بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 4 Disember 2011

Jalan-jalan di Amcorp Mall


Lepas makan nasi lauk ayam kampung goreng dengan kuah gulai kawah yang terletak di tepi Masjid, Kg Pendamar semalam, AI ajak pergi Amcorp Mall tengok barang lama. Dah lama juga tak datang sini.. kat sini ada flea market, tempat orang jual barang-barang lama dari ground floor hingga ke 3rd floor. Buka dari 10.00 pagi hingga 6 petang. Kalau berminat dengan barang-barang lama bolehlah datang sini. Selain tu ada macam-macam kedai lagi di sini, kalau yang gemar perhiasan english memang banyak di sini. Kedai pakaian dan sebagainya. Walaupun terletak di tengah bandar tapi harga barangan di sini cukup berpatutan. Kepada yang suka makan boleh cuba kedai nasi padang. Memang sedap. Kalau tak silap kedainya di tingkat 2.

ini adalah kedai wajib setiap kali kami datang sini... Teh Collection. Kenal dengan taukeh ni dah lama , adalah lebih kurang 11 tahun. Dari rumah setingkat corner lot sekarang dah berpindah ke rumah banglo berkat hasil dari jual barang-barang lama. Dulu jual di pasar sekarang dah ada kedai. Dulu tuannya biasa-biasa, sekarang nampak lebih muda. Orang hati senang muka pun tegang. (ni kira pembakar semangat untuk mereka yang rasa susah nak berjaya). Nak seribu daya kan? wah! untuk diri sendiri sebenarnya..

Iman beli kereta mainan ni kat kedai Teh. 3 Rm10 je.. kereta mainan dulu-dulu tahan.. besi. Lagi 1 warna biru dah hilang ke mana.. dia pilih sendiri kereta-kereta ni..


sempat juga beli sehelai kemeja di sini

suasana flea market - google image

2 ulasan:

  1. Suka sgt pergi Amcorp Mall.. sebab ibu yusuf ni antique porcelin collector. Cuma lama dah tak pergi sbb susah nak menahan diri dr membeli bila ke sana..

    BalasPadam
  2. sekarang dah tak banyak antik porcelin kat sini.. tak macam dulu. teringat kwn office yg punya minat yg sama mcm ibu usuf. murahlah AP yg IY jual tu..

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...