بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 7 Disember 2011

Tidur tak lena


Bermula pukul 2 pagi Iman merengek-rengek masa tidur. Buat susu bagi susu tak mahu... usap-usap badan dia baru dia tak merengek. Tak lama lepas tu merengek lagi.. sampai dia bangun duduk. Pujuk-pujuk tidur balik. Dah lebih 3 kali UI ambil minyak sapu pada perut, betis dan tapak kaki dia, takut-takut dia sakit perut. Tak lama lepas tu merengek lagi. Hairan betul, kenapalah dengan dia. UI bancuh balik susu bagi kat dia, dia tak mahu minum. Sampaikan naik hilang sabar juga UI ni.. ialah bila dah penat, nak tidur pun tak boleh mulalah ummi dia nak marah. Nasib baik ayah Iman ok walaupun dia kena bangun pagi nak kerja.

Bila dah lama sangat berjaga.. rasanya dalam pukul 4 pagi UI terlelap tak ingat apa dah.. tak taulah Iman merengek lagi ke tak. Bila dia bangun pagi tadi ternampak air mengalir sebelah kiri hidung dia. Dalam hati patutlah dia merengek-rengek masa tidur. Hidung tersumbat agaknya. Tu yang dia siap bangun dan berguling-guling. Menyesal pulalah marah kat dia. Budak kecil tak boleh cakap kita pun tak tau apa masalah dia. Salah UI juga tidur lewat semalam. Marah takdelah sampai pukul cuma bisinglah kat dia.. "kenapa ni merengek-rengek.. bla bla bla..."

Tulah dugaan dan cabaran dalam membesarkan anak.. banyak lagi yang masih belum ditempuh. Semoga Allah sentiasa berikan kesabaran dan kekuatan dalam membesar dan mendidiknya...

UI: Masih belum utuh lagi keimanan dan kesabaran sebagai ummi... :(

1 ulasan:

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...