بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Rabu, 26 Oktober 2011

Gempa Turki Angka kematian lepasi 200 diramal terus naik

October 24, 2011 Pasukan mencari dan menyelamat membantu mereka yang terperangkap dalam runtuhan bangunan ekoran gempa bumi di Ercis — Foto Reuters

ISTANBUL 24 Okt — Lebih 200 orang disahkan terbunuh dalam gempa bumi berukuran 7.2 yang memusnahkan bahagian barat Turki kata Menteri Dalam Negeri Idris Naim Sahin hari ini.

Beliau yang menyelia operasi kecemasan di Ercis, salah satu bandar yang teruk dilanda gempa bumi Idris berkata seramai 117 orang disahkan maut di Ercis manakala 100 lagi terbunuh di Van.

Seramai 1,090 lagi dilaporkan cedera dalam gempa bumi yang melanda petang semalam katanya.

Pegawai-pegawai mendakwa beratus-ratus orang masih belum dikesan.

Terdahulu Perdana Menteri Tayyip Erdogan berkata sekurang-kurangnya 138 orang terbunuh dalam gempa bumi kuat yang menggegarkan Turki semalam tetapi bilangan mereka yang terperangkap di bawah runtuhan bangunan di wilayah Van masih belum diketahui.

Tayyip melawat bandar Ercis menggunakan helikopter untuk melihat tahap kerosakan dan kemusnahan.

Sebalik sahaja kembali daripada tinjauan Tayyip dalam satu kenyataan disiarkan menerusi televisyen berkata sekurang-kurangnya 93 orang disahkan terbunuh di bandar Van dan 45 lagi di Ercis.

Tayyip menambah Turki berupaya untuk menangani malapetaka itu dan mengucapkan terima kasih kepada negara-negara yang hendak menghulurkan bantuan termasuk Israel dan Armenia kerajaan yang mempunyai hubungan dingin dengan Ankara sejak kebelakangan ini — Reuters.

sumber: themalaysianinsider.com

Laporan Terkini dari BBC News 26.10.2011



Angka kematian daripada kejadian gempa bumi di timur Turki telah meningkat kepada 432 orang, pegawai-pegawai berkata, pasukan penyelamat berlumba-lumba untuk mencari mangsa di bawah beberapa runtuhan.

Sekurang-kurangnya 1352 orang lain cedera dalam bencana Ahad lalu, kata pegawai.

Tiga generasi keluarga yang sama - seorang gadis yang berusia dua minggu bayi, ibu dan nenek - telah ditemui hidup-hidup oleh pekerja menyelamat di bandar Ercis.

Satu gempa susulan dengan magnitud 5.4 menggegarkan wilayah Van, di mana terletaknya Ercis pada petang Selasa.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...