بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 19 Disember 2011

Layan anak saudara

Semalam tak keluar rumah sebab 2 orang adik dan mak datang. Plan nak pergi Tesco cari laptop mainan Iman terbatal. Bila anak-anak mereka ada meriahlah rumah. Biasalah budak-budak. Iman yang mengantuk pun tahan mata nak main. Seronok ramai kawan. Sampaikan ayah Iman terpaksa bawa dia keluar nak bagi dia tidur dalam kereta bila tengok Iman yang semakin aktif sebab nak tahan mata. Macam-macam aksi dia buat. Lepas Iman keluar dengan ayah dia...

anak-anak adik ni layan lappy comel Iman.. Senyap rumah seketika

bila tau mak ngah diorang ambil gambar.. apalagi... mak ngah cuma cakap pandang sini... tengok gelagat mereka. Kalau bab ambil gambar memang suka.

Dalam pukul 6 lebih diorang balik. Masa tu Iman dah balik tapi nampaknya masih tak tidur lagi. Mesti teringat  abang-abang dan kakak-kakak dia di rumah agaknya. Dah balik tu lepas UI mandikan dia.. sambung lagi main. Nak tau main apa? main bola... Iman memang dah mahir sepak bola. Tak taulah dari kecil memang minat sangat dengan bola. Sampaikan kat rumah ada lebih dari 3 biji bola.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...