بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 15 November 2011

Turki digegarkan gempa bumi ketiga bermagnitud 5.2

gambar gempa di Van, Turki baru-baru ini

ANKARA: Gempa bumi bermagnitud 5.2 menggegarkan wilayah timur Van, Turki, selepas negara itu dikejutkan dengan dua kejadian gempa bumi terburuk, 23 Oktober lalu.

Gegaran yang dikesan pada jam 10.30 malam tadi (waktu tempatan) mencetuskan situasi panik di kalangan penduduk kawasan itu, yang mana sebilangan besarnya masih berlindung di bawah khemah.

Menurut siaran televisyen CNN-Turk, kejadian 23 Oktober lalu mengorbankan lebih 600 nyawa.

Minggu lalu, negara itu sekali lagi digegarkan dengan kejadian gempa bumi bermagnitud 5.6 dan mengorbankan 40 nyawa. - AFP

Click sini untuk berita gempa yang berlaku minggu lepas

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...