بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 15 Disember 2011

Wonderpets aaa


Budak-budak biasanya susah nak makan ubatkan? kalau yang senang tu bestnya tak perlu menggayakan bermacam-macam aksi nak bagi anak makan ubat. Iman tak suka makan ubat. Dulu masa baby siap sembur lagi.. kalau nak bagi makan ubat mesti kena kepit sebab dia meronta-ronta. Kadang-kadang mood dia baik, kalau kita pujuk-pujuk, gurau-gurau dengan dia.. dia buka mulut.

Tapi tadi entah macamana tergerak nak sebut "wonderpets aaa".. terus dia buka mulut walaupun muka dia tak ikhlas nak buka ;).. dalam hati bagusnya.. kenalah UI ulang-ulang sebut sampai ubat tu habis. Nak tekan sekaligus takut tersedak. Lega... senang tak perlu nak kepit-kepit dia..

UI: kalau nak tau Iman suka dengan kartun wonderpets ni.. sekarang selalu missed sebab time tidur petang dia..

3 ulasan:

  1. hehehe..budak2 mmg suka la dgn wonderpets..

    BalasPadam
  2. emmm Zie pernah menagis geram atau bebai dengan anak coz susah nak makn ubat... yerlah kita risaukan dia tapi tak mau makn ubat langsung...kita yg susah hati...

    BalasPadam
  3. hihi.. lucu bila sebut wonderpets.. iman buka mulut dalam keterpaksaan..

    budak-budak memang macam tu kalau makan ubat.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...