بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 15 November 2011

Facebook tak lindungi maklumat peribadi?

Oleh : Wartawan Sinar Harian
Tarikh : November 14, 2011

Seorang pelajar undang-undang Austria, Max Schrems adalah seorang daripada 800 juta pemilik akaun laman sosial, Facebook yang mempunyai kesedaran untuk memeriksa sejauh mana tahap keselamatan laman gergasi tersebut dalam melin­dungi maklumat peribadi pengguna mereka.

Schrems, 24, tidak me­nyangka dia akan menemui 1,222 halaman mengandungi maklumat peribadinya termasuk gambar, mesej yang telah dipadam sebelum ini.

Pelajar tersebut mendakwa segala maklumat yang telah dipadamkan sebenarnya boleh dicari semula oleh sesiapa dengan mudah.

Schrems turut mengemukakan aduan kepada Suruhanjaya Perlindungan Maklumat (DPC), Ogos lalu sebelum mendedahkannya kepada umum.


p/s: blog pulak macamana ya? dah tentu semua orang boleh tengok :). kenalah pandai-pandai guna kemudahan yang ada ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...