بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 16 November 2011

Gempa 5.8 magnitud gegar Papua



2011/11/16

JAKARTA: Gempa bumi berukuran 5.8 magnitud melanda Wilayah Papua, awal pagi tadi namun tiada sebarang kecederaan atau kerosakan dilaporkan setakat ini.

Gempa berlaku jam 8.42 pagi waktu tempatan dengan pusat gempa di 86 kilometer di utara Tanahmerah dan kedalaman hampir sembilan kilometer, kata Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS).

Agensi Geofizik dan Meteorologi Indonesia pula mengukur gempa pada paras 6.2 magnitud dan tiada ancaman tsunami dilaporkan kerana pusat gempa di daratan.

"Gegaran dirasai sehingga Tanahmerah, Merauke dan Wamena. Setakat ini kami tidak menerima sebarang laporan mengenai kerosakan," kata pegawai agensi berkenaan, Muhaimin. - AFP

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...