بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 10 Disember 2011

Tiba-tiba sampai Muzium Negara


Ingat tak cerita minggu lepas yang AI nak pergi The Mall tapi tak jadi sebab dah lewat. Tak puashati minggu ni nak pergi juga. UI ikut je.. rupanya AI nak tengok barang lama di LG pasaraya ni... kalau dah minat.. tapi malangnya tak banyak barang pun.. mahal pula tu. Jauh beza dengan di Amcorp Mall. Pusing-pusing tak beli apa pun.. beli mainan Iman je..

AI ajak balik tapi UI kata tak berbaloi datang jauh-jauh lepas tu nak balik. On the way balik.. biasalah kami mesti lalu depan Muzium. Tengok ada belon Upin Ipin.. apalagi UI pun ajak AI datang sini.. ya lah takkan nak terus balikkan. Cuci matalah dulu... sepanjang bersama AI tak pernah jejak Muzium pun.. punyalah lama. Tak payahlah cerita panjang-panjang.. jom tengok sebahagian gambar yang sempat kami rakamkan. Biasalah baru ada memori untuk dikenang kembali...

antara pameran yang ada di muzium sekarang ni..

bergambar dulu dengan kereta bomba lama ni..

 
tengok pada banner kat belakang tu tahun depan akan ada Upin Ipin The Musical pulak di Istana Budaya.

Iman khusyuk tengok belon.. tak mau pandang camera.. patutnya ambil gambar di replika kapal karam lagi nampak real. Kalau pergi jangan lupa ambil kat situ ya ;)

ambil gambar dulu sebelum masuk.. bangunan besar sangat jadi kecillah Iman dalam gambar ni.

Dalam Muzium.. masuk-masuk je jumpa pameran busana pengantin. Ramai lagi pengantin lain tapi UI suka dengan pengantin kat atas ni.. hehe pilih kasih betul.

Apalah yang Iman tengok tu.. dalam Muzium ni bateri camera dah weak.. sempatlah ambil beberapa keping tapi gambar tak cantik sebab Iman sibuk dengan belon. Tak mau tengok camera langsung. Ya lah dia nak tengok apa yang ada, sibuk suruh tengok camera :)

yang ni singgahsana di raja.. eh macamlah orang tak tau..

koleksi tembikar lama yang dipenuhi dengan ayat al-quran. AI sukalah ni..


4 ulasan:

  1. Cantiknya tmpat nih! saya xpnh g lagi..

    BalasPadam
  2. tak berkesempatan lagi nak bawak anak kesini... harap satu hari nnt boleh bwk...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...