بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 27 Disember 2011

Teman ayah jumpa kawan di KLIA

Dah lama rasanya tak pergi KLIA sejak ada Air Asia ni. Kalau dulu takde choice nak pilih naik flight sekarang ada 3 pilihan untuk flight local, MAS, Air Asia dan Fire Fly. Cuma Fire Fly je tak pernah naik lagi. Nak compare dari segi keselesaan dah tentulah naik MAS, pramugari dan pramugaranya pun lebih sopan layanannya. Dah pernah dapat award pun rasanya kan? Pernah sekali naik Air Asia berdepan dengan pramugara yang konon-kononnya nak bergurau tapi rasanya terlebih sangat gurauannya hinggakan kawan dia pun cuit dia. Dia tanya nak beli apa-apa tak? saya cakap takde, lepas tu tanya dia takde ke apa-apa yang free (souvenier flight). Dia jawab ada tisu tandas. Amboi dalam hati melampaunya jawapan.

Berbalik pada cerita asal, hari Sabtu baru ni lepas pergi rumah kawan sekolah menengah (tengok baby girl baru) di Taman Sri Manja, PJ terus pergi KLIA. AI saja nak jumpa kawan kerja yang dah resign join company lain yang nak terbang ke Dubai malam tu. Kawan lama yang paling baik dan rapat dengan AI.

gambar lawatan ke rumah kawan yang dalam pantang. Lama tak jumpa.

Nampaknya KLIA dah ada perubahan. Tak banyak dah tempat duduk diruangan check in. Kedai-kedai di situ kebanyakannya masih kekal. Sejak AI dah tak fly mana-mana memang tak jejak dah KLIA. Lama jugalah lebih kurang 5 tahun. Mari tengok aksi Iman yang baru pertama kali sampai sini.

mula-mula sampai cari makanan dulu kat sini

dalam bilik nursing mother tukar diaper Iman yang dah penuh. Bila baringkan je terus merengek ketakutan. Puaslah pujuk. Biliknya menakutkan agaknya. Dah macam dalam hospital pula (walaupun Iman belum pernah masuk hospital). Kalau duduk hospital macamanalah agaknya.

masa ni nak balik.. laluan ke parking

sekarang ni dah pandai.. suruh ambil gambar macam-macam gaya dia buat. Ni gaya terbaru.. dah pandai kenyet mata.. tiru siapalah agaknya..

Ini jelah yang sempat diambil. Masa baru sampai nak ambil kat sinilah.. kat situlah.. alih-alih tak ambil pun. Apa pun Iman seronok nampak kapal terbang depan mata di cermin berdekatan KFC. Iman dah kenal dan tau apa dia kapal terbang. Kalau dia nampak yang tengah terbang tu mesti dia tunjuk dan cakap .. !@#$bang. (ayat depan tak reti nak translate :D)

8 ulasan:

  1. saya masa kecik masuk airport..dah beso2 ni tak pernah gi lagi...huwaaa..

    BalasPadam
  2. insyaAllah.. agaknya kalau dah pergi asyik pergi je lepas ni ;)

    BalasPadam
  3. Lama juga ibu yusuf tak ke airport.. :D

    BalasPadam
  4. aduh msti sebutannya yg belakang je..kiut jer iman..:)

    BalasPadam
  5. Salam, ummi Iman, sy pun ummi iman jgk ;) Salam kenal & follow di sini~

    BalasPadam
  6. @MaryaYusof salam disambut. serupalah ya.. T.kasih follow. UI follow kembali..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...