بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Sabtu, 22 Oktober 2011

Hairuman Miskon masih memerlukan bantuan

Muhammad <strong>Hairuman Miskon</strong>
credit to www.mejuez.com
Sebelum ni UI ada buat satu entri berkenaan saudara Hairuman Miskon di dalam blog ni. Baru-baru ni UI tengok ada komen daripada kakak Hairuman dalam entri tersebut. Nampaknya beliau masih belum pulih sepenuhnya dan masih memerlukan rawatan di hospital. Jadi UI tolong sampaikan pesanan daripada kakaknya. Di bawah ni adalah mesej yang telah ditulis oleh kakak Hairuman sendiri.



Maryuni Binti Miskon said...


Assalammualaikum wbt. Saya Maryuni Miskon, kakak kpd Hairuman amat-amat mengharapkan bantuan yang berterusan untuk menampung hidup dan menampung kos perbelanjaan perubatan hairuman. Bantuan telah terhenti sedangkan ubatan masih lagi diperlukan untuk menyembuhkan kesakitannya. Apatah lagi untuk merancang perjalanan kehidupan hairuman yang masih jauh. Hairuman OKU seumur hidup. Sekarang ini dia menjadi pesakit luar di hospital. Keadaan kulit yang melecur blm lagi sembuh, masih pedih, berair dan gatal. Manakala 3 kerat anggotanya telah dipotong, yang tinggal hanyalah 1 kerat iaitu kaki kanan, tetapi masih dalam pemulihan, tidak boleh digunakan untuk berdiri apatah lagi berjalan, kerana kelecuran yang teruk menyebabkan banyak saraf kaki yang rosak. Ini menyukarkan dia untuk menguruskan dirinya sendiri apatah lagi membuat aktiviti, terpaksa mengharapkan bantuan untuk bergerak. Harapan saya dapatlah kalian terus menyebarkan berita tentang hairuman kerana ramai juga yang tidak tahu tentang kisahnya bila berselisih dengan hairuman di tempat awam. Ada juga org awam yang prejudis dan seakan mengejek2 tanpa tahu apa sebenarnya dia jadi begitu. Harap ada insan-insan yang mulia sudi menghulurkan bantuan untuk menampung kos perubatannya. Tak tertanggung rasanya dengan derita dan kesedihan yang melanda. T.kasih atas sumbangan kalian semua. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas kita semua. Amin....


Untuk sebarang sumbangan bolehlah disalurkan ke :


MARYUNI BT MISKON
MAYBANK A/C : 162030632448
CIMB A/C : 12570000203529
atau
MUHAMAD HAIRUMAN B. MISKON
CIMB A/C : 12570005386520
October 21, 2011 5:47 PM


Tolong sebarkan jika anda berminat untuk membantu. Terima kasih.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...