بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 6 Disember 2011

Aroma Ikan Bakar Jeram

credit to inaachik.blogspot
Semalam tak update blog gara-gara demam lepas balik dari makan di Aroma Ikan Bakar. Bukan sebab makan kat sini demam tapi sebelum makan lagi kerongkong dah rasa kesat-kesat. Lepas tu beli air lemon campur madu.. makin teruk jadinya. Kalau tekak senang sikit boleh minta tolong bactidol tapi ni dalam kerongkong. Semalam punyalah seksa demam, badan sakit-sakit, kaki sejuk. Terbaring je.. nasib baik Iman memahami.. kesian kat dia.. dia tengok ummi dia tertidur dia pun tertidur kat sebelah. Malam tadi dah pergi klinik lepas makan ubat mata pula bengkak. UI ni alah pada ubat yang tinggi dos dadahnya. Tak taulah kenapa. Kalau salah makan memang mata bengkak. Sekarang belah kiri mata masih belum susut bengkaknya. Semalam doktor dah tanya ada alahan ubat tak? tak pernah lagi makan ubat yang dia bagi tu.. jadi try jelah. Badan dan demam terus baik tapi mata pula bengkak. Biarlah lama-lama surutlah tu.. jangan tak surut sudah. 

Berbalik pada Aroma Ikan Bakar, Ahad baru ni AI plan nak bawa pergi The Mall tapi disebabkan dah lewat. Tak jadilah nak pergi tup tup mak UI telefon ajak makan kat sini.. dia nak belanja.. haha mak belanja anak. Macam senang je bunyi mak UI tu ya.. dah takde plan kami pun join makan sama. Kali terakhir datang sini lepas adik bongsu UI meninggal 2 tahun lepas. Dulu kedainya kecil je.. sekarang dah makin besar. Yang bestnya makan kat sini lauk-lauknya semua segar-segar, yalah tepi lautkan.. harga pun murah je berbanding makan di tempat lain. Rasanya pun sedap.. nak cuba bolehlah datang sini. Kedai makan ni terletak di Pantai Jeram. Jalan menghala ke Kuala Selangor atas sikit dari pantai remis belah kiri. Signboardnya terletak betul-betul di traffic light.

Ayah Iman ambil gambar ni. Masa ni hujan renyai-renyai. Punyalah ramai orang parking pun penuh

bergambar sebelum makan.. belah kiri tu dari belakang, mak UI, adik (cik berry), adik ipar (mommy&daddy). Belah kanan belakang UI tu adik UI yang no. 4 (kami 9 beradik, kini tinggal 8 orang je)


tak ketinggalan 2 orang budak kecik penyeri makan malam kami.. Iman dan baby Nayli  

Iman sempat lagi bergambar di tepi pantai.. Ayah dia bawa sementara tunggu makanan sampai..

tada.. makanan dah sampai.. sorrylah sotong goreng tepung  tak masuk dalam gambar ni..

makan time.. Iman makan apa tu?? nasi kosong dengan sotong goreng tepung yang dia susah nak gigit :D . Nak bagi dia diam macam tulah caranya..

Murah je.. semuanya berjumlah Rm136.00. Kalau makan tempat lain rasanya lebih lagi.. di tambah pula dengan 3 biji kelapa yang geng belah kiri order ;)

3 ulasan:

  1. Tiap2 minggu kami lalu sini, tp belum pernah singgah..

    BalasPadam
  2. singgahlah.. mesti balik sekinchan kan?

    BalasPadam
  3. teringin nak makan kesana.. sampai sekrang masih x berkesempatan huhuhuhu......

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...