بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 10 November 2011

Seronok bila dengar anak ikut apa yang kita sebut

Hari ni ajar Iman menggunakan buku ABC yang kami beli di kedai buku kompleks PKNS Shah Alam sewaktu umur dia lebih kurang 6 bulan. Cepatkan... saja nak bagi minat dengan buku. Alhamdulillah buku comel tu masih elok lagi.

Kalau Iman selak-selak dia suka bahagian huruf 'G' dan 'H'. G untuk Gajah.. dan H untuk harimau. Jadi ummi dia sebut ini GAJAH... GAJAH.. nak tau Iman cakap apa TAJAH.. oklah tu.. bukan senang nak suruh dia ikut apa kita cakap. Selak lagi bahagian huruf 'K' dan 'L'. K untuk Kasut dan L untuk Lampu.. eh macam tengah mengajar pulak :) bila UI sebut Kasut... Iman diam je.. (tak reti atau susah agaknya) bila sebut LAMPU... dia pun sebut LAMPU.. pandainya anak ummi.. (cakap pada Iman) chup2 (cium sebagai upah). UI dengan AI memang suka cium dia.. sehari agaknya berpuluh-puluh kali. Dah tidur pun cium lagi. Biasalah 13 tahun takde penyeri sekali ada ganti balik yang tertunggak tu.. gurau je..

Tadi dia tunjuk gambar pada baju UI. Gambar becha (souvenier dari kawan AI masa dia pergi Jakarta) Iman cakap Cha Cha.. macam tau-tau je kan itu becha. UI pun betulkan BECHA... mula-mula tak betul juga dia sebut akhirnya dia sebut dengan jelas perkataan becha tu.. cutenya.. Seronokkan bila anak mula pandai sebut perkataan. Kalau boleh bercakap lagilah seronok agaknya. (saja eja becha ikut yang tertulis di baju)

Baru-baru ni ada beli CD ABC, 123 dan alif ba ta.. tapi belum berkesempatan lagi nak buka. Sebab malas nak bawa turun DVD dan cucuk kat belakang TV yang bergantung tu.. tak nampak mana satu warna putih, kuning dan merah. Alasanlah tu kan... nampaknya kenalah cari manualnya betul tak? tak pun try je cucuk sampai jumpa yang betul. Tak sabar nak tengok apa reaksi Iman bila pasang nanti.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...