بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Isnin, 31 Oktober 2011

Iman lembut hati ke sensitif?

gambar di Bukit Cherakah, Shah Alam

Dah lama tak bercerita tentang Iman di sini. Alhamdulillah Iman semakin pandai berdikari. Kalau dulu ummi dia masuk bilik air je dia mesti nangis. Sekarang tak lagi...

Ada 4 kelemahan diri Iman; pertamanya dia tak suka bising, kalau mengantuk tapi keadaan bising walaupun orang bercakap dia takkan tidur. Dah tidur pun kalau dengar bunyi bising dia akan sedar.. melainkan dia penat sangat. Kedua; dia tak boleh tinggal sorang.. mesti cari ummi dia walaupun ada orang lain di rumah. Kecualilah kalau ayah dia ada.. kalau tinggal berdua pergi mana mesti dia cari. Nak bagi minum susu pun kena tunggu sebelah dia.  Ketiga; tak boleh tengok orang marah-marah atau cakap dengan nada suara yang tinggi... tak kira di TV ataupun secara langsung, mesti dia menangis takut. Keempat; biasanya budak-budak suka tengok kartun. Tapi Iman dalam suka ada yang dia tak suka; contohnya kartun Upin Ipin dia takut tengok Jarjit yang bermata besar dan suara yang pelik, serupa juga dengan uncle Muthu. Character kartun yang pelik-pelik macam warna hijau, maksudnya yang jauh dari realiti sebenar dia memang susah nak terima.

Apa yang Iman suka? dia suka tengok iklan.. tak kira iklan apa pun.. pasti dia akan tersenyum simpul. Duduk tegak mengadap TV.. macam-macam kan? oh ya lagi satu dia suka tengok drama dari kartun. Cuma jangan ada orang marah-marah dalam drama tu oklah dia. Kartun Wonder pets dengan Dora yang ni dia boleh terima.

Iman lebih suka orang lelaki berbanding perempuan. Agaknya sebab sepupu-sepupu perempuan dia lebih suka gomol dia berbanding lelaki. Tapi kalau dengan orang lelaki dewasa memang dia suka. Tak kenal pun dia ramah. Agaknya di rumah dah biasa dengan orang dewasa.. jadi lebih serasi dengan orang lebih dewasa ;)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...