بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 8 November 2011

Paris: Banjir

SEORANG lelaki berdiri berhampiran trak bomba yang rosak dan terbalik akibat banjir, di selatan Perancis semalam. - Foto AFP
SEORANG lelaki berdiri berhampiran trak bomba yang rosak dan terbalik akibat banjir, di selatan Perancis semalam. - Foto AFP
PARIS: Sekurang-kurangnya tiga terbunuh dan 600 lagi cedera akibat hujan lebat dan banjir di selatan Perancis hujung minggu ini, manakala berpuluh-puluh wilayah lagi diletakkan dalam keadaan berjaga-jaga.

Sungai melimpah membanjiri jalan dan kediaman menyebabkan penduduk terperangkap. Imej televisyen menunjukkan kereta tenggelam di sepanjang jalan.

Laporan menyatakan sepasang suami isteri masing-masing berusia 71 tahun di pekan pantai tenggara Bagnols en Foret terbunuh malam Sabtu berikutan keracunan karbon monoksida ketika cuba mengeluarkan air dari bilik bawah tanah mereka, kata polis.

Polis berkata pihaknya menemui mayat lelaki gelandangan yang dihanyutkan banjir dari perkhemahan di Herault selatan negara itu.

Bomba membantu menyelamatkan 1,200 orang daripada ribut manakala helikopter menyelamatkan 30 penduduk di kawasan lain.

Amaran jingga, amaran kedua tertinggi cuaca selepas merah masih berkuat kuasa di 12 wilayah selatan kelmarin berkurang daripada 16 wilayah pada Sabtu.

Wilayah terjejas di kawasan rendah berdekatan Pyrenees di barat daya di mana hujan berterusan sehingga semalam dan membanjiri pergunungan Alps. – Reuters

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...