بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Terima Kasih

Isnin, 14 November 2011

Ubat sakit tekak yang terbaik


UI nak share ubat sakit tekak yang paling mujarab dan mudah. Dapat tahu tentang ubat ni dari officemate lama sewaktu di Carigali melalui FB. Masa tu UI tulis status lebih kurang macam ni... "tekak dah mula rasa semacam.." dia pun komen; suruh beli ubat ni di farmasi. Dia dah cuba.. memang berkesan. Setiap kali rasa nak sakit tekak dia akan kumur. Apalagi UI terus suruh AI pergi farmasi beli. Harganya cuma belas-belas ringgit sahaja (lupa..). Lepas beli terus kumur dan hasilnya memang menakjubkan.. tekak yang tadi rasa mula perit terus hilang. Sebelum ni beli strepsil, ubat doktor semuanya ambil masa untuk sembuh. Dengan Bactidol ni... kumur (pastikan kena anak tekak). Alhamdulillah.. ianya akan terus hilang. Di nasihatkan lepas kumur jangan terus minum air, kena tunggu 5-10 minit baru minum air atau kumur dengan air kosong.

Selamat mencuba! Di bawah ni info tentang ubat tersebut.

Detailed Description:
Bactidol Mouthwash is a clear red mouth wash solution .

Information:
Active Ingredients: Hexetidine 0.1%, Ethanol U.S.P. 8.1%.

Dosage:
Thoroughly rinse the mouth or gargle with at least 15ml of Bactidol for 45 seconds, 2 or 3 times daily. Bactidol should not be diluted. For best results do not rinse mouth with water after using Bactidol.

Cautionary Instruction:
Bactidol is not to be taken internally. Store at temperature not exceeding 25 degree C. Keep away from direct light. Keep away from children.

2 ulasan:

Muhammad Asyraf berkata...

kalau tertelan x pe ke?

Ummi Iman berkata...

Jgn lah sampai tertelan. Kalau utk kumur biasanya tak boleh telan. Takut memudaratkan.