بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 9 Disember 2011

Rumah cantik tahun baru



Cantik tak rumah kat atas ni? haha ini bukanlah rumah baru UI.. saja je letak. Apa cerita tentang rumah cantik ni? erm.. sempena cuti sekolah ni ramai juga yang ubahsuai rumah. Seperti rumah jiran UI yang sekarang dah cantik dengan pagar dan tiles depan rumah. Terima kasihlah sebab tolong buat sebelah pagar, jimat sikit duit AI kalau nak buat pagar nanti ;). Kami takde budget lagi nak buat. Dari 1 buah rumah dah jadi 4 buah rumah yang buat ubahsuai di jalan perumahan UI ni.

Pernah sembang-sembang dengan AI sebelum ni, kita ni ada je duit untuk cantikkan rumah dan puaskan keinginan kita tapi bila fikir-fikir balik terasa segan pula dengan tuhan. Habis ribu-ribu untuk rumah boleh tapi nak buat haji atau umrah tak fikir pula. Dalam entri sebelum ni pun ada cerita juga. Menyesal sangat bila ada duit dulu tak simpan untuk buat amal. Keinginan duniawi ni sentiasa melebihi keinginan akhirat. Masih jauh lagi dengan tuhan. Nak buat amal boleh tangguh-tangguh tapi untuk keselesaan dunia ni tak boleh pula nak tangguh.

Entri ni takde kena mengena dengan orang lain. Sekadar kesedaran untuk diri sendiri. Pandai cakap tapi tak pandai buat... erm.. ramai yang macam tu kan? termasuklah UI sendiri. Harap-harap Allah masih beri rezeki kepada kami untuk kami buat persediaan yang betul untuk masa depan akhirat dan dunia. Kenalah letak akhirat dulu kat depan, selalu sebut dunia dan akhirat.. sebab tu dunia dulu didahulukan.. tepuk dada tanya iman. Tapi bukan Iman UI yang semakin manja dan aktif tu...

2 ulasan:

  1. wah.. cantiknya rumah... besar pulak tu :-)

    BalasPadam
  2. teringin nak ada rumah camtu...hehehe

    btw sy tag kak ye..

    http://karimahabdhamid.blogspot.com/2011/12/my-craft-garden-1st-giveaway.html

    jom join kak... :-)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...