بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Selasa, 18 Oktober 2011

Penyakit tangan, kaki dan mulut merebak di Vietnam



HANOI - Penyakit tangan, kaki dan mulut (HFMD) kini didakwa merebak di 63 bandar dan wilayah di Vietnam, sekali gus menyebabkan lebih 71,470 orang dijangkiti manakala 130 lagi maut, menurut agensi berita Xinhua, semalam.

Akhbar tempatan melaporkan walaupun HMFD yang kini semakin menular ke seluruh negara, Kementerian Kesihatan masih belum mengeluarkan sebarang amaran kerana didakwa masih terkawal.

Pengarah Kesihatan Bahagian Perubatan, Nguyen Van Binh berkata, pihak mereka akan membuat pengumuman selepas bilangan pesakit semakin ramai dan hanya apabila penyebarannya menjadi semakin tidak terkawal serta bekalan vaksin berkurangan.

Awal bulan ini, seramai 10,000 dijangkiti HMFD, iaitu penyakit yang menyebabkan gejala demam, bintik-bintik pada beberapa bahagian badan dan sakit tekak serta boleh membawa maut dalam tempoh 24 jam.

sumber: sinarharian.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...