بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 17 Disember 2011

Weekend Hari Ayah


Hari ni pagi-pagi lagi Iman dah bangun. Malam tadi dia tidur awal. Biasa hari Sabtu dan Ahad hari manja-manja Iman dengan ayah dia. Yalah.. tiap hari keluar pagi balik lewat malam tak sempat nak manja lebih. Iman seronok.. ummi dia pun seronok hehe..

Berbalik pada cerita bangun pagi tadi.. AI yang mandi dan siapkan Iman. Lepas tu bawa keluar beli sarapan. UI ambil kesempatan sapu dan mop lantai. Lepas diorang balik lepas sarapan keluar pergi klinik pakar. Risau dah seminggu lebih tak baik lagi selsemanya tu. Doktor cakap selsema sebab alahan.. mungkin habuk atau salah makan. Biasa kalau kena alahan macam ni memang ambil masa hampir 2 minggu nak baik. Doktor tak bagi makan oren dia kata tak elok. Hari tu kami ada beli vitamin C untuk Iman. Doktor cakap mungkin tak sesuai sebab ada pewarna dan perasa. Benda-benda tu ada chemical. So, kena stoplah bagi vitamin C tu.

Sebelum ni ada terbaca juga yang budak-budak bawah 2 tahun tak elok ambil buah oren. Ia akan menyebabkan kanak-kanak mudah lelah dan selsema. Memang jaga sangat soal tu.. sebab anak adik dah kena. Dia suka bagi makan oren sampaikan kena lelah anak dia.

Apa pun tanya pada yang Pakar sebab mereka lebih arif. Tadi doktor cuma bagi ubat selsema dan probiotic. Siap pesan jangan bagi makan junk food, gula-gula, jelly... Baik doktor. Disebabkan jumpa pakar kos 2 ubat tu sahaja berjumlah Rm68. Takpe AI akan claim balik.. sebab klinik ni bukan panel. Sekarang ni kalau tak baik je mesti pergi klinik pakar ni. Klinik ni memang ramai orang sebab memang doktor pakar kanak-kanak. Penuhlah kanak-kanak kat sini. Walaupun mahal tapi puashati sekali pergi dah baik. Abang UI yang cadangkan pergi sini.. dan adik-adik yang lain pun kalau tak baik datang sini juga.

3 ulasan:

  1. semoga iman cepat sembuh ye, bamlom kite pon suke makan orenn, harap tak selsema lah...

    miza follo sinijuge!

    BalasPadam
  2. Semoga Allah memberi Iman kesembuhan . Amin.

    Ummi tag ya:

    http://www.mamafaiz.com/2011/12/giveaway-dari-mamafaizcom.html

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...