meminati bidang automotif. Justeru, apabila melihat terdapat kursus kemahiran automotif turut ditawarkan di pusat ini, saya tidak teragak-agak untuk mengikutinya," kata Gogulakrishnan kepada Kosmo! ketika ditemui di kampus utama SSTC yang terletak di Bukit Beruntung, Selangor.

Menurut Pengarah Urusan SSTC, Abdul Rashid Nopiah, antara objektif utama pusat tersebut diwujudkan adalah untuk membantu dan mendorong pelajar yang lemah dalam akademik agar dapat menguasai kemahiran tertentu sekali gus mampu bersaing di pasaran kerja.

"Sejak ditubuhkan pada tahun 2003, SSTC telah melahirkan 1,200 pelatih yang berkualiti dan berjaya memperoleh pekerjaan dalam bidang kemahiran masing-masing sama ada dalam sektor awam mahu pun swasta," jelas beliau sambil memberitahu pusat tersebut mendapat akreditasi daripada Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) di bawah Kementerian Sumber Manusia sejak 2 Januari 2003.

Apa yang pasti, SSTC mempunyai visi untuk menjadi pusat kecemerlangan pendidikan dan latihan dalam kejuruteraan dan hospitaliti. Institusi itu juga berazam melahirkan pelatih yang berketrampilan, berakhlak mulia dan bertanggungjawab selari dengan falsafah pendidikan kebangsaan.

Terdapat enam kursus kemahiran yang ditawarkan SSTC iaitu automotif, pengetuk panel kenderaan rendah, penyembur cat, elektrikal, pastri dan penyelia makanan atau minuman (pramusaji).

Setiap kursus mempunyai tiga tahap dengan bagi Sijil Kemahiran Tahap I dan II, tempoh pembelajaran mengambil masa selama enam bulan manakala Sijil Kemahiran Tahap III dalam tempoh setahun.

Pengetua SSTC, Sugunadevi Arjunan, 48, berkata, pengambilan pelajar bagi mengikuti kursus yang ada dilakukan sebanyak empat kali setahun.

Uniknya, mereka bukan sekadar menyasarkan pelajar dalam kalangan remaja lepasan sekolah untuk mengikuti kursus tersebut, bahkan golongan ibu tunggal atau individu menganggur yang mahu mempelajari kemahiran yang diminati juga amat dialu-alukan.

"Dalam aspek ini kami bersikap terbuka kerana mahu memberi peluang kepada sesiapa sahaja yang mahu mengembangkan bakat dan potensi diri untuk masa depan yang gemilang.


PUSAT ini mengalu-alukan ibu tunggal atau individu menganggur untuk mempelajari kemahiran yang diminati di sini.
"Malah, SSTC boleh dianggap sebagai alternatif utama bagi mereka yang lemah atau tidak berminat menyambung pelajaran dalam bidang akademik," ujar Sugunadevi yang memainkan peranan penting dalam mengasaskan penubuhan SSTC sebagai respons terhadap kekurangan profesional teknikal terlatih dalam industri vokasional.

Sejarah penubuhan

Pada mulanya Septronic hanya menawarkan kursus Mekanik Kenderaan Motor pada tahun 2003 di Selayang, Selangor dengan 13 pelajar perintis.

Dua tahun kemudian, lokasi pusat tersebut berpindah ke Jalan Ipoh di Kuala Lumpur apabila satu lagi kursus tambahan iaitu elektrikal diwujudkan.

Di samping itu, apabila menyedari industri pelancongan Malaysia semakin berkembang dan permintaan terhadap kakitangan dalam penyediaan makanan dan minuman (F&B) dan kursus pastri meningkat, Sugunadevi terus mengambil langkah proaktif memulakan kursus-kursus berkaitan.

Keadaan itu mendorong beliau untuk mencari lokasi yang lebih sesuai di Sentul Raya bagi menyediakan pembelajaran yang kondusif buat pelajar yang mengikuti kursus kemahiran di bawah kelolaan SSTC.

"Tahun lalu, SSTC berpeluang menjalin kerjasama dengan syarikat dari Amerika Syarikat, ICAR International untuk menjalan kursus pengetuk panel dan penyembur cat yang secara tidak langsung meluaskan lagi skop pembelajaran kemahiran di sini," katanya yang berhasrat menjadikan SSTC sebagai pusat sehenti bagi kursus-kursus kemahiran.

Kampus utama SSTC di Bukit Beruntung ini baru sahaja beroperasi sejak dua bulan lalu. Ia mempunyai pelbagai kemudahan seperti kolam renang, gelanggang badminton, futsal, sepak takraw, perpustakaan, surau dan kafe.

Mereka yang berminat mengikuti kursus-kursus yang ditawarkan di SSTC turut diberi kemudahan penginapan di apartmen yang terdapat di kampus tersebut.

Tenaga pengajar pula terdiri daripada golongan profesional yang berpengalaman luas dalam bidang masing-masing. Antaranya seperti guru dari Perbadanan Hal Ehwal Bekas Angkatan Tentera (Perhebat), Institut Latihan Perindustrian (ILP), Pusat Latihan Pengajar & Kemahiran Lanjutan (CIAST) dan mereka yang terlibat dalam industri berkaitan.

Untuk maklumat lanjut mengenai SSTC layari laman web www.septronic.edu.my atau hubungi talian 03-4045 2468.

khadijah.mohamadnor@kosmo.com.my

Isnin, 28 Mac 2011

Alhamdulillah... dapat juga...


inilah dia... nokia C3

Berkat kesabaran menunggu... akhirnya dapat juga beli apa yang diidam-idamkan. Harganya pun berpatutan cuma RM390 sahaja termasuk memory card 2GB. Sayang nak habiskan duit untuk beli hp yang mahal-mahal. Takut kalau rosak atau hilang mesti rasa ralat dan rugi sangat dengan duit yang telah dilaburkan.

Selalunya sebelum beli hp mesti saya survey dalam masa yang agak lama. Nak cari yang murah tapi banyak function dan friendly. Nak tau kenapa tertarik dengan model nokia C3 ni?? terutamanya dia ada Ovi Store. Apa dia Ovi Store bolehlah click http://store.ovi.com. Antara yang menarik tentang Ovi Store kita boleh tau update terkini dari blog. Caranya boleh lihat di sini. Selain tu ada Wifi.. Bolehlah online free mana-mana tempat yang ada coverage.

Antara aplikasi yang terdapat dalam hp ni:

Software platform & user interface
  • Series 40
  • FOTA (firmware update over the air)
  • Software updates through Nokia Software Updater installed on PC
  • Applications
  • Nokia Messaging Service 3.0 for Email
  • Nokia Messaging Service 3.0 Chat
  • Nokia Messaging Service 3.0 Communities
Email and messaging
  • Easy access to your email accounts, including Yahoo!® Mail, Gmail™, Windows Live™, Hotmail™ and other popular POP/IMAP services
  • Easy Ovi Mail free email account creation directly from phone
  • Instant messaging through Windows Live Messenger™, Yahoo!® Messenger, Google Talk™ and Ovi Chat
  • Conversational SMS for chat-style text messages
  • SMS, MMS
  • Nokia Xpress audio messaging
Browsing and internet
  • Web browsing of real web pages through Nokia OSS web browser
  • JavaScript version 1.3 and 1.5
  • ECMAScript support
  • CSS support
  • OMA DRM version 2.0
  • Supported mark-up languages: HTML, XHTML, WML
  • Supported protocols: HTTP, WAP
  • TCP/IP support
  • Included Opera Mini browser optimises web page rending for mobile devices
  • Web Search
  • Communities widget on home screen shows live feeds from Facebook and Twitter

Baru beli semalam... biasalahkan baru dapat so kena belajar untuk memahami dan mengenali dengan lebih lanjut... baru je daftar ovi.. lepas ni nak cuba daftar blog pula..

Ahad, 27 Mac 2011

Shopping Untuk Iman

Hari ni AI ajak keluar cari barang-barang keperluan Iman. Mula-mula kami pergi ke Cash Converter... AI saja jengok-jengok.. terjumpa pagar tangga @ baby gate dengan harga yang murah. Nak beli yang baru mahal. Rasa rugi pula sebab guna sekejap je. Ingat nak tempah (harga lebih murah) tapi dah jumpa ni beli jelah. Belum cuba lagi harap-harap masih kukuh. Coz tangan Iman memang kuat walaupun masih baby. Sempat lagi ambil mainan satu buat Iman (picture puzzle)

ni contoh baby gate yg dibeli di Cash Converter tadi (Iman punya putih semua)

Kemudian kami plan pergi Jaya Jusco, tak pergi yang dekat (Bukit Tinggi) tapi yang jauh sikit (Bukit Raja). Mula-mula plan nak beli sepasang je baju untuk Iman. Tapi jadi 5 pasang ditambah pula dengan mainan. Kalau ikutkan taknak beli banyak-banyak mainan tapi dah AI yang nak beli.. biarkan.. AI kata mainan yang buat dia pandai berfikir dan ada aktiviti di rumah.

inilah dia mainan yang dibeli...

dan ini pula baju-baju yg dibeli (baju tidur 2 psg, baju harian 3 psg)

Dah habis shopping terus balik rumah.. AI kurang sihat.. sakit kepala. Biasalah time cuti memang selalu kena sakit kepala. Tak taulah tak boleh cuaca panas sangat atau lambat makan. Kami bungkus je makanan di kedai nasi kandar penang di Port Klang. saya order mee goreng.. AI memang suka nasi kandar. Sampai rumah makan, dan tidur.. sebelum tu biasalah Iman time malamlah dia makin cergas. Dah penat barulah tidur.. itupun mengamuk juga sekejap. saya sapu minyak diperut dia bagi lagi susu buat kali ke-2. Barulah dia tidur... saya pun update blog dan sempat snap gambar barang yang kami shopping untik Iman tadi.

Oklah nak tidur... sebelum tu hari ni terlepas peluang nak tengok Majlis Perkahwinan Perdana, 44 pasangan pengantin bersanding serentak anjuran kerajaan negeri Selangor yang berlangsung di Masjid Nurul Amin, Kg Delek gara-gara AI sibuk ada kawan nak minta quotation renovate rumah dan singgah rumah mak saya sekali tampal bumbung yang bocor (bukan AI yg buat tapi tukang@biz partner).

Esok akan pergi ke Nurul Iman...

Update: Akhirnya pagar yang dibeli diberikan kepada adik (ogy). Kami beli yang baru

Sabtu, 26 Mac 2011

Kasih Sayang Terapi Urutan (Bayi)


Sumber Kosmo! 25 Mac 2011

JENAMA produk penjagaan bayi, Johnson’s baby, baru-baru ini melancarkan Siri Bengkel Urutan Bayi Touch yang diadakan setiap tahun untuk mendidik para ibu atau bakal ibu mengenai teknik-teknik urutan bayi yang berkesan.

Siri bengkel tersebut akan diadakan dengan kerjasama KPJ Healthcare Berhad, pembekal perkhidmatan penjagaan kesihatan swasta utama yang mempunyai lebih daripada 20 buah hospital di Malaysia.

KPJ Healthcare akan memberikan sokongan melalui satu pasukan profesional yang akan memberi ceramah dan panduan untuk ibu bapa pada bengkel interaktif dan amali, yang akan diadakan di lapan buah negeri di seluruh Malaysia pada bulan Mei dan Jun tahun ini.

Pengarah Pemasaran Johnson & Johnson Sdn. Bhd., Stanford Guo berkata, urutan amat penting bagi meningkatkan perkembangan bayi.

“Selain pemakanan atau susu ibu, sentuhan seorang ibu mempunyai kesan paling efektif ke atas bayi.

“Sentuhan adalah ekspresi fizikal yang menandakan kasih sayang dan teknik-teknik urutan yang betul terbukti mempunyai kebaikan untuk perkembangan fizikal dan emosi bayi,” katanya.

Penyakit misteri

Tambahnya, dalam kaji selidik yang dijalankan pada tahun 1915 di rumah-rumah anak yatim di Amerika Syarikat (AS) mendapati, kadar kematian bayi yang berumur kurang satu tahun adalah hampir 100 peratus.

Kadar kematian yang tinggi itu bukanlah kerana kekurangan makanan yang berkhasiat atau keadaan yang kurang bersih tetapi bayi yang menghidap marasmus iaitu penyakit misteri yang mengakibatkan mereka hilang selera makan, tiada tenaga dan tidak bermaya. Penyakit itu dipercayai berlaku kerana bayi kurang mendapat sentuhan.

“Kajian di hospital Bellevue New York yang dijalankan pada tahun 1938 pula mendapati kadar kematian bayi berumur di bawah umur satu tahun menurun dari 30 peratus kepada kurang daripada 10 peratus apabila para jururawat memulakan rutin harian menyentuh dan membelai bayi.

“Kajian-kajian ini mengesahkan betapa pentingnya sentuhan untuk bayi yang baru lahir dan juga menunjukkan bahawa sentuhan ibu turut melambangkan tanda kasih sayang yang nyata untuk anaknya,” kata Guo.

Dalam pada itu, Datuk Dr. Zulkifli Ismail yang membuat pembentangan mengenai kepentingan urutan bayi semasa pelancaran tersebut menjelaskan, susu ibu membekalkan antibodi penting dan khasiat untuk melindungi serta membantu bayi membesar, manakala urutan bayi merangsang perkembangan fizikal dan kesejahteraannya.

“Selain itu, percakapan dan hubungan mata yang dilakukan antara ibu bapa dan bayi semasa mengurut mengeratkan hubungan mereka.


DR. ZULKIFLI (kiri) menunjukkan teknik urutan yang betul kepada ibu-ibu untuk bayi.

“Mengurut adalah cara asuhan dan penyembuhan yang diamalkan oleh pelbagai budaya di seluruh dunia sejak berabad lamanya. Pengamal kesihatan terdahulu telah mencuba untuk memahami bagaimana sentuhan dan urutan boleh memberikan kesan ajaib tetapi tiada penemuan ketara yang diperoleh sehinggalah pada kebelakangan ini,” ujarnya.

Dr. Tiffany Field, seorang profesor di University of Miami School of Medicine yang mengetuai Touch Research Institute menemui hubungan antara terapi sentuhan dan manusia. Beliau mendapati banyak kebaikan terutamanya bagi bayi dan kanak-kanak.

Menurut Field, bagi bayi dan kanak-kanak, sentuhan adalah sama penting seperti makan dan tidur. Pada asasnya, terapi sentuhan atau urutan boleh merangsang saraf otak yang membantu penyerapan zat makanan dan mempercepatkan penambahan berat.

Sentuhan turut mengurangkan tahap hormon tekanan dan hasilnya, mempertingkatkan fungsi imuniti.

Berat bertambah

Dr. Zulkifli yang mengguna pakai teknik urutan yang disarankan oleh Touch Research Institute berkata, kajian juga menunjukkan urutan pada bayi mampu mengurangkan tahap dan tempoh kolik pada bayi dan memperbetulkan masalah tidur di kalangan kanak-kanak. Urutan dapat membantu mereka tidur dengan lebih cepat dan kurang terjaga pada waktu malam.

Kajian tempatan yang dijalankan di Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) antara tahun 2000 dan 2001 ke atas 72 orang bayi jaundis, mengalami peningkatan berat badan pada bayi yang diurut berbanding bayi yang tidak diurut. Ini juga dikaitkan dengan pemberian nutrisi yang lebih baik pada bayi yang diurut.

Kajian tersebut menunjukkan, terapi sentuhan juga membantu bayi pramatang menambah berat badan lebih cepat, memperbaiki fungsi pernafasan kanak-kanak yang menghidap asma dan bagi kanak-kanak diabetes pula bertindak balas positif dengan rawatan mereka.

Acara kemuncak majlis pelancaran tersebut menampilkan Erra Fazira, pelakon dan ibu yang mempercayai bahawa sentuhan ajaib seorang ibu boleh membawa perubahan yang membantu bayi berkembang dalam pelbagai cara yang positif.

Erra yang menyokong urutan bayi menggalakkan semua ibu bapa di Malaysia untuk mengamalkan urutan Touch.

“Sama ada untuk kebaikan fizikal atau emosi, pengalaman mengurut bayi membantu ibu bapa menenangkan fikiran dan berkomunikasi dengan anak mereka, menjadikan mereka lebih yakin dengan kemahiran penjagaan anak dan yang penting sekali, menjadi lebih peka terhadap keperluan anak mereka,” katanya.

Untuk menjadikan urutan bayi ini lebih bermakna dan sebagai aktiviti kebiasaan antara ibu bapa dan anak, Johnson’s baby mengarahkan penerbitan lagu Touch, boleh didapati dalam bentuk cakera padat (CD) dan akan diberikan kepada ibu bapa yang menyertai bengkel pada masa akan datang.

“Jangan lupa untuk menggunakan minyak Johnson’s® baby setiap kali anda mengurut bayi kerana minyak bayi boleh mengurangkan geseran antara tangan anda dan kulit bayi, yang akan memberikan tekanan kepada bayi,” pesan Guo.

Jumaat, 25 Mac 2011

Mari Belajar Menjahit Tudung Likra Bersama R&R Craft



Mari belajar menjahit tudung

TIDAK mempunyai asas menjahit tudung bukan bermakna anda tidak boleh meneroka bidang tersebut. Malah siapa tahu dengan menyertai bengkel menjahit tudung anjuran R&R Craft, anda boleh menjadi usahawan tudung.

Didorong keinginan untuk berkongsi kemahiran menjahit tudung, pemilik R&R Craft, Che Ku Rozinah Che Ku Abas, 37, mengorak langkah menganjurkan Bengkel Jahitan Tudung Lycra. Berbeza dengan bengkel pertama, Che Ku Rozinah menumpukan kepada tudung 'selapis' yang sememangnya menjadi perhatian wanita muslim yang mahu kelihatan bergaya dalam keadaan menutup aurat.

Menurutnya, ada di antara peserta bengkel pertama kini telah berjaya membuka perniagaan tudung menyebabkan beliau terdorong untuk menganjurkan siri bengkel seterusnya.

''Siapa sangka dengan yuran penyertaan yang rendah anda boleh meneroka perniagaan yang sememangnya menguntungkan,'' katanya.

Bengkel Jahitan Tudung Lycra itu akan diadakan pada 19 Februari ini bertempat di Kompleks Belia Kg. Pandan, Kuala Lumpur.

Tawaran kemahiran

Untuk memudahkan para peserta membuat pilihan, Che Ku Roziana menyediakan sesi pagi dan petang dengan setiap sesi berlangsung selama empat jam iaitu bermula pukul 8.30 pagi.

Mereka yang berminat tidak perlu bimbang kerana bahan-bahan seperti pola tudung akan disediakan penganjur. Bengkel ini menawarkan teknik memotong kain, membuat awning dan menjahit tepi tudung. Teknik mencantumkan awning dan badan tudung juga akan diajar bagi menghasilkan rekaan tudung yang menarik dan sesuai digayakan sesiapa sahaja.

Dengan bayaran sebanyak RM100, peserta hanya perlu membawa gunting manakala keperluan lain termasuk 20 mesin jahit, tiga mesin jahit tepi, nota serta lima pembantu tenaga pengajar akan disediakan penganjur.

Para peserta akan dianugerahkan sijil penyertaan selain dijamu minuman pagi dan petang.

R&R Craft pernah mengadakan Bengkel Jahitan Tudung Sifon dua lapis sesi pertama di tiga negeri pada 11 dan 12 Disember lalu disertai seramai 100 peserta. Bengkel di Johor Bharu dan Kuantan masing-masing berjaya menarik 25 peserta.

''Maklum balas daripada 150 peserta bengkel jahitan tudung siri pertama itu menunjukkan 50 peratus daripada mereka sudah berjaya menerima tempahan tudung walaupun secara kecil-kecilan di rumah,'' kata Che Ku Roziana.

R&R Craft juga berpengalaman menganjurkan bengkel jahitan tudung dengan kerjasama Jabatan Pembangunan Wanita Selangor.

Sejak 2001, R&R Craft aktif mengadakan bengkel kraf tangan, teknik hiasan hamper, hantaran perkahwinan, gubahan bunga dan aksesori gelang manik dengan kerjasama:

- Jabatan pembangunan Wanita Wilayah Persekutuan & Putrajaya,
- Jabatan Pembangunan Wanita Selangor.
- Jabatan Kemajuan KEMAS Negeri Sembilan
- Jabatan Belia & Sukan Kuala Lumpur.
- Felda di peringkat Wilayah Segamat, Johor.

No. tel R&R Craft 03-57577151 (carian melalui google)



Sumber: Utusan Malaysia 06/02/2011

Sarapan Baik Untuk Minda


SARAPAN yang disediakan sendiri lebih baik daripada sarapan yang dibeli.
SARAPAN yang baik akan menyediakan tenaga segera untuk sel-sel otak berfungsi pada waktu pagi. Ia juga mengelakkan tubuh menjadi lesu.

Sebaliknya, ramai yang memilih makanan atau snek yang kurang berkhasiat dan berkalori tinggi untuk bersarapan. Sesetengah orang percaya mereka boleh menggantikan sarapan pagi yang tertinggal dengan mengambil kuantiti yang banyak pada waktu makan tengah hari.

Malah ada juga yang berpendapat mereka boleh mengurangkan berat badan dengan meninggalkan sarapan pagi. Hakikatnya tanpa disedari mereka boleh mengekalkan berat badan dengan amalan sarapan pagi yang kaya protein dan serat.

Contoh kombinasi sarapan yang berkhasiat ialah telur rebus, sebiji buah oren dan semangkuk bijirin. Bersarapan dengan susu rendah lemak atau sekeping roti penuh bijirin dengan mentega kacang, potongan lobak merah dan yogurt rendah lemak juga antara amalan yang sihat,

Secara umum, wanita Malaysia yakin dan prihatin dengan kepentingan mengalas perut dengan sarapan pagi yang berkhasiat untuk diri dan keluarga.

Meskipun sebahagian besar wanita bandar terdiri daripada mereka yang bekerja, namun kesibukan mengimbangkan masa antara urusan tugas, rumah dan keluarga bukan alasan mengabaikan sarapan.

Rumusan tersebut dibuat berdasarkan tinjauan ke atas sepuluh orang wanita yang bekerja sama ada bujang atau sudah berkahwin. Mereka berumur di antara 27 hingga 33 tahun dan menetap di sekitar Kuala Lumpur.

Alternatif mudah

Sarapan pagi yang disediakan sendiri lebih berkhasiat berbanding membelinya. Bagi yang ingin melawan kesibukan pada waktu pagi, roti dan susu adalah pilihan ideal yang paling ringkas.

Sesekali pada hari minggu, Hartini Yahya akan menunaikan permintaan anak-anaknya untuk bersarapan di luar, sekali gus dapat bermesra dengan keluarga serta menghilangkan tekanan.

Menurut seorang ibu kepada dua anak kecil, melihat anak gembira memang cukup berbaloi asalkan mereka makan sarapan.

Tetapi pada hari lain, Penolong Setiausaha di Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air itu akan memastikan anaknya dibekalkan dengan sarapan yang dimasak sendiri.


BIJIRIN antara menu yang berkhasiat untuk sarapan.
Kesibukan sebagai pegawai perubatan tidak menghalang seorang lagi ibu muda untuk menekankan kepentingan sarapan kepada anaknya yang berusia tujuh dan empat tahun sebelum ke sekolah.

Dr. Rohaya Abdul Razak akan memastikan ahli keluarganya bersarapan dengan makanan yang disediakan di rumah seperti bijirin dengan susu, telur atau bihun goreng.

Bagaimanapun, beliau sama sekali tidak akan membawa anaknya ke restoran makanan segera untuk bersarapan kerana menganggap makanan segera mempunyai kandungan lemak yang terlalu tinggi.

Rakannya, seorang pengurus syarikat telekomunikasi, Shakila Imran juga enggan membenarkan anak-anaknya makan makanan segera yang disifatkan terlalu berminyak dan tiada sayur-sayuran.

Beliau menolak untuk menjadikan makanan segera sebagai hadiah atau insentif kepada anak-anaknya. Sebaliknya Shakila lebih gemar memasak sendiri jika anak-anaknya meminta makanan segera seperti kentang goreng termasuk hash brown, burger dan nugget.

Anak Shakila telah terbiasa dengan rutin menghabiskan susu yang disediakan setiap pagi sebelum ke sekolah atau tadika.

Ia cukup mengenyangkan mereka sehingga waktu rehat sekali gus menyediakan makanan seimbang yang penting sebagai permulaan hari yang baik.

Jika teringin untuk bersarapan di luar pada hujung minggu, Shakila lebih selesa memilih kedai biasa seperti kedai mamak untuk menjamu makanan seperti tose atau capati yang kurang berminyak.

Perkembangan minda

Khasiat daripada sarapan telah terbukti memainkan peranan penting dalam membantu perkembangan minda dan sahsiah manusia terutama bagi kanak-kanak.

Satu daripada kajian yang menyentuh isu tersebut ialah Relationship Between Hunger and Psychosocial Functioning in Low-Income American Children yang disiar dalam Journal of the American Academy of Child and Adolescent Psychiatry pada Februari 1998.

Ia membuktikan bahawa pelajar sekolah yang bersarapan setiap pagi mendapat keputusan yang lebih baik dalam ujian standard, bersikap lebih sopan dan kurang hiperaktif berbanding pelajar-pelajar yang tidak bersarapan.

Bagaimanapun, sarapan yang manis seperti bijirin yang bergula, penkek dan sirap maple biskut cip coklat perlu dielakkan kerana ia akan menyebabkan mereka cepat lapar, mudah meragam dan makan lebih banyak pada waktu tengah hari.

Sama seperti kanak-kanak, pelajar dan orang dewasa juga menunjukkan prestasi yang lebih baik dalam akademik dan kerja jika mereka memulakan hari dengan bersarapan. - Bernama

Khamis, 24 Mac 2011

Seri Wajah Pengantin


Mula-mula baca tajuk di Metro Seri Wajah Pengantin... ingatkan apa dia rupanya dengan minum InnerShine Prune Plus boleh mendapatkan kulit berseri... jadi sesiapa yang belum berkahwin nak join peraduan ni bolehlah cuba. Yang sudah berkahwin pun apa salahnya kan? tapi tak bolehlah join peraduan ni...

Jom baca...

KULIT cerah berseri sememangnya teman baik mempelai pada hari bahagia. Bagaimanapun, perancangan untuk hari penting itu mungkin memberi tekanan hingga menyebabkan kulit wajah suram dan tidak bermaya.

Menerusi penggunaan InnerShine(R) Prune Plus, bakal pengantin boleh mendapatkan kulit berseri secara semula jadi.

Untuk mendapatkan hasil yang optimum, regim persediaan lebih awal boleh dilakukan dengan pengambilan minuman itu setiap hari selama dua bulan.

Ketika tubuh menjalani proses menyahtoksin secara semula jadi, kulit wajah juga boleh dilihat perbezaannya dalam masa 12 hari.

Penggunaannya secara berterusan turut membantu untuk mengekalkan seri dalaman menerusi kesihatan yang baik dan tubuh yang bersih, sekali gus memastikan anda kelihatan cantik sebagai ratu sehari.

InnerShine(R) Prune Plus mengandungi esen prun dan diperkaya dengan isi dan kulit prun untuk hasil lebih berkesan.

Esen buah-buahan semula jadi ini kaya dengan serat harian dan vitamin di samping mengandungi inulin dan oligofruktosa yang menggalakkan kesejahteraan keseluruhan untuk membantu menyerlahkan seri kecantikan seseorang.

Dihasilkan daripada prun California berkualiti tinggi, InnerShine(R) Prune Plus adalah 1.5 kali lebih pekat berbanding jus prun di pasaran dan tidak mengandungi tambahan gula, bahan pengawet atau pewarna.

Bakal pengantin juga boleh berkongsi esen buah yang lazat ini bersama tetamu pada majlis perkahwinan menerusi pakej perkahwinan InnerShine(R) Prune Plus yang menjadi buah tangan unik di hari bahagia.

“Tawaran perkahwinan InnerShine Prune Plus yang unik ini sesuai untuk perkahwinan masyarakat Melayu yang kaya dengan adat resam seperti hantaran, bunga telur dan bunga pahar.

“Gubahan kreatif menggunakan barangan berkenaan menyediakan satu acara menarik sambil berkongsi manfaat kecantikan bersama pengantin dan tetamu pada majlis perkahwinan,” kata Pengurus Besar Cerebos (M) Sdn Bhd, Koh Joo Siang.

Untuk maklumat lanjut mengenai pakej perkahwinan ini, hubungi 1-300-228300 atau layari www.innershine.com.my

SERTAI peraduan menarik InnerShine-Harian Metro yang menggalakkan pengguna untuk minum InnerShine Prune Plus selama 12 hari berturut-turut.

Pembaca hanya perlu menulis mengenai impian perkahwinan mereka dan hantarkan kisah impian mereka itu bersama bukti pembelian 12 botol InnerShine (dua pek untuk botol 6 x 42 ml) kepada Cerebos (M) Sdn Bhd.

Kisah impian paling menarik akan menerima hadiah berupa wang belanja sebanyak RM1,000, hantaran InnerShine bernilai RM150 dan bunga telur InnerShine untuk 500 tetamu bernilai RM2,000.

Tiga hadiah sagu hati berupa hantaran InnerShine bernilai RM150 dan barangan untuk bunga telur bernilai RM2,000.

Gubahan menarik hantaran dengan barangan InnerShine ini disediakan Shajaratul Dur Ismail daripada Shajaratul Design (www.shajaratuldesign.com).

Hantarkan kisah impian tidak lebih daripada 500 perkataan kepada Peraduan Impian Perkahwinan InnerShine-Harian Metro, Cerebos (M) Sdn Bhd, No 5, Jalan Astaka U8/88, Bukit Jelutong, 40150 Shah Alam, Selangor.

Telefon: 03-78448686 berserta bukti pembelian sebelum 30 April 2011.

Rabu, 23 Mac 2011

Konsep Perniagaan Dalam Islam


Pagi ni saya hantar AI ke stesen komuter port klang. Sebelum hantar singgah dulu di food court (kedai kelantan) bungkus sarapan pagi. Sempat juga AI bertanya tentang perniagaannya. Dia kata hasil dari dia berniaga makan nilah ayah dia boleh beli hampir 30 keping tanah (bahasa org kelantan) di sini dan menanggung ahli keluarga yang lain. Kalau ikhlas mencari rezeki insyaAllah mendapat keberkatan dari hasilnya. Seronok tengok orang lain yang pandai berniaga. Nampak mudah tapi banyak pengorbanan dari segi masa dan tenaga juga memerlukan kesabaran yang tinggi.

Di bawah ni saya share article konsep perniagaan dalam islam. Zaman sekarang banyak sangat yang berniaga mementingkan keuntungan semata-mata tanpa fikir halal dan haram.


Oleh Engku Ahmad Zaki Engku Alwi

PERNIAGAAN adalah suatu kegiatan yang amat dianjurkan Islam kepada umatnya. Ini kerana aktiviti perniagaan menjanjikan hasil pulangan berlipat ganda kepada peniaga yang berusaha bersungguh-sungguh. Tidakkah Rasulullah pernah bersabda yang bermaksud: “9/10 rezeki itu adalah datang daripada perniagaan.” (Hadis riwayat Tirmizi)

Di samping itu, medan perniagaan juga adalah antara tempat turunnya limpahan rahmat Ilahi kepada Muslim yang melakukan kebajikan dalam bidang perniagaan. Sehubungan itu, Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Allah memberikan rahmat-Nya pada setiap orang yang bersikap baik ketika menjual, membeli dan membuat suatu kenyataan.” (Hadis riwayat Bukhari).

Di dalam al-Quran, salah satu terminologi yang sering digunakan dalam helaian al-Quran untuk memerihalkan amal salih demi meraih keredaan dan rahmat Ilahi adalah perniagaan. Firman Allah yang bermaksud: “Sesungguhnya orang yang selalu membaca kitab Allah dan tetap mendirikan solat serta mendermakan dari apa yang Kami kurniakan kepada mereka secara sembunyi atau secara terang-terangan, mereka (dengan amalan yang demikian) mengharapkan sejenis perniagaan yang tidak akan mengalami kerugian; supaya Allah menyempurnakan pahala mereka dan menambahkan mereka dari limpah kurnia-Nya. Sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi sentiasa membalas dengan sebaik-baiknya (akan orang-orang yang bersyukur kepada-Nya).” (Surah Faathir, ayat 29-30)

Walaupun perniagaan adalah satu bidang yang sarat dengan risiko dan cabaran sentiasa berhadapan dengan kemungkinan untung dan rugi, namun naluri dan fitrah manusia masih cenderung dan menginginkan keuntungan daripada perniagaan itu. Malah, kalau boleh, jiwa manusia mengidamkan keuntungan berlipat ganda.

Oleh sebab itu, terdapat sebahagian manusia yang sanggup dan tergamak menghalalkan segala macam cara demi meraih keuntungan berlipat ganda. Natijahnya, ada peniaga sengaja memanipulasi situasi kenaikan gaji kakitangan kerajaan dengan menaikkan harga barangan keperluan asas sehingga membebankan pengguna.

Tidak kurang juga ada peniaga melakukan penipuan dalam timbangan dan ada pula sanggup memakan riba yang terlarang di samping melakukan amalan rasuah demi kepentingan peribadi dan keuntungan segera.

Sehubungan itu, Allah berfirman yang bermaksud: “Dan janganlah kamu makan (atau mengambil) harta (orang lain) di antara kamu dengan jalan yang salah, dan jangan pula kamu menghulurkan harta kamu (memberi rasuah) kepada hakim-hakim kerana hendak memakan (atau mengambil) sebahagian dari harta manusia dengan (berbuat) dosa, padahal kamu mengetahui (salahnya).” (Surah al-Baqarah, ayat 188)

Perlu diinsafi bahawa keuntungan menurut perspektif al-Quran tidak hanya terbatas dalam perkara yang bersifat material dan duniawi saja, malah ia turut merentasi sempadan kepada perkara bersifat rohaniah dan ukhrawi bernilai abadi.

Pengertian ayat 29 dari surah Faathir menegaskan bahawa Allah akan memberikan ganjaran yang tidak terhingga kepada orang yang melakukan transaksi perniagaan dengan tiga amalan utama iaitu membaca dan bertadabbur al-Quran, menyegerakan pelaksanaan solat dan menafkahkan sebahagian harta dimiliki kepada golongan yang memerlukan.

Membaca dan memahami al-Quran adalah satu kewajipan yang sewajarnya dilakukan setiap Muslim pada setiap masa dan ketika. Ini kerana al-Quran adalah kitab panduan hidup serba lengkap, di dalamnya terdapat pelbagai pengajaran, hukum hakam, peringatan dan juga sebagai kurikulum kehidupan untuk diterjemahkan dalam konteks realiti kehidupan semasa di samping menjawab pelbagai persoalan hidup, baik yang bersifat peribadi, keluarga, masyarakat sosial mahupun negara.

Peniaga yang sentiasa membaca dan memahami al-Quran akan menjadikan al-Quran sebagai imam dan pembimbing ke arah menjalankan aktiviti perniagaannya dengan penuh jujur, adil dan saksama. Al-Quran akan bertindak sebagai perisai bagi seorang peniaga daripada melakukan penipuan, penyelewengan, rasuah dan lain-lain amalan yang dilarang syarak.

Bukankah Allah berfirman maksudnya: “Sesungguhnya al-Quran ini memberi petunjuk ke jalan yang amat betul (agama Islam), dan memberikan berita yang menggembirakan orang yang beriman yang mengerjakan amal salih bahawa mereka beroleh pahala besar.” (Surah al-Isra’, ayat 9)

Solat pula adalah tiang seri agama Islam. Sesiapa yang mendirikan solat bermakna dia telah menegakkan agama Islam. Sehubungan itu, Islam amat menganjurkan umatnya supaya menyegerakan pelaksanaan solat apabila masuk waktunya.

Hal ini kerana menyegerakan solat yang disertai pula dengan kekhusyukan yang mendalam akan melahirkan ketenangan jiwa dan juga kekuatan jiwa yang berupaya menepis pelbagai macam godaan dan cabaran hidup.

Peniaga yang solatnya khusyuk akan tercegah daripada perbuatan keji dan mungkar seperti mana ditegaskan Allah melalui firman-Nya yang bermaksud: “Bacalah dan ikutlah (wahai Muhammad) akan apa yang diwahyukan kepadamu dari al-Quran, dan dirikanlah solat (dengan tekun), sesungguhnya solat itu mencegah dari perbuatan yang keji dan mungkar; dan sesungguhnya mengingati Allah adalah lebih besar (faedah dan kesannya); dan (ingatlah) Allah mengetahui akan apa yang kamu kerjakan.” (Surah al-Ankabut, ayat 45)

Menafkahkan sebahagian harta dimiliki untuk kepentingan golongan lebih memerlukan seperti fakir miskin, anak yatim, ibu tunggal, pesakit yang memerlukan sumber kewangan bagi menampung kos perubatan mereka dan lain-lain lagi adalah antara amalan yang amat dituntut Islam. Amalan menafkahkan harta pada hakikatnya akan mengembangkan dan juga menambahkan keberkatan harta yang dimiliki itu.

Dalam Islam, harta bukanlah sesuatu dilarang kepada umatnya untuk mencari, memiliki dan menggunakannya dalam kehidupan seharian. Malah, Islam menganggap harta itu sebagai urat nadi kehidupan yang akhirnya akan membawa kesejahteraan hidup di dunia dan juga di akhirat di samping ia juga adalah sebahagian daripada kepentingan individu dan masyarakat umum.

Allah berfirman maksudnya: “Dan janganlah kamu berikan (serahkan) kepada orang yang belum sempurna akalnya akan harta (mereka yang ada dalam jagaan) kamu, (harta) yang Allah telah menjadikannya untuk kamu semua sebagai asas pembangunan hidup kamu; dan berilah mereka belanja dan pakaian dari pendapatan hartanya (yang kamu niagakan) dan juga berkatalah kepada mereka dengan kata-kata yang baik.” (Surah al-Nisa’, ayat 5)

Demikianlah konsep perniagaan yang tidak pernah kerugian menurut perspektif al-Quran dengan melaksanakan prinsip perniagaan mengikut syarak demi meraih keuntungan duniawi dan juga menjejaki keredaan Ilahi di akhirat nanti.

sumber: intim.wordpress.com

Selasa, 22 Mac 2011

Merendah Diri (Tawaduk) Tonjol Kesempurnaan Mukmin


ORANG yang selalu menghiasi diri dengan sifat suka merendah diri atau tawaduk akan menyerlahkan keperibadian yang luhur. Sesungguhnya ia adalah sifat para nabi, sahabat dan orang soleh yang perlu dipraktikkan seluruh umat Islam.

Mereka yang selalu merendah diri, Rasulullah SAW melihatnya sebagai orang yang memiliki keinsafan tinggi dan kesempurnaan akal serta menonjolkan identiti mukmin yang taat.

Rasulullah SAW bersabda mafhumnya: “Orang yang cerdik lagi berakal ialah orang yang merendahkan dirinya (dengan sifat tawaduk), di samping menghisabkannya dan beramal untuk selepas mati. Sedangkan orang yang lemah, ialah orang yang mengikut nafsunya dan bercita-cita kepada Allah beberapa cita-cita (angan-angan).” (Hadis riwayat Imam Ahmad dan Ibn Majah)

Kita harus sedar, merendah diri adalah tuntutan agama. Oleh itu, menjadi kewajipan semua mukmin memiliki dan mengamalkannya tanpa mengira tempat atau keadaan sepanjang langkah hayatnya.

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mewahyukan kepadaku supaya bertawaduk, sehingga tidak ada seorangpun yang menyombong dirinya terhadap orang lain dan tidak ada seorangpun yang menganiaya terhadap orang lain.” (Hadis riwayat Muslim)

Kesedaran mengenai amalan merendah diri perlu dipupuk dengan sungguh-sungguh dalam kalangan umat Islam atas dasar keimanan kerana seorang yang tawaduk selalu menghargai dan menghormati orang lain yang akhirnya mampu menarik kecintaan mereka.

Sifat tawaduk juga memungkinkan kita mudah digauli dan mendapat pertolongan saat-saat berdepan kesulitan. Hal ini menggambarkan jiwa yang subur dengan ketulusan dalam segenap tindakan dan amalan dilakukan sekali gus terhindar daripada perbuatan suka menunjuk-nunjuk atau takbur.

Jika diperhatikan penjelasan Rasulullah SAW, ternyata merendah diri sama sekali tidak menjadikan seseorang itu hina bahkan diangkat oleh Allah SWT di tempat yang tinggi seperti mana maksud hadis: “Tidak akan berkurang harta yang disedekahkan dan Allah tidak akan menambah bagi seorang hamba yang pemaaf melainkan kemuliaan dan tidaklah seseorang merendahkan diri kerana Allah melainkan akan Allah angkat darjatnya.” (Hadis riwayat Muslim)

Namun masih ada segelintir masyarakat yang belum faham maksud tawaduk sehingga menjadi gambaran dan ukuran mereka ialah gaya berjalan yang perlahan tidak bermaya atau tidak mahu berhias dengan mengenakan pakaian yang bagus.

Padahal, konsep tawaduk mengikut agama bukanlah sesempit itu. Apa yang dijelaskan agama ialah tunduk patuh kepada kebenaran dan menerima kebenaran itu. Seperti pernah disuarakan Ibn Atha’, tawaduk adalah orang yang menerima (dengan lapang dada) dan mengakui kebenaran daripada orang lain.

Fudhail bin Iyadh pula menambah: “Rendah hati untuk kebenaran, menyelamatkan diri untuk kebenaran, dan menerima kebenaran dari orang lain. Sebaliknya, orang yang menolak kebenaran dengan apapun alasannya adalah suatu bentuk kesombongan.”

Syeikh Ahmad Ibn ‘Athaillah dalam kitab Al-Hikam berkata, orang yang tawaduk tidak marah apabila dicaci atau diejek, tidak benci apabila dituduh sombong, tidak tamak dengan harta atau pangkat dan tidak pernah berasa dirinya termasuk orang yang disegani setiap orang.

sumber: halaqah.net

Asal Usul Api Dunia



Dapat ni dari FB note. Takut bila mengenangkan azab kubur. Tapi jiwa masih lemah.. banyak masa dihabiskan untuk dunia berbanding akhirat...


ASAL-USUL API DUNIA...
by Misses Najiha on Wednesday, March 16, 2011 at 7:45am

Diriwayatkan bahawa Rasulullah SAW pernah menceritakan betapa asalnya kejadian api di dunia ini. Setelah nabi adam dihantar ke dunia kerana kesalahanya memakan buah larangan maka Allah swt telah memerintahkan Jibril as supaya mengambil api dari neraka untuk dihantar ke dunia utk
kegunaan nabi adam as. Maka jibril as pun diperintahkan utk meminta api tersebut daripada malaikat penjaga api neraka iaitu Zabaniah.

jibril : wahai zabaniah, aku diperintah utk mengambil sedikit api neraka utk dihantar ke dunia bagi kegunaan adam as.

zabaniah : sebanyak mana sedikit itu ?

jibril : sebesar kurma. .

zabaniah : kalau sebesar buah kurma api neraka itu engkau bawa nescaya akan cairlah tujuh lapis langit dan tujuh lapis bumi akibat kepanasannya

jibril : kalau begitu berilah aku sebesar separuh dari buah kurma…

zabaniah : kalau sebesar separuh buah kurma api neraka ini engkau letakan di dunia nescaya tidak akan turun walaupun setitik hujan dari langit dan tidak ada suatu pun tumbuhan akan tumbuh di bumi nanti..

Memandangkan keadaan yang rumit ini maka jibril as pun menghadap Allah utk mendapatkan saiz yg perlu di hantar ke dunia. Allah swt pun memerintahkan supaya jibril mengambil sebesar ZARAH sahaja dari api neraka utk di bawa ke dunia. Maka jibril as pun mengambil api neraka sebesar zarah dari zabaniah tetapi oleh kerana kepanasan yg keterlaluan api neraka sebesar zarah itu terpaksa di sejukkan dgn mencelupnya sebanyak 70 kali kedalam sungai di syurga dan sebanyak 70 buah sungai. = 70 x 70

Selepas itu jibril as pun membawa api itu turun ke dunia dan diletakkan diatas sebuah bukit yg tinggi tetapi sejurus setelah diletakkan tiba-tiba bukit itu terus meleleh cair maka cepat-cepat jibril mengambil semula api tersebut dan dihantar semula ke neraka. Hanya sisa-sisanya sajalah yang terdapat di dunia ini spt api yg sering kita gunakan utk berbagai keperluan dan juga api yg terdapat di gunung berapi dll lagi.

PENGAJARAN :

Bayangkanlah kepanasan api neraka yg sebesar zarah yg terpaksa disejukkan dlm 70 buah sungai dgn sebanyak 70 celup setiap sungai dan hanya sisanya saja itupun manusia tidak dapat bertahan akan kepanasannya bagaimana dgn api di neraka itu sendiri.

"KASIH…Keindahan MU Merupakan Ma’rifat Yang Tersembunyi"
renung-renungkan lah wahai BAKAL- BAKAL MAYAT

Kenapa Panadol Bahaya??



Saya memang jarang ambil panadol kalau sakit kepala. Biasanya saya akan ambil halia (yang telah diketuk) untuk dicampurkan dalam air panas (yang baru mendidih) tanpa campurkan gula. Bila minum... angin dalam badan akan keluar dan sedikit-sedikit sakit kepala akan reda. Sambil tu urut-urut kepala dengan bahu (minta tolong AI). Tapi yang sedihnya AI suka sangat ambil panadol. Dah nasihatkan pun tak nak dengar...

Di bawah ni saya kongsi nota dari FB yang telah dishare oleh ex-officemate dahulu (K.Zakiah). Sila baca.. selebihnya terserah kepada kalian untuk menilai...

SEBUAH KISAH BENAR....

Suami saya bekerja sebagai Jurutera IT di sebuah hospital, di mana pihak hospital sedang menyiapkan pengkalan data untuk pesakitnya. Dia mengenali rapat doktor tersebut. Doktor memberitahu suami saya, apabila mengalami sakit kepala, mereka sendiri tidak sanggup mengambil Panadol atau Paracetamol. . Sebaliknya, mereka akan mencari ubatan herba Cina atau mencari altenatif lain.

Ini kerana Panadol adalah bertoksik kepada tubuh kita. Ia merosakkan organ hati. Menurut doktor tersebut, Panadol akan tinggal di dalam tubuh selama sekurang-kurangnya 5 tahun. Menurutnya lagi, pernah berlaku seorang pramugari menelan terlalu banyak Panadol semasa kedatangan haid kerana tugasnya perlu berdiri sepanjang masa penerbangan. Dia kini baru berumur 30-an tetapi sudah perlu menjalani rawatan buah pinggang (dialisis) setiap bulan.

Alternative Treatment ( Tips ) Seperti kata doktor tersebut, sakit kepala disebabkan ketidak-seimbangan elektron/ion di dalam sel otak. Sebagai rawatan alternatif, beliau mencadangkan membeli sebotol atau 2 botol minuman isotonik, campurkan dengan air minuman pada kadar 1:1 atau 1:2. Mudahnya, secawan isotonik dengan 2 cawan air minuman. Saya dan suami pernah mencuba kaedah ini dan mendapati ia berkesan.

Kaedah lain ialah merendam kaki ke dalam besin yang mengandungi air suam. Ia akan memberi tekanan darah menurun dari kepala anda. Panadol adalah sejenis Painkiller? semakin banyak anda mengambilnya, semakin lama semakin kurang kesannya kepada anda.. Bererti anda perlukan dos yang lebih lagi apabila ia kurang berkesan. Kita semua akan jatuh sakit apabila usia kita semakin meningkat.

Untuk wanita, mereka akan melalui pengalaman melahirkan zuriat. Bayangkan mereka akan diberi dos yang kuat apabila terpaksa melalui proses beranak melalui pembedahan. Jika anda terlalu banyak mengambil Panadol atau Paracetamol sepanjang hidup anda, seperti mereka yang ada migrain, ia akan memberi kesan sifar terhadap kesakitan yang anda alami dan anda memerlukan ubat yang lebih kuat lagi untuk mengurangkan rasa sakit. Adakah anda sanggup diberi dadah yang kuat seperti morfin? Hargailah kehidupan anda. Fikir sebelum mudah memasukkan ubat yang Biasa ini ke dalam mulut anda.

p/s: serik la nk telan benda ni lagi..apa komen korang.?? 


By: Nazz Jba

Tiang Lampu Ragut Nyawa Budak


gambar hiasan

Lagi mangsa renjatan elektrik. Kali ni meragut nyawa seorang kanak-kanak yang tidak berdosa. Diharap kita semua lebih berhati-hati dan berpesan pada anak-anak kita tentang bahayanya bermain berhampiran dengan benda-benda yang mempunyai kuasa elektrik.


Oleh SYALMIZI HAMID
syalmizi.hamid@kosmo.com.my

PETALING JAYA – Kegembiraan seorang kanak-kanak yang sedang bermain bola sepak bersama lima rakannya tidak berpanjangan apabila dia meninggal dunia selepas terkena renjatan elektrik dari sebatang tiang lampu limpah di taman permainan Taman Batu 3, Shah Alam kelmarin.

Muhammad Naqiuddin Mohd. Marzuki, 11, disahkan meninggal dunia di sebuah hospital swasta di Shah Alam selepas dia gagal diselamatkan ekoran terkena rencatan elektrik dari tiang lampu yang mempunyai kuasa 240 volt itu.

Difahamkan, kejadian sewaktu hujan renyai pada pukul 6.30 petang itu berlaku apabila salah satu kaki mangsa terkena pada tiang berkenaan. Sebaik direnjat, kakinya melekat pada tiang tersebut manakala mukanya berubah menjadi gelap.

susulan berita:

Masih dalam siasatan
Oleh Yusliza Yakimir Abd Talib
yusliza@hmetro.com.my

KUALA LUMPUR: Tragedi renjatan elektrik yang mengorbankan pelajar, Muhammad Naqiudin Marzuki, 11, ketika dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat bermain bola sepak bersama rakannya, Sabtu lalu masih dalam siasatan Suruhanjaya Tenaga, Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ).

Jurucakap TNB berkata, ketiga-tiga pihak masih menyiasat punca sebenar kejadian hingga membabitkan kematian pelajar itu dan laporan siasatan dijangka akan diberitahu, hari ini.

“Bagaimanapun, tiang lampu berkenaan bukan di bawah penyenggaraan TNB sebaliknya di bawah MPSJ,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Harian Metro semalam melaporkan mengenai kematian pelajar berkenaan akibat terkena renjatan elektrik selepas bermain bola sepak di padang permainan di Lorong Intan, Batu Tiga, Shah Alam, dekat sini, Sabtu lalu.

Dalam kejadian kira-kira jam 7 malam itu, Naqiudin dalam perjalanan pulang ke rumah selepas tamat bermain bola sepak bersama rakan-rakannya. Namun, dia yang berlari berhampiran tiang lampu di kawasan berkenaan terkena arus elektrik sebelum rebah. Difahamkan, mangsa terkena arus elektrik voltan tinggi pada sebatang tiang lampu yang dipercayai mengalami masalah teknikal sejak beberapa bulan lalu di kawasan padang permainan berkenaan.