بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 14 Disember 2011

Jangan ada paksaan



Sebenarnya dah lama nak luahkan perkara ni.. baru hari ni ada kekuatan. Janganlah marah ianya sekadar teguran buat seorang kawan. Tegur tu tandanya sayang...

Biasanya di shoutbox orang tulis macam-macam untuk tarik perhatian kita. Ianya tak salahpun.. kalau UI jenguk blog orang pun UI akan tulis "singgah" "singgah sini" bagi menandakan yang UI telah pun singgah di blog mereka. Masuk rumah orang bagilah salam kan... kalau UI rasa blog mereka menarik untuk di follow UI akan follow. Tak kisahlah tuan blog tu nak follow kembali atau tak. Itu hak mereka. UI tak marah pun.. itu membuktikan bahawa blog kita masih tak menarik lagi untuk mereka follow.

Kalau boleh janganlah tulis ayat "follow saya.. saya akan follow kembali". Bunyinya tak sedap di dengar. Macam paksaan pula dan seolah dia pun terpaksa follow kita sebab kita dah follow dia. Berbeza dengan ayat "follow sini... follow saya kembali".

Apa pun mereka yang follow blog UI... UI akan follow kembali sebagai tanda terima kasih dan support each other (speaking london pulak). Tapi jika blog mereka mengandungi unsur-unsur yang tidak baik, terus terang UI tak dapat follow kembali.

Di kesempatan ini juga UI nak ucapkan terima kasih banyak-banyak pada mereka yang letakkan url blog UI dalam bloglist mereka. Kalian memang baik. Semoga kita sama-sama sentiasa menyokong antara satu sama lain. Maaf kalau ada yang terasa. Ini hanya pendapat UI sahaja.

Lain pula bagi penganjur GA. Kalau dia tulis kena follow blog mereka kalau nak sertai GA. Itu syarat yang dah ditetapkan. Jadi peserta GA dah sedia maklum dengan perkara tu. Mereka dah cukup murah hati nak bagi hadiah kat kita dah tentu kita menghargai mereka. Menang.. kalah adat pertandingan. Semuanya bergantung pada rezeki masing-masing. Apa pun kita semua sama je.. tanpa ada yang menyokong siapalah kita.

UI: si dia juga perkatakan perkara yang sama

4 ulasan:

  1. datang singgah sini syg..ehehe..ingatkan link blog sape tadi..klik2 jer.."aik..mcm kenal jer.."..ehehe..tengs coz letak link blog yuyue dalam entry dye >_<

    BalasPadam
  2. selalu diorang tulis macam ni...
    kadang2 nak follow pun rasa macam tak nak je..

    BalasPadam
  3. Kak Nida pula tengok blog untuk follow and komen.. kalau Kak Nida suka Kak Nida komen (macam blog Ummi Iman ni...:) )

    Tapi klu join kontes tu bila suh jadi follower memang macam ada unsur paksaan..:(

    BalasPadam
  4. betul tu apa yang diluahkan..jangan memaksa utk orang follow blog

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...