بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 21 Disember 2011

Marah akan menyerlahkan sifat sebenar seseorang


Jika ingin tahu akhlak sebenar seseorang, lihatlah dia sewaktu dia sangat marah; Jika ingin melihat kehebatan akhlaknya lihatlah dia sewaktu berurusan dengan orang yang mencerca & membencinya. Jika ingin lihat keadilan mindanya dan kebaikan pola pemikirannya, lihatlah cara dia berbincang dengan pandangan berbeza dengannya - Ustaz Zaharuddin

Dah lama nak tulis tapi jadi rajin nak tulis sebab terbaca kata-kata ustaz ni yang lebih jelas cara penyampaiannya.

Banyak dah melalui dan tengok orang marah-marah ni. Bila orang marah, saya (hari ni nak tukar bahasa diri) akan mendiamkan diri. Tunggu sehingga dia habis marah barulah saya akan jawab dengan jawapan yang cukup berhemah dan yang sebolehnya membuatkan dia terdiam mendengarnya. Sewaktu saya buka kedai dulu, ada pekerja dari kedai lain tanya saya nak pakai pekerja tak? saya cuma cakap memang nak. Tup tup bos dia telefon saya marah-marah. Dahlah tak bagi salam. Bukannya saya tak kenal dia pun. Lebih dari kenal. Saya diam je.. dalam hati ooohh macam ni perangai dia. Dah habis dia cakap saya pun tanya "sekarang ni pekerja kak dot dot dah kerja dengan saya ke? terus dia terdiam. Lepas tu saya pergi kedai dia, dia siap salam peluk-peluk lagi dengan saya. Dalam hati tu lah... nasib baiklah saya ni bukan jenis pendendam. Selalunya saya akan abaikan sahaja. Saya pasti orang begini akan terasa sendiri kesalahan mereka.

Baru-baru ni masa tengah bawa kereta. Tiba-tiba ada kereta yang dipandu laju tiba-tiba berada dekat belakang kereta saya. Saya pun terkejut dan alih ke lane lain. Lepas tu saya tekan hon pendek tanda tak puashati sebab cara dia boleh membahayakan saya. Nak tau orang tu buat apa? dia buat isyarat tangan menggunakan jari tengah. Faham-faham jelah apa dia isyarat tu.. dalam hati dah sah-sah orangnya memang tidak beradab.

Nak bagi tips melalui pengalaman saya sendiri. Bila kita berzikir kita akan lebih tenang berdepan dengan situasi seperti ini. Apa pun siapa yang dapat mengatasi marah dan tenang je berdepan dengan semua masalah, memang orang itu seorang yang hebat akhlaknya. Saya belum lagi sampai ke tahap itu..

Cara atasi marah dan panas baran

1 ulasan:

  1. betol tu. bila marah,memang terserlah perangai sebenar yg terselindung selama ni.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...