بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Khamis, 17 November 2011

Bukan senang nak tukar susu

susu kegemaran Iman

Susu di atas adalah susu yang Iman minum sejak usia 4 bulan hinggalah sekarang. Sebelum ni mula-mula sekali mama dia bagi Dumex, cuba tukar susu Dutch Lady sebab dengar dia berkahak. Baru pertama kali jaga baby tak tahulah tentang susu. Tak puashati bawa dia jumpa doktor. Doktor suruh bagi susu Isomil.

Kecil lagi masa tu dia tak kisah sangat, lapar dia minum juga walaupun sebenarnya tahu yang dia tak suka susu tu. Susu tu kan pekat sedikit dan berserdak, tersedak-sedak dia kalau minum. Lagi satu najis dia jadi pekat (sembelit). Rasanya dalam 4 tin sahaja dia minum susu tu kemudian UI cuba bagi lactogen. Ikut kawan UI kata yang murah tak semestinya tak baik. Yang penting sihat. Bermula dari itulah hingga kini lactogen sebati dengan diri dia.


Baru-baru ni tertarik dengan iklan susu sustagen junior yang complete nutrition tu.. disebabkan dia kurang makan jadi UI nak bagi yang terbaik untuk dia. Malangnya dia tak suka susu tu. Puaslah pujuk, tunggu dia lapar sangat bagi pun dia tak mahu. Nasib baiklah beli yang kecil dulu sebagai percubaan. Bila rasa susu tu bukanlah tak sedap, ok je.. tapi rasa masin-masin sikit. Susu tu pun kurang lemak. Bila ada kawan cadangkan campurkan susu lama dengan yang baru, maka UI pun cubalah.. cuma tambah 1 scoop sahaja. Dia minum tapi malangnya dia sakit perut.. cirit terus. Nasib baik sekejap je. Atau perlu ke cuba yang berperisa pula, sebab UI beli yang plain. Nak cuba yang berperisa takut perut tak tahan. Erm entahlah..

Akhirnya, biarlah dia dengan susu kesayangan dia tu... sebulan 4 tin dia minum susu tu. Bayangkanlah berapa kg susu dia minum dalam masa sebulan. Sebab tulah tulang dia besar agaknya. Takpelah, yang penting dia sihat kan? Alhamdulillah.

Terpaksa terima hakikat kadang-kadang bukan mudah nak buat perubahan...

4 ulasan:

  1. Ummi..anak saya minum susu sustagen sbb dia kurang mkn nasi..ok la buat masa ni berat dia tak susut..mula2 dulu pun mmg susah nk pilih susu utk anak2 ni..

    saya masukkan blog ummi dlm bloglist saya jgk..tq ummi..

    BalasPadam
  2. anak fieda pun kurang makan nasi ke? tu lah agaknya byk sgt minum susu.

    sama-sama terima kasih :)

    BalasPadam
  3. betul tu ummi,sy n suami da plan nak tukar susu...sekarang ni si haiqal minum susu enfagrow tapi yg xbestnya dia dah obes.masalahnya dia susah nak mkn tapi kuat menyusu...pening nak memujuk dia makan nasi...

    dia membesar dgn susu je, sebulan 4 tin...

    BalasPadam
  4. sama pula dgn iman 4 tin. agaknya betul kata org tua2. jgn bg susu dulu masa dia lapar. bg nasi baru dia nk makan. td buat mcm tu.. byk juga dia makan.

    kdg2 masa kecil je obes bila dh besar, aktif badan dia akan turun. tgk anak kawan mcm tu. melainkan dia dah makan. susah juga jadi ibu2 ni ya.. sentiasa mahukan yg terbaik.

    BalasPadam

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...