بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 1 Disember 2011

Semangat pagi


Assalamualaikum... hari ni dengan penuh semangat memulakan kehidupan dari biasa. Apa yang semangatnya tu.. bukannya apa sangat.. sebenarnya bermula dari pukul 1 pagi lipat kain yang dah lama tak berlipat. ish.. ish malu je bagitau kan.. bukan apa susah sangat nak lipat kain kalau budak semangat kat atas tu tak tidur. Mesti dia semangat nak kacau. Mata pun tak mengantuk... Akhirnya habis juga timbunan kain..

Susah pula nak tidur lepas tu.. rasanya dalam pukul 3 pagi baru tidur setelah di pujuk-pujuk mata suruh tidur.. akhirnya tertidur juga.. walaupun tidur lewat, pagi-pagi lagi dah jaga.

Ni cerita semangat semalam...

Yang pertama....dapat berita gembira.. ayah Iman dapat PPA (Personal Performance Achivement) 1. Dia sorang je dapat 1 tahun ni dalam company dia... alhamdulillah rezeki. Siap sms UI lagi bagitau... dia kata rezeki UI dengan Iman. Nak hadiahkan iPad pula tu... terharunya dengar. AI yang penat bekerja UI pula yang dapat hadiah. Tak tergamak pula rasanya nak terima hadiah tu.. tapi nak request benda lain untuk keselesaan bersama.. apa dia?? kena tunggu dalam entri akan datang itupun kalau jadi...

Yang kedua.... semangat mengubah blog lagi.. asyik ubah je kan.. penat juga nak ubah-ubah ni.. lebih-lebih lagi dengan Iman yang tak boleh tengok ummi dia depan lappy. Mesti dia pun nak juga.. nak kena beli satu untuk dia.. dah tengok dalam brochure Jusco. Harga pun tak mahal.

tak percaya tengok gambar ni... dengan khusyuknya mengadap.. bila ummi dia bangun berlari ganti duduk kat situ

yang ni tak terima.. nak yang lebih real.. nanti ummi suruh ayah beli ya..

Harap anda semua pun semangat juga meneruskan hari-hari anda.. tengok makin bertambah rakan dalam blog UI ni pun makin tambah semangat juga nak membebel.

4 ulasan:

  1. Bila dengar berita gembira mestilah semangat kembali.. tahnia tuk UI sekeluarga..

    BalasPadam
  2. Tahniah untuk UI sekeluarga...


    Buat perancangan untuk tahun depan guna Kalender 2012 yang ni jom!

    BalasPadam
  3. Kadang2 pembaca dan sahabat alam mayalah penyokong untuk kita terus berblogging :)

    BalasPadam
  4. > t.kasih Zie & Qaseh :)
    > betul tu Nida ;)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...