بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 12 Disember 2011

Sunway Piramid dan tragedi


Hari Ahad baru ni jalan lagi... kali ni kami pergi bangunan kepala singa ni.. pergi sini pun tak rancang. Tak tahu nak bawa mak dengan adik pergi mana. Hari Sabtu diorang tidur rumah kami. AI yang cadang datang sini. Tapi sampai-sampai je jalan jam. Banyaknya kereta.

tak percaya.. tengok ni.. nasib baiklah berkat kesabaran dapat juga parking.

sebelum masuk sempat lagi ambil gambar sunway lagoon ni.. gelap sikitlah.. kami belum pernah masuk sini..

Sempat lagi suruh Iman pose kat sini..

UI pun ambil kesempatan bergambar dengan replika orang salji ni.. tengok Iman dia nak tarik apa tu? Ayah Iman sekarang susah nak ambil gambar sebab dia tau UI akan masuk dalam blog. Malulah tu..

nilah mak dan adik UI yang join sekali jalan-jalan kat sini..

sebelum balik sempat lagi bergambar kat sini..

Disebalik semua gambar ni apa yang tragedinya?? memang sesuatu yang tak dijangka berlaku. Sewaktu dalam Jaya Jusco dalam bilik nursing baby kami nak tukar diaper Iman. Biasanya UI masuk sorang je, tapi disebabkan ramai suami-suami masuk sekali UI pun suruh AI tukar. Semasa baru buka seluar Iman, UI ambil wipes tiba-tiba terpandang Iman yang dah menghensut turun melalui celah lubang.. tinggal kepala dia je.. UI pun jerit.. AI terkejut dia ke belakang.. maka Iman pun jatuh. ya Allah sepantas kilat je.. cuainya kami. UI tak tau AI tengah buat apa masa tu sebab UI harap kat dia. Iman menangis, AI ambil minyak but-but HPA dan bagi kat UI suruh sapu.. bengkak kepala dia.  Nasib baik tak lama dia menangis, UI terus sambung tukar diaper dia dan bagi dia susu. AI menyesal tak sudah. Dah berlaku harapnya lepas ni lebih berhati-hati.

Lepas tu kami terus pergi surau solat Asar dan maghrib sekali. Masa masuk surau UI bagi susu pada Iman dan dia terus tidur. Rasa-rasa kepala dia masa tu bengkak dah surut. Sedih sangat bila fikir dia jatuh tadi. Lama juga dia tidur.. sempatlah kami beli sesuatu di Jusco. Tak lama lepas tu dia pun bangun dan aktif semula. Dapat belon Jusco.. lagilah suka.

Apa pun tempat ni bising sikit.. mak UI kata macam ayam dalam reban... itu kata-kata ibarat bunyi bising tu macamana. Kami jarang datang sini, sejak ada Iman inilah kali pertama datang. Rasanya belum sampai pun lebih 3x kami datang sini.


3 ulasan:

  1. Alhamdulilah Iman tak apa2. Kdg2 kita dah berhati2 tp benda ttp nak jadi. Semuanya kuasa Allah cuma kita perlu ambil pengajaran dan lebih berhati2.

    BalasPadam
  2. alhamdulillah tak ada apa2...Allah nak uji lah tu...

    BalasPadam
  3. ciannya imaannn....

    lame x pg sunway pyramid ni...

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...