بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Ahad, 20 November 2011

Pergi Harbour Place cari kedai Daiso

inilah dia kedai DAISO yang terletak di Harbour Place, Klang

Nak tau kenapa UI teruja sangat nak pergi kedai Daiso ni... nak cari charchoal mask sebab tengok orang yang mencubanya menampakkan kesan yang menakjubkan. Muka ni takdelah masalah sangat, tapi biasalah kat hidung ni sentiasa ada white head, nak kata oily tu tak, tapi dia suka juga nak duduk situ. Kalau tak percaya mari tengok hasilnya melalui gambar di bawah ni.

white dan blackhead keluar sendiri tak perlu tekan

tengok hasilnya selepas di tarik
2 gambar di atas dari cherrycolors.com

Harga di kedai ni murah, kebanyakan produk berharga RM 5 sahaja. Ada tengok orang jual online harganya lebih 2x ganda. Setelah buat research terbaca dalam blog seseorang (tak sempat save blog dia) dan dia ada beritahu yang produk ni boleh didapati di kedai Daiso. Oleh kerana ianya berdekatan sahaja dengan rumah, terus pergi cari dan dapatkan. Banyak juga barang yang menarik di sini, Daiso ni adalah kedai Jepun, dan dah tentulah semuanya made in Japan.

cari 1 barang jadi 3 barang
Lagi yang menarik kat sini banyak jual protective film/screen (plastik untuk cover hp, iphone dan kamera). Kalau beli di kedai hp harganya lebih sikit rasanya. Kat sini cuma RM 5. Tengok jenis ada sekeping dan ada 2 keping tapi harga sama. Oleh kerana esok nak make up orang, gam bulu mata pun dah nak kering maka UI pun beli 1 gam bulu mata harganya pun RM 5. Gam bulu mata ni memang best sebab bila kering dia akan invisible. Biasa beli di Bukit Tinggi, Klang. Kat situ harganya RM12 tapi kandungannya lebih sikitlah.

Siapa yang tinggal berdekatan bolehlah singgah di sini. Harbour Place ni masih baru lagi, banyak kedai yang belum di buka. Yang penuh cuma dibahagian ground floor. Antara kedai yang ada, kedai pakaian, mainan kanak-kanak dan kedai makan. Tadi pergi dah ada POS Malaysia di 1st floor. Di tingkat 3 kalau tak silap ada panggung wayang dan karaoke inbox.

sempat lagi AI massage badan
Iman geram tengok air yang ada di ruang tengah GF
Bila dah cuba bolehlah cerita pengalaman sendiri nanti... produk ni diperbuat dari bahan-bahan semulajadi pokok oak.

Tambahan kepada entri ini: Kedai Daiso kini ada di Jaya Jusco, Bukit Tinggi, Klang

Update: Kedai Daiso di Harbour Place ni sudah ditutup dan digantikan dengan kedai lain.

1 ulasan:

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...