بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 3 November 2011

Lawatan singkat ke Bukit Cahaya Seri Alam

sementara menunggu bas tiba..

Minggu lepas hari Sabtu tanpa rancangan awal dan tidak tahu ke mana hendak di tuju UI cadang pada AI untuk pergi ke Bukit Cahaya Seri Alam yang terletak di Shah Alam. Kami sampai hampir pukul 4 petang. Mulanya fikir datang balik keesokan hari sebab masa dah suntuk (kami fikir tutup 4.30 petang). Tapi AI kata "biar abang tanya di kaunter dulu". Bila sampai di kereta "abang beli dah tiket". Kaunter tutup 4.30pm tapi boleh duduk kat dalam sampai pukul 7.30pm.

Maka kami pun terus masuk dan tunggu bas. Oleh kerana dah lewat bas akan bawa ke lokasi Rumah 4 Musim sahaja. Dalam lewat-lewat masih ada lagi rombongan budak sekolah jadi kami hanya dapat naik bas yang ke-3. Nak buat macamana kan.. tak rancang.

Jom tengok lagi apa yang sempat kami rakamkan di sana.

Iman pertama kali naik bas

bergambar depan rumah iklim

pemandangan dalam rumah iklim



masamnya muka kami masa ni.. sejuk sebenarnya

taman berdekatan rumah iklim yang sempat singgah sekejap. Iman suka sangat replika rumah ni

Iman dah tak mau bergambar.. nak berlari

tengok signboard ni.. banyakkan tapi semuanya jauh-jauh. Kalau nak habiskan kesemuanya memang kena pergi dari pagi sampai petang. Untuk family memang kena harapkan bantuan bas.

tengah tunggu bas nak balik.. segera je kan.. kalau tengok di belakang tu banyak lagi tempat menarik yang boleh di lawati, tapi masa tak mengizinkan.. insyaallah ada masa boleh datang lagi

Serba sedikit info:

Taman Botani Negara Shah Alam (Taman Pertanian Malaysia)
Bukit Cahaya Seri Alam

Waktu operasi kaunter : 8.00 AM - 4.30 PM (Isnin Tutup)

Bayaran masuk : 
Dewasa (12 tahun ke atas) RM 3.00
Kanak-kanak (6 - 11 tahun) RM 1.00
Pelawat 55 tahun ke atas RM 1.00


Kadar Bayaran
Taman Iklim Sederhana 4 Musim
Dewasa (12 tahun ke atas) RM 3.00
Kanak-kanak (6 - 11 tahun) RM 1.00

Lesen memancing (1 unit) RM 5.00
Sewa basikal RM5.00 / 1 jam pertama (RM 1.00 jam berikutnya)
Sewa Dewan Kg. Budaya RM 500.00 (Hari Biasa) / RM 550 (Hari Minggu)

Kadar Bayaran Chalet/Tapak Khemah (Check in 2.00 petang / Check out 12.00 tgh)

1. Kg. Idaman (10 orang) RM 80.00  (Hari Biasa) / RM 100.00 (Ahad/Kelepasan Am)
  • Dewan Makan RM 100.00
2. 'A' Frame (4 orang) RM 20.00
3. Tapak Khemah (4 orang) RM 5.00
4. Kg. Budaya (10 orang) RM 200.00

Tapak Hari Keluarga RM 100.00 (setiap satu)
  • Amphiteater Pusat
  • Agro Lodge
  • Multi Purpose Ban (Taman Padi)
  • Danau Perikanan
*CAMAR RIMBA* RM 100.00 (setiap satu)
  • Amphiteater Camar Rimba
  • Gelanggang Berpasir
  • Pool Site
  • Kolam Renang RM200 (1 sessi / 3 jam)

Untuk keterangan lanjut boleh hubungi:

Pejabat Am / Pentadbiran
Tel : 03-5510 6922 / 6923 / 7048
Faks : 03-5510 0922

Kaunter Tempahan
Tel : 03-5510 7048

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...