بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 8 November 2011

Sukar untuk difahami dan memahami



Sebelum meluahkan apa yang ingin diucapkan.. alhamdulillah menu raya korban semuanya menjadi. Bila AI kata dia percaya pada 'air tangan' orang yang memasak. Sebagai isteri kenalah sahut cabaran. Rasanya apa jua pekerjaan kalau kita 'suka' dan ikhlas untuk melakukannya pasti BOLEH. Betul tak? Kalau tak pandai kenalah belajar... banyak resepi boleh cari guna google sahaja.

Berbalik pada luahan perasaan.. sebagai manusia kita akan berdepan dengan bermacam-macam karenah dan tingkah laku manusia. Setakat memerhati tidak mengapa tapi kalau kita terlibat secara tak langsung dengan sifat-sifat negatif yang ada pada mereka, membuatkan kita rasa tak selesa. Nak abaikan begitu sahaja kita berdosa.. nak tegur takut kecil hati. Sebagai langkah selamat mendiamkan diri dan buat apa yang terdaya. Berdoa... dan terus berdoa. Terpulanglah pada empunya diri untuk menilainya... sebab kami amat sukar untuk memahami dirinya. Bila seseorang inginkan orang lain memahami dirinya dan dalam masa yang sama orang itu tidak mahu memahami keadaan orang lain.

Sebagai manusia sebelum kita 'menghukum' seseorang lebih baik kita check diri kita dahulu. Adakah kita melakukan perkara yang sama sepertimana kita mahu orang lain berbuat begitu kepada kita.

Sukar untuk melaluinya tapi hidup mesti diteruskan dengan penuh kesabaran. Semoga Allah merubah sikap mereka dan diberikan petunjuk serta ketenangan jiwa agar berubah kepada sikap yang lebih jujur dan ikhlas dalam menjalankan amanah sebagai hamba Allah.

InsyaAllah.... Amin.

p/s: Tolong aminkan ya... terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...