بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 15 Disember 2011

Ummi & Iman jumpa doktor


Petang semalam bawa Iman pergi klinik. Selsema dia masih tak baik-baik lagi walaupun tak teruk sangat. UI pun tumpang sekali sebab kahak di dada ni masih ada lagi. Sekali sekala batuk dan selsema. Musim buah ni selalu kena macam tu. Walaupun tak makan buah. Ubat yang doktor bagi sebelum ni kurang sesuai agaknya, tu yang tak baik-baik lagi. Jadi minta doktor ubat yang lain. 20hb ni Iman kena ambil imunisasinya yang terakhir. Kalau selsema mesti kena tangguh. Harap kami berdua cepat sembuh..

Lepas pergi klinik terus pergi rumah mak UI di Kapar. Sebenarnya kalau bukan disebabkan bunyi bising dari sebelah rumah yang tengah buat renovation, malas juga nak keluar. Iman tak boleh dengar bunyi bising nanti dia nangis terkejut. Memang dari baby macam tu.. kesian pula kat dia nak tidur pun terganggu.

Sampai rumah nenek dia sukalah. Biasalah selalu berdua.. kalau rumah nenek dah tentu ada nenek, baby Nayli dan achik yang baru habis final exam. Meriahlah sikit, ada orang nak layan dia. Dah larut malam baru kami balik. Ayah Iman pun balik lewat, macam biasa ummi dia tunggu ayah dia sampai rumah barulah kami balik. Kebetulan AI tak sihat, sakit kepala. Lebih senang tunggu Iman tidur dulu, kalau tak ayah dia tak dapat nak rest. Iman akan buli ayah dia ajak main. Sampai pukul 1 pagi nanti dia tak tidur-tidur.

3 ulasan:

  1. Semoga Iman cepat baik... cuma bagi makan orange..

    BalasPadam
  2. salam...

    moga cepat sembuh baby Iman tu..amin...

    BalasPadam
  3. siannya iman.. mg iman cpt sembuh

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...