بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيمِ

Friends

Jumaat, 21 Oktober 2011

Ekonomi Thailand akan lumpuh?



BANGKOK - Banjir terburuk di Thailand sejak dua bulan setengah lalu seakan memberi petanda sektor ekonomi di negara itu mungkin akan lumpuh kerana kerajaan mula memutuskan untuk bertindak segera menangani krisis itu.

Sebagai langkah pertama, undang-undang khas untuk membantu membiayai pelaburan sistem pengurusan air bagi mengurangkan kesan banjir, akan dirangka oleh kerajaan menurut Menteri Kewangan, Thirachai Phuvanatnaranubala.

Kelmarin, kesemua menteri Kabinet turut menyokong pemberian bajet berjumlah 120 bilion baht (RM12 bilion) untuk membiaya pembinaan semula infrastruktur dan beberapa program bantuan bagi menggerakkan semula ekonomi di negara tersebut.

Thirachai berkata, pertumbuhan ekonomi tahun ini dianggarkan sebanyak 3.8 peratus dan ia mungkin boleh menurun kepada serendah 2.1 peratus akibat krisis banjir yang kini telah melanda satu pertiga negara itu.

“Kerajaan mungkin akan mengumpulkan dana untuk pelaburan dalam projek pengurusan air di seluruh negara bagi tempoh tiga hingga empat tahun akan datang. Jika kita tidak mencari jalan penyelesaian terhadap masalah banjir ini, ia akan menjejaskan keyakinan pelabur asing dan asas perindustrian,”menurutnya.

Dalam satu kenyataan, Perdana Menteri Yingluck Shinawatra turut meminta Kementerian Ekonomi meningkatkan usaha komunikasi dengan pelabur asing untuk membantu membina semula keyakinan mereka.

“Kami akan mencari langkah terbaik untuk memulihkan ekonomi selepas banjir surut. Saya memohon maaf bagi pihak kerajaan kerana tidak mampu untuk melindungi kawasan perindustrian Navanakorn daripada ditenggelami banjir, sekali gus menyebabkan kerugian besar kepada kilang dan syarikat yang kebanyakannya milik negara luar,” menurutnya lagi.:

Kawasan perindustrian Navanakorn menempatkan kilang industri dan syarikat gergasi luar negara seperti Casio, dan pengeluar produk makanan :Nestle:.

Beberapa syarikat pengeluar barangan elektronik seperti :Toshiba: dan pembuat pemacu keras, Western Digital mengalami kerugian berganda selepas kilang mereka di Navanakorn turut ditenggelami banjir.

Syarikat automotif, Honda dan Toyota yang menjadi pengeluar terbesar di negara tersebut didakwa paling teruk terjejas kerana mereka terpaksa menanggung kerugian selepas operasi terpaksa dihentikan.

Sehingga kini, Kementerian Buruh melaporkan lebih daripada 260,000 hilang pekerjaan dan 6,533 perniagaan di seluruh negara terpaksa ditutup sejak 10 Oktober lalu.

Anggaran jumlah kerugian sektor pembuatan di negara itu mungkin sudah melebihi 100 bilion baht (RM10 bilion).

Sementara itu, Menteri Pertanian Theera Wongsamut berkata paras air banjir telah mula stabil tetapi penduduk perlu berjaga-jaga kerana air banjir dijangka meningkat pada akhir bulan ini.


sumber: sinarharian.com

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Terima kasih tinggalkan catatan di sini...