بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 2 Disember 2011

Hotlink yang HOT

,
gambar dari FB hotlink

Memang hot sebab baru je top up RM10 ringgit tiba-tiba hilang. Tak tahulah kenapa mungkin sebab tukar plan baru dia tolak credit. Sebelum ni pun sama...gatal tangan nak tukar ke plan 365 hari. Tup-tup kena tolak Rm33 dari akaun. Baru je top Rm30 kononnya nak tahan untuk sebulan. Sedih betullah.. rasanya maintain je plan asal lagi bagus. Nak jimat tapi sebaliknya pulak. Dah lama guna maxis, nombornya pun kekal. Lebih 10 tahun dah.. Ada tukar ke rangkaian lain (takut nak sebut nanti kena gam pulak hehe).. rasa lagi mahal chargenya.. jadi tukar balik pada maxis. Maklumlah 3 nombor pangkal tu takde makna dah.

UI ni jarang guna hp. Sebab tu memang guna prepaid. Ada juga tukar kepada postpaid dulu tapi bulan-bulan mesti habis Rm100 walaupun jarang guna. Tak sedarkan...

Pernah juga tukar hot tiket sekejap sebab rasanya lebih jimat. Semua rangkaian dia charge pada harga yang sama. Tapi bila dah ramai orang guna, nampaknya sekarang dah jadi lebih mahal. Kalau tak silap dulu Rm10 untuk 7 hari tapi sekarang cuma 5 hari. Makin hot orang guna makin hot juga servicenya... zaman sekarang makin banyak permintaan makin tinggi harga. Sebab makin banyak untung. Bukan sebaliknya seperti yang kita belajar dalam subjek ekonomi / perdagangan masa sekolah dulu.

Moral dari cerita ni.. selidik dulu sebelum tukar plan.. dalam hot-hot ni ada yang lebih hot. Siapalah agaknya yang bertuah dapat hadiah kat bawah ni... nak tau details tekan je gambar kat bawah ni...


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...