بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 19 Disember 2011

Iman dah pandai sebut perkataan apa?


Masa entri ni di buat Iman sedang lena tidur di rumah nenek dia. Maklumlah hujan.. lagilah sedap tidur. Sebelum tidur sebok nak "ball", tu yang tidur dengan bola sekali. Ni buaian baby Nayli, sebab tu semuanya pink termasuklah bantal che Nayli tu. Saja letak bagi dia lagi sedap tidur ;) Kami datang sebab nak hantar handphone nenek yang tertinggal semalam. 

Jadi ummi dia tak tau nak buat apa.. on laptop mommy Naylilah update blog. Esok genap umur Iman 1 tahun 6 bulan. Nak kena bawa klinik ambil imunisasi yang terakhir untuk dia. Berbalik pada tajuk entri, seronok sangat bila dengar anak dah pandai sebut perkataan. Perkataan yang pertama dia sebut mestilah "ummi". Masa umur 6 bulan dah boleh sebut. Ramai yang tak percaya termasuk ayah Iman. Tapi bila AI dengar sendiri barulah dia terkejut dan percaya. Hari-hari cakap kat Iman "ummi" ni... ummi tu.. akhirnya dia pun boleh sebut, tapi mestilah dia tak faham lagi apa ummi tu kan?

Perkataan lain yang dia boleh sebut ayah, abah (yang ni dia sendiri sebut, takde sesiapa pun yang bergelar abah dalam keluarga ummi dan ayah Iman. Melainkan arwah abah, itupun Iman tak sempat jumpa), kakak, lowi (yang ni pelat sikit, sebenarnya lori), maklumlah duduk di Port Klang ni banyak lori.. hari-hari nampak lori bila kita ajar dia, cepat je dia tangkap. Atas kereta kalau nampak lori mesti sebut "lowi". Perkataan lain dah tentulah ball... bola. Minat sangat dengan bola mestilah tau apa dia mainan yang dia suka main tu. Yang paling sedap dengar perkataan "Allah". Ummi dia memang selalu sebut perkataan tu sebab tu dia boleh ikut. Kalau dia main atau mainan dia terjatuh, apa-apa je yang dia rasa tak puashati dia akan sebut Allah. Tak pelat pun.

Lagi.. perkataan baby.. bukan baby je dipanggil baby tapi orang yang dia sayang mesti dia panggil baby.. haha kelakarkan. Sebabnya ummi dia suka pujuk dan sayang dia dengan perkataan baby, jadi dia pun ikut. Saja nak gurau-gurau dengan dia. Sebelum ni kalau UI cakap macam tu dengan dia mesti dia suka. Siap gelak-gelak lagi. Sebab dia tau dia bukan baby lagi. Ayah dia pun dia panggil baby kalau balik kerja ;). Kelakar pula dengar. Anak patung bear pun dia panggil baby.

Ada lagi ke? ha gajah tapi pelat sikitlah. Dia akan sebut tajah. Apa pun dia dah tau rupa tajah tu. Ada lagi tapi yang ni dia jarang sebut perkataan nenek. Ada masa ingat banyak masa lupa. Maklumlah tak selalu jumpa. Selain dari itu bahasa Jepun yang ummi dia tak faham nak translate :) Boleh sebut satu-satu perkataan dah seronok belum lagi bila dia dah petah berkata-kata.

inilah dia baby Nayli..

2 ulasan:

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...