بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 25 Februari 2011

10 Manfaat Kesihatan Dengan Brokoli

broccoli.jpg

10 Health Benefits of Broccoli

Broccoli is a veritable goldmine of nutrition. Here are 10 reasons why broccoli should be an essential part of your diet.

Nervous System

Broccoli contains a high amount of potassium, which helps maintain a healthy nervous system and optimal brain function, as well as promotes regular muscle growth.

Blood Pressure

Along with a high amount of potassium, Broccoli also contains magnesium and calcium that help regulate blood pressure.

Vitamin C

One cup of broccoli contains the RDA of vitamin C, an antioxidant necessary for fighting against free radicals. Moreover, vitamin C is an effective antihistamine for easing the discomfort of the common cold.

Bone Health

Broccoli contains high levels of both calcium and vitamin K, both of which are important for bone health and prevention of osteoporosis.

Sun Damage

Broccoli is helpful in repairing skin damage thanks to the glucoraphanin it contains which helps the skin to detoxify and repair itself.

Immune System

One cup of broccoli bolsters the immune system with a large dose of beta-carotene. Trace minerals, such as zinc and selenium, further act to strengthen immune defense actions.

Cancer

Broccoli contains glucoraphanin, which with the body processes into the anti-cancer compound sulforaphane. This compound rids the body H. pylori, a bacterium found to highly increase the risk of gastric cancer. Furthermore, broccoli contains indole-3-carbinol, a powerful antioxidant compound and anti-carcinogen found to not only hinder the growth of breast, cervical and prostate cancer, but also boosts liver function.

Diet Aid

Broccoli is high in fiber, which aids in digestion, prevents constipation, maintains low blood sugar, and curbs overeating. Furthermore, a cup of broccoli has as much protein as a cup of rice or corn with half the calories.

Vision

Studies have shown that the carotenoid lutein helps prevent age-related macular degeneration and cataracts, as well as possesses anti-cancer effects. Additionally, broccoli is a good source of vitamin A that is needed to form retinal, the light-absorbing molecule that is essential for both low-light and color vision.

Heart Disease

The carotenoid lutein may also slow down or prevent the thickening of arteries in the human body, thus fighting against heart disease and stoke. The B6 and folate in broccoli also reduce the risk of atherosclerosis, heart attack, and stroke.

Kelebihan Hari Jumaat



Imam Al-Ghazzali berkata bahawa Nabi s.a.w. bersabda yang bermaksud sebaik-baik hari yang terbit padanya matahari adalah hari Jumaat.Pada hari itu dijadikan Adam a.s. dan pada hari Jumaatlah terjadinya kiamat.

"Sesungguhnya hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan semulia-mulia hari di sisi Allah."

Imam Al-Ghazzali menambah bahawa Kaab Al-Ahbar (seorang tabien dan ulama yahudi yang memeluk ugama islam pd zaman Saiyidina Abu Bakar) berkata burung-burung dan haiwan apabila bertemu satu sama lain pada hari Jumaat mengucapkan "Selamat, selamat hari yang baik".

Imam Al-Ghazzali juga berkata malam Jumaat mempunyai banyak kelebihan dan disunnahkan pd mereka yg mempunyai isteri bersatu pd malam itu.

Doa Antara Dua Khutbah
Kebanyakan ulama berpendapat waktunya adalah antara dua khutbah, iaitu pd saat imam sedang duduk setelah khutbah pertama sebelum beliau bangun utuk khutbah kedua. Saat inilah saat yang paling dimustajabkan doa.

Sedekah Pada Hari Jumaat
Bersedekah membawa pahala yang besar. Ia menjauhkan bala, menjauhkan penyakit dan mendekatkan diri kepada Allah. Apalagi jika dilakukan pada hari Jumaat.

Mati Pada Malam Jumaat
Hadis nabi "Tidak seorang muslim yg mati pada hari Jumaat atau pada malam Jumaat kecuali diselamatkan Allah daripada fitnah kubur".

Kelebihan Menunaikan Sembahyang Jumaat
Nabi bersabda "Barangsiapa yg dapat menunaikan sembahyang Jumaat maka baginya disisi Allah pahala seratus orang yg mati syahid. Dan barangsiapa meninggalkan sembahyang Jumaat sebanyak 3 kali tanpa darurat, maka Allah akan mengecap hatinya".

Ibadah pada hari Jumaat.
Perjalan ke masjid - adalah sunnah mengambil jln yg jauh tetapi apabila pulang sunnah ambil jln yang dekat - Imam Al-Ghazzali.

Selawat
Sabda nabi "Banyakkanlah berselawat ke atasku pd hari Jumaat kerana sesungguhnya ia adalah hari saksi (hari Jumaat) disaksikan oleh para malaikat.

Mandi dan Pakaian
Sunnah pada hari Jumaat memakai pakaian yang bersih, baru dan berwarna putih.

Memotong Kuku
Ibn Masud berkata "Mereka yg memotong kuku pd hari Jumaat, Allah akan sembuhkan dia dari segala penyakit dan berikannya keselamatan.


Pada hari Jumaat para malaikat cuti dan orang yang meninggal dunia pada hari Jumaat akan terlepas soal jawab kubur. Nabi bersabda, maksudnya: “Sesiapa yang meninggal pada hari Jumaat atau malamnya, nescaya dituliskan Allah pahala syahid dan dipeliharakan Allah daripada fitnah kubur.”

Selain itu api neraka tidak disemarakkan pada hari Jumaat kerana malaikat yang menjaganya juga bercuti. Bersabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Bahawa neraka jahim itu menggelegak pada tiap-tiap hari sebelum tergelincir matahari pada tengah hari di puncak langit. maka janganlah kamu mengerjakan solat pada saat itu, selain hari Jumaat. Maka hari Jumaat itu adalah solat seluruhnya dan neraka jahanam tiada menggelegak padanya.”

Sabda Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Said Al-Khudri bermaksud: “Sesiapa membaca surah Al-Kahfi pada hari Jumaat, Allah menerangi hidupnya antara dua Jumaat.” Sesiapa membaca Surah Yassin pada malam Jumaat, Allah mengampunkan dosa kecil yang dilakukan, demikian menurut hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abi Hurairah. Ulama berpendapat lebih afdhal membaca Surah Kahfi pada hari Jumaat berbanding Surah Yassin

Khamis, 24 Februari 2011

63 Petua Keluarga Bahagia


oleh: Dato' Dr Hj Fadzilah Kamsah

Tanpa sebuah persefahaman, tidak mungkin istana yang dibina menemui kebahagiaan sebagaimana diharapkan.

Kesolehan keluarga menjadi penentu bagi tegaknya sesuatu bangsa yang aman, makmur dan sejahtera. Sebahagian dari kesempurnaan kebahagiaan di dunia adalah memiliki keluarga yang bahagia.
Ciri orang yang mencintai keluarganya adalah dia selalu bersabar dalam mendidik akhlak dan keimanan keluarganya.

Biar berjuta halangan merentangi namun jika tersurat kasih dan sayang dua insan berkenaan, pasti ia menemukan ketulusan yang abadi.

Dalam melayari rumah tangga berdua, pasti banyak onak terpaksa dilalui. Hanya mereka yang kuat, tabah dan mampu mendepani segalanya bakal menjulang kebahagiaan.

Perunding motivasi dan keluarga, Dato’ Dr Hj Mohd Fadzilah Kamsah memberi 63 petua yang boleh dijadikan amalan pasangan suami isteri yang melayari rumah tangga.

1. Doa yang berterusan.
2. Patuh ajaran agama.
3. Murah dengan pujian.
4. Murah dengan khidmat.
5. Murah dengan belaian kasih sayang.
6. Murah dengan sentuhan.
7. Mencari kebaikan pasangan.
8. Cari masa berkomunikasi, berbual atau bergurau senda.
9. Cari kebaikan dan pembaikan diri daripada setiap pertengkaran.
10. Menghormati had, sempadan atau hal peribadi pasangan.
11. Menilai diri daripada perspektif pasangan.
12. Berfikiran terbuka – boleh tegur menegur.
13. Berani mengambil risiko emosi – tegur/perubahan/ berpisah sementara.
14. Menilai dan memberi keutamaan dalam kehidupan.
15. Tolak-ansur.
16. Menghormati dan mengambil kira ‘gerak batin’ (intuition) perempuan.
17. Tidak mengejar kebendaan semata-mata.
18. Sedar bahawa perselisihan kadangkala tidak boleh dielakkan.
19. Mengubah diri untuk merangsang perubahan pada pasangan.
20. Sanggup berkorban buat pasangan.
21. Menghormati pasangan.
22. Berasa amat beruntung (dan nyatakan) mendapat pasangan yang ada.
23. Perhubungan seksual yang sihat dan diredai.
24. Menghormati perbezaan dalam diri pasangan.
25. Sentiasa bermaafan sebelum tidur.
26. Sentiasa bersangka baik terhadap masa depan.
27. Meletakkan hak kepada pasangan.
28. Tidak menjadi hamba kepada pasangan.
29. Berubah secara kecil-kecilan untuk meningkatkan kebahagiaan.
30. Mengawal marah. Buat perjanjian.
31. Mencari penyelesaian dalam situasi ‘menang-menang’.
32. Muhasabah hubungan untuk mencari punca masalah.
33. Menghormati sifat semula jadi pasangan.
34. Memahami peranan ‘pasangan’.
35. Hubungan perasaan sesama pasangan.
36. Jangan simpan ketidakpuasan, sedih, marah atau benci dalam hati.
37. Bentuk kod kasih sayang dan anda berdua saja yang tahu.
38. Sengaja merancang untuk membaiki hubungan suami isteri.
39. Tujuh kali puji dan satu teguran.
40. Sebut ‘I love you’ sepanjang masa.
41. Banyakkan bergurau dan bermesra.
42. Sentiasa berterus terang.
43. Beri masa untuk perubahan berlaku – sabar.
44. Elakkan berdebat untuk mencari kebenaran.
45. Elakkan salah pasangan.
46. Cari titik pertemuan.
47. Selesaikan masalah hari ini pada hari ini juga.
48. Lebih banyak memberi daripada menerima.
49. Minta nasihat, pandangan atau maklum balas daripada pasangan.
50. Sentiasa bersemangat – bangun tidur, pergi kerja, balik kerja dan sebagainya.
51. Seimbangkan hubungan dari segi:
  • Mental, pendidikan dan ilmu
  • Emosi
  • Fizikal dan ekonomi
  • Sosial
  • Spiritual
52. Jangan berjauhan terlalu lama (kecuali terpaksa).
53. Tidak terlalu mengongkong.
54. Tidak bertindak bersendirian.
55. Memberi peluang untuk berbeza:
  • Pendapat atau pandangan
  • Hobi
  • Kegemaran
  • Makanan
  • Cita rasa
  • Warna pilihan dan pelbagai
56. Humor atau lawak dari semasa ke semasa.
57. Minta bantuan untuk memecahkan kitaran negatif.
58. Berwawasan dan pandang ke depan (tidak terjebak dengan masalah semasa).
59. Tidak meminta yang bukan-bukan.
60. Bentuk undang-undang atau peraturan dalam rumah tangga.
61. Mencari kelainan dan perubahan positif.
62. Elakkan mendera pasangan dengan apa cara sekalipun.
63. Reda, syukur dan tawakal kepada Allah s.w.t.

Rabu, 23 Februari 2011

Anak Mahu Cemerlang


Oleh Dr Tengku Asmadi Tengku Mohamad

IBU bapa sering merungut anak mereka bermasalah, malas, tidak solat, gagal mengurus masa, kerja sekolah tidak siap dan degil.

Hakikatnya, mereka bukan malas. Pengalaman kami mengendalikan Seminar Motivasi Alihan Pelajar sejak lebih 15 tahun lalu mendapati anak-anak mahu cemerlang dan suka menggembirakan ibu bapa mereka.

Cuma, mereka mungkin kurang diberikan dorongan positif, tidak ada tujuan dan matlamat hidup atau tidak didedahkan dengan cara yang betul untuk berjaya.

Apa yang kita rasa, sangka dan jangka maka itulah cara anak-anak kita bertingkah laku.

Jika kita rasa anak kita tidak cukup bagus, jangka anak akan timbulkan masalah, maka bagaikan seorang tukang ramal yang tepat, itulah yang berlaku.

Sebaliknya apabila kita rasa anak ada peluang, kita sangka mereka boleh dan kita harap kecemerlangan, itulah kemungkinan besar yang berlaku.

Minda umpama magnet yang akan menarik apa sahaja bentuk fikiran dan gambaran yang dihasilkan. Oleh itu letakkan rasa, sangka dan jangkaan yang besar terhadap diri anak-anak kita.

Apabila kita jangkakan anak-anak boleh berjaya dan penghujung kepada perjalanannya sebagai seorang pelajar sedia menanti sebuah kecemerlangan, kita akan berusaha dengan lebih proaktif.

Kita belikan buku-buku tambahan dan keperluan anak. Kita masukkan dia dalam pelbagai program yang boleh mengasah bakatnya. Kita usaha tingkatkan prestasi pelajarannya dan membantu mengatasi kelemahannya melalui kelas tuisyen. Malah kita juga tidak akan kedekut menghantar anak-anak ke seminar motivasi dan teknik belajar.

Pendek kata, kita akan lakukan apa sahaja dan sanggup berkorban wang ringgit kerana kita percaya anak boleh cemerlang. Kepercayaan itu datang daripada apa yang kita rasa, sangka dan jangkakan itu tadi.

Sikap membuat andaian buruk merugikan masa depan anak-anak. Misalnya apabila disarankan membeli buku latihan atau buku tambahan, ada ibu bapa yang berkata, "buat apa beli buku latihan banyak-banyak. Bukan anak saya buat pun. Tahun lepas buku yang telah dibelikan untuknya dia hanya buat latihan dalam beberapa muka surat sahaja. Anak saya ni pemalas sikit".

Pertama, ibu bapa sudah menanam persepsi negatif tentang kemampuan anak mereka.

Kedua, ibu bapa tidak percaya yang anak mereka mampu melakukannya.

Ketiga, adalah menjadi tanggungjawab ibu bapa untuk mendorong dan mendisiplinkan anak-anak bagi memastikan mereka mahu memanfaatkan buku-buku yang telah dibeli itu.

Begitu juga apabila ibu bapa mengetahui sesuatu program atau seminar motivasi diri atau teknik belajar, mereka lalu berkata "Alah, buat apalah masuk program atau seminar motivasi ni, kesan perubahannya seketika sahaja. Kelak nanti anak balik semula kepada perangai lama".

Sebenarnya ibu bapa yang tidak faham akan objektif atau tujuan sesuatu program itu. Minda manusia berfikir menggunakan rujukan. Apabila berdepan dengan satu perkara baru atau masalah, minda akan mencari apakah sumber maklumat yang ada dalam simpanannya.

Maklumat-maklumat ini menjadi asas kepada penyelesaian, pandangan, idea dan kreativiti. Tanpa maklumat maka sukarlah untuk minda menghasilkan sesuatu yang baik dan bernas.

Apabila anak-anak ikuti seminar, bengkel atau program motivasi dan teknik belajar, mereka memperoleh pelbagai maklumat baru terutamanya berkaitan dengan aspek kecemerlangan, pengurusan diri dan pembelajaran.

Maklumat baru ini pastinya akan diadun, diaplikasi dan dimanfaat anak-anak dalam mencari penyelesaian dan jawapan terhadap masalah, tekanan atau kesukaran.

Akhirnya, keputusan serta tindakan yang diambil oleh mereka biasanya lebih efektif dan matang berbanding anak-anak yang tidak pernah terdedah dengan ilmu-ilmu kecemerlangan.

Kawalan diri mereka lebih baik. Jika mereka tersalah langkah atau tersasar jauh ke hadapan, mereka tahu cara untuk berpatah balik dan bangkit semula daripada kegagalan. Semua ini adalah kesan yang tidak boleh dilihat secara langsung namun berlaku dalam diri anak-anak.

Apabila persepsi negatif wujud dalam minda ibu bapa maka itulah yang berlaku. Seperti yang telah dinyatakan awal-awal tadi, minda umpama magnet yang akan menarik apa yang ada di dalam fikirannya.

Ini bersesuaian dengan hadis qudsi yang mana Allah telah menegaskan: "Sesungguhnya apa-apa yang akan Aku lakukan terhadap hamba-Ku adalah mengikut sangkaan hamba-Ku terhadap-Ku... ." Maknanya apa yang kita gambarkan dan fikirkan itu adalah satu doa. Sebenarnya bukan rugi apa pun jika kita berfikiran lebih positif terhadap anak-anak. Yakin bahawa mereka boleh berjaya dan mampu melakukan perubahan. Cari kebaikan dalam diri anak dan suburkan kebaikan itu.

Cari kelemahan dan kekurangan diri anak lalu berusaha mengikis dan mengatasinya. Berkorban hari ini demi kecemerlangan masa depan anak.

Anak-anak itu unik. Mereka lahir dengan pakej masing-masing yang lengkap dengan bakat dan kebolehan yang ada dan dominan pada dirinya dan tiada pada diri orang lain.

Tugas ibu bapa adalah memberi peluang untuk anak-anak mengenal, memupuk, mengasah dan memanfaatkan bakat serta kebolehan yang telah dianugerahkan oleh Tuhan ini bagi mencari rezeki.

Dengan memberikan anak-anak kita pendedahan dan peluang, mereka akan mampu maju jauh ke hadapan berbanding dengan anak-anak orang lain. Kecemerlangan akademik itu penting tetapi ia bukannya satu-satunya sahaja jalan untuk berjaya.

Malah, pengalaman kami menganjurkan seminar Motivasi Alihan Pelajar di seluruh negara membuktikan bahawa anak-anak mampu cemerlang.

Pernah ada pelajar yang sebelumnya menduduki tempat 40 dalam kelas akhirnya masuk dalam kelompok lima pelajar terbaik selepas berkursus selama dua hari.

Ada yang dulunya duduk dalam kelas keempat lalu naik ke kelas pertama. Ada yang tidak pernah mendapat 'A' dalam pelajarannya akhirnya, setelah dua hari dimotivasikan, mendapat 7A dan 8A dalam peperiksaan PMR.

Pendek kata, seminar mampu membuka mata dan menggerakkan hati serta meningkatkan kemahuan anak-anak bagi mencapai kecemerlangan.

Maklumat lanjut, hubungi pejabat Motivasi Alihan Pelajar di talian 03-22734622 atau 05-3134622 atau layari www.laman-map.com.

Selasa, 22 Februari 2011

Rahsia Bisnes Orang Cina

 Rahsia Bisnes Orang Cina – Karya Ann Wan Seng

Kita mesti tertanya-tanya kenapa ramai orang cina menguasai bidang perniagaan berbanding dengan bangsa lain. Tapi rasanya mengikut sejarah awal dulu-dulu pun memang nenek moyang mereka minat berniaga. Sebab tu ramai orang-orang cina lebih suka tinggal di bandar ataupun di kawasan yang berhampiran dengan kawasan orang berniaga. Rasanya tak perlulah saya terang dengan panjang lebar kerana saya yakin semua orang telah mengetahuinya.

Buku ni ayah Iman beli sewaktu Ann Wan Seng datang berceramah di surau kawasan perumahan kami sempena maulidurrasul baru-baru ini.  Siapakah beliau? lahir dalam keluarga Cina yg berniaga dan turut memiliki perniagaan sendiri. Beliau adalah Setiausaha Agung Kehormat, Persatuan Cina Muslim Malaysia (MACMA) dan juga kolumnis Dewan Ekonomi. Beliau juga aktif menulis artikel berkaitan bisnes dan ekonomi untuk majalah dan akhbar tempatan. Untuk mengetahui dengan lebih lengkap eloklah rasanya membeli buku beliau. Saya cuma nak kongsi fakta-fakta penting yang terdapat dalam buku ini. Semoga mereka-mereka yamg minat berniaga akan lebih bersemangat untuk berniaga.

Kata-kata Ann Wan Seng

"Untuk menjadi peniaga yang berjaya, seseorang perlu memiliki wawasan dan pandangan yang dapat mendisiplin, kesabaran, kekuatan dan pengorbanan yang tidak sedikit. Peniaga yang tulen tidak takut mengharungi segala cabaran, rintangan dan kepayahan dalam bidang perniagaan yang penuh dengan seribu satu liku-liku dan simpang-siurnya. Peniaga palsu pula menceburi bidang perniagaan bagi mencari keuntungan singkat semata-mata tanpa mempedulikan tanggungjawab sosialnya pada masyarakat. Mereka memasuki dunia perniagaan hanya hendak mencari keuntungan seberapa banyak yang mungkin tanpa sebarang usaha dan perancangan bagi memantapkan perniagaannya. Akibatnya, ramai yang kecundang di pertengahan jalan dan jenis perniagaannya asyik bersilih ganti."

"Kita tidak perlu menjadi orang Cina. Tetapi perlu berfikir dan bertindak seperti orang Cina"

*BOC = Bisnes Orang Cina

Bab 1: Sejarah BOC>Jika dahulu bapanya berniaga air di tepi jalan, maka anaknya akan membuka restoran dan barangkali cucunya akan membuka kilang menghasilkan air dalam tin.
Bab 2: Dunia BOC> Sekiranya kerajinan kita sama dengan orang di Barat, kita tidak akan dapat menyaingi mereka - Kim Woo-Choong 
Bab 3: Falsafah BOC> Peniaga yang jatuh akan terasa sakit tetapi kesakitan itulah yang membuatnya bangkit semula.
Bab 4: Konsep BOC> Wang digunakan bagi menghasilkan wang.
Bab 5: Prinsip BOC> Orang cina boleh berniaga di kampung melayu tetapi orang melayu belum tentu boleh berniaga di kawasan orang cina
Bab 6: Budaya BOC> Jika rajin, tidak ada sebab mengapa seseorang itu tidak boleh berjaya
Bab 7: Sistem BOC> Biar sikit dan lambat asalkan selamat
Bab 8: Seni BOC> Dunia perniagaan penuh dengan sepak terajangnya. Oleh itu, peniaga perlu mempersiapkan dirinay dengan seni kungfu perniagaan bagi menghadapi sebarang bentuk serangan dan kemungkinan yang mendatang
Bab 9: Amalan BOC> Tanpa rugi, tidak mungkin akan datang untung
Bab 10: Etika BOC> Kerugian jangka masa singkat adalah laluan bagi mendapatkan keuntungan jangka masa panjang
Bab 11: Rahsia BOC> Walaupun kasih sayang dan ketaatan tidak dapat dinilai dengan wang ringgit tetapi kekayaan akan dapat memberikan kebahagiaan dan meningkatkan status sosial keluarga dalam masyarakat
Bab 12: Petua BOC> Petua untuk berjaya dalam bidang perniagaan adalah menjadi peniaga yang boleh dipercayai, mudah berurusan dan tidak cerewet
Bab 13: Kejayaan BOC> Kesabaran itu memang pahit tetapi buahnya amatlah manis sekali
Bab 14: Bakat BOC> Di mana ada air di situ ada orang Cina
Bab 15: Kemahiran BOC> Emas yang tersembunyi hanya dapat dikeluarkan jika seseorang berusaha mencari dan menggalinya
Bab 16: Psikologi BOC> Sekali mereka melangkah, langkahan itu akan diteruskan. Tidak ada ruang hendak berundur ke belakang
Bab 17: Pemikiran BOC> Masalah adalah batu loncatan dan bukan batu penghalang untuk berjaya
Bab 18: Adat BOC> Semakin besar angpau yang diberikan, semakin banyak keuntungan yang akan masuk
Bab 19: Pantang Larang BOC> Tarian Singa dipercayai boleh mendatangkan tuah dan rezeki yang melimpah
Bab 20: Lokasi BOC> Bagi mendapatkan ikan yang besar, kita perlu menyediakan umpan yang bermutu dan alat pancing yang baik
Bab 21: Strategi BOC> Impian akan tinggal impian jika peniaga terus kekal di takuk lama dan tidak mahu melakukan anjakan paradigma pada sikap dan tindakan
Bab 22: Jaringan BOC> Ikatan yang kuat membolehkan mereka memonopoli setiap aspek perniagaan yang berkaitan dengan peruncitan
Bab 23: Berniaga Cara Orang Cina> Letakkan orang Cina di mana sahaja, mereka boleh hidup dengan mencipta ruang niaga
Bab 24: Sikap BOC> Masyarakat lain makan untuk hidup tetapi orang Cina hidup untuk makan
Bab 25: Motivasi BOC> Tidak ada yang lebih memuaskan hati dan memotivasikan peniaga selain menjadi bos kepada diri sendiri dan orang lain
Bab 26: Politik BOC> Jika hendak mencari rakan kongsi, biarlah orang yang boleh dipercayai. Kawan rapat belum tentu memberikan jaminan dia akan setia dan tidak menghianati kawannya yang lain
Bab 27: Orientasi BOC> Perjalanan seribu batu belum bermula dengan langkah pertama
Bab 28: Matlamat BOC> Semakin banyak derma dan sumbangan yang dikeluarkan, semakin banyak keuntungan yang akan masuk ke dalam kantung
Bab 29: Wawasan BOC> Kesusahan, keperitan dan keletihan tidak pernah melemahkan peniaga yang berwawasan
Bab 30: Warisan BOC> Orang Cina pandai berniaga bukan kerana mereka lahir sebagai bangsa Cina
Bab 31: Tokoh BOC> Berlian hanya akan berharga selepas digilap dan dibentuk daripada keadaannya yang asal
Bab 32: Tip BOC> Orang yang berniaga tidak boleh cerewet dan jika boleh, perlu berusaha mempermudahkan urusan

Apa yang saya taipkan ini hanya bab dan kata hikmah yang terdapat di dalam buku beliau. Banyak lagi info dan tips yang terdapat di dalamnya.

Isnin, 21 Februari 2011

Kebaikan dan Keburukan Sauna

SAUNA mungkin menjadi tarikan utama pengunjung di hotel, spa atau pusat kesihatan yang dahagakan sensasi kenikmatan bersifat menenang dan mendamaikan jiwa.

Ada yang menjadikan sauna sebagai lokasi rawatan alternatif untuk mengurangkan berat badan.

Menurut kajian yang dijalankan oleh badan ketenteraan Amerika Syarikat (AS), sebanyak 3,000 kalori dibakar dalam badan setiap kali sesi mandian sauna.

Secara saintifiknya, hasil rembesan hormon endorfin daripada kelenjar peluh mampu menyingkirkan toksin yang tidak diperlukan oleh badan menerusi liang-liang peluh.

Manfaat lain yang diperoleh antaranya mampu meningkatkan keupayaan buah pinggang agar berfungsi lebih baik serta meningkatkan peredaran dan tekanan darah dalam badan.

Malah, kulit lebih segar hasil daripada wap air dari bilik sauna manakala otot menjadi kendur usai menikmati aktiviti tersebut.

Menurut kajian oleh sepasukan pakar dari Jerman, mandian sauna meletakkan diri seseorang dalam keadaan ‘sakit.’

Hal ini bertujuan untuk menstimulasi sistem pertahanan badan dan akan menjadikan tubuh pengguna yang kerap bersauna agar lebih berdaya tahan menentang penyakit.

Namun, tanpa disedari mandian sauna juga mempunyai kesan sampingan yang tersendiri sama ada dari sudut dalaman badan mahupun luaran.

Hakikatnya, suhu bilik sauna sebenarnya boleh mencecah sehingga 100 darjah selsius dan kesannya akan mengakibatkan suhu kulit meningkat sehingga 40 darjah selsius.

Mekanisme badan bertindak balas dengan berpeluh secara cepat dan banyak manakala jantung berdegup semakin laju.

Pakar Perunding Kardiologi Pusat Perubatan Tropicana, Dr. Haizal Haron Kamar berkata, peningkatan kadar denyutan jantung yang melampau boleh mengakibatkan bahana kepada pesakit yang tidak biasa dengan mandian sauna.

Jelasnya ketika dihubungi Jurnal baru-baru ini, suhu tinggi akan menyebabkan pembuluh darah di bawah permukaan kulit membesar dan tekanan darah akan menurun secara mendadak.

UNIT sauna mudah alih boleh menjadi alternatif untuk individu yang mempunyai keperluan khas atau terlalu sibuk. - Gambar hiasan

Fenomena ini menyebabkan jumlah kandungan air berkurang akibat perpeluhan melampau. Pada satu peringkat, seseorang itu akan mengalami tekanan darah terlalu rendah sehingga menyebabkan pening dan pitam.

“Elak mandian sauna jika ada penyakit jantung koronari, penyakit lemah jantung dan injap jantung sempit,” nasihatnya.

Tambah Haizal lagi, simptom awal seperti kulit kelihatan kemerahan merupakan petanda pengaliran darah dalam badan berkurangan.

“Ini kerana pengaliran darah di kulit meningkat sebanyak 70 peratus daripada jumlah pengeluaran darah jantung,” ujarnya yang menyarankan individu penghidap komplikasi jantung berbincang dengan pakar sebelum bersauna.

Menurut pakar perunding masalah kulit dan dermatologi Pusat Perubatan Pantai, Dr. Steven Chow pula, pengguna sauna yang mempunyai masalah kulit perlu mengelak daripada menggunakan kemudahan sauna.

Radang

“Kulit manusia tidak mempunyai kefungsian suhu dan perpeluhan yang normal, akibatnya tindak balas individu akan berbeza-beza,” katanya yang menyatakan pesakit masalah kulit akan mengalami sensasi seumpama terbakar apabila bersauna.

Kulit juga akan menjadi kekeringan, menggelupas dan kurang selesa kepada persekitaran biasa selepas aktiviti bersauna.

“Apabila suhu persekitaran badan meningkat, badan kita perlu menambahkan jumlah tenaga haba untuk dikeluarkan melalui pertambahan jumlah peredaran darah ke permukaan kulit badan,” jelasnya mengenai proses peningkatan peluh bertujuan menyejukkan badan.

Saranan Steven, pesakit yang mempunyai masalah kulit perlu memakai krim yang mempunyai kesan melembapkan bagi mengelak kerengsaan ketika bersauna.

Selain itu tegasnya, individu yang mempunyai masalah sama juga digalakkan agar mencari jalan alternatif lain untuk bersantai bagi tujuan terapi fizikal.

Pakar Seksual Lelaki, Wanita dan Reproduktif, Dr. Ismail Thamby mengakui mandian sauna berupaya melancarkan perjalanan darah di samping menyegarkan badan.

Kesuburan

Bagaimanapun katanya yang dihubungi Jurnal baru-baru ini, tahap kepanasan yang melebihi paras tertentu berupaya menjejaskan kualiti kesuburan lelaki.

“Jika tahap kepanasan melebihi 35° Celsius, kilang sperma tergendala dan pemprosesan sperma juga akan turut tergendala.

“Kesannya, sperma yang aktif menjadi kurang akibat terdedah kepada kepanasan yang terlampau,” ujarnya.

Saranan Ismail, lelaki yang mempunyai masalah sperma dari segi kualiti dan bilangan sperma ditegah daripada bersauna.

“Jika pendedahan ini ketara dan untuk jangka masa lama, sudah tentu akan mengambil masa untuk kilang sperma pulih.

“Lebih baik elakkan mandian sauna sama sekali jika berkeinginan untuk mendapatkan cahaya mata,” nasihatnya kepada lelaki yang akan berkhawin dalam masa yang terdekat.

WARGA Rusia, Vladimir Ladyzhensky melecur teruk sehingga membawa kematiannya akibat berada dalam bilik sauna terlalu lama semasa menyertai Kejohanan Sauna Antarabangsa pada Ogos 2010.

Ketua Pengarang penerbitan Harvard Men’s Health Watch di Universiti Perubatan Harvard, Dr. Harvey Simon berkata, masih kurang bukti sahih yang menyatakan bahawa mandian sauna boleh memberi faedah berpanjangan kepada kesihatan pengguna.

“Jika mandian sauna tidak menjejaskan kesihatan penggunanya maka tiada halangan untuk melakukan aktiviti ini, sebaliknya bagi individu yang mempunyai komplikasi jantung amalan ini mungkin boleh mengundang bahaya,” ujarnya.

Selain itu, tambahnya, pesakit yang mempunyai penyakit tekanan darah lemah, denyutan jantung tidak stabil dan saluran pembuluh darah kecil dinasihatkan supaya mengurangkan aktiviti mandian sauna.

Harvey juga menyarankan supaya pesakit yang mempunyai masalah jantung sentiasa membuat pemeriksaan kesihatan sebelum menggunakan sauna.

Sementara itu, menurut Persatuan Sauna Finland, individu yang perlu mengelakkan bersauna adalah mereka yang demam atau mempunyai penyakit dan kecederaan yang berisiko untuk berjangkit.

“Individu yang mempunyai penyakit yang berpotensi untuk berjangkit dengan individu lain perlu mandi menggunakan sauna peribadi,” saran persatuan tersebut selain tidak menggalakkan peminum alkohol menggunakan sauna.


Sumber: Kosmo 21 Februari 2011

Selasa, 15 Februari 2011

Sambutan Maulidurrasul vs Hari Valentine


Sambutan Maulidurrasul pada tahun 2011 jatuh pada 15hb Februari 2011 (12 Rabiul Awal) bersamaan dengan hari Selasa. Manakala semalam adalah 14hb Februari 2011 merupakan sambutan hari Valentine bagi kaum Kristian sempena mengingati kematian paderi St. Valentino. Maka janganlah kita mengagungkan 14 Februari kerana ia bertentangan dengan agama Islam kerana mengagungkan kematian beliau. Sebaliknya marilah kita sama-sama mengingati sejarah kelahiran nabi dengan berselawat ke atas baginda. Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi yang Allah sayang. Jelas ternyata dalam kalimah syahadah yang berbunyi "Aku bersaksi tiada Tuhan yang disembah melainkan Allah, dan aku bersaksi Muhammad itu rasul Allah"

Firman Allah swt:

“Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya mengucapkan selawat ke atas Nabi. Wahai orang yang beriman, ucapkanlah selawat ke atasnya (Nabi) dan berikanlah salam dengan sesempurna-sempurna salam.” (Al-Ahzab 56)

Mari lihat serba sedikit sejarah sambutan Maulidurrasul:

Makkah, merupakan Ibu kepada semua Kota (semoga Allah merahmati dan memuliakannya), merupakan penghulu bagi lain-lain kota diseluruh negara Islam didalam meraikan Maulidurrasul. Al-Azraqi, seorang ahli sejarah Makkah pada abad ke 3 - hijrah, telah menulis didalam kitabnya, Akhbar Makkah (Jilid 2,ms160) tempat-tempat yang digalakkan (mustahabb) untuk menunaikan solat di Makkah antaranya ialah rumah tempat Nabi (s.a.w) dilahirkan (Mawlid al-Nabi). Menurut beliau, rumah tersebut telah dijadikan masjid oleh ibu kepada Khalifah Musa al-Hadi dan Harun ar-Rashid.

Al-Naqqash, seorang 'ulama didalam bidang al-Quran mengatakan bahawa tempat kelahiran Nabi merupakan tempat dimana do'a diterima pada waktu tengahari setiap hari Isnin. Pendapat beliau ini tercatat didalam kitab al-Fasi, Shifa' al-gharam (Jilid 1, ms 199) dan juga kitab-kitab lain.

Sambutan Maulidurrasul (S.A.W) di negara2 islam zaman sekarang:

Pada zaman sekarang, kebanyakan orang-orang Islam dinegara-negara Islam meraikan Maulidurrasul (s.a.w). Antara negara-negara tersebut termasuklah: Mesir, Syria, Lebanon, Jordan, Palestine, Iraq, Kuwait, Emiriyah Arab Bersatu, Arab Saudi (tidak secara rasmi - penduduk menyambutnya sendiri dirumah-rumah mereka), Sudan, Yemen, Libya, Tunisia, Algeria, Maghribi, Mauritania, Djibouti, Somalia, Turkey, Pakistan, India, Sri Lanka, Iran, Afghanistan, Azerbaidjan, Uzbekistan, Turkestan, Bosnia, Indonesia, Malaysia, Brunei, Singapura dan kebanyakan negara Islam yang lain. Dikebanyakan negara Arab Maulidurrasul (s.a.w) merupakan hari cuti umum. Kesemua negara-negara ini Wahai Ummah, meraikan hari tersebut.

Namun begitu kenapa masih lagi ada segelintir dari kalangan kita yang mengatakan ianya haram? Siapakah mereka ini untuk dibandingkan dengan para huffaz (ahli hadith) dan 'Ulama Ummah seperti Abu Shama, 'Asqalani, Suyuti, Sakhawi, Haytami, Shawkani dan al-Qari yang mana mereka semua mengatakan bahawa sambutan Maulidurrasul (s.a.w) merupakan suatu perbuatan yang terpuji? Mengapakah mereka yang menggelarkan diri mereka Salafi ini mengharamkan sesuatu perkara yang mana Ibnu Taimiyyah (antara ulama yang begitu tegas) sendiri, membenarkannya? Ibnu al-Jawzi dan Ibnu Kathir pula menggalakkannya dan masing-masing-masing mereka menulis kitab Maulid yang mengandungi syair dan rangkap-rangkap daripada Sira.

Ahad, 13 Februari 2011

Tunggu Ayah Iman di Rumah Mommy & Daddy

Hari ni teman ayah Iman yang hendak pergi ke office... oleh sebab Iman masih kecil jadi tak boleh naik office. Jadi... tumpanglah di rumah blogger Mommy & Daddy (Ipar & Adikku)... oleh kerana Mommy tiada sebab balik kampung untuk menunggu kelahiran baby sulongnya.. maka saya hanya berteman adik dan kawannya sahaja.

Biasalah lelaki buat air pun tak... (bukan kutuk ya! ni statement he2.. lagipun adik kandung sendiri). Saya tak kisah sebab kurang minum air manis. Tapi kesianlah kat kawan dia tu. Saya pun tak tolong buat air untuk dia.. sebab bukan tuan rumah (alasan)... tapi rasa bersalah tu ada juga...

Seronok Iman main dengan Pak Uda dia sampai tak tidur-tidur... padahal dia bangun awal pagi tadi (7 lebih). Masa saya pergi toilet dengar Iman menangis (erm... ni mesti jatuh ni...) tanya kat Pak Uda dia.. memang sah pun jatuh. Disebabkan dah jatuh... menangis.. bagi susu terus terlena... (hai... barulah nak tidur...)

Sekejap je tidur... dah terjaga sempat lagi ambil gambar Iman (sebagai bukti yang Iman datang ke rumah Mommy & Daddy). Pukul 6 lebih ayah Iman sampai dan kami terus balik sebelum sampai rumah singgah dulu di kedai Cina Muslim di Port Klang bungkus nasi... (sedap tau! nanti UI cerita serba sedikit tentang kedai ni dalam post yang lain)

muka baru bangun tidur

Jumaat, 11 Februari 2011

Jom Sertai Cabaran Tonton & Menang : Teknik Rahsia Nuffnang

Mula-mula saya nak cerita dulu macamana boleh tahu tentang Cabaran Tonton & Menang ni. Alkisahnya saya daftar dengan ManggaAd. Dari situ ada friend yang add saya so, saya accept je. Dah lama tak buka account ManggaAd. Buka-buka tengok ada 3 messages. 2 daripadanya dari infokerjaya yang invite UI untuk sertai CABARAN ni. Berminat juga nak tengok video tersebut. Tujuan utama untuk tambah ilmu... alang-alang tu join sekalilah Cabaran Tonton & Menang ni.. Menang untung kalah tak rugi..

Serba sedikit info tentang cabaran ini:
  • Peraduan sempena ebook panduan teknik rahsia nuffnang yang akan dilancarkan oleh saudara Amirul Hafiz tak lama lagi. 
  • Peraduan ini berlansung selama 30 hari (UI baru je tau... nasib baik sempat lagi..) 
  • Akan tamat pada 19/2/2011 

Hadiah:
  • Tempat Pertama : RM50 + Ebook Tenik Rahsia Nuffnang (RM60) 
  • Tempat Kedua : RM30 + Ebook Teknik Rahsia Nuffnang (RM60) 
  • Tempat Ketiga : RM20 + Ebook Teknik Rahsia Nuffnang (RM60) 

Cara untuk menyertai Cabaran ini:
  • Daftar nama & Email anda di sini > http://bit.ly/gK0wgP
  • Semak Email anda untuk pengesahan 
  • Tonton Video Khas tersebut 
  • Berikan komen anda berkenaan dengan video tersebut 

Sesiapa yang berminat sila-silalah ya... tarikh tutup semakin hampir. Selamat Mencuba dan Semoga Berjaya! Doakan untuk saya juga ya!..

p/s: Terkini akaun ini telah pun saya abaikan begitu sahaja..

Hari Teman Kawan

Hari ni keluar teman kawan hantar borang Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS). Tapi kesian kawan saya tu salah tempat nak hantar dan dokumen yang dia bawa tak lengkap. Sepatutnya tak perlu pergi ke I-City (Pejabat TAWAS) cukup sekadar pergi ke pejabat DUN yang berhampiran.

ini borang TAWAS yang UI ambil tadi

nak tau kenapa anda perlu isi borang ini?
Kerajaan Negeri Selangor akan menghadiahkan tabung simpanan sebanyak RM100.00 bagi pendaftaran TAWAS. Pada usia 18 tahun, anak-anak ini berpeluang menerima RM1,500.00 seorang hasil dari pelaburan dalam TAWAS.

Syarat-syarat layak untuk mengisi borang ini:
  1. anak yang lahir di Selangor / Ibu atau bapa lahir di Selangor
  2. umur anak antara 0-11 bulan (bawah setahun)

Untuk mengetahui dengan lebih lanjut sila layari laman web ini : http://mes.selangor.gov.my atau http://mes.selangor.gov.my


Balik dari sana singgah di Tesco Bukit Tinggi. Kawan saya tu nak beli kek Secret Recipe. Pilih punya pilih kawan saya beli kek Chocolate Indulgence (sebiji). Takkan tengok je.. dah lama tak makan kek Secret Recipe juga.. intai-intai tanya-tanya akhirnya beli kek Cheese Blueberry (1 slice sahaja) cukuplah share dengan ayah Iman.

Sambil tu cari-cari sandal di Bata tapi malang tiada saiz. Sempat lagi beli bedak compact (untuk make up orang) dan beli microfibre super mitti atau kain khas untuk lap habuk. Sampai rumah terus je lap habuk di celah-celah kerusi makan (semangat tu..) Oh ya! masa ni Iman dah pun melelapkan mata... dah penat berjalan dan memang time dia untuk tidur. Merengek dah tak tahan sangat mata dia tu nak lelap.

Khamis, 10 Februari 2011

Doakan Keselamatan Rakyat Mesir Esok


oleh Nazri Abdullah

KUALA LUMPUR, 10 Feb: Dewan Pemuda PAS Pusat menyeru seluruh rakyat negara ini khususnya beragama Islam mengadakan solat hajat dan berdoa untuk keselamatan rakyat Mesir yang akan berarak menuju ke Istana Presiden, Hosni Mubarak di Abdeen, Cairo esok.

Exco Lajnah Dakwah Dewan Pemuda PAS Pusat, Riduan Mohd Nor berkata, esok merupakan kemuncak bantahan rakyat Mesir yang mahu Mubarak berundur dan dijangkakan akan berlaku pertembungan besar antara rakyat dan tentera regim.

"Dijangka esok akan berlaku pertembungan antara regim Mubarak yang akan mempertahan kedudukan mereka habis habisan dengan kemarahan rakyat yang berada di kemuncaknya selepas masuk minggu ke 3 desakan mereka tidak dihiraukan.

"Saya merayu umat Islam, gerakan Islam dan NGO untuk solat hajat dan mendoakan kemenangan rakyat Mesir untuk menumbangkan Mubarak," katanya selepas menyampaikan kuliah bulanan anjuran Badan Kebajikan Kakitangan Harakah (Bakkah) di pejabat Harakah di sini tengahari tadi.

Dalam kuliahnya berkaitan revolusi rakyat Mesir sebelum itu, beliau berkata perjuangan untuk menumbangkan regim Mubarak bermaksud membantu umat Islam Palestin dan rakyat Timur Tengah yang ditindas sejak bertahun lamanya oleh regim yang dibelakangi Amerika Syarikat.

Dalam pada itu, lebih sejuta rakyat Mesir dijangka akan mengadakan perarakan raksasa menuju ke Istana Mubarak esok bagi mendesak presiden Mesir itu berundur tanpa syarat.

Difahamkan perarakan esok akan dipimpin Persatuan Peguam-peguam Mesir yang kini sedang merancang persiapan berdepan sebarang keadaan esok.

Bagi rakyat Mesir, hari Jumaat adalah hari minggu dan hari berkumpul bukan sahaja kerana ada solat Jumaat namun juga esok disifatkan mereka sebagai hari penentu masa depan mereka.

Pada Jumaat lalu, himpunan rakyat Mesir juga telah mencetuskan rasa gusar Mubarak sehingga beliau terpaksa mengeluarkan kenyataan menawarkan untuk tidak bertanding lagi pada pilihan raya Presiden September depan.

Tawaran itu bagaimanapun ditolak rakyat negara teluk itu yang mahu Mubarak berundur serta merta dan tidak mahu lagi bermain dengan janji politik presiden Mesir itu.

Dilaporkan sejumlah 300 orang rakyat Mesir telah meninggal dunia sejak bantahan aman bermula Jumaat, 28 Januari lalu.

Selangor Naikkan Elaun Guru Kafa RM300

Berita gembira bagi guru-guru Kafa kerana kerajaan negeri Selangor telah menaikkan elaun mereka pada Januari 2011. Semoga guru-guru Kafa ini akan terus bersemangat dan gigih dalam mendidik pelajar-pelajar supaya menjadi lebih berjaya dan berkualiti.



SHAH ALAM, 9 Feb: Kerajaan Negeri Selangor meluluskan tambahan elaun sebanyak RM300 sebulan kepada guru-guru Kelas al-Quran dan Fardhu Ain (Kafa) yang bertugas di Sekolah Rendah Agama (SRA) dan Sekolah Rendah Agama Integrasi (SRAI) di seluruh negeri.

Dengan tambahan elaun RM300 itu menjadikan elaun bulanan guru-guru Kafa di SRA dan SRAI Selangor sebanyak RM1,300 sebulan berkuatkuasa 1 Januari lalu.

Kelulusan untuk kenaikan elaun itu dibuat pada mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN) yang diadakan hari ini.

Tambahan elaun ini melibatkan 3,935 guru Kafa yang mengajar di 208 SRA dan 11 buah SRAI seluruh negeri.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim ketika mengumumkan perkara itu pada sidang akhbar selepas mempengerusikan Mesyuarat Exco berkata, kenaikan elaun bulanan itu akan melibatkan peruntukan tambahan kerajaan negeri lebih RM14 juta setahun.

Pada masa ini, guru Kafa di SRA dan SRAI di Selangor menerima elaun sepenuhnya dari kerajaan negeri dan Baitulmal sebanyak RM1,000 sebulan atau RM61 juta setahun.

“Kerajaan negeri berharap kenaikan elaun bulanan ini akan mendorong guru Kafa di SRA dan SRAI berusaha meningkatkan kualiti kerja seharian,” kata Khalid.

Dari Makan Kenduri (Kahwin Ana) ke Putrajaya

Hari Sabtu (5hb februari) adalah hari perkahwinan rakan sekolah rendah. Alhamdullillah akhirnya kawan ummi bertemu jodoh setelah sekian lama menjadi ibu tunggal sejak pemergian arwah suaminya dalam kemalangan jalanraya. Semoga jodohnya kali ini berkekalan selamanya.. insyaallah.

bergambar dengan pengantin dan rakan-rakan sek rendah (belakang kiri zila, aizam, jumainah dan saya)

Selepas sahaja makan kenduri dan berjumpa sahabat lama ayah Iman ajak pergi ke Putrajaya. Nak ambil sunglass tertinggal dalam kereta sepupunya (Ani). Sebelum tu singgah di rumah adik (Ogy) ajak dia dan anak2 sekali. Kesian duduk kat rumah je.. ayah diorang kerja.. Dah ambil cermin mata cuci mata pula di Taman Tema Air di Presint 5. Belakang hotel Pullman... best jugalah tempat ni... ada kolam mandi.. free lagi.. siap disediakan kemudahan bilik persalinan dan shower. Ada juga pool per entry cuma Rm2...tak tau pula boleh mandi di tasik ni, kalau tak sure anak2 adik seronok mandi manda di sini.. surau pun ada. Erm.. kira bagus jugalah tempat ni.. takpelah dah tau bolehlah datang lagi...


Seperti berada di tepi laut..

View tasik, Hotel (bahagian belakang) dan kolam renang

Iman 10 bulan




Rabu, 9 Februari 2011

Royal Jelly Health Benefits and Side Effects

10 Health Benefits of Royal Jelly

Royal jelly is a secretion from honey bees that is used to deliver nutrition to larvae and adult queen bees. Research has found that royal jelly carries several health benefits for humans.

Graves Disease
Royal jelly is believed to be potentially beneficial to patients with Graves' disease.

Brain Health
One study found that royal jelly has the ability to stimulate the growth of neural stem cells and glial cells in the brain, which may mean that it can help prevent diseases such as Alzheimer's and Parkinson's disease.

Cholesterol
Studies have found that royal jelly has the ability to lower total serum cholesterol levels in people with moderately elevated cholesterol levels.

Anti-Aging
It is believed to have anti-aging properties, improving collagen production in skin and overall youthfulness.

Anti-Inflammatory
It has been shown to have anti-inflammatory properties when ingested and when applied topically.

Wound Healing
Research has found that royal jelly has wound healing properties when applied topically to the skin.

Antibiotic
Royal jelly contains an antibiotic called 10-Hydroxy-Dgr2-decenoic acid that is effective against many bacteria.

Cancer
Research in Japan suggests that royal jelly has strong anti-cancer properties. Croatian researchers found that royal jelly injected into mice at the same time that they were injected with cancer cells significantly reduced the spread of cancer.

Fertility
Royal jelly is believed to aid in fertility by improving the quality of a woman's eggs and promoting overall youthfulness of her reproductive organs and body.

PMS
Many women find that royal jelly relieves many of the symptoms of PMS.


Royal Jelly Side Effects

Royal jelly has been found in studies to have many health benefits, but there are a few potential side effects to be aware of before you decide to try it.

Allergic Reaction
People who have an allergy to bee pollen, honey, poplar trees, or conifer trees may have serious allergic reactions to royal jelly and should not take it. Reactions may range from mild irritation to severe and may lead to anaphylactic shock or death.

Asthma
People with asthma may see their symptoms worsen when taking royal jelly.

Estrogen
Royal jelly has been found in studies to have estrogenic properties. This makes it great for menopausal women but women who have estrogen-receptor positive breast cancer should steer clear of royal jelly because it may stimulate cell growth of that type of cancer.

USM temui kaedah penjimatan kos : Petroleum

Semenjak harga minyak naik macam-macam cara / produk orang buat dan cari untuk mengurangkan kos bagi pembelian minyak petrol. Terbaru hasil penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berupaya menjimatkan tenaga dalam proses penyulingan dan penulenan petroleum, sekali gus membantu menjimatkan kos penghasilan bahan bakar itu.

Baca berita selanjutnya dari akhbar Kosmo:-
09/02/2011 5:01pm

GEORGETOWN – Penemuan baru hasil penyelidikan yang dijalankan oleh sekumpulan penyelidik Universiti Sains Malaysia (USM) berupaya menjimatkan tenaga dalam proses penyulingan dan penulenan petroleum, sekali gus membantu menjimatkan kos penghasilan bahan bakar itu.

Ketua Penyelidik Pusat Pengajian Sains Kajihayat USM, Dr Ahmad Ramli Mohd Yahya berkata, inovasi yang dikenali sebagai USM-AR2 itu berpotensi digunakan dengan meluas oleh negara-negara pengeluar minyak termasuk Malaysia.

"Produk biosintetik semula jadi itu dihasilkan oleh mikrob tempatan yang ditambah kepada petroleum sebelum proses penyulingan, USM-AR2 akan ditambah dalam minyak mentah untuk membantu proses pengemulsian.

"Ia membantu mengurangkan ketegangan permukaan dan kelikatan minyak, membantu mempercepatkan proses penyulingan,” katanya dalam sidang media memperkenalkan penemuan baru itu di sini hari ini.

Beliau berkata, kaedah konvensional sedia ada dalam proses penyulingan minyak mentah kepada minyak boleh guna seperti petrol, diesel, kerosin dan sebagainya mengambil masa yang panjang dan menggunakan tenaga haba yang tinggi.

Katanya, dengan adanya USM-AR2, tempoh masa dan penggunaan tenaga boleh dijimatkan sehingga 50 peratus tanpa menjejaskan kualiti dan kuantiti minyak yang dihasilkan. – Bernama

Kosmo 9/2/2011: Imej Hantu Penunggang Kuda di Dataran Tahrir

Betulkah ini? Apa pandangan anda?

Imej hantu penunggang kuda dekat Dataran Tahrir

SATU lembaga penunggang kuda (dalam bulatan) berada di sebatang jalan raya dekat Dataran Tahrir di Kaherah pada Khamis lalu.


KAHERAH - Stesen televisyen MSNBC merakamkan imej hantu dipercayai seorang lelaki yang menunggang kuda dalam rusuhan bagi menuntut Presiden Mesir, Hosni Mubarak meletakkan jawatan di sini pada Khamis lalu.

Imej misteri itu disiarkan dalam lintasan berita mengenai situasi yang berlaku dekat Dataran Tahrir di sini pada awal pagi.

Dalam imej tersebut, bayang penunggang kuda yang berwarna hijau dan bercahaya itu seolah-olah melihat gelagat para penunjuk perasaan membaling batu dan kebakaran kereta di tepi sebatang jalan raya dalam rusuhan itu.

Kuda yang dinaiki lelaki itu kemudian bergerak perlahan-lahan sebelum ia berlari ke langit dan lenyap ditelan kegelapan.

Imej tersebut kini menjadi perdebatan hangat dalam beberapa laman web di Internet mengenai kejadian misteri itu.

Beberapa pengguna Internet yang menyaksikan rakaman video itu menyatakan ia disebabkan oleh cahaya kilat kamera atau pantulan cahaya.

Imej misteri itu juga boleh dilihat di laman YouTube. - Agensi

Khasiat Daun Mengkudu

Semasa ayah Iman di serang sakit fatty liver. Ada orang cadangkan suruh makan buah mengkudu dan daun mengkudu. Daun mengkudu ni rasanya tak pahit, biasa je sama macam makan daun ulam yang lain seperti pegaga dan ulam raja. Buahnya pula arwah nenek biasanya ambil yang dah masak kemudian rebus dan campurkan dengan epal hijau dan madu untuk penyakit kencing manis. Alhamdulillah lepas minum paras gula turun. Kalau tak dicampurkan dengan apa-apa, rasanya agak pedas. Kalau yang muda buat ulam pun boleh. Banyak khasiatnya dan pokok ini mudah tumbuh dan senang didapati di mana-mana. Cuba perhatikan di tepi-tepi jalan pasti ada.. kalau tak jumpa apa kata beli sahaja produk yang telah dipatenkan di bawah ini.


Oleh ROSMALINA ABD. KADIR
rosmalina.kadir@kosmo.com.my

KETIKA orang tua-tua mengamalkan pemakanan buah mengkudu sebagai makanan kesihatan, ramai tidak mengetahui daunnya juga mempunyai fungsi perubatan yang tinggi sebagai bahan atau sebatian antioksida.

Sebatian antioksida yang dikenal pasti itu dikatakan dapat mengurangkan risiko penyakit kronik seperti kanser, penyakit berkaitan jantung, diabetes dan penuaan. Justeru pengambilan antioksida dalam diet dapat mengurangkan risiko berkenaan.

Menurut penyelidik Universiti Putra Malaysia (UPM), Profesor Madya Azizah Abdul Hamid, kajian mengenai khasiat daun mengkudu dijalankan sejak lima tahun lalu dan kini ia dalam proses prakomersial.

“Saya memberi fokus kepada daun mengkudu matang tetapi tidak terlalu tua yang melalui proses pengekstrakan bagi menghasilkan daun mengkudu dalam bentuk serbuk.

“Apabila melalui kajian saintifik mendalam serta konsentrasi yang tinggi, ia didapati mengandungi sebatian catechin tinggi yang dapat merencatkan proses pengoksidaan dalam badan,” katanya ketika ditemui di UPM baru-baru ini.

Penghasilan sebatian berkenaan, menurut Azizah adalah melalui beberapa proses bermula dengan pengumpulan daun-daun mengkudu yang sesuai, pembersihan dan pengeringan menggunakan ketuhar pada suhu kira-kira 40 darjah Celsius sebelum dijadikan bahan serbuk dan dibungkus.

“Keunikan produk ini adalah ia halal, melalui proses penyediaan hijau pada suhu rendah, sesuai untuk pemakan sayur serta mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.

“Kebanyakan masalah produk makanan tambahan dalam pasaran adalah status halal yang diragui, tidak mempunyai kesan kebaikan kesihatan yang dibuktikan melalui kajian saintifik serta kuantiti pengambilan yang tidak standard,” katanya.

Melalui kajian saintifik

Sementara itu menurut Azizah, bagi melihat keberkesanan sebatian daripada ekstrak daun mengkudu berkenaan, ia telah dicuba ke atas tikus dan sel manusia.

“Proses ini antara lain bagi memastikan ia tidak mengandungi bahan toksik. Walaupun buah mengkudu sudah menjadi makanan kesihatan sejak bertahun-tahun tetapi ia tidak pernah melalui kajian saintifik.

“Setelah melalui kajian santifik, barulah ia dapat dibuktikan dan dikomersialkan kerana mempunyai perakuan khasiat perubatan,” jelas beliau.
Menurut Azizah, proses pengekstrakan adalah bagi memencilkan sebatian daun mengkudu supaya dapat diambil sebagai makanan tambahan yang tidak menjejaskan rasa asli makanan tetapi mempunyai kebaikan kesihatan yang tinggi.

“Serbuk daun mengkudu dapat ditambahkan dalam makanan biasa dan menjadikannya sebagai makanan fungsi yang dapat menghalang pembentukan penyakit-penyakit kronik.

“Ini kerana, kajian saintifik turut mendapati pesakit yang menghidapi penyakit seperti jantung, kanser dan diabetes mempunyai kandungan toksik yang tinggi di dalam badan mereka,” katanya.

Azizah memberitahu, kajian yang mendapat geran daripada Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) itu mempunyai kebaikan berganda kerana ia adalah daripada bahan semula jadi dan bukan sintetik.

“Proses pengekstrakan yang dilakukan juga menggunakan kaedah mesra alam kerana kami tidak menggunakan bahan pelarut yang tinggi sebaliknya karbon dioksida untuk tujuan pemencilan.

“Proses penghasilan dan bahan makanan berfungsi yang menggunakan daun mengkudu ini juga telah dipatenkan oleh Pusat Inovasi dan Pengkomersialan (ICC). Ia belum pernah ada dalam pasaran,” jelas beliau.

Perkembangan produk

Projek yang dimulakan pada tahun 2005 dan dijangka selesai pada tahun 2014 itu kini sedang melalui fasa pra pengkomersialan. Selepas dipatenkan, Azizah dan kumpulannya kini sedang dalam proses menarik minat pelabur terutama syarikat-syarikat yang berminat dengan produk tersebut.

“Ketika ini kami menyasarkan pasaran Malaysia tetapi ia masih dalam perancangan dan penyusunan. Penyelidik UPM lain yang terbabit ialah Mohd. Sabri Pak Dek, Profesor Azizah Osman dan Dr. Masturah Markom,” katanya.

Freelance Accounting Services / Perkhidmatan Perakaunan dari Rumah

Ada kelainan sikit kali ni.. kawan saya Zuliana Hanie (ex-SAMTH) minta tolong promote servis yang dia buat. Dari Semenanjung pindah ke Kuching, Sarawak. Ikut suami bertugas di sana. Servis yang dilakukan di Semenanjung kini beralih ke Kuching, Sarawak.

Sesiapa yang memerlukan perkhidmatan akauntan dari rumah atau pada hari Sabtu sahaja silalah hubungi:


Puan Zuliana Hanie bt Abdul Karim
Freelance Accounting Services
Handphone no. : 0192802162
E-mail address : accathome@gmail.com
Location : Samariang, Petrajaya Kuching


Account service included:-
  • Full set account (monthly/quarterly/yearly)
  • Accounts receivable
  • Accounts payable
  • Bank reconciliation
  • Fixed assest
  • Income statement
  • Balance sheet
Service Charge: RM400.00 a month (depend on job volume)


*Note: will collect document from office to bring home

Facebook Berpindah ke Ibu Pejabat Lama



Nampaknya desas desus yang mengatakan Facebook akan menamatkan perkhidmatannya pada bulan Mac akan terjawab dengan berita terbaru ini.

Facebook berpindah ke ibu pejabat lama Sun Microsystems
09/02/2011 3:19am

MENLO PARK 9 Feb. – Facebook akan memindahkan ibu pejabat korporatnya ke Menlo Park, California bermula pertengahan tahun ini, iaitu perpindahan kedua syarikat rangkaian sosial paling pantas berkembang itu dalam tempoh dua tahun.

Facebook yang mempunyai 2,000 pekerja dan kini berpangkalan berhampiran Palo Alto berkata, perpindahan ke satu lagi kawasan Silicon Valley itu akan memberi lebih ruang untuk mengembangkan kakitangannya pada masa depan.

Facebook, iaitu rangkaian sosial terbesar di dunia dengan lebih 500 juta pengguna, sedang berkembang pesat dari segi pertumbuhan operasi dan kakitangan.

Ibu pejabat baru itu nanti mempunyai keluasan kira-kira 93,000 meter persegi dan ia merupakan bekas ibu pejabat Sun Microsystems yang kini telah diambil alih oleh Oracle Corp. pada 2010.

Proses perpindahan dijangka dapat dimulakan Jun atau Julai ini. - Reuters