بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 5 November 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha



Macam biasa bila tiba Hari Raya Aidiladha atau Korban dengan cuti yang singkat jarang sangat kami balik Kelantan. Bagi mereka yang melakukan korban pasti akan lebih teruja atau lebih merasai sambutan hari raya ini. Biasanya setiap tahun pasti ayah Iman akan pergi ke masjid/surau untuk bersama-sama dengan yang lain menolong apa yang patut. Tahun ni di surau taman kami ada 5 ekor lembu dan kambing untuk dikorbankan. Banyak juga jumlahnya jika dibandingkan dengan jumlah penduduk di taman kami ni.

Oleh kerana sambut di rumah, kenalah masak. Barang-barang untuk masak tak beli lagi ni.. dari tadi fikir-fikir nak masak apa dan cari resepi dalam myresepi.com. Rasa-rasa nak masak nasi minyak, ayam masak merah, kerutuk ayam atau daging dan acar timun. Ayah Iman suruh buat kuah kacang dengan rendang mulanya. Tapi rasanya lebih baiklah masak nasi. Kalau tak kena cari nasi juga. Raya-raya ni banyak kedai tutup cuti raya.

Kalau dapat daging korban pula.. plan nak buat sup.. erm.. nampaknya banyaklah makan daging nanti.. yang paling best tulang2 lembu / kambing diorang masak sup di surau. Dapat makan sup free yang sedap sebab fresh.

Di kesempatan ini UI ingin memohon maaf kalau ada salah silap dan selamat menyambut hari raya aidiladha kepada kalian semua. Kepada yang balik kampung hati-hati di jalanraya. Biar lambat asal selamat dan bersabar di jalanraya.

Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...