بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 23 Disember 2011

Iman oh Iman


Iman oh Iman... ulang tajuk kat atas tu. Sifat manja dia adakala buat ummi dia susah nak buat kerja. Nak berkepet je... baby boy tu. Lepas tu kuat juga menangis dan merajuk kalau tak layan dia. Lepas tu pandai-pandailah dia pujuk ummi dia bila ummi dia buat muka tak tau. Pegang pipi, intai-intai muka, buat lawak... yang akhirnya ummi dia kalah juga. Kesian sebenarnya, ialah takde kawan macam tu lah.. ummi dialah jadi mangsa keadaan hehe.. bunyi macam bersungut je saya ni.. bukanlah macam tu.. saja bila dia besar biar dia baca blog ummi dia ni.. baru dia tau perangai dia masa kecik macamana. Amboi.. lain macam je ayat ummi dia ni.

Ummi dan ayah dia milik dia je.. nak pegang anak orang lain pun tak boleh. Dulu anak orang tu kena babab dengan dia sekarang ni ummi dia pula dia babab. Seolah-olah ni ummi dan ayah sayalah.. jangan kacau. Erm.. macamanalah nak ada adik macam ni (ayat alasanlah tu..).

Ummi dia nak lipat kain dia kacau, nak masak dia kacau, nak masuk bilik air ada masa pun dia kacau (dulu lagi teruk tak bagi peluang langsung masuk bilik air), tengok tv pun dia kacau, nak solat pun dia kacau (nasib baik dia peluk kaki, solat depan saya, pegang pipi lepas tu dia pergi tempat lain), nak makan dia kacau, nak tengok laptop lagilah.. siap tarik tangan tak bagi (kena tunggu dia tidur baru boleh on). Semuanya dia suruh fokus kat dia... hai awatlah manja sangat. Kadang tu bila sembang dengan ayah dia pun dia interframe juga.

Walau macamana pun start semalam ummi dah tanam azam, akan fokus pada Iman kalau Iman memerlukan ummi. Takut bila semakin besar dia hilang fokus kat kita susah juga. Jauhnya fikir... sebenarnya lebih kepada kesian kat dia. Nak marah pun kecil lagi.. tak faham apa pun. Yang dia tau nak perhatian.

Bila besar nanti beri perhatian lebih juga kat ummi dengan ayah ya... Amin.

1 ulasan:

  1. salam,

    ummi iman di tag di sini yer

    http://nonaswc.blogspot.com/2011/12/end-year-mega-giveaway-2011.html

    jom join :)

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...