بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 15 Oktober 2011

Iman diserang demam kali ke-3


lepas maghrib tadi dah tidur. masa demam hari tu ada 1 bintik bawah bibir.. ingatkan kena gigit semut tapi  lain, sebab bintik tu pecah.

2 hari lepas Iman demam. UI tak bawa pergi klinik sebab ubat sebelum ni masih ada (belum buka lagi). Jadi cuma bagi ubat demam tu sahaja. Bila bagi dia berpeluh.. lepas 4 jam panas balik bagi lagi ubat. Di botol tu pun tertulis 4 jam sekali. Semalam alhamdulillah demam dia dah pulih. Tapi naik bintik2 merah kecil2 banyak bahagian tangan dan kaki. Badan ada tapi sikit. Sebelum ni dia demam pernah naik macam tu. Jadi tak lah risau sangat. Doktor dah bagitau itu bukan campak. Tapi ada virus dalam badan yang dikeluarkan. Semalam pergi juga klinik. Tanya doktor kenapa makan ubat tak baik, doktor kata mungkin ada kuman jadi kena tambah antibiotik. Balik dari klinik terus baik demam. Jadi tak bagi lagi antibiotik. Antibiotik ni dah makan kena habiskan. Boleh ke makan antibiotik sahaja? ada juga cakap dengan doktor pasal bintik2 merah tu. Tapi disebabkan masa tu tak banyak lagi jadi tak pastilah.

UI syak dia kena penyakit kuku kaki tangan dan mulut. Kebetulan 2 orang anak adik UI pun dah kena. Bila tanya apa doktor kata pada anak2 diorang.. diorang jawab tak ada apa2 cuma kena tunggu dia baik sendiri. Cuma kena jaga kebersihan. Anak adik lelaki yang mak UI jaga tu teruk sikit sebab dia punya bintik2 merah besar sikit dan dalam mulut banyak ulser. Selsema dan batuk. Dia demam lama dari Iman. Dah berapa kali pergi klinik tak baik2. Jadi UI suggest pergi klinik Keluarga & Kanak2 Tan. Klinik ni memang tersohor sebab kalau kanak2 sakit mesti cepat sembuh pergi klinik tu. Doktornya pun doktor pakar pediatrik.

yang ni nampak lain sikit macam kena benda panas
tompok merah kat bahagian kaki

Kali ni Iman kerap merengek. Mungkin dia tak selesa.. berbanding demam sebelum ni, malam dia tidur lena tapi  yang ni kejap2 bangun. Sampai UI dengan AI tak cukup tidur. Dugaan jaga anak. Bila fikir2 balik macam tulah mak kita jaga kita dulu2 bila kita sakit. Terasa kagum dengan mak sendiri.. lagi2lah adik beradik UI ramai (9 orang).

Sekarang cuma harap Iman cepat pulih dari kuman yang ada dalam badan dia. Dah baik demam sempat lagi bawa kedai gunting rambut dia yang dah panjang. Biasalah nangis... takut sangat dengan mesin rambut tu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...